Sunday, September 6, 2009

PANTUN 1: R A M A D H A N

Salam semua
Beberapa kerat pantun Ramadhan. Sambil menjemput tanaman di sekeliling rumah. Jadi pembayangnya! Andai ada yang sudi memberi reaksi, silalah .... pantun juga, tak?


Bunga betik si anak bemban
Kembang siantan kuning wajahnya
Kemunting Cina berbintik merah
Pejam celik dah hujung Ramadhan
Sedikit amalan melempah doa
Semoga semua diterima Allah













Pandan hiasan sirih merumpun
Semanggar pinang masaknya mengkal
Kuntum senduduk putih menyerlah
Sepanjang Ramadhan memohon ampun
Arah disasar syurga yang kekal
Semoga hajat dikabulkan Allah
















Sehingga ketemu lagi. Selamat menjalani ibadah puasa fasa penamat. Insya Allah.

8 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Sdra Temuk,
Tak tahulah nak jawab tapi saya suka bunga kemunting cina. Baru ni saya nampak orang buang pokok kemunting china warna purple, Saya minta izin ambil dan tanam semula di rumah. Tengoklah nanti hidup tak dia. Salam.

Temuk said...

Pn Hjh Nora
Ada yg tulis, kata kemunting cina boleh jadi ubat barah. Good luck with your purple kc. It should grow easily since this plant is not the manja type. Nnti bila ada pantun yg khusus utk orang Melaka/Pahang, bolehlah jawab kot. Dah mula beli kuih? Salam bahagia.

Leenoh said...

Salam Temuk.

Tidak kupandai menukil pantun.
Cuma pandai beraksi lakon.
sirih pinang duduk tersusun.
Pandai betul tukang penyusun.

Ilmu Allah tersebar meluas.
Dari khutub utara hingga selatan.
Untuk manusia bukan binatang buas.
Buat menghayati berkat Ramadan.

Tanam pokok sena tepi perigi.
bunganya jatuh tidak berperi.
Bulan Ramadan beransur pergi.
Tahun hadapan berjumpa lagi.

Insya Allah kalau tak mati.
kita berpuasa beramal lagi.
Agar tiba di akhirat nanti.
kita untung bukannya rugi.

Temuk said...

Salam Leenoh
Terujanya hati pantun berbeli
Leenoh menukil berperi-peri
Kata tak pandai merendah diri
Darinya jelas keindahan puisi

Semoga ketemu Ramadhan hadapan
Mohon sentiasa kepada Tuhan
Amat sedikit termampu amalan
Sampai ke mati takkan kecukupan.

... nampaknya dah jadi syair! Hingga ketemu lagi.

WELAS ASIH said...

Salam......
Sungguh pantun yang sangat indah penuh makna.
Terima kasih atas kunjungannya. Saya sangat terbuka dan sangat menghargai sebuah kunjungan/silaturahmi, sebab itulah salah satu kewajiban di dalam kebersamaan hidup manusia. Saya salut akan kerajinan anda mengisi BLOG anda.Tak ada karya yang tak berguna. Semua usaha pasti ada manfaatnya.Sekali lagi terima kasih.

Temuk said...

Salam Saudara Welas Asih
Terima kasih. Selamat menyambut lebaran beberapa hari lagi. Semugone Gusti Allah paringi waras sekabeane (maaf banget, enggak bisa cara halusnya!). Matur nuwun.

Lisha Boneth said...

Hormat saya untuk Pak temuk,

Saya memberanikan diri menampakkan diri disini, krna saya lihat Welas Asih sudah ada disini juga.. hihihi ngekorin pak welas :P

saya orangnya masih terlalu muda dan kurang bisa bersopan santun pak, mohon saya ditegur bila ada yang salah..

blog ini benar2 kreatif dan penuh makna menurut saya..
terlebih, ke-khas-an melayu dengan berbalas pantunnya sangat kental terasa disini..

saya senang bisa mampir disini..
saya jg minta maaf bila kemarin saya mempertanyakan bahasa anda di blog welas asih..

salam hangat dari saya

Lisha Boneth

Temuk said...

Hi Lisha Boneth
Terima kasih sudi mampir. 'Negkorin Pak Welas Asih' yang amat dialu-alukan! Maaf ya kerana amat terlambat memberi respon. Semoga ziarah-menziarahi blog ini bisa menghasilkan kefahaman yang lebih antara budaya. Pengalaman hidup generasi muda juga amat berguna buat generasi lama seperti saya. Sampai ketemu lagi, salam bahagia dari saya.