Sunday, January 15, 2012

KALAU ASAL BENIH YANG BAIK.....

"Aku berasal benih yang baik, melanggar dinding, membesar segar, berbunga mekar."

Itulah kata si bunga Lidah Kucing.  Lidahnya, seperti juga lidah kucing, atau pembelanya, samalah... 'tanpa tulang'.
"Lihatlah dedaun dan bungaku. Ganteng, kan?"

Eh, eh, ramai pula bunga lain di sekeliling, macam berkata,

 
"Benarlah asalmu benih yang baik. Cuma lupa kau menyebut, tumbuhmu sebenarnya
di tempat yang subur.  Persekitaranmu baik. Makhluk perosak pun tak sudi mengusik."

Terkenang pula aku, si anak famili baik-baik, lahir dari benih baik-baik,
abahnya mungkin pegawai Jusa, ibunya mahaguru,
lazim kan dia menjadi insan hebat?
Kalau dia menjadi bilazim, tidak hebat tapi bangsat, tapak rumahkah,
atau "perosak makhluk" sekelilingkah yang mendajali sosialisasinya?

Dari beberapa penceramah, mengikut kefahaman cetekku,
boleh pula kubuat satu kesimpulan, yang sebenarnya tidak pula kugemari,
tidak juga kusetujui sepenuhnya, iaitu
"kalau asal benih tak baik, di mana-mana, juga bila-bila, tak baiklah jadinya".


(Nota: Dengan maaf, sila ambil maklum, nama bunga dalam gambar pertama di atas itu sebenarnya ialah Bunga Pukul Sepuluh, yang sememangnya sefamili dengan Bunga Lidah Kucing.  Sila lihat komen pemblog Adry@Daun dan respons saya. Terima kasih banyak-banyak kepada Sdr Adry).

Friday, January 13, 2012

TENGOK-TENGOK i, ii, iii DENGAN SENAPANG

Lama (baru 2 hari!) tak mengintai sekeliling rumah. Lalu, kulakukan dengan membawa 'senapang gambar'.

(i)
Tiang payungnya lebihkurang 2" tinggi. Siapalah agaknya nama sebenar si intan payung ini?
 (ii)
Dia adik beradik "kembang Negara". Tapi, dari dulu hinggalah kini, semangatnya tetap "kuncup".
 (iii)

Pada batang tubuhku.......
Ramai yang rajin menempel mesra.
Banyak bangsa pula tu! Alahai rimasnya!
Tapi, penempel yang ini memang kugemari..... Tak mengapalah jika kuberi dia taraf Pemastautin Tetap.
 Gambar terakhir yang kutembak menimbulkan tanda tanya .
Anggerik hutan yang liar itukah dia? Siapa yang diam-diam menyemainya di situ?

Tuesday, January 10, 2012

DUA ORANG CUCU LAGI MASUK "SEKOLAH BETUL".....

 CORETAN I
 
Pada 4.1.2012, dengan izin Allah,  masuklah Angah (Izz Farish),  ke Tahun 1 (Cempaka) sesi petang , di "sekolah betul", Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putera, Bangi.  
Yang lebih botak dan bertahi lalat itulah Angah. Hari pertama! Mujur 
Tok Wan sempat datang mengambil gambar sebelum Angah balik.
Keluar barisan, masa balik! Nak suruh Tok Wan cepat-cepat ambil gambar. Tak sempat buka mata pun!

Angah menggayakan lencana "sekolah betul"nya dengan kawan yang tinggal di belakang rumah.
Kawan-kawan perempuan pun ada. Tapi dia orang malu-malulah. Tak nak ambil gambar dekat-dekat.
Tok Wan tunggu sampai van Angah tiba. Nak pastikan Angah naik van yang betul.

Tok Wan pecut ke rumah Angah. Tunggu Angah balik rumah hari pertama "sekolah betul"! Adik pun sama menyambut.

Abang Faiq pun menunggu juga. Dia dah masuk Tahun 3, di sekolah yang sama, sesi pagi. Kalau sama sesi, lagi takutlah Angah kat abang Faiq yang masih jadi Pengawas strict kat sekolah tu.
Angah (baju cokelat), Faiq (baju biru) dengan dua lagi adik lelaki yang belum masuk "sekolah betul". Masuk pra-"sekolah betul" pun belum boleh!
Dan ini, adik lelaki bongsu. Cukuplah team  "Hang Tuah" kat rumah! Bila Hang-Hang tu datang ke rumah Tok Wan,  tetap Tok Wan tak susah hati, sebab lantai dengan dinding rumah batu konkrit! Kalau jenis kayu, riuh tinggilah jadinya!
Nak tunjuk abah (di belakang Angah betul) dengan 3 bothers yang lain

Juga nak tunjuk ibu. Walau dah lama lulus MBA, ibu buat keputusan duduk di rumah dulu. Tok Wan kata, MBA ibu tu, sementara ni, kira Menumpu Besarkan Anak-Anaklah. Insya-Allah, sosialisasi ibu sendiri lebih baik dan berkat.

CORETAN II

Pada 4.1.2012 juga, satu-satunya cucu perempuan Tok Wan (buat masa inilah!) masuk Tahun 1 (Bakawali) "sekolah betul", Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi.
Tok Wan jadi drebar. Ibu dengan adik (Nadeem) jadi juruiring hari pertama Farhana ke sekolah.
Dipersilakan bersila berama-ramai di dewan sebelum masuk ke bilik darjah.
Alamak, tak dapat tempat duduk depanlah, Tok Wan!
Saja nak rekodkan juga lukisan Farhana masa belajar di Tadika. Dia suka sangat melukis gambar ahli keluarganya.










Kat bawah ni gambar Farhana dengan ayah, ibu, dan juga adiknya (Nadeem). Gambar 'graduasi' di Tadika Aulad hujung tahun 2011 yang lepas.
Tadika kat belakang rumah saja, tapi kena pusing jauh nak sampai ke situ. Terima kasih, Tadika Aulad!
Lima tahun lagi, insya-Allah, Nadeem pula masuk "sekolah betul", macam kakaknya..



Benda-benda beginilah yang jadi kegemaran Nadeem.
Sementara belum masuk "sekolah betul", Nadeem bolehlah teruskan kerja menolong Tok Wan memesin rumput tu.. 

Demikianlah, untuk rekod, CORETAN I dan CORETAN II Tok Wan mengenai cucu-cucu.