Sunday, October 28, 2012

TUNAS DAN CABANG BARU

Memang perangai si Bougainvillea, barangkali. 
Ada kalanya ia akan tonjolkan 
tunas-tunas baru pada batangnya. Dengan 
wajah baru. Mengikut  moodnya.

Di kawasan rumahku ada beberapa pokok yang demikian tabiatnya.

Di bawah ini, satu daripadanya.



Ada beberapa tunas baru pada pangkal batang asalnya. 
Tunas-tunas itu membesar, 
menjadi batang yang berwarna kuning tua.  Daunnya, putih-kuning.

 
Pokok asalnya berdaun hijau-berbelang-kuning. Bunganya, 
dulu-dulu, kuning sahaja. Sekarang, agak macam-macam 
shade kuningnya. Seperti yang tertera di bawah ini.


 


Pada dahan-dahan  atas pokok asal pun bertunas juga para si putih. 
Kemudian, menjadi cabang-cabang baru. Siap dengan bunganya sekali.


Lihat pada mata kasar memang pokok asal 
bertunas sendiri. Bila-bila, dan macam-macam 
mana, mengikut moodnya sendiri. 

Tapi amat pastilah, semuanya berlaku 
hanya dengan kehendak dan izin ALLAH jua.


Bila senja menghadirkan diri di persekitaranku,
berdoalah aku, mengharap dari-NYA,
disambung hayat untuk esok, dan esok, dan esok lagi.

Agar, dapat kutatapi pula, tunas dan cabang yang
entah apalah lagi. Yang mudah-mudahan
menginsafkan lagilah diri, dengan lebih berganda-ganda,
akan kebesaran-Nya.

Wednesday, October 24, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN

Ku sangka merah
si buah terung

 

Rupanya putih
bunganya menjadi

Ku sangka merah si buah terung
Rupanya putih bunganya menjadi
Ku sangka marah tajam merenung
Rupanya kasih  sekujur hati.

 
 

Dengan rasa kasih sekujur hati
Temuk ucapkan kepada para pengunjung budiman
Menjelang 10 Zulhijah penuh kesyahduan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN.

Friday, October 5, 2012

WALAUPUN ADA ORANG DI DAPUR

Sekali-sekala aku ke dapur. Bila tiada orang di situ!

Tapi dua hari yang lepas, nampaknya dan rasanya, tak mengapa aku ke dapur walaupun ada orang di situ.

Yang sebelah sibuk dengan "shepherd's pie"nya.


 



Yang aku pula sibuk + menyibuk dengan dadihku.

 


Yang sebelah punya tadi tu, tak payah disejukkan.Yang aku punya, berfungsi menyejukkan tekak. Wajib dinginkan, Tok Wan!

 
Petang itu aku keluar sebentar.

Malamnya, tentulah aku segera mencari shepherd's pie sebelah punya. Pencuci mulutnya? Tentulah dadihku sendiri!

"Co-existence" di dapur ada seronoknya. Syarat utama: usah sepah-sepah ya Tok Wan!

Juadah yang mengenyangkan? Tentulah yang sebelah punya.

Tapi, juadah yang paling manis? Anda jawabkan, boleh?