Layan diri bererti layan kehendak hati sendiri. Buat sendiri. Tiada bantuan orang lain.
Sikit cerita layan diri. Kisah dua masakan! Melayan diri seronok2. Bercerita pun gitu juga!
No. 1. Agak lama juga dah. Hati kata masa tu, amacam cuba masak asam pedas ikan kembung? Tak ada sapa di dapur. Sibuk ku cari lengkuas, halia, serai, kunyit hidup, bawang merah & putih, belacan bakar, & cili kering. Juga beberapa utas daun kesum, beberapa helai daun limau purut & beberapa batang serai tanaman sendiri di tepi rumah. Semua sukatan, sesuka hati.
Semua ramuan ku tumbuk & adun dalam sedikit air. Kemudian ku tumis dengan serai yang sudah diketuk2. Sampai baunya menjulang! Lepas tu, ku masukkan air. Kuahlah tu. Kacau. Bila mendidih, ku terjunkan si kembung2 yang dah berpotong. Kemudian, belahan tomato & sedikit cauliflower (lebih suka kacang bendi, tapi tak plan awal, mana nak ada!). Ku masukkan pula air asam Jawa, daun limau purut & daun kesum. Kemudian garam + gula, sesuka hati. Ku biarkan terus mendidih & ku kacau sepuas hati.
Entah berapa puluh kali uji rasa sebelum ku angkat si periuk. Nah, ini dia .... comotnya 'gambar' asam pedasku yang belum dimasukkan ke pinggan. Bukan comot kerja si tukang masak!
No. 2. Baru2 ni, geram pula aku pada si labu. Banyak putiknya, satu pun tak lekat. Tak subur sangat pun dia. Jadi terfikirlah pula, orang tak ada di dapur ... amacam masak sayur lemak pucuk labu? First time masak & makan pucuk labu!
Enam pucuk dipetik, dibuang misai2nya & kulitnya yang macam ada miang buluh tu. Kemudian ku potong2 ikut suka & basuh. Lepas tu ku didihkan santan kotak + dengan air, bersama hirisan bawang merah. Juga beberapa ekor ikan bilis kering berkopek. Cili merah nak bagi color sikit, tak sebatang pun dalam fridge! Kemudian ku selamkan pucuk labu ke dalam santan & kacau. Ku masukkan pula garam + gula, sesedap hati. Nah ... nampak sangat si santan memutih dalam mangkuk, macam mengaku 'akulah penambah kolestrol!'
Sikit penutup: Minat asam pedas dek pengaruh emak angkat, tempat menumpang masa sekolah. Dia pakar asam pedas. Ya lah, orang Melaka!
Yang jadi suka masak lemak? Apa nak buat, dah keturunan pekebun kelapa. Dari zaman dulu lagi, banyak bergelumang dengan masakan berasas kelapa.
Banyak2 maaf ya, food preparation & presentation nya sangat membolehkan yang sebelah lagi tu pun sindir kuat. Tak apalah. Nak layan diri, saja. Tak ada tetamu.
13 comments:
Let me the first one to wish you congratulations.Pandai masak rupanya :), tak sia-sia dapat mak angkat orang Melaka.
Nampak macam sedap aje.
Salam Temuk,
Please excuse the grammar mistake. "Be" is missing.
Salam Hjh
Terima kasih. Bila sukatan ramuan = 'sesuka hati', ertinya ikut hati pemasaklah. Jadi, itulah yg sedap pada dia. Pd orang lain, rasanya mungkin 'urgh..!'. Kena tahu masak sikit2 kerana takutkan dharurat: kita kepingin, orang tak mahu buat! Have a nice day.
Salam Temuk
Mesti sedap kedua-dua masakan ni bukan? Kalau tambah makan dengan sambal belacan dan ikan masin, fuyooo...tak larat 'pandang belakang' he he...
Saya memang minat makan masakan ikan asam pedas, lagi pedas lagi enak.
Tahniah,
isah
Salam Pn Isah
Terima kasih singgah. Memasak sekali2 memang seronok. Kalau hari2mungkin jadi satu beban, ye. But definitely not in your case, because you seem to love cooking very much. Have a nice, long weekend.
Salam,
Anda hebat!
Ayat-ayat santai dan bersahaja...
namun tetap berbekas di hati...
InsyaAllah, kita sentiasa bertemu di maya ini..
Salam, Cikgu Ahmad Humairi
Terima kasih mampir. Apa pun yg kita lakukan, itu adalah kisah dampingan kita dgn persekitaran. Ada kisah yg amat menyentuh setiap zarah jiwa kita. Episod menjala yg cikgu paparkan amat membungkah kehidupan silam - menghiba & menggembirakan sekaligus. Namun, dampingan kita dengan Pencipta persekitaran yg sempadannya bukan bumi semata-mata, yg pasti lebih menghiba & menggembirakan. Ketemu lagi.
Salam. Layan diri kalau pekena sendiri memang tak ada salahnya. Sendiri punya citarasa. Tapi melihat kepada rupa masakan, boleh kalah kedai atau restorante tepi jalan. Tambah lagi pucuk labu tu :)
Salam, Dr Sam
Itulah 'sedikit' masalahnya! Kot orang rumah sendiri yg merajuk tercabar lagi susah... Sepanjang zaman kena masak sendiri. Tapi kita kenalah mengaku, takkan masakan kita sesedap hasil air tangan mereka. Cheers!
Pandai masak! wow!
kecur air liur sy tengok gulai lemak uncle. x nafikan the best cooks are males! x yah gi jauh tengok je chefs di malaysia ni. apa2 pun kalu sy gi KL masakkan le utk sy. TQ.
Salam nottingham
Thanks for dropping by. Did Nottingham give you the opportunity to learn more about cooking as well? Looking forward to reading your new entries. Have a nice day!
Hi juk
TQ for the compliment. Masak 'layan diri' mungkin tak sesuai utk selera orang. You are right; my guess is 99.9% of the chefs in any hotel are males! And they are well paid. Look at our very own Chef Wan & a few others: seronok masak, banyak RM! Salam.
Post a Comment