Monday, May 24, 2010

BERTAMBAT-TAMBAT PERAHU ...

Baru balik makan angin ke KK, Sabah (19-22 Mei '10). Dekat 40 tahun tak ke sana.  Lamanya! Tapi   bukan nak cerita ziarah KK. Nak cerita baiknya hidup berjimat cermat. Tercetus dalam benak lepas balik dari KK.

Orang besar MAS dulu, Datuk Idris Jala (DIJ), sangat tekankan supaya MAS berjimat cermat. Akhirnya akaun MAS berubah, dari merah ke hitam. Memang diakui, ada langkah-langkah lain yang DIJ turut ambil. Tapi, pasti ada juga betulnya kata-kata "Bertambat-tambat perahu, berderetan di tepian; Berjimat-jimat selalu, berkeuntungan sepanjangan!"

Agaknya DIJ pernah wajibkan, bila tukar sarung kusyen,  guna kain 'jualan murah' (maaf gurau, Dato'!). Tak payahlah nak kira warnanya 'matching' atau tidak. Juga, ganti sarung yg rosak saja! Ganti dengan colour yang dapat dibeli. Jangan kira warna apa! Jangan kisah walau tak matching.


DIJ juga mungkin amat yakin, cara menghidang makanan (dan makanannya) yang dulu-dulu itu, terlebih mewahnya. Banyak benda kena basuh, jaga atau perbaiki. Rugi! Tak termasuk kerugian benda-benda berlogo MAS yang lesap dijadikan cenderamata oleh penumpang. Semuanya sebabkan laba tak datang, kerugian memanjang!

Jadi, cara sekarang, macam di bawah, lebih 'best'lah, tak? Cara dan isinya simple. Yang penting -  sedap makanan, baik layanan.


Yang kutahu, dulu-dulu, penumpang kapal terbang = penumpang berkelas. Tak macam penumpang teksi. Apa lagi penumpang bas! Penumpang kapal terbang pakai 'baju coat' dan tali leher. Sebab itu layanan pun mesdti yang terbaik untuk mereka.

Hari ni orang tak kisah dah. Naik kapal terbang dah macam naik bas juga. Apa lagi bila tambang kapal terbang juga dah rendah. Yang orang kira, nak sampai tempat dituju. Dengan tambang termurah. Orang tak kira nak makanan hebat, atau perkhidmatan terlalu canggih.

Semasa penerbanganku ke KK,  kurasakan sempurnalah makanan dan layanan anak kapal MAS. Tentulah lebih sempurna dalam business class. Tapi hari itu, aku rasa lebih gembira.   Kerana seorang pramugarinya bekas anak didikku. Memang aku tak cam. Dia yang menegur . Penuh sopan. Sambil menghulurkan paket mertabak ayam yang kuminta, dia menyapa,

 "D* ?" Aku kaget kecil. Pramugari tahu dari mana?
Dia bertanya, "D* mengajar di U*M?"
Kujawab, "Ya. Pernah, di U*M".
Dia senyum. "D* pernah mengajar saya. D* beri saya A untuk subjek D*!"
Kujawab balik, "Oh, ya ka? Awak baguslah tu! You must be good!"
Kusambung, "Program apa di U*M?"
Dia menjawab, "Diploma Pembangunan Manusia".

Walau disebutnya tahun graduasi, tidak berapa kedengar pula. Aku cuma mahu memikirkan masa itu, bagaimana graduan Diploma dalam bidang Pembangunan Manusia boleh 'tinggi di awan' kerjayanya! Walau apapun, Alhamdulillah!

Sayangnya, nama pada baju bekas pelajar yang molek wajah dan budi pekerti itu tak kuperhatikan. Juga terlupa nak kutanya. Walaupun gambarnya sempat kurekodkan.


Semasa dalam  MAS, balik ke KL dari KK, entah di lokasi mana, aku ternampak kapal  Dato' Tony Fernandez di bawah. Macam seekor ikan Japanese Carp dalam kolam yang luas. Tapi dia di depan! Namun MAS 737 yang kunaiki dapat memotongnya. Macam ada perlumbaan di ruang angkasa pula!


Dalam hatiku teringat, MAS pun sudah belajar berjimat cermat.  Berjimat dengan banyaknya. Caj MAS juga sudah jadi rendah. Sudah ketara: untungya bertambah. Kelajuannya,  dalam terbang meniru arah dan cara orang lain, juga terserlah.

Pun begitu, aku tertanya-tanya juga. Bolehkah MAS terus mengatasi cara bisnes angkatan 'kapal merah' Dato' Fernandez? Bersaing sihat,  sambil benar-benar berjimat cermat? Dari segi kelajuan terbang tadi nyata dia boleh berjimat, dari segi  kadar masa penerbangan. Dia pun 'orang' lama dan besar. Tentu lebih berkemampuan dalam banyak hal.

21 comments:

Puan Isah said...

Salam Temuk
Entah la, lama isah tak naik kapal terbang MAS,dulu2 ada, sekarang selalu naik 'Kapal Merah' yang memang dari mula2 mempraktik kan 'harga murah':)
DIJ tu ex Shell colleague isah dulu, agak nya dia terpaksa buat macam tu kot, mesti belajar berjimat cermat!
He he..tapi isah tengok cushion warna warni tu something new

aidah said...

Salam Temuk,

Memang bagus kalau anak2 kita pun dididik untuk berjimat cermat ni. Budak2 sekarang ni terlalu mewah rasanya. Hmmm dah lama tak naik MAS ni sejak ada Air Asia, hehehe

Kak Ezza@makcik blogger said...

