Saturday, October 10, 2009

KENDURI KAWAN, RUANG PERTEMUAN

Paparan ini kudedikasikan kepada sahabat lamaku, Za'bah Hj. Mohamad & Hjh. Kamariah bt. Hj. Bustamam. Mereka telah mengadakan keduri perkahwinan puteri mereka, Nor Farahidah, dengan Musyir Ariff bin Abu Bakar di Taman Pelangi, Sentul, Selangor pada 10 Oktober 2009.





Awal-awal minta maaf kepada pengantin. Leka Pak Cik - Pak Cik berbual, tak sempat merakamkan gambar! Waktu nak balik, segan pula nak masuk ke rumah untuk ambil gambar pengantin yang tengah rancak bersanding!



Bawah:
Za'bah & Kamariah semasa di SAB. Za'bah Ketua Pengawas; Kamariah Pengawas. Saling jatuh hati! Guru Besar, Cikgu Hashimah, sayang depa! Hencom tak Za'bah, sweet tak Kamariah? Mestiii!














































Ini "kenduri dapat menantu" Za'bah & Kamariah yang kedua. Yang pertama, walaupun hadir, tak pula kubawa kamera. Kali ini, walau cuma sempat mengabadikan beberapa gambar, dapatlah juga kujadikannya hiasan & rekod dalam paparan ini.



Yang kumahu tonjolkan bukanlah cerita pengantin. Tak sempat tanya banyak pun pasal pengantin masa kenduri. Gambar-gambar & blog mereka sendiri nanti lagilah hebat.



Di sini aku cuma ingin nak mengabadikan kesempatan murni yang Za'bah & Kamariah berikan kepada kami untuk sama-sama meraikan perkahwinan anak mereka, sambil berjumpa dengan teman-teman lama sekolah.
















Atas:
Isteri Yusof, isteri Nordin, Nordin,
Abdullah (bersongkok) & Yusof




Kanan:
Temuk & isteri, Abdullah (bersongkok),
Za'bah (berpakaian Melayu) & Zaiton.
Alahai, Kamariah tak sama pula!
Lebihkurang 20 alamat kawan lama, kumpulan Tingkatan VI Sekolah Aminuddin Baki (SAB), 1966-67, kuberikan kepada Za'bah untuk rujukan menghantar jemputan. Itu kumpulan Tgkt VI perintis SAB. Tapi, mungkin ada alamat-alamat yg sudah luput tarikh! Sedihnya, memang ada juga kawan-kawan yang telah meninggal dunia (al-Fatihah utk mereka).





Masa aku & isteri sampai (awal, 12.15 tgh!), belum ada "gang" yang berada di tempat kenduri. Dalam hampir sejam di situ, muncullah Yusof, Abdullah, Nordin, Bakri & Zaiton. Abdullah datang solo & Zaiton bersama anak lelakinya yang baru tamat belajar di Indonesia.


Atas:
Isteri Temuk, Isteri Bakri
(Terlindung) & Bakri (bersongkok)




Kanan:
Abdullah (bersongkok),
Zaiton, Yusof








Kanan:
Zaiton & anak bujangnya.







Kanan:
Nordin & Abdullah (bersongkok)




I spent about 1.5 hrs at Za'bah's house. I overstayed! Ye le, asyik sambung duduk! Sorang kawan datang kita sambung duduk; sorang lagi datang, sambung lagi duduk! Mujur Za'bah kata, tak pa ... tak pa!
I felt good that I had the chance to meet with at least a few of my old friends. We enjoyed exchanging news on "what's latest". We also talked about some lost friends. "Di manalah depa ni .... ". Yang teringat, tak tahu macamana nak contact, antaranya: Shahibi, Zubir, Baharudin & Hasnidar.
Of course we felt sad, remembering those friends who have left us earlier. May Allah shower His blessings on their souls!



I would like to find out from Za'bah later, who else turned up after I left. I hope many could make it. Terima kasih, Za'bah & Kamariah. Semoga cepat-cepat dapat banyak cucu. Insya Allah.


ps.

