Sunday, February 15, 2009

PUTERI GUNUNG LEDANG (PGL)

Rasanya pernah kubaca ... somewhere ... kisah Sultan Melaka mahu meminang Puteri Gunung Ledang. Rasa-rasa macam dalam Hikayat Hang Tuah, versi Kasim Ahmad. Sudah lupa. Itu, lebih dari 40 tahun dahulu ... I was in Form Six, then. Atau mungkin pernah membacanya dari sumber lain?

Tak apalah. Cerita itu dapat kuingati dan hayati semula semasa menonton teater Puteri Gunung Ledang The Musical, Season III (PGLM III), di Istana Budaya Kuala Lumpur (KL) pada bulan Februari lalu. Sekalipun pementasan itu bukannya menumpu kepada kisah peminangan.

PGL dan peminatnya

PGLM III adalah sebuah kisah cinta. Kisah ikatan kasih antara puteri Majapahit, Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah, dengan pahlawan terbilang Melaka, Hang Tuah. Cinta itu putus di tengah jalan.

Tiara (PGL) & Stephen Rahman Hughes (Hang Tuah)
PGLM III menyematkan bukan sahaja tentang keindahan cinta, tetapi lebih menonjolkan erti cinta suci, dan makna pengorbanan demi cinta, yang ada pada hati seorang wanita. Ia juga mempamerkan keutuhan taat setia seorang pahlawan kepada ketuanya sekalipun dalam situasi yang mencanggahi kepentingan peribadi.

Pada penghujung Februari lalu, siri pementasan PLGM III telah melabuhkan tirainya. Kesemuanya, sebanyak 70 kali PGLM dipentaskan, semenjak musim pertamanya. Pementasan itu telah mendapat publisiti yang sungguh meluas, memperolehi sanjungan dan pujian yang tinggi, serta respon yang menakjubkan.

Yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat umur, malah pelbagai kaum. Dan bukan sahaja dari Wilayah Persekutuan atau Selangor. Tiara Jacquelina (yang memikul watak terpenting, Gusti Puteri Retno Dumilah/PGL, dan yang juga bertindak selaku Penerbit Eksekutif PGLM) menyebut seramai lebihkurang 100,000 orang penonton telah berkunjung ke Istana Budaya KL, bagi menyokong dan meraikan pementasan PGLMnya, dari musim pertama hingga ketiga.

Tiara Jacquelina pendukung watak PGL mengharap PGLM terus dihidupkan 20, 30, 50
tahun mendatang, dengan interpretasi dan tenaga lebih baru.


Tiara telah mengumumkan pengundurannya dari memegang watak PGL selepas Musim III. Hasratnya ialah bagi memberi peluang kepada yang lain. Ini adalah satu semangat pendukung dan pencinta seni yang tersanjung.
Tiara menyatakan rasa sedihnya meninggalkan Gusti Puteri Retno Dumilah yang telah menjadi sebahagian dari dirinya semenjak 6 tahun yang lalu. Meninggalkan 170 rakan sekerja yang sama susah senang mendukung PGLM, juga tentulah satu detik yang memilukan. Kita boleh turut merasakan sebak dadanya. Satu pengajaran penting dari Tiara dalam mengemudi PGLM III -- tenaga dan semangat setiakawan serta kesepaduan amat kritikal. Kejayaan projek teaternya, kata Tiara, bersendikan itu!

Rol penonton juga penting. Tiara mengakui PGLM IIInya lebih berjaya kerana penontonnya lebih "hidup" dan murah hati dengan penghargaan. Itu menjadikan para pelakon di pentas menjadi lebih bertenaga, dan membalas dengan meningkatkan lagi kualiti persembahan mereka.
Gemuruh tepukan dan teriakan penonton semasa PGLM III melabuhkan tirainya masih terngiang-ngiang dikupingku. Itu sudah cukup bagi menjanjikan teater di Malaysia ada hari mukanya.