Pak Temuk

Saya baca tulisan Pak ni dengan tekun nya ..tapi
tak reti nak komen pasal kapal terbang ni sebab tak pernah naik pun....hahahaha

azieazah said...

Saya tak ingat saya dengar di mana, sorang kawan citer, kapalterbang yang landing, kemudian ditarik dgn roda (dan alatan lain) untuk dipusing, secara manual sahaja untuk menjimatkan minyak...

azieazah said...

Saya pernah naik KLM jer.. MAS belum lagi.

ahmad humairi said...

salam,

Wah..makan angin rupanya.
Makan angin - satu lagi kaedah berjimat? Jangan makan makanan lain....heh3x...gurau je...

Tentu banya ole-ole dari seberang..

Temuk said...

Salam Isah
Air Asia memang mengembang. Kerana respon pengguna yg baik. Kusyen berbagai warna MAS tu boleh jadi jelmaan 'berekonomi' atau hiasan dalaman pesawat masa kini!

Temuk said...

Salam Pn Aidah
Sangat setuju. Anak2 perlu dididik berjimat. Memang mereka dimanjakan dgn kemewahan hari ini. Tak mungkin mereka prihatin dgn cerita dulu-dulu murid sambung buluh kpd pensil yg berbaki2-3 inci supaya jadi panjang, yg sebenarnya = berjimat, kreativiti + anti-pembaziran.

Temuk said...

Salam Pn. Ezza@makcik blogger
Tak mengapalah tak komen pasal kapal terbang (KT). Kita komen orang2 yg dlm KT! Dulu2 teruja nak naik KT. La ni cuba elak. Kot terpaksa naik pun, jangan sampai melebihi 2 jam penerbangan. Kot jauh tak boleh elaklah! Tak seronok duduk dlm perut KT.

Temuk said...

Salam Cikgu Humairi
Ole-ole = 2 peket X 1 kg. beras bukit, 2 warna. Satu dah masak. Al-keras nasinya! Nak rasa, itu yg penting. Ngapa ye depa dulu guna simpulan bahasa 'makan angin'? Mungkin dimaksudkan hasilnya = kembung perut dgn makanan, barangan & pengalaman dari destinasi pelancongan.

kak su said...

Salam Bapak...

Memang betul berjimatcermat sangat menguntungkan...

Alhamdulillah dulu tak pernah rasa naik belon terbang tuu...tapi kini ada budget lebih dah merasalah...hee..heee...

(1st time baca blog ni...)

Wslm

Temuk said...

Salam bahagia Pn Su
Terima kasih sudi singgah ke rumah saya. Kisah naik belon ni menarik juga. Ada orang naik belon macam naik bas - hari2! Ada yg seumur hidup, sekali - masa mengerjakan haji. Dan memang ada yg tak berkesempatan langsung. Syukurlah kita berkesempatan & berkelapangan.

Kak Nora said...

Salam Temuk,
Wah makan angin di negeri bawah bayu. Dengan penerbangan tambang murah semua orang boleh 'terbang'. Ye macam naik bus. Ke Kuantan tak de pula tambang murah, kalau tidak mudah saya ke Kuantan-Melaka.

al-lavendari said...

tiba-tiba saya rasa bersalah dan berdosa sebab pernah ambil selimut MAS. nampak comel sangat. untuk menyedapkan hati, saya kata " ini sebagai ganti wine ".

Temuk said...

Salam Hjh Nora
Sungguh teruja dgn kawasan2 kampung Sabah, terutama di kawasan pergunungan. Asal orang kampung, kan? Kalau muda balik, bolehlah merantau & menetap kat sana. Hjh kena pakat dgn En. Abang tinggal di tengah2. Tak payah ulanglik. KL ke, Bangi ke?

Temuk said...

Salam al-lavendari
TERambil la tu. Tak sengaja. Tak mengapa. Niat utk kenang2an. Kita bukan ambil pesawat atau enjin pesawat macam depa tu! Have a nice weekend!

Temuk said...

SALAM AZIEAZAH
JADI BILA NAK NAIK MAS? ITU = PESAWAT 'MALAYSIA ADA SISTEM'. SEBAB TU SELALU DAPAT INTERNATIONAL AWARDS. SEMENTARA NI (PASAL DAH NAIK) BOLEHLAH ANGGAP KLM TU PESAWAT 'KUALA LUMPUR MALAYSIA'. WOW, KALAU BETUL NAK PARKING PESAWAT KENA DITARIK, LAMBATLAH PENUMPANG NAK DISEMBARK, HE3.

Mari La Ko Masjik said...

Orkid 1 Malaysia dah siap.

Deen

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam,

banyak perbezaannya MAS dgn AA tu..macam2 pengalaman yang saya dapat bila terbang dgn MAS & AA...yang signifikan --> AA selalu delay !! MAS is better, tapi mahal ler. Jika bernasib baik..rajin google2, kita boleh dapat tiket MAS yang lebih murah dari AA !!

Temuk said...

Salam Sdr Deen @ Mari La Ko Masjik,
TAHNIAH! Maaf sangat sebab teralpa akan tarikh pameran tu & juga tempatnya di KL ni. Manalah tahu kalau-kalau ada rezeki menonton. Walau apa pun, semoga ada ganjaran yang hebat untuk karya Ork1m sdra yang unggul itu. All the best!

Temuk said...

Salam Hjh Zainab
MAS sekarang ni memang dah banyak bagusnya, termasuk tambangnya yg kompetitif. AA pula = Ada Aral (selalu)! Tapi si AA merah ni terus laris tiketnya. Setiap pagi asyik-asyik gang dia yg terbang-lalang di ruang udara saya di Bangi.