Monday, January 25, 2010

SIAPA SUDI MEMBELI?







Sebatang selasih setandan pinang
Jarum emas dijemur berjurai
Bunga Jepun kembangnya merah

Berhutang kasih bercagarkan sayang
Sampai penghujung tidak tertunai
Sungguh dimaaf teruraikah resah?






29 comments:

Ayah Zain said...

Salam Temuk

Abang temuk menjual ke spesis itu atau ada yang tersirat?

Temuk said...

Salam Zain
Hehehe. Dah panggil saya 'abang', saya panggil Zain saja ye. Tumbuhan-tumbuhan sendiri tu, tapi bukan utk jualan. Pantun 3 keratnya yg utk jualan. Tengok siapa beli & tengok (dengar?) bunyi beliannya macam mana. Dialah yg menyurat atau menyirat! Saja seronok-seronok. Ceriakan diri selalu!

Kak Nora said...

Salam Temuk,
Sepatutnya Temuk masuk pertandingan pesta pantunlah. Tak nak beli, 'tengok' aje.

ahmad humairi said...

Dijemuran selasih nan basah,
Melata jenjarum emas tidak dikisah,
Merah bunga Jepun dipandang indah,

Maaf bukan penghurai resah,
Hanya madah penambah gelisah,
Mudah diucap, dimengertikan susah.

Temuk said...

Hjh Nora
Alahai, Menteri Kebudayaan pun tak nak anjurkan pertandingan. Alahai juga (sekali lagi!), yg ada duit, patut beli, pun tengok aje. Kesian si pemantun sambilan. Tengoklah kot-kot ada juga nanti yg nak beli walau guna credit card... Salam bahagia.

al-lavendari said...

Sebatang selasih setandan pinang
Jarum emas dijemur berjurai
Bunga Jepun kembangnya merah
Resah berkasih tidak kan hilang
Walau bertahun tangis berderai
Makin terhimpun semakin parah.

Temuk said...

Cikgu humairi
Salam. Benarlah agaknya mengenai kisah si Maaf tu....

Bunga Jepun merah dan indah
Sampan kolek membawa landak
Hiasan bumbung si awan larat
Maafnya tidak uraikan resah
Dia baik, kita tidak
Hutang ditanggung sepanjang hayat.

Temuk said...

Salam al-lavendari

Sebatang selasih setandan pinang
Jarum emas dijemur berjurai
Bunga Jepun kembangnya merah
Hati walang resah tak hilang
Usah izinkan tangis berderai
Doa sembuhkan hati yang parah.

Kak Nora said...

Salam Temuk,
Aduhai, jiwang-jiwang pantun penjual dan pembeli. Indahnya bahasa, mahal harganya, itu sebab tak mampu nak beli walaupun dengan kad kredit.

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

Hjh Nora
Pantun teman kita al-lavendari & cikgu humairi memang bikin saya sejuk-seram! Nak jawab pun tergamam. They are very good. Mereka pendukung pantun yg gagah. Bila agaknya nak keluar pantun warga negeri dondang sayang, ye? Bila keluar nanti pasti jadi satu 'happening'! Salam.

hajah zainab bt abdullah said...

Ampun! Ana tak pandai berpantun. takut tersilap, malu padahnya!!

Temuk said...

Pn Hjh Zainab
Hjh mesti boleh berpantun, cuma tunggu masa yg sesuai saja tu. Pantun yang mendayu2 & hiba2 lebih dirasakan kesannya jika penghasilnya wanita. Teringat pula Hjh rajin memasak. Tentu amat akrab dgn pantun 2 kerat ini: Gendang gendut tali kecapi; Kenyang perut suka hati! Salam bahagia.

hajah zainab bt abdullah said...

salam temuk,

saya teringat pulak nak tgk apa komen temuk bila saya jawab yg saya tak pandai berpantun!

ketawa saya tengok pantun tu...heh3.

pagi2 buka 'lappy', sambil2 minum kopi!! [ rosak pantun ;( ]

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

Pn Hjh

Lappy dibuka kopi diminum
Ke jubah hitam sedikit tertumpah Pantun dikarang menggamit senyum
Kehebatan hajah terbukti sudah!

Have a lovely weekend!

Aida Ali said...

Meriahnya orang kat sini. Nak join tak ada ides.

Temuk said...

Salam Cikgu Aida
Idea banyak tu, cuma belum sempat nak menggubah. Banyak urusan di sekolah, kan? Sekolah zaman global, banyak tuntutannya. Semoga terus cemerlang.

Aida Ali said...

Insya Allah.

Ayah Zain said...

Salam Temuk,

Udah tengok u lebih drpd saya, saya call lh abang heheheh.

Ok, Saya jawab pantun itu,



Seorang biduan itulah itulah kisah
Merantau sendiri sering gelisah
Sudah dimaafkan masihkan resah
keihlasan hati amatlah susah

Temuk said...

Salam sdr Zain
Seorang biduan itulah kisah
Merantau sendiri hingga ke tanjung
Sudah dimaafkan patut tak resah
Keikhlasan hatinya wajar disanjung!

Terima kasih dari abang. Hehehe. Ceria selalu!

DrSam said...

salam Temuk. Aiseh cap pong...cap pong...

selasih ku tanam sebatas rapi
menghijau halaman penyejuk jiwa
orang menjual saya membeli
nukilan ini ku olah seadanya

Temuk said...

Salam DrSam

Sayang ayah anak dituntun
Memakai kain tidaklah alpa
'Orang getah' bijak berpantun
Orang lain nak kata apa?

Have a nice day!

Kak Nora said...

Salam Temuk,
Terpanggil juga...

Jarum emas diikat tali,
Lalu direndam dalam baldi.
Temuk menjual,moh kita beli,
Pesta pantun menjadi-jadi.

Apa macam, Temuk? Boleh diterima? Tak ada seni pun kan?

Kak Nora said...

Salam Temuk,

Terpanggil juga.

Jarum emas diikat tali
Lalu direndam galam baldi,
Temuk menjual, moh kita beli,
Pesta pantun menjadi-jadi.

Maaf, bahasa gitu-gitu aje....

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

Salam Hjh Nora
Tu dia, dah memantun pun orang BC! Terima kasih. Hebatlah tu. Lepas ni tak da lagi kot pembeli. Maka, pantun Hjh ni diberi penghormatan menutup Pesta Pantun Temuk... Boleh, kan?

^Memancing keli di petang hari^Ramai pemancing muda belia^Keli tiada, berganti haruan
*Dikancah pantun belajar diri *Menjunjung kemaafan insan mulia *Menyesali khilaf meluruskan jalan!

Kak Ezza@makcik Blogger said...

salam Pak Temuk...

indah betul bahasa pantun orang di sini...nak buat tak pandai tapi seronok bila di baca...

Masih tak tak terlewat nak belajar , kan..

Salam kenal dari saya di Klang!

Temuk said...

Salam bahagia, Ezza
Terima kasih mampir. Manalah indah bahasa. Kepingin endahkan pusaka bangsa. Menyumbang sekadar termampu. Sambil mengisi kelapangan waktu. Sama-sama kita belajar, apa pun yang bermanfaat, selagi hayat dikandung badan. Semoga ceria selalu!