Thursday, August 1, 2013

PENGISIAN RAMADHAN SI HAMBA DHAIF

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan mulia.
Melaluinya, satu penitian. 
Kerdil dan dhaifnya aku sebagai peniti.


Belati sebilah padalah kukepit
Pembelah manggar asal-usulnya
Mendekati Allah wasilahku sedikit
Istiqomah longgar dalam tawassulnya.

Namun sedikit, berbatas istiqomahnya, kupohon penerimaanMu ya Allah!

36 comments:

ahmad humairi said...

السلم عليكم ورحمة الله

Hari Raya, Sembahyang Raya,
Raja berangkat dari istana,
Dari daya serta upaya,
Walau terbatas, Allah terima.

....ada can lagi....
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Kakzakie said...

Setiap kita telah berusaha utk mendapat yg terbaik. Allah juga yg menilai dari kemampuan kita itu Pak temuk..

PakMail said...

Salam Pak Temuk,

Amin...

ctpayong said...


السلم عليكم ورحمة الله

semoga Allah SWT memberi kita kesempatan bertemu Ramadhan akan datang,
آمِـــــــــينْ

ummuaidan said...

Salam paktemuk,
Allah knows best kan ttg keihklasan amalan kita walau sebesar manapun.moga2 yg sedikit atau byk itu, sedikit sbyk sampai..:)

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam Cikgu Humairi,

Ya, ada peluang lagi berRamadhan. Malah luar Ramadhan pun DIA mengingati kita selagi kita mengingati (suruhan) DIA. InsyaAllah.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin.

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Temuk,
Gambar menarik, di mana?
Terharu membaca cetusan hati...Terawih tinggal beberapa malam sahaja. Sedihkan?
Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan kita. Semoga bertemu Ramadhan tahun hadapan. Ameen.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan batin.

Temuk said...

KAKZAKIE
Benar kakzakie. Kita lakukan apa yang sepatutnya kita lakukan dengan baik. Allah yang akan menilai. Cuma kadangkala kita dapat rasakan, apa yang kita lakukan bukanlah yang terbaik. Semoga kakazakie dan famili terus cemerlang di hujung Ramadhan.

Temuk said...

Pak Mail
Wa'alaikumussalam Pak Mail. Ya, sama-sama kita terus berdoa kepada Allah untuk segala kebaikan. Cemerlanglah hendaknya segala amalan yang kita lakukan khususnya sepanjang Ramadhan tahun ini.

Temuk said...

CTPAYONG
Wa'alaikumussalam warahmatullah, ctpayong.

Dan kita juga mohon untuk bertemu Ramadhan-Ramadhan yang seterusnya pula. آمِــــــــينْ

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam, ummuaidan.

InsyaAllah, yang baik sebesar zarah pun diberi kredit oleh Allah, asalkan sebagai yang ummuaidan kata, kita lakukannya dengan ikhlas. Cuma sedihnya, kadangkala kita sendiri takut dan was-was, ikhlaskah kita. Juga sedihnya, apa yang baik yang kita lakukan, selalunya memang hanya sebesar zarah!

Temuk said...

NORALENNA HJ ABBAS
Wa'alaikumussalam, Alenna. Semoga segala doa dimakbulkan Allah, segala hajat ditunaikanNya. InsyaAllah.

Memang sayu rasanya. Ramadhan 1434 akan meninggalkan kita. Pun masih Allah beri hayat dan kita menemuinya, Ramadhan 1435 mungkin berlainan. Kita sendiri pun sudah menjadi lain kala itu, lantaran tambah menua.

Selamat menyambut hari raya. Maaf zahir batin. Ceria selalu!

Temuk said...

NORALENNA ABBAS
Lupa pula nak beritahu, itu gambar "pelabuhan" Bagan Datoh. Kalau balik kampung, selalulah Temuk ke situ. Bila dilihat muaranya, ia bagaikan pintu Selat Melaka.... sayunya!

suka suka said...

assalam Pak Temuk... smoga dipemudahkan untuk pengisian tabung akhirat...

Temuk said...

SUKA-SUKA
Wa'alaikumussalam suka-suka,
Ya, semoga demikianlah hendaknya. Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

Rohani M.U said...

Assalammualaikum wbt Cikgu.
Semoga cikgu sekeluarga diberkati dan dirahmati Allah swt.

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,

Berbaik sangka sifat nan afdhal,
Di mana sahaja jadikan pegangan,
Bersederhana dalam segala hal,
Amalan Rasul jadi ikutan.

Sedang-sedang saja, tidak berebih-lebihan dan tidak pula berkurang-kurangan.... malah terus bertambah! Moga terus beroleh keberkatan. Selamat menghampiri penghujung Ramadhan.....

muny lily said...

hablum minallah wa hablum minannas

'tiada mati seseorang kamu, melainkan dia membaikan sangkaan kepada Allah"

Temuk said...

ROHANI M.U.
Wa'alaikumussalam wbkt, Cikgu Rohani.

