Wednesday, February 22, 2012

MARI HAYATI DUA ULAM

Satu, raja punya. Ulam Raja!

Ada beberapa pokok ulam ini aku tanam di belakang rumah.  Kata orang, banyak juga khasiatnya. Yang aku kisah, sekarang aku mula menyukainya. Hari-hari boleh dikutip pucuknya dan dimakan segar.

Cantik juga bahagian-bahagian lain pokok Ulam Raja ni, selain daripada pucuknya. Entah-entah semuanya ni lebih banyak khasiatnya!

 
 
 
 
 
Satu lagi ulam, burung punya. Tapi untuk kakinya saja. Untuk bolehkan dia bertenggek atas pokok ulam itu.

Jadi namanya bukan Ulam Burung, tapi Tenggek Burung.

Selain punyai deretan pasangan dua dahan sepanjang batangnya, pokok ini memiliki banyak buah, lebihkurang sebesar kacang hijau. Yang masak berwarna hitam.

Buah si Tenggek Burung ni pun, juga kulit buahnya, entah-entah ada juga khasiat istimewanya.


 
Sepokok Tenggek Burung telah tumbuh sendiri di kawasan rumahku tak lama dulu. Jiran yang beritahu aku, itu pokok ulam. Selamatlah ia daripada mangsa parangku.

Sebenarnya aku sendiri belum pernah menikmatinya bersama hidangan nasi. Cuma baru cuba gigit-gigit. Kelat!

Cubalah, kalau belum, dua ulam yang mudah tumbuh (termasuk, malahan, tumbuh sendiri) dan mudah dijaga.

Walau namanya Ulam Raja, tak ada larangan kita memakannya. Tak pastilah aku, golongan raja ada atau tidak yang suka santap Ulam Raja ni. Yang aku agak pasti,  para burung tidak memakan pucuk Tenggek Burung.

Kemudian nanti, aku nak cari juga pokok-pokok ulam yang lain. Yang senang ditanam dan boleh cepat dikutip hasilnya.

Tentulah tak boleh kumasukkan dalam senarai carianku itu si pokok jering, pokok kerdas, juga pokok petai!


32 comments:

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Ulam raja tu mmg baik utk kesihatan. Saya pn suka mkn ulam raja. Rasanya pn agak unik sbb mcm ada menthol.

dear anies said...

ismet ulam raja xde? hehehe

Hjh Noralenna Abbas said...

Apa kata Temuk buat satu laman comel di satu sudut laman ala tradisional kampung Melayu berlandskapkan herba.

Temuk said...

ADRY
Salam bahagia, Adry. Sejak makan ulam raja ni tidur lebih nyenyak dan selalu pula mimpi dah tak jadi rakyat biasa, hehehe.

Betul kata Adry, rasa menthol ulam ini memang unik. Terfikir juga saya kalau-kalau ulam ini boleh ditumis atau disayur lemak.

Temuk said...

KhaiRin:anies
Ismet ulam raja? Mesti ada, selalu ada, dan akan terus ada, selagi ada RTM 1. Betul tak?

Temuk said...

HJH NORALENNA
Ada juga terfikir mengenainya. Tapi takut tak terjaga. Yang pasti kena banyak modal untuk menyuburkan tanah yang keras dan berbatu ni. Pengairan yang baik juga perlu diadakan.

Hehehe, kalau saya buat, Hjh boleh beri sebuah Rumah Melaka tak untuk Sudut Herba saya tu? Depan rumah tu nanti bolehlah saya buat jalan yang namanya Jln Hang Li Poh. Salam bahagia.

Kakzakie Purvit said...

Untunglah cikgu kalau tanah luas. Kakak makan ulam bukan kerana khasiat cikgu, tapi kerana nak sedapkan tekak. Ulam raja dan tenggek burung, dia punya rasa dia yg best. Kalau kakak makan kena lawan dgn sambal belacan baru kick:)

Pak Zawi said...

Salam Temuk,
Ulam raja enak dimakan kerana ada rasa seperti mempelam muda. Kalau dicicah dengan budu yang diletakkan cili padi dan tempoyak dengan sedikit air limau nipis, tak dapat dibayangkan enaknya.