Sebelah malamnya ada panggilan dari Za'bah. Katanya penat, tapi gembira (syukurlah!) semua berlangsung dengan baik. Lepas kami balik, gang SAB Mohamad Ishak & Zaki (dgn isteri masing-masing) sampai.

10 comments:

Kak Nora said...

Salam Temuk,
Terima kasih atas entry ini. Barulah dapat saya lihat wajah terkini former classmates kita. Meriah ye kalau dapat berkumpul seperti ini, cakap-cakap hal-hal masa muda-muda!

Temuk said...

Salam Pn. Hjh.
Trima kasih kmbali. Temuk ingat bleh jmpa 'orang dua negeri'! Mgkin lain kali. Psti tngok gmbar tk srupa cakap-cakap dgn orangnya. Hal-hal "dah tua" pun bnyak dibualkan. Antaranya, crita pakej-pakej penyakit yg masing-masing pnyai skarang.

Kak Nora said...

Salam,
Mujur juga Zaabah tak jemput saya. Kalau tidak, susah juga saya nak memenuhi jemputan seperti yang sudah-sudah.Yelah makin senior makin 'kaya' kita, kumpul gula, kumpul garam,kumpul batu. Moga-moga dilindungi oleh Allah SWT dsripada penyakit yang merbahaya. Amin. InsyaAllah ada masa kita jumpa. Terima kasih.

Temuk said...

Pn Hjh
Tk tau kad tk smpai BS. Smoga kita smua tk kaya dgn bnda2 tu dlm badan. Luar badan tk pa, boleh jual! Ada rakan2 blum mula atau habis kndurikan anak2. Ada lagilah ruang jmpa kawan, kot kawan jmput. Insya Allah. Salam.

Leenoh said...

Salam Sdr.Temuk.

Jumpa kawan lama memang seronok, ada saja cerita lama, kalau hanya satu jam cerita baru peringkat muqaddimah, banyak lagi yang nak dirongkai.
Tengok muka kawan akan ternampak rambutnya dah mula berbunga atau lebat berbunga dan teringat bahawa kitapun sama gak.
Apapun kita tetap gembira dengan perjumpaan itu. Semoga kita dan kawan-kawan kita semuanya sihat.

Temuk said...

Salam Sdr Leenoh
Benar kata sdra tu. Muqaddimah pun panjang! Segan juga sambung2 duduk, pasal seorang2 kawan datang. Tapi memang mata sentiasa melerek kot2 ada jemputan lain baru datang kena berdiri. Kalau ada, kita kenalah perlahan-perlahan cabut! Mujur itu tak berlaku. Ya, semoga kita & semua kawan2, bersama famili masing2, sihat2 belaka.

Anak Tumpat said...

salam ziarah.. harap boleh join blog ni..

louis said...

Hello Temuk,

This comment is from Louis in Seattle, a friend of Pak Idrus. I didn't see an e-mail address for you in your blog, and I don't speak or write BM, so I hope you don't mind me using this means of communicating with you.

This relates to this remark by Pak Idrus about our comments about age on his latest blog:

"I am glad that you took the trouble to explain the word Tua [Old] and I hope our friend Louis would find it interesting in that in the Malay culture Orang tua tua is often referred to as folks of wisdom. Agreed that not all orang tua are orang tua tua. "

I do indeed appreciate your introducing me to the term "orang tua tua" and for your cultural note re the wisdom associated with old age. Thanks.

Your information reinforces my belief in blogging as a medium to share cultural insights that we may otherwise not get. Pak Idrus was influential in getting me to start using this medium and I have benefitted greatly from corresponding with him and getting to know him and his family personally.

Temuk said...

Salam Anak Tumpat
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. Silakan singgah bila-bila. Cumo ambo ni kure rajin update blog ambo (maaf cuba2 belajar loghat Kelantan kita). Lagi pun entri saya ni memang cerita biasa saja.

Temuk said...

Hello Louis
I am glad that my response to Pak Idrus about old age is of some use to you in understanding Malay culture better. I fully agree with you that blogging can be a good medium to share information about other cultures. I must say that I have been enjoying myself tremendously looking at pictures that bloggers have put up to depic the way people live in so many parts of the world. I look forward to exchanging more information & views with you through our blogs. Have a nice day!