Semoga cikgu dan keluarga juga sentiasa diberkati Allah dan berpanjangan di dalam jagaan Allah. Selamat hari raya, maaf zahir batin.

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam Amie.

Mujurlah ada juga pesanan Nabi kita yang menyuruh kita bersederhana. Bila kita rasa kita telah menyederhana, adalah juga rasa selesanya. Tak tertekan sangatlah.... Maklumlah, nak maksimum seperti yang sepatutnya disasari, ilmu + kemampuan + tenaga pun tahap minimum.

Sangka Daik terduga Angsana
Siulan bertubi si Raja Tekukur
Bersangka baik juga bersederhana
Amalan Nabi dipuja diakur.

Temuk said...

MUNY LILY
Terima kasih singgah ke blog Pak Temuk.

Benar, alangkah baiknya kehidupan kita jika kita mampu menjaga hubungan baik kita sesama manusia, dan hubungan berkualiti tinggi kita dengan Allah. Selamat menyambut hari raya.

ujang kutik said...

Assalamualaikom Abang Temok,

Saya tertarik kepada catatan salah seorang pengunjung berbunyi, "....membaikkan sangkaan terhadap Allah."

Begitulah sepatutnya harap hamba kepada Pencipta.

JunAina said...

Kita yang selalu selesa sehingga kadang2 terlupa, insyaallah moga segala amal kita sepanjang Ramadhan akan di berkati.

sudipVSsenduk said...

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Moga kita dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan tahun hadapan.

Temuk said...

UJANG KUTIK
Wa'alaikumussalam Ujang Kutik.

Amatlah tidak layak bagi kita mempunyai buruk sangka terhadap Allah, sekalipun kita diketemukan olehNya dengan pelbagai ketika dan keadaan yang mencabar. Si hamba seperti kita perlu akur kepada Penciptanya tanpa soalan.

Selamat menyambut hari raya Bang Temuk ucapkan untuk Ujang Kutik dan keluarga. Maaf zahir batin.

Temuk said...

JunAina
Memang acaplah keselesaan membawa kepada kealpaan, yang kemudiannya kepada masalah hubungan kita dengan Allah. Sama-samalah kita berdoa semoga segala amal kita khususnya sepanjang Ramadhan tahun ini diterima dan diberkatiNya. Selamat hari raya.

Temuk said...

sudipVSsenduk
Benar. Allah yang menilai segala tindakan kita. Berdoa sahajalah selepas itu, mudah-mudahan segala tindakan kita itu diredhaiNya. Dan semoga kita diberi hayat lagi untuk bersama dengan Ramadhan akan datang dan seterusnya.

Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

MamaTim said...

Assalamuálaikum Pakcik..

Di kesempatan ini, relakanlah saya mengucapkan..

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
----mamaTim----

insan marhaen said...

Selamat Hari Raya dari IM juga. Muga Allah berkati hidup kita!

Kekadang, Im bertawasul juga atas nama amal IM menjaga ibu_suri terutama saat-saat jiwa tertekan!

Saffanskot22 said...

Salam dari Mekah atas subject Deception of Syajaratul Khuldi. Sekadar renungan dan perkongskian berinteraksi. Sila layari : www.saffanskot22.com
Wassalam,
Z

Temuk said...

MamaTim
Wa'alaikumussalam, MamaTim.

SELAMAT BERHARIRAYA. Semoga ahli keluarga sihat sejahtera dan bergembira menyambut Syawal tahun ini. Maaf zahir batin dari Pak Temuk.

Temuk said...

IM
Selamat hari raya, IM. Maaf zahir batin.

Sesungguhnya amat pelbagai cara kita mendekati Allah, termasuklah melalui beranek kebaikan yang kita lakukan utk ahli famili sendiri. InsyaAllah, besar ganjarannya. Juga manfaat mengurangkan tekanan jiwa sendiri.

Temuk said...

Saffanskot 22

Terima kasih sudi singgah. InsyaAllah akan Pak Temuk layari lamanweb itu nanti. Salam bahagia.

Ummi Kami said...

Salam manis cahaya Syawal.. :)

Malam curahan mari berdoa,
Mencari Syurga hati berlagu;
Salam lebaran hari kedua,
Hari ketiga pasti menunggu.

Ummi Kami said...

Selamat menyambut hari raya 'Aidil Fitri...maaf zahir dan batin....semoga Pak Temuk bergembira di samping keluarga tercinta...amin.. :)..silalah ke blog Ummi kita berpantun ya..

http://mamasentimental.blogspot.com

Temuk said...

UMMI KAMI
Kelam berkabut lari tak sempat,
Dari hujannya basahlah pedati;
Salam disambut hari keempat,
Hari seterusnya gundahlah hati.

Semoga Ummi dan keluarga juga berbahagia menyambut Syawal mulia. InsyaAllah akan acap mengintai pantun-pantun perkasa Ummi.