Lambaian apresiasi kepada yang memberi apresiasi

Selepas the grand show, apa lagi yang lebih menenangkan fikiran, selain dari relax-relax, menikmati makanan yang ada di jual di gerai-gerai di pinggir Istana Budaya! Namun, sambil


relax itu, kucuba juga merenung, apa tentang kehidupan yang mahu ditonjolkan oleh PGLM III. Adakah kehidupan itu cinta? Maka tanpanya manusia itu mati? Apakah kehidupan itu pengorbanan? Maka tanpanya manusia ini tiada nilainya? Apakah kehidupan itu paksinya kesetiaaan? Tanpanya manusia boleh jadi kebingungan dan menderita? Atau adakah kehidupan itu setiakawan dan kesepaduan (seperti yang ditonjolkan oleh warga pementasan PGLM III sendiri)? Maka tanpanya manusia hanya mampu mewujudkan kemorat-maritan?

(Penghargaan: Beberapa gambar dalam paparan ini telah diambil daripada Buku Cenderamata PGLM III, dan maklumat berkaitan, daripada akhbar-akhbar harian. Terima kasih!)












4 comments:

WELAS ASIH said...

Salam.....
Saudara Temuk yang saya hormati, terima kasih atas komentar yang anda berikan ke posting saya "Jiwa dan roh kita butuh makan".
Memang menurut saya manusia hidup haruslah hidup seutuhnya.
Satu lagi kekaguman saya kepada saudara, kecuali saudara cinta alam, saudara juga mencintai budaya.Tersirat bahwa saudara adalah manusia yang penuh kasih sayang.
Terimalah hormat saya kepada saudara. Salam.

Temuk said...

Terima kasih sdra Welas Asih. Saya amat gemar apa juga yang seni - ditulis, diukir, dilukis, dianyam, diucap, dilakonkan ... apa saja. Sajak-sajak sdra amat indah ungkapannya. Apa lagi yang menyangkut kebesaran Ilahi! Juga yang merakam keinsafan manusia akan kekerdilan mereka, serta kasih sayang & cinta sesama manusia, khususnya sesama anggota famili. Terimalah juga hormat saya kepada sdra. Salam bahagia.

MY HOMESTAY said...

Hi..PGL bagi saya bukan suatu karya agung. PGL sebenarnya tidak memerlukan watak asing sebagai Hang Tuah. Mana jati Melayu jika orang asing memeang watak seorang berjiwa beasr seperti Hang Tuah. PGL hanya semata-meta mengenengahkan watak asing yang hanya gah pada paras rupa. Diharapkan PGL dapat mencari satu kaedah yang lebih berkesan untuk memegang watak Hang Tuah bukannya bayangan Hang Tuah ciptaan baru.

Temuk said...

Hi, sdr Deen MY HOMESTAY
Maaf alpa. Tak perasan ada pengunjung ke blog lama. Terima kasih pandangan sdr. I guess everyone is entitled to his or her own views. Frankly, I don't know much about theatre. The first theatre that I saw was in England in 1974. It based on one of Shakespearre's (spelling?) plays. Can't remember much about it now. PGL mengikut yg dilaporkan merupakan satu produksi besar, dgn belanja besar. Expected. Kerana teknologi produksi yang canggih, tenaga kerjanya yg pakar, & barisan pelakonnya mantap. PGL was a business venture! Keuntungan jadi sasaran utama. Mungkin kerana itu, apa juga yg lebih menjami keuntungan diambil, digunakan, dilibatkan. Pertimbangan lain jadi sekunder. Spt yg Tiara sendiri harapkan, PGL akan datang mungkin akan diteaterkan dgn banyak perubahan. Mudah-mudahan ada lagi pementasannya (dgn beberapa perubahan). Kerana Istana Budaya pun ketandusan produksi besar yang setaraf dengan dirinya sebagai veneu. Salam.