Sunday, March 7, 2010

KASIHNYA MELEKAP ... JENTIKNYA MENGGIGIT

Biasa dengar tak, "Bila kita ingat, kita tinggalkan; bila kita lupa, kita bawa"? Bila dah dibawa bersama, ketara kasihnya begitu melekap!

Ni la dia, kat bawah ni bendanya. Ramai orang panggil dia 'kemecut'. Makhluk 'rumput'.


(Kemecut bercabut di lamanku)


Rumput ni rajin menghuni kawasan laman. Statusnya, PATU (pendatang tanpa undangan).

Antara sifat uniknya: macam halimunan. Kita tak berapa nampak dia. Tahu-tahu dah berpuluh bunganya melekap kat kaki seluar. Malah menorobosinya! Mungkin juga tepi kain. Tup-tup, sedar-sedar, kaki kita dah jadi gatal, dek melekapnya kasih si kemecut!

(Kemecut meliar di sekeliling rumahku)

Yang kita jadi amarah, baru saja dipotong rumput kat laman tu. Yang rumput dijaga, belum pun tumbuh panjang. Tapi si kemecut dah berlagak dengan bunga kasihnya yang tercacak.


Lagi satu kisah di laman.

Semua orang kenal dia ni. Si 'belalang kunyit'. Orang putih mungkin panggil dia tumeric grasshopper.

Kabarnya ada juga orang kita yang suka goreng dia. Bukan sebab amarah, tapi kerana kelazatannya yang menyerupai udang. Siapa pernah rasa?

Masa kecil-kecil di kampung dulu, memang ku suka mencari belalang kunyit. Kat kawasan orang menanam ubi kayu. Buat main-main. Beri dia makan pucuk ubi, atau test sama ada dia makan tak daun-daun lain. Lepas main-main, lepaskan. Bukan masukkan dia dalam minyak panas di belanga.

Nak sebut, bila kaki si belalang kunyit ni 'menjentik' jari kita yang memegangnya, w0w w0w, terasa jari bagaikan digigit. Dia menjentik untuk take off, cepat gaya kilat.

Yang kesian, kekadang kakinya tertanggal dari tubuh badannya, ketika dia polah hebat nak take off, untuk membebaskan diri.

 
(Si Belalang Kunyit di lamanku. Ambil gambar dengan 'flash' pun dia tak hadapi masalah!)

Kat laman aku ni, belalang kunyit dan suku sakatnya memang rajin ziarah. Yang muda-muda (hijau muda tubuh badannya) pun rajin. Mereka suka menikmati dedaun yang ada di sekeliling laman, termasuk daun senduduk (putih & ungu) serta daun bunga raya kuncup.



(Antara dedaun kegemaran si belalang kunyit di lamanku)

Terfikir .....

Kemecut menjengkelkan. Tapi dia tu juga anugerah Allah untuk alam. Dia satu cabaran positif kepada kita. Para saintis, terutamanya, patut segan silulah kat dia, sebab masih belum mampu mencipta racun rumpai yang apabila disembur ke satu-satu kawasan, dapat mematikannya. Tapi tak ganggu nyawa rumput-rumput lain di sekitarnya. 

Para belalang kunyit yang rajin menjadikan tanaman kita salad mereka juga sebenarnya mengajar kita rajin berusaha. Depa ni menggalakkan kita tak berhenti-berhenti menyembur tanaman dengan racun supaya mereka terus tak berselera untuk meratahnya.

Para belalang kunyit ni juga mengajar kita, supaya tahu erti 'kesihan' dalam hidup. Ingat: kalau pun teringin nak balik ke zaman kanak-kanak, bermain dengan belalang kunyit, pastikan kakinya tidak dipisahkan dari tubuhnya. Kesihan! Kalau pun cuma sebelah sahaja kakinya yang tertanggal, jentiknya untuk take off pasti akan jadi janggal.

24 comments:

ahmad humairi said...

salam,

Di, sekolah saya ada koleksi herbarium yang diusahakan oleh murid-murid saya. Ada banyak koleksi rerumput..termasuklah kemecut dan senduduk...masih bertahan dan berkeadaan baik sekarang. Bila diimbas semula...masyaAllah sungguh indah seni ciptaan Allah!

