Sunday, July 12, 2009

T E R K E N A N G 2: MEMAWAH LEMBU

Lagi satu imbauan episod kehidupan lalu. Kurakamkan kali ini "TERKENANG 2", kisah "memawah lembu". "TERKENANG 1" yang lalu, mengenai penggunaan papan batu semasa bersekolah Darjah 1. Hatiku terdetik menukilkan kisah memawah lembu ini selepas menjengah kawasan pedesaanku Jun lalu, untuk menziarahi kakak-kakakku dan beberapa orang saudaraku.

Semasa dalam perjalanan ke rumah seorang saudaraku, di Kampung Parit Serong (di Hilir Perak, Negeri Perak), pandanganku bagaikan ditarik ke arah sesuatu yang amat menarik. Pastilah bukan Statue of Liberty, atau Stonehenge, atau Eiffel Tower, atau Menara Kembar Petronas. Bukan bangunan pun. Cuma seekor lembu!

Cuma seekor lembu? Lucunya! Apa yang menarik? Tentulah menarik. Sebab ia betul2 macam Pelinti. Itulah nama yang kuberikan pada salah seekor lembu yang pernah kubela dulu! Lebih tepat, yang pernah kupawah. Ya, aku pernah memawah lembu. Tahun 1958-59, semasa sekolah rendah. Darjah 5 (10 tahun) & 6 (11 tahun). Yang terlibat, dua ekor lembu. Pawah seekor dalam satu tahun!

Si lembu yang kukata menarik itu tadi , macam Pelinti, warna bulunya juga pinang masak. Tanduknya amat pendek, maka hampir tak kelihatan. Ia ditambat pada sebatang pokok kelapa, yang sekelilingnya dipenuhi rumput subur. Gambar lembu kacak (sebab ia jantan) itu kurakamkan dalam kamera kompakku. Don't you think he is handsome?



Anda mengingatkanku kepada Pelinti! Kepada satu zaman ..... Dan anda bagaikan berkata, "Lihatlah telingaku yang atentif .... juga kalung tali leherku ni .... Aku diikat, tapi untuk kebaikanku juga ..... supaya usahlah aku merayau-rayau, hingga boleh diculik orang, hingga merugikan tuanku, atau pembelaku ..... atau hingga aku merosakkan rumput sekeliling".

Kampung Parit Serong baru beberapa tahun mendapat jalan batu. Sebahagiannya diturap batu berpasir. Kampung asalku yang sebenar? Kena masuk ke dalam lagi. Kena ke baruh lagi, kata orang lokal. Tapi, kampung asalku itu telahpun ajal. Migrasi menyebabkan wujudnya fenomena "penduduk sifar" di situ!


Kisah memawah lembu pernah kuceritakan kepada anak-anakku. Mereka macam orang bingung - percaya tak percaya. Kusambung cerita, selain menebas kebun, memawah lembu juga jadi "pekerjaan"ku semasa zaman "kanak-kanak". Kerja utama, bersekolah. Sekolah rendah. Paginya sekolah Melayu, petang sekolah Arab (sebenarnya sekolah agama). Setiap hari, selepas sekolah Arab, barulah dapat kuuruskan lembu pawahanku. Rutinnya, kalih lembu. Mengalih lembu bererti memindahkan lembu ke kawasan berumput yang baru. Juga bermaksud mengalihkan ikatan tali lembu daripada satu pokok kelapa ke pokok kelapa yang lain. Kadangkala, pelepah kelapa yang sudah kering dipacakkan ke dalam tanah untuk dijadikan tempat mengikat. Lembu dikalih sekali sehari.

Lembu diikat dengan tali sabut pada lehernya. Hujung tali yang satu lagi diikatkan/ditambatkan ke batang kelapa. Lembu akan memakan rumput di bulatan yang tengah-tengahnya batang kelapa di mana ia diikatkan.

Dalam satu tahun, lembu perlu diberi minum "air lemuju" (ubat kembung perut orang kampung zaman tu!) sebanyak dua kali. Itu dianggap tonik untuk lembu! Itu pengalaman menarik - memaksa lembu minum dari botol - air lemuju yang tidak disukainya! Tiga empat hari sekali, lembu diberi minum air basuhan beras yang dicampur dengan sedikit garam. Wow! "tonik" yang itu memang disukainya! Entah dari mana formula asal minuman itu. Diperturunkan oleh arwah bapaku kepadaku. Pastinya bukan daripada Jabatan Haiwan, yang pada masa itu memang tak diketahui apa2 pun mengenainya.