Anonymous said...

Salam Cikgu Temuk,

Cantik bunga ulam raja tu selain rasanya yang sedap.

Pertama kali saya tengok buah 'tenggek burung' atau ada orang panggil daun bercabang tiga.

Daun tenggek burung ni lemak2 kelat. Sedap kalau dimakan dengan ulam2 lain untuk nasi kerabu. Daun tenggek burung ni dari segi rupa parasnya lebih kurang dengan daun 'serai kayu', bezanya serai kayu berbau serai. Sedap juga dibuat ulam.

Nizam.Ariff said...

Salam kang,
pokok bunga ulam raja tu kuat merajuk. kena kerap dipujuk dengan memetik hujungnya untuk dibuat ulam dengan nasi. kalau dah jemu dan tak dipetik, mulalah dia berbunga dan akhirnya akan tua dan kering. kalau nak makan ulam raja lagi, kena tunggu benihnya tumbuh dan membesar...

insan marhaen said...

agaknya kalau dibuat untuk nasi limuni, tentu lagi sedap dan berkhasiat!

Temuk said...

KAKZAKIE
Mula-mula tu hari, saya tanam ulam raja dalam pasu. Sampai 2, 3 pokok sepasu. Kesihan, bila subur kenalah saya pindahkan ke tanah. Tapi, kalau sepokok dalam satu pasu yang sederhana besar, memang sesuai. Tentulah kalau kita gunakan polybag pun ok. Tak perlu tanah luas.

Betul kakzakie, ulam boleh menjadikan tekak kita seronok, tak berasa jemu dengan rasa makanan yang terlalu selalu kita makan.

Temuk said...

PAK ZAWI
Salam, Pak Zawi. Lama tak jumpa.

Wow, tak pernah pula cuba ulam raja dengan budu + cili padi dan tempoyak + air limau nipis. Kalau yg pernah memakannya pun kata enaknya tak boleh nak bayangkan, yang belum pernah cuba ni lagilah tak boleh bayangkan. Tapi pastilah hebat rasanya tu! Sebaik-baiknya, cuba sendiri nanti. Jumpa lagi.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Salam Kunang-Kunang. Terima kasih beri maklumat tentang kegunaan lain pucuk tenggek burung/cabang tiga tu. Baru saya teringat cabang tiga pokok ini biasa kami gunakan untuk jadikan lastik, dengan membuang 'batang' di tengah-tengah, semasa kecil di kampung dulu. Langsung tak tahu, malah hanya baru-baru ini saja baru tahu, ia pokok ulam. Dan bernama tenggek burung!

Belum pernah saya lihat pokok serai kayu (atau mungkin pernah tapi dengan nama lain). Tapi memang tak ingat ada melihat pokok yang berbau serai dan boleh dibuat ulam. Terima kasih beritahu.

Temuk said...

AKU
Salam, Aku. Tepat sekali pemerhatian Aku tu. Yang kerap dipetik pucuk-pucuknya, tak lama akan mengeluarkan pucuk muda baru. Petik, keluar yang baru; petik, keluar yang baru... yang muda, lembut dan segar. Tak sempat pokoknya berbunga dan menua. Walaupun akhirnya nanti ia akan menua dan 'bye...bye...' juga.

Temuk said...

IM
Saya juga jangka, kalau ulam raja digunakan sebagai bahan membuat nasi limuni, tentu lebih sedap dan berkhasiat nasinya. Saya telah pernah campurkan ricihan ulam raja dalam salad (+ daun salad, timun, tomato, karot, seleri, dll + minyak zaitun). Memang ia serasi dengan bahan-bahan lain, dan memang ok rasanya. Terasa keunikan rasanya yang tersendiri!

ahmad humairi said...

Assalamualaikum

Dua ulam,
di satu alam,
serasi mempelam,
di dalam talam.

....seronok bermimpi menjadi raja di alam rasian....Daulat Tuanku!

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI
Walaikumussalam.