...belalang kunyit tuh..tumpang mencari rezeki di laman Abang Temuk. Biarkannn...banyak pahalanya tuu. Moga rezeki berbalik...terus mencurah-curah, insyaAllah.

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Temuk,
Kami panggil love grass tu 'kemuncup' dia love kita tapi kita tak. Belalang kunyit perosak daun, habis daun-daun berlubang dimakannya. Betul, ada hikmah di sebalik kejadian Allah SWT.

Selamat berkebun dan terus berkongsi cerita-cerita yang unik.

Temuk said...

Salam Cikgu Humairi
Seronoklah kot dapat lihat koleksi herbarium para pelajar cikgu tu. Benar, setiap ciptaan Allah itu indah & menakjubkan bagi yg mahu mengerti. Juga benar mcm cikgu katakan tu, yg tumpang cari rezeki di laman tu kita biarkanlah. Laman & isinya pun kita pinjam, kan?

Temuk said...

Hjh Nora
Betul, nama glamour dia tu kemuncup. Memang dia suka sangat kat kita & cari peluang nak melekap. Jadi, kenalah kita ingat (malah ingat-ingat!) supaya kita tak terbawa dia bersama kita. Apa hjh buat bila murka kat belalang yg makan daun tu? Kot saya, nak menyembur-nyembur racun menjauhkan musuh begitu, sebenarnya memang malas. Baik kita redha sajalah, kan? Masih menanam serai ke di BC?Salam ceria.

AUR said...

Hmm... Saintis kena pikir cemana nak bagi belalang sangat berselera nak makan kemecut...Jadi kemecut tidak dibenci...belalalng pun tak makan daun lain...hehehe...jgn marah...saya mmg suka dreaming...

Temuk said...

AUR
Wow, wow! Itu cadangan yg amat hebat. Tapi saintis kena betul2, bila suku sakat kemecut habis, jgn pula belalang ubah selera ke tumbuhan2 lain yg kita sayang. Mungkin yg kita mahu, demi tanaman kita (patut ke?), bila dia makan kemecut, dia automatik meninggal & kemecut pula mula nazak. Tapi, manalah kita mampu tahu, apa sebenarnya tujuan Allah! Salam & ceria selalu!

DrSam said...

bila melihat kepelbagaian tumbuhan (dan juga makhluk ciptaanNYA) lain boleh mendekatkan kita denganNYA. Saya tersangatlah suka subjek botani ni.

Kemuncut ni masa kecil-kecil dulu kita main lawan-lawan. Setiap orang (2 pemain) akan acukan hujung kemuncut (satu seorang) tu dan putar arah berlainan sehingga hujung kemuncut tu terjalin dan masing-masing tarik untuk lihat kemucut siapa yang tak putus :)

Senduduk putih ni menggamit nostalgia. Masa muda-muda tika di U asyik keluar masuk hutan cari pokok ni (Melastoma imbricatum).

Kehadiran belalang (dan haiwan 'perosak' tumbuhan lain) menandakan ekosistem kebun kita bagus dan tiada pencemaran terutama racun rumpair. Boleh juga dijadikan sebagai 'garden pollution index' tu.


Cadangan belalang sebagai pengawal biologi (biological control agent) tu pun satu idea yang bagus. Cuma saya rasa kurang perhatian/kajian yang serius diberikan kepada kemucuncut. Kemandirian (resilience) yang tinggi tumbuhan tersebut pasti boleh dieksploit.

Temuk said...

Hi DrSam
Thanks a lot for your comments. Sebenarnya saya semakin tak gemar dgn segala jenis racun. Pada saya semua racun = racun perosak makhluk, bukannya racun makhluk perosak!Happy to know that the existence of Pak Belalang is an indicator that my laman has low/no pollution. It would be nice if we could just let the small ecosystem to function naturally by itself without our 'polluting' intervention. Ye lah, kemandirian kemecut patut dikaji. Entah-entah batang bunganya baik dijadikan tali. Salam & have a nice day!

al-lavendari said...

