Hari Sabtu, 5.12.2009. Pada malamnya, sedih sekali, telah kembali ke rahmatullah seorang rakan yang dikasihi. Rakan sekelas, Tgkt 6, di Sekolah Aminuddin Baki, KL, (Kumpulan pertama 1966-67), Hjh. Zaiton Abu. Di kalangan sesetengah kami Allahyarhamah dipanggil mesra sebagai 'Kak Ton' kerana keprihatinannya kepada kumpulan kami yang dilihatnya sebagai adik-adik. Keluarga bercerita, dia meninggal di tempat sembahyang, bertelekung dan dengan tasbih pada tangannya. Allahu Akbar!
(1)
Kumpulan Tgkt 6 yg pertama SAB, 1966-67.
Allahyarhamah Kak Ton duduk di tepi
kanan Guru Tingkatan, Mrs. Marsden.
(2)
Majlis Perpisahan Tgkt 6 Atas
dan Tgkt 6 Rendah (1967).
Allahyarhamah Kak Ton, no. 4
dari kanan.
Yusof Busu & Nordin Ahmad sempat menziarahi Allahyarhamah di Ampang pada pagi Ahad (6 Dis. '09). Alhamdulillah, bersama isteri sempat aku ke Masjid Al-Falah, Subang Jaya - USJ 9, pada kira-kira jam 10.00 pagi. Jenazah dibawa ke situ untuk diuruskan. Seorang rakan sekelas yang lain, Datin Hjh. Salha Saidin juga ada di situ dan turut sama menyembahyangkan jenazah. Alhamdulillah, rasa-rasanya ada lebihkurang 100 orang yang menyembahyangkan, termasuk pelajar-pelajar tahfiz di situ. Sempat juga aku ke tanah perkuburan (USJ 22). Allahyarhamah selamat dikebumikan pada kira-kira jam 12.30 tengahari. Talqin untuknya dibacakan sekaligus dengan seorang lagi yang dikebumikan di tepinya.
(3)
Gambar terbaru, semasa kenduri perkahwinan anak rakan sekelas, Zaaba Mohamad (berpakaian
Melayu cokelat), di Sentul, KL, pada 10 Oktober 2009. Allahyarhamah Kak Ton berpakaian kuning, di sebelah Zaaba.
Takziah kepada anak-anak Allahyarhamah yang kini yatim piatu. Semoga bersabar menempuh kehidupan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah. Al-Fatihah.
8 comments:
Sedihnya.....Semoga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah.
Al Fatihah. Semoga dia ditempatkan bersama dengan yang beriman.
Pn Hjh Nora
Tak menduga perjumpaan kami di majlis kenduri 2 bulan lalu itu perjumpaan terakhir. Arwah, bekas orang radio lah katakan, seronok bercerita ... macam2. Banyak pula yg boleh dijadikan teladan. Allah lagi mengasihi dia!
Kak Teh
Insya Allah doa kita semua dimakbulkan Allah. Orang baik yang pergi ... tetap dikenang segala budi.
Salam temuk,
Orang baik...begitulah cara dia 'pergi'. I miss her.
Alfatihan dan salam takziah buat keluarga Kak Ton. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Pn Hjh Nora
Ya, kawan2 yg tahu, menyatakan rasa kehilangan. Yg Tuhan masih izinkan bernyawa di bumiNya ini moga2 dapat terus beribadah dlm ertikata yg seluas2nya & semoga semuanya mendapat keredhaanNya jua. Salam bahagia.
Salam Dr Sham
Bagi pihak keluarga arwah, diucapkan terima kasih di atas ucap takziah & doa. Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan Allah.
Post a Comment