Saturday, August 17, 2013

BEBERAPA KEJADIAN SELEPAS RAYA

Kejadian-kejadian selepas raya? Ya, kalau dikira rayanya cuma 1 Syawal.

Pertama, orang mula 'balas dendam'. Kedua-dua golongan,
yang menawarkan perkhidmatan dan yang menerima perkhidmatan.
 
Jam di tangan..... kira-kira 10.30 pagi.

Kedua, buah mullberry yang berbaki sekuntum mempamerkan
tahap kamasakannya yang maksimum. Hitam! Walaupun hitam rasanya manis.

Adik beradiknya, semasa merah menyala (dan masam), sudah lama ghaib jadi bahan 'testing' rasa!
Ketiga, sebab banyaknya buah 'merantiberry' ranum yang boleh dijadikan benih
(hasil daripada walau hanya sebatang pokok), Pak Temuk menjadi lebih
bersemangat untuk menjadi pengusaha meranti (bukan balak meranti, sebab 
pasti tak akan memperolehi permit daripada gomen) dan akan segera mendapatkan 
beberapa hektar pasu tanah lagi untuk perusahaan pertanian hebat itu, kihkih.

 
Keempat, yang paling mengujakan, perucubaan pertama ber'tomat', 
dengan bijibenih daripada buah masak dari pasar, telah menghasilkan gerombolan 
beberapa pokok berkenaan dalam pasu besar. 

Gerombolan  pokok itu sudah pun mengeluarkan buah. Buah, buah, 
buah di sana sini tangkai, sekalipun pada satu-satu tangkai, tak ramai penduduknya!
 



Sekianlah laporan mengenai beberapa kejadian 
selepas raya, yang boleh juga kita kira sebagai kejadian masa raya.

Monday, August 12, 2013

RAYA : YANG TAK BOLEH PERGI ...

Tak boleh pergi dah. Tokleh gi doh. Tak boleh jalan lagi. Kenok go eni mo!


 

 Sebabnya, sana sini, lebihkurang itulah dia-dianya. Nak kono bondo lain eh nampak ei.


 Balik daghi kampung, cepat-cepat beghenti kat kawasan Sabak Bernam. 
Beli buah ni, pisang Abu. Yang Pija endak sangat-sangat. Beli sesikat aje. Jadi le tu.

  Teringat pula zaman sekolah rendah dulu. Acap merebusnya, kerap menggorengnya.

Teringat juga masa cuti sambil belajar di Mexico, penghujung 70an, sempat
menikmati 'yang seumpamanya' itu. Pisangnya saja yang lain. Masa tu, yang digoreng orang
sana panggil plantain (pisang tanduklah tu). Sebiji di belah dua. Digoreng tanpa tepung.
Plantain diberi lauk ikan merah bersaiz sedang, yang digoreng garing! Boleh sangat!


Jadi bila pisang Pak Temuk cuma pisang Abu, berlaukkan cuma
fried salted kembung (foto atas tu), boleh jugalah dikira semacam dengan
hidangan yang di Mexico tu.Yang penting, gorengan tu memang "boleh pergi" 
sangat, boleh gi, berbanding juadah-juadah raya tu.

Bila yang di sebelah tu kata "pelik", Pak Temuk kata,
"Tak pelik, serupa dengan nasi bersebati durian kegemaran awak tu". Hihi.

Selamat menyambung hari raya. Selagi BOLEH PERGI!

Thursday, August 1, 2013

PENGISIAN RAMADHAN SI HAMBA DHAIF

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan mulia.
Melaluinya, satu penitian. 
Kerdil dan dhaifnya aku sebagai peniti.


Belati sebilah padalah kukepit
Pembelah manggar asal-usulnya
Mendekati Allah wasilahku sedikit
Istiqomah longgar dalam tawassulnya.

Namun sedikit, berbatas istiqomahnya, kupohon penerimaanMu ya Allah!