Bila lembu nampak macam demam, biasanya kubawa ia balik ke rumah. Ikat di kawasan kebun sendiri. Special monitoring. Bila nampak sudah sihat, barulah dipindahkan balik ke kebun jauh (kebun rumah pun terhad). Ada kala lembu luka. Lazimnya di kaki. Biasa juga luka melarat menjadi kudis dan berulat. Ubatnya: tembakau campur air dan kapur sirih yang dimasukkan ke liang luka. Antiseptik hebat! Apabila ulat2 mati, luka disapu dengan minyak rempah (minyak kelapa + rempah masak yang ditumbuk). Ajaib, boleh berkesan!

Cerita pasal istilah memawah lembu pula. Memawah lembu bermaksud membela lembu orang. Bila lembu sudah besar dan boleh dijual, untungnya dibahagi dua dengan pemilik lembu. Kebetulan, pemilik lembu2 yang kupawah itu tauke kedai runcit di kampung berhampiran kampungku. Namanya Ah Keng. Yang lembu pawahanku si Pelinti itu, aku ingat sangat, Ah Keng beli daripada penjual anak2 lembu pada harga RM (dulu $) 150. Bila dijual, selepas di bela lebihkurang setahun, harganya RM250. Jadi untungnya RM100. Dibahagi dua. Dapatlah aku RM50. Untuk kerja memawah setahun!! (Harga seekor lembu matang di kampung hari ini boleh mencecah RM2,500 atau lebih).

Kalau pakai KPI hari ini, tentulah dapat RM50 setahun itu wasting energy and time. Tak efisienlah tu! Tapi, Ah Keng pun kalau dikira bukan untung sangat. Dia kena tanggung modal tali lembu, yang perlu ditukar sekali. Dia tanggung kos air lemuju untuk "bagi lembu sihat". Malahan dia tanggung 100% risiko "hilang hujung pangkal lesap" kalau lembu mati atau hilang.

Aku terkenang, masa tu, memawah lembu perlukan ihsan orang lain yang ada tanah. Kita tumpang "ikat" atau "tambat" lembu di tanah mereka. Sebagai balasan, walau tidak ada formal agreement, kalau ada anak2 kelapa yang masih kecil di kebun mereka (yang ditanam bagi menggantikan pokok tua yang mati, tumbang atau condong), kita tolong bersihkan kelilingnya. Orang berbudi kita berbahasa; orang memberi kita merasa; kita menerima, balaslah pemberian!

Juga sangat "wajib" dijaga anak2 kelapa daripada dijadikan "ulam" oleh lembu kita! Caranya mudah saja: sapukan sedikit tahi lembu pada daun anak kelapa. Kalau kerana kecuaian ada juga anak kelapa yang jadi korban, kenalah kita ganti. Benih kelapa pun bukan kita beli. Ada tumbuh sendiri di sekitar kebun. Aku masih ingat lagi beberapa pemilik tanah yang bermurah hati. Antaranya, Hj. Salim, Sagap, Che' Nan, Ceti, Hj. Omar, Hj. Yahya, dan Hj. Ripin (yang haji2 tu sahlah orang kaya kampung). Kebun2 mereka ini jauh juga dari rumahku. Ada yang sampai 4 km. one-way. Jalan kaki pergi balik meredah semak. Hairan juga. Boleh berani. Tak takut hantu. Tak takut ular. Tak takut babi liar. Bersamaku masa tu ada seorang saudara, sama2 memawah.

Dalam kumengetip pengalaman memawah lembu ini, terdetik dalam benakku beberapa perkara. Antaranya, alahai ..... berbaloikah? Soal economic returns lah ini. Yang jelas masa itu, soal "untung-rugi" tak timbul langsung. Ikut kiraanku, memawah lembu itu satu permainan. "Main-main" bela lembu. Satu riadah. Tak mahu asyik main-main layang2, pusing gasing, atau perangkap burung, atau main guli, atau lompat2 galah panjang. Membela lembu (bukan pada skala besar) itu main2 yang kurasakan memang ada seronoknya. Berkawan dengan haiwan. Membelainya, dan berbaik2 dengannya. Bila dipanggil lembu "mengemboooh", bunyi itu sendiri jadi satu hiburan.

Bagiku, dalam zaman budak2, untung RM50 setahun pun (sebenarnya upah belalah itu!) besar nilainya. Dalam "zaman belanja ke sekolah pun cuma 5 atau paling hebat 10 sen sehari" tentulah memegang RM50 terasa hebat! Paling kuingat, daripada pulangan itu dapat kugunakan RM15 membeli jam tangan pertama dalam hidupku, Titus!

Dalam merakamkan kisah memawah lembu ini juga, benakku juga bertanya sendiri: mudahnya si Ah Keng mempercayai aku (juga beberapa orang lain yang memawah lembunya). Dia takkan ke kampung pendalamanku untuk check kalau aku katakan lembunya mati, atau hilang. Boleh kujual lembunya senyap2. Tapi, di kala itu, Ah Keng tidak ada langsung bimbang orang akan mengkhianatinya. Dan para pemawah pula, langsung tak terfikir untuk pecah amanah. Nilai percaya-mempercayai itu begitu dimurnikan!

