Saturday, July 17, 2010

KERJA TINGGI-TINGGI

Kelebihan orang yang bekerja tinggi-tinggi, dia dapat melihat lebih banyak perkara  -  di bawahnya, dan sekelilingnya. Kalau dia mahu!



Tapi kalau pegang kerja tinggi macam dalam gambar di bawah ini, pasti minat si pemegang kerjanya hanya pada kawasan yang bernama Bum Bung!

Ada kerja tinggi yang pulangannya tak semestinya tinggi. Malah yang pasti, risikonya tinggi. Termasuklah kerja macam kawan kita ni  - kerja memujuk Bum Bung yang mogok.

Kerja tinggi memang perlukan kemahiran tinggi. Begitu juga dalam kes kerja sahabat kita yang di atas atap genting  itu. Kata dia, amat perlu kepintaran mengagak masalahnya di mana.

Hakikatnya, ada kala genting bocor di tempat lain, air darinya menitik atau meluru ke tempat lain. Kerana itu, siling yang punah bukan semestinya petanda ada 'atap' rosak betul-betul di atasnya. Si pemanjat Bum Bung yang mahir sahaja yang lebih pintar membuat perkiraan. Kalau tidak, sepuluh kali tampal pun, sana sini,  masalah kebocoran takkan terurai.

Sementara aku mundar mandir 'di ketinggian satu tingkat sahaja'  dengan si pemanjat pakar tempoh hari, dan cuba turut mengagak beberapa kawasan di mana si Bum Bung mogok, rupa-rupanya rumah staf TNB di belakang (yang sudah bertahun-tahun mungkin hanya dihuni oleh makhluk halus) secara kebetulan juga kelihatan dibedah Bum Bungnya. Ketara ia mengalami masalah barah yang parah!

Ketinggian Bum Bung TNB itu 'dua tingkat'. Kata si pemanjat di rumahku, yang itu 'dobel bahaya'! (Teringat pula aku akan pasaraya yang mempamerkan label 'dobel diskon' semasa melancong ke Yogya 2 tahun lalu).


Nak cerita apa ya dalam entri ini?

Tiada mesej agung. Cuma, asalnya mahu sebut dan sebut, orang yang kerja tinggi penuh risiko seperti si pembujuk Bum Bung, amat wajar diberi ganjaran yang lebih tinggi. Kedua, bila saja kita kerja tinggi, ayulah andai kita prihatin pada apa yang di bawah dan di sekeliling. Kerdillah pula kita, yang berterusan segak dengan status, hatta selesa dengan pengamalan kuasa yang arah semberononya tidak memanfaati sesiapa.

32 comments:

Adry@Daun said...

Salam Temuk,
Bertemu lg kita di alam siber ini. Kerja tinggi dgn jawatan tinggi serta berada di dlm bangunan tinggi(selesa) dan kerja tinggi yg sememangnya di tempat tinggi2(spt Bum Bung)sebenarnya saling memerlukan. Si jawatan tinggi perlukn si pekerja tempat tinggi untuk melakukan kerja tinggi yg tdk mampu dia lakukan. Pekerja tempat tinggi juga sering mengharapkn ada kerja tinggi yg boleh dia lakukan untuk teruskn kelangsungan hidup(dgn upah yg tinggi barangkali)

Idalara said...

salam
itulah bezanya dengan bekerja di tempat tinggi dengan bekerja dengan jawatan tinggi...jika tiada yg mahu bekerja di tempat tinggi maka tak terbinalah bangunan2 tinggi juga tak berbelalah atap2 bocor..dan kalau semua nak bekerja jawatan tinggi apahal pula jwtan rendah2..

ahmad humairi said...

salam,

Bila berjawatan tinggi, jangan pandang rendah pada orang yang bekerja di tempat tinggi.

Orang berjawtan tinggi mesti akur dan mengakui kekurangan diri...

....mesej agung itu!

Ayah Zain said...

