Salam semua.
Merdeka!
Merdeka! Merdeka!
Semoga anda sekalian bergembira menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negara kita kali ke 52. Bersyukur kita kepada Allah SWT di atas segala limpah kurniaNya yang berpanjangan.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini, sama-samalah kita berdoa kepadaNya semoga Malaysia terus aman dan damai, sejahtera, dan majujaya. Kita yang beragama Islam, tentu tidak akan lupa untuk sentiasa memohon agar kita selamat bukan sahaja di bumi bertuah ini, tetapi juga di akhirat nanti.
(Kukepilkan di sini beberapa keping gambar KL yang kuambil beberapa hari sebelum 31 Ogos 2009)
12 comments:
Salam Merdeka!
Salam Merdeka Pak Cik Temuk,
Bangunan tak semeriah seperti dulu-dulu sambut merdeka! Muram nampaknya. Ceria lagi di BC!
Cikgu Zainab
Salam. Sebut pasal merdeka, pesara lebih dapat rasakan nikmatnya. Sebab merdeka si pesara mencakupi kebebasan dari kerenah organisasi. Semoga semuanya baik hari ini.
Pn Hjh Nora
Ye, sedih, KL lesu kali ni. Melakans (trmasuk BCs) memang hebat + patriotik. Sbb depa masih marah kat mcm2 jenis pnjajah yg datang. Kesian negeri kecik kena buli. Wlayah + Selangor kena dek Inggeris + Jpun je. Gurau ye Pn. Have a nice day.
Hello, Thanks for visiting my blog. I cannot translate yours. Great pictures though.
Betsy
Salam kemerdekaan buat jiwa-jiwa yang merdeka!
Apa ertinya kemerdekaan kepada anak bangsa kalau kita bercakaran. Di samping itu, sedikit demi sedikit drpd sedikit yang ada pada kita diberikan kepada pihak lain. Atas nama liberalisme kononnya!
DrSam
Salam kembali. Luas sayap minda kita jika kita berjiwa merdeka. Mudah-mudahan. Ketemu lagi!
Luahfikiran (LF)
Paparan LF banyak menyentuh nilai-nilai keagamaan. Itulah yg masih tak tertanam betul2 dlm jiwa manusia, lalu walau telah merdeka kita masih dikongkongi nafsu bercakaran, nafsu enau dlm belukar, nafsu mahu menongkat langit! Namun jgn patah harapan hidup bergantung kepada agama. Mengenai kisah hilang sedikit demi sedikit, kenalah berjaga2. Jgn merangkak, sebab beri tongkat kepada orang!
Hi Betsy
Thanks for dropping by. I'm sorry that most of my postings are Greek to you! Will try to write more in English in future. Have a nice day.
Salam Temuk.
"Kita yang beragama Islam, tentu tidak akan lupa untuk sentiasa memohon agar kita selamat bukan sahaja di bumi bertuah ini, tetapi juga di akhirat nanti".
Ungkapan anda mencakup dunia dan akhirat itulah wawasan yang sebenar dan hakiki.
Itulah juga perkara yang terkandung di dalam ibu segala doa.
Salam Leenoh
Terima kasih, sama-sama mengingati & mengingatkan. Semoga ketemu selalu.
Post a Comment