Dua ulam, sebutir mempelam
kesemuanya sealam
boleh diserasikan
di dalam talam.

Yang bermimpi menjadi raja
kan gembiralah menjemputnya
lalu termakbullah citarasanya
dek hidangan keinginannya.

kasihibu said...

Pokok tenggek burung yang sya gigihkan menanam tu, kemetot macam tu je, agaknya memang tak sesuai di dalam pasu, nak cari benih lain untuk tanam di tanah laman kampung pulak lepas ni

Temuk said...

KASIHIBU
Kalau pasunya besar (sangat!), mungkin yang kemetot tu boleh jadi gedebok sikit. Walaupun begitu, Pakcik agak pokok ni tak sesuai ditanam di dalam pasu. Kalau di laman kampung tentu ia akan membesar pantas. Selamat mencuba.

Azian Elias said...

Assalam Pak Temuk.

saya lebih suka tengek burung berbanding ulam raja. saya rasa ulam raja macam maung sikit.

Al-Manar said...

Satu masa pokok ulam raja menjadi jadi dibelakang rumah. Mula mula ditanam kerana bunga nya cantik juga. Akhirnya sudah jadi macam satu hutan. Maka dibuanglah langsong tak ada sekaran. Menyesal juga kerana ada orang yang kadang kadang datang bertanya.

Saya sendiri tak suka ulam. Ulam raja pula ada bau wangi yang menyebabkan lagi tak suka.

Temuk said...

AZIAN ELIAS
Waalaikumussalam, Yan. Selalu cari tenggek burung ke? Rasanya, kalau di pasaraya, ulam raja yang lebih mudah diperolehi. Hehehe, memang begitulah, bila kurang gemar adalah sebabnya yang kita beri. Demikian juga bila kita gemarkannya. Ada blogger yang menyatakan dia sukakan ulam raja sebab rasa "menthol"nya.

Temuk said...

AL-MANAR
Memang cantik juga bunga pokok ulam raja itu. Tambah-tambah jika banyak yang mengembang. Tapi perlulah ada "hutan" ulam raja, barulah boleh diharapkan banyak bunganya. Mungkin sdra al-manar terlupa nak simpan bijibenihnya. Kalau ada bolehlah disemai. Walaupun pokok-pokok ulam raja itu sudah habis ditebas, kalau teringin (walau tak berapa gemarkannya) agaknya boleh barangkali dicari di pasar basah atau pasaraya berdekatan.

sudipVSsenduk said...

Ulam raja, pegaga jual di pekan,
Dimakan beluncas semuanya punah,
Tidaklah risau hidup tak makan;
Kiranya berbudi kepada tanah.


masa kecil dulu, saya sangkakan buah anggur adalah makanan utk raja sahaja disebabkan harganya yg mahal... hehehe

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

Salam sudipVSsenduk

Dimakan beluncas semuanya punah,
Beluncas dibelit rimbunan olan;
Berbudi ke tanah rezeki muncah,
Usaha itu tangga kejayaan.

Betullah, buah tu bukan makanan raja sahaja. Sebab itu tak diberi nama anggur raja, kan? Hehehe. Dulu memang hebat betul harga anggur. Alhamdulillah, sekarang bolehlah juga kita membelinya. Selamat berhujung minggu.

Anonymous said...

cekgu saya nak pokok tenggek burung tu, baru belajar makan ulam dan dah cuba tenggek burung sedap rasa, masuk dalam nasi goreng + bunga kantan, lepas tu makan dgn ikan kering adoh

Unknown said...

Pokok tenggek burung ini ubat penyakit kulat/fungi contoh panau, kurap dan kudis . Cepat sembuh bila selalu makan daunnya sebagai ulam.

Unknown said...

Boleh buat duit ni pucuk tenggek burung RM 1 seikat kat Pasar Hari Taman Kempas Sungai Petani.

yanmaneee said...

moncler outlet
hermes handbags
supreme
yeezy boost
jordan shoes
golden goose
hermes handbags
balenciaga shoes
nike x off white
supreme hoodie

Nur haura afeeya said...

Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570