Kebetulan saya ada buat nukilan tentang belalang bagi menjawab satu entri dari blog kakcikseroja. jadi mudahlah saya nak komen entri abang kali ini dengan meng "copy paste" sahaja seperti di bawah.

"alangkah nikmatnya jadi belalang,
tak perlu fikir uwang dan hutang,
ke sana sini melompat dan terbang,
tiada siapa dapat menghalang,
keluar pagi baliknya petang,
perut yang kosong kini dah kenyang"

Pak Idrus said...

Temuk, a great writeup of nature. The plant is the largest species on the planet. It is the only species that could convert the Sun energy and convert it into food that other species could get the energy and live in this planet. Without the plant the whole planet would be lifeless. My latest posting is on this subject too http://idrus.blogspot.com/2010/03/of-plants-and-us.html A coincident eh!

Have a nice day.

Temuk said...

Salam al-lavendari
Oh ye ke, ada cerite belalang tempat lain! Maknanya, si belalang ni memang makhluk tersuhur.

Nikmat belalang tak perlu wang
Melompat terbang tiada penghalang
Pulang petang perutnya kenyang
TAPI, mimpi malam digoreng orang!

Temuk said...

Pak Idrus
Salam & thank you. You are right, those plants, & in fact everything that Allah has created, are here with us for specific reasons. It is only He who knows the true reasons for all His creations. Will visit your latest posting after this. Should be interesting.

ahmad humairi said...

Salam abang Temuk,

Wah...nampak lebih jelas lagi layout baru nih. Tahniah!!

Saya ada masalah untuk membaca entri baru Abang Temuk - Matinya Sebuah Desa....tak boleh di 'view' langsung walaupun saya tahun ada entri terkini di laman Abang Temuk....saya terpaksa komen di sini je...harap dapat di atasi..

Temuk said...

Salam Cikgu Humairi
Terima kasih. Mohon maaf banyak-banyak sebab entri itu agak 'pukang-lintang' dan kena dihantar ke woksyop sekejap. Insya Allah akan terpapar nanti. Have a nice weekend!

Aida Ali said...

Salam. Banyak input taman-tamanan yang sangat berguna dan cantik-cantik gambarnya.

Temuk said...

Salam Cikgu Aida
Terima kasih. Persekitaran menghijau di sekeliling kita, pun ada di dalamnya tumbuh-tumbuhan yang 'memusuhi' kita, tetap merupakan satu kejadian yg punyai hikmahnya yg tersendiri. Ceria selalu!

Rohani M.U said...

Salam Cikgu Temuk.
Haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan tu bertasbih menyatakan kasih sayangnya kepada Nya. Flora dan fiona sebahagian daripada keperluan manusia. Cantik laman rumah cikgu, tenang dan damai lagi menceriakan. Semoga cikgu sihat walafiat dan diberkati Allah swt sentiasa. Amin.

Temuk said...

Salam Cikgu Roha
Terima kasih. Semoga cikgu juga sihat sejahtera berpanjangan. Amin!Laman taklah secantik mana. Walau begitu, saya bersyukur dgn rezeki ruang itu dariNya, terutama utk mengisi masa persaraan ini. Ceria selalu!

Unknown said...

Salam Temuk
Cita hal rumput dan belalang, sungguh menarik. Ni saya nak share a blog award kat Temuk. Do check it out kat blog saya?
Terima kasih :)

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Temuk said...

Salam Isah
Terima kasih. Wow, congratulations to you for receiving the award. Terima kasih kerana bermurah hati berkongsi. Alahai, manalah layak saya ni! Nanti saya lihat entri Isah yg berkaitan. Have a great weekend!

yanmaneee said...

adidas nmd
off white hoodie
moncler
coach outlet online
nike air max
lebron james shoes
nike air force 1 low
nike air max 2017
nike shox
yeezy shoes

yanmaneee said...

golden goose sneakers
hermes
moncler jackets
yeezy shoes
golden goose outlet
off white
balenciaga shoes
yeezy boost
yeezy boost 350
retro jordans

Anonymous said...

hermes birkin bag
golden goose on sale
off white jordan
golden goose outlet
supreme outlet
curry 6
jordan travis scott
off white x nike
kd shoes
giannis antetokounmpo shoes