Tuesday, May 14, 2013

UZBEKISTAN DALAM KENANGAN - I

Untuk kenang-kenangan, diabadikan beberapa  gambar 
Uzbekistan.  Diziarahi pada 12-18 April lalu. 

Bandar pertama disasar, Tashkent, ibu negara Uzbekistan.
Uzbekistan, baru lebihkurang 20 tahun bebas dari Soviet. Belum semaju kitalah. Tapi, tinggalan sejarahnya hebat.

Pak Temuk lihat Tashkent memang bersih, tenang, nyaman. Juga selamat. Boleh sudi tinggal di sini!
Di tengah, pemandu pelancong dari Uzbek. Boleh berbahasa Melayu. Haji di tepinya pemilik agensi pelancongan di Malaysia. Seorang lagi tu agennya yang turut serta dalam rombongan.



Medressa Kukaldosh, dibina 1551-1575. Motif bangunan lama macam ni merata terdapat di Uzbek.


Rasanya ini Shaheed Square.
Kompleks Hadzrati Imam (Pusat Islam). Ada dipamerkan Quran ditulis pada kulit (abad 7-8) di sini.

Antara kedai-kedai cenderamata di Kompleks Hadzrati Imam.

Restoran nasi Bukhary (nasi Pilau) ini memasak 500kg beras sehari!
Kawasan pergunungan Chimgan (Switzerland of Uzbek!). Tukang gambar ambil gambar, jual gambar pada kita dengan harga lebihkurang RM2.50, saiz 4R. Oklah tu, kan?
Encik salji sudah tinggal serdak. Tapi, sebelah atas lebih sikit kuantitinya. Sejuk juga.



 
Tasik "dah lupa namanya". Sumber air dan elektrik Tashkent. Kata mereka, kalau empangannya pecah, Tashkent akan tenggelam.
Di Uzbek, orang perempuan tidak sembahyang di masjid. Mujur diberi karpet sembahyang di luar. Ada sekali di satu lokasi rombongan perempuan kami dapat menumpang sembahyang di mesjid.
Dari Tashkent kami ke Samarkhand-Bukhara-Tashkent semula, sebelum terbang pulang ke Malaysia.
Klik, klik, klik, beratus-ratus gambar. . Habis lupa tempatnya, ceritanya, dan
macam-macamnya. Maaf kalau yang dimaklumkan di sini tidak tepat.
Kalau video, boleh juga rakam gambar sambil rekodkan ulasan sekaligus.

Ketemu lagi dalam Kenangan II: Samarkhand,  InsyaAllah.

Wednesday, May 1, 2013

BERSIH 4 DAN PRU13

Sudah 5 tahun tak pangkah calon dalam PRU.

Pasal tu, nak kena praktislah. Takut buang masa saja kita pergi memangkah.
Beratur panjang dari pagi, tapi  hasil pangkahnya (walaupun kita tak tahu), pangkah rosak!
 Latihan.... latihan...... X.... X....X

Cantik nampaknya cara pangkah tu. Kalau pangkah calon yang cantik, 
yang partinya pun cantik, lagilah cantik. Betul tak?

Cantik biar di mulut, di hati, juga dalam perbuatan. Paras rupa, perkara sekunder.

Tapi, nak beritahu ni, sebelum hari PRU 13 tiba,
Pak Temuk memang dah tanam semangat. Berkobar-kobar.

Mesti, mesti, mesti, langsungkan BERSIH 4.

Mengapa perlu BERSIH 4 pula?
Sebab bila hendak celebrate kemenangan parti
yang Pak Temuk sokong (cewah!) nanti, yang 4 itu kenalah BERSIH.
Barulah terang garden Pak Temuk untuk ra'ikan kemenangan tu.

Sebenarnya, 4 batang-tiang yang kat bawah inilah yang
nak kena diBERSIH!
Nampaknya, bukannya 5 tahun sekali,
tapi 15 tahun sekali! Dasar mim alif lam sin.

 
Kusangka kaca yang berubah warna!
Rupanya lumut 15 tahun!

Mujur batang-tiangnya tetap gagah.
Sebiji kacanya rapuh, retak serpih sana-sini. Zaman telah menelannya.

Cuba BERSIHkan jugalah yang dah uzur tu. Di mana mungkin kucari ganti?
Benda dah 15 tahun. Fesyen orang dah tak mahu. Semua kedai malu nak jual.

Tapi,  kaca retak buktikan peri benarnya cerita
"luka di jari nampak berdarah, luka di hati lagilah parah".

Malangnya pembersihan kaca retak tak menjadi.
Nampaknya, pada akhirnya, BERSIH 4 jadi BERSIH 3 saja.
Kaca rapuh tak mungkin berguna.
Kalau dipasang juga, hujan pasti akan membelasah mentol yang dilindunginya.

BERSIH 3 memadailah buat sementara waktu.
Lebih baik daripada garden BERGELAP pada malam keputusan PRU.

Mana tahu, malam tu, ada orang  tak cantik mulut,
tak cantik hati, tak cantik kelakuan,
datang berangkara bermacam-macam, dalam suasana kelam.

Dengan mentol jimat-tenaga baru, rupa cahayanya pun baru.



Nampaknya setiang-sebatang ni nak kena tunggu spare part
selepas PRU. Kedai antik manalah yang Pak Temuk perlu jelajahi.

 SELAMAT MENGUNDI PARA BLOGGERS.
SEMOGA UNDI KITA DIREDHAI ALLAH.
 

UNDI ITU RAHSIA.  
ROOM-MATE PAK TEMUK PUN TAK TAHU,
SIAPA YANG PAK TEMUK PANGKAH.

Friday, April 26, 2013

MEMANG LIMO NIPEH SEBENONYE.

Sesetengah komen kawan dulu tu memang bagi banyak harapan.  Yang meyakinkan sangat kata, buah belum tua..... cukup tua nanti kuninglah dia (lemonlah tu!)

Temuk bayangkan, bukan saja buah nak menguning, tapi buah juga kan jadi bujur (lagi lemonlah tu!!).

Cukuplah rasanya, kalau dijadikan hari ini hari penentu. Memang dah sahlah, yang dikatakan dan diharapkan LEMON itu sebenarnya memang LIMAU NIPIS.


Memang limo nipeh sebenonye, Yoep! Dia dah tuwe, tapi menguning idak, membujo pun idak!



Tak ngape le, kan? Limo, limo le. Nipeh pun nipeh le. 

Kat ghumah Temuk sekaghang ni, kompomlah dah ade sepokok limo nipeh. Lain daghi tu, ade jugak sepokok limo kasturi dengan limo pughot.

Limo bali ke, limo sunkist ke, limo langkat ke, tak payahlah dah. Kot nak buahnye, yang tu, caghi aje kat kedei, betoi dak?

Nanti tak jadi pulak projek "mudahkan hidup". Asyik nak tambah-tambah pokok aje.

Sempene PRU13 ni, elokle juge ade buah limo nipeh duwe bijik beso-beso tu. Bio di pokok dulu.

Kalo bendeghe-bendeghe parti yang bepaku, 


 
beghikat, begantung, juga teghebang, macam cendawan sane-sini tu tak bejaye tutupkan paneh mateaghi, boleh le Temuk buat ayo limo nipeh ais. Boleh le sejukkan badan.

Tentu le ngenangkan hei PRU13 dengan keputusannye tu nanti lebih nggeletokan badan, banding dengan ngenangkan hei buah lemon betuko jadi limo nipeh!