Benakku juga terkenang, betapa aku dengan cara terbatas sebenarnya telah lama mengamalkan "kehidupan lestari". Semua gaya natural. Lembu yang dipawah tidak pula secara berkumpulan dilibatkan dalam kaedah "sistem feedlot". Operasi kami operasi small is beautiful. Malah terlalu small, seorang menjaga seekor atau dua lembu sahaja. Tiada makanan buatan kilang untuknya. Ia makan 100% rumput. Bahan asli yang segar. Najisnya membajai semula rumput di kebun. Najisnya sendiri juga (yang kupalitkan ke daun anak kelapa) menghalangnya dari menjamah anak kelapa yang sedang membesar. Tak perlu bahan kimia untuk itu, untuk ini. Air beras yang diminumnya dan minyak rempah serta air tembakau untuk luka kakinya yang berulat - semua dari persekitaran yang semulajadi. Memawah lembu dalam era yang telah lama meninggalkanku itu (setengah abad!) rupa2nya satu "mainan" yang lestari.

Namun aku tak mungkin dapat menafikan, mainan begitu tiada "economic gains"nya.

Walau apa pun, sayang sekali tidak langsung ada rekod2 visual ceritera memawah lembu ini. Kalau ada, akan lebih faham dan mengertilah anak2ku babak2 yang "penggembala" ini pernah lalui.

Sehingga ke T E R K E N A N G yang lain, akan datang!

10 comments:

Matt Kopikarat said...

Zaman kanak2 sesuatu yang menarik dan menjadi kenangan bagi setiap orang. Zaman kanak2 lah yang menjadi kita lebih bertanggungjawab dan mengenal erti kehidupan.

Deen

Temuk said...

Sdr Deen
Terima kasih singgah. Bagi seseorang warga emas, zaman kanak2 yang sekalipun pahit, akan pasti dirasakan amat manis! I hope you are progressing well in your research. Salam.

Hjh Noralenna Abbas said...

Nice episode of yesteryears. Thanks for sharing. Boleh senyum sendiri bila terkenang zaman kanak-kanak kan?

Temuk said...

Pn Hjh. Benar! Senyuman yg banyak pengertiannya. Takjub, sedih, gembira. Macam2. Teringat saya kata2 seorang kawan di kg. Rumah lama & tapaknya sudah tiada. Gambar2 lama memanglah tiada. Tapi parut2 di badan boleh mengingatkan zaman nakalnya kita sbg kanak2.

Anonymous said...

Julio Jones Jersey

Why? Because of basic human nature that's why Choose Marketing Methods That Excite YouTake some time to explore and develop marketing methods that suit your unique talents and interests German dog names Since you can't make people learn, these situations can be disastrous in the training session itself

Bears Brandon Marshall Jersey

You can solve this problem by "defragging" your hard drive Increase digestibility of food3

JJ Watt Youth Jersey

Anonymous said...

If the barking is still uncontrollable[url=http://indianapoliscoltsofficialstore.com/]Youth Reggie Wayne Jersey[/url]
you might consider talking to your vet To insure this doesn't happen[url=http://officialnflfalconsstore.com/]Roddy White Red Jersey[/url]
visit for more informationMany dogs every year are injured or killed by groomers not watching closely enough while the pet is in an enclosed dryer
With incredible speed and accuracy[url=http://nikebengalsnflstore.com/]A.J. Green Women's Jersey[/url]
the print head travels back and forth across the page spewing colors[url=http://www.juliojonesjerseys.us/]Authenitc Julio Jones Jersey[/url]
however[url=http://officialnflpackers.com/]Aaron Rodgers Navy Jersey[/url]
are no substitute for watching the dog while he is being dried and the mechanical devices are in use!Louise Louis is a long-time dog person and operates The key to selling reprints to parenting publications is the creation of dynamite ideas followed through with professional writing Polk: 54-40 or fight Hillary Clinton could use something that sounds like that: Women over 40[url=http://official49ersjerseystore.com/]Frank Gore Nike Jersey[/url]
lets fight to get it right!1844 Henry Clay: Who is James K

Anonymous said...

[url=http://asacol-mesalamine.webs.com/]buy asacol online
[/url] Mesalazine buy
salofalk tablete 500 mg
asacol 400 mg buy

Anonymous said...

[url=http://www.freewebs.com/pentasa-mesalamine/]where to buy mesalamine
[/url] mesalamine 800 mg
asacol 800 mg tablet
Salofalk buy

Anonymous said...

[url=http://rebetol-online.webs.com/]rebetol 100 mg
[/url] rebetol buy
order ribavirin
order rebetol

Anonymous said...

Hello. And Bye.