Salam temuk

inilah yang dinamakan saling bergantungan. Kalau tiada si pembetul bum bung tu, susah tu, bila hujan ......huhuhu.

sayangsayangibu said...

Salam pakcik Temuk
Lagi tinggi jawatan, lagi besar tanggungjawabnya
Semakin tinggi tempat kerja, tinggi juga risikonya
perkara yang tinggi memang ada pro dan kontranya
Itulah asam garam dalam hidup manusia.

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Hmmm, how do I address - Prof or wat?
Kat negara2 mat saleh, yg kerja tinggi dibumbung tu berpendapatan jauh lbh tinggi sbb dikira sbg bidang kepakaran - sebahagian dari perbezaan nilai kan?

[Nak respon yg semalam: 1. Aziz said he could recall by names though. He couldnt recognize from ur photo bcoz its too small - further compounded by d songkok. 2. Yes, his younger brother was lecturing at UPM too. How very different these brothers are!]

Temuk said...

Salam ADRY@DAUN
Amat benarlah apa yg dikatakan itu. Setiap orang dgn kemampuan & kepakarannya. Dan setiap orang ini perlu sandar menyandar utk hidup - dgn lebih bermakna!

Temuk said...

Salam IDALARA
Menarik sekali respon Idalara tu. Kita perlukan pekerja di tempat tinggi, seperti juga kita perlukan pekerja berjawatan tinggi ( & juga yg rendah). Kita perlu saling sokong-menyokong, pastinya.

Temuk said...

Salam CIKGU HUMAIRI
Begitulah hendaknya. Setiap orang ada kekurangan (yg berkelebihan boleh bantu tampung!). Perlunya 'interdependence' bagi mempastikan wujudnya 'a functioning society' di sesuatu tempat memang real sekali. Demikianlah juga pada peringkat dunia. Maka si Dunia Pertama yg dilabel 'so advanced' itu janganlah pandang Dunia Ketiga dgn hanya sebelah mata, kan? Ceria selalu!

Temuk said...

Salam AYAH ZAIN
Lama tak jumpa. Benarlah utk kelangsungan hidup kita perlu saling bergantungan. Apa lagi dlm zaman pengkhususan ini. Para pengkhusus jadi wajib saling sandar menyandar & saling melengkapi. Seseorang atau sesuatu kumpulan takkan mampu membuat semua kerja. Ketemu lagi!

ckLah said...

Salam Pak Temuk;
Orang yang berani saja boleh buat kerja di tempat tinggi begini. Saya pernah terpukau melihat liputan yang dibuat oleh TV3 tentang petugas-petugas TNB yang bertugas di atas 'kabel' elektrik di atas hutan ke Cameron Highlands, dalam Majalah 3.


...sungguh, macam-macam dunia pekerjaan, yang bukan semua orang boleh lakukan.

Temuk said...

Salam SAYANGSAYANG IBU
Pakcik setuju! Kedua-dua pemegang jawatan itu takut jatuh! Tapi kesihan si dia yg di tempat tinggi (tapi kecil jawatannya). Bila jatuh, lebih ketara pula patah & luka, di sekujur tubuhnya.

Temuk said...

Wkslm DDRFAUZIAH
Gone are those beautiful, beautiful days of life in the academic world. And now, in this pretty, pretty blogsphere, I love my new identity, and of course new name, Temuk.

Yes, in other parts of the world, those workers who sweat more are the ones given better pay. Of course, those with better academic & professional qualifications dare not complain because they themselves don't want the job & they just wouldn't know how to do it.

Oh, Dato's bro has left the University? Or may be he's retired. Hope he's in good health.

Salam to Dato' & pl. tell him that I may be contacted at 017-3114884. I'd love to know whether Dato' can still recognize me thru my voice (that hasn't changed, I think!) when he calls me. Have a nice day!

Temuk said...

Salam ckLah
Pakcik Temuk sendiri pernah melihat orang-orang TNB bekerja memasang kabel di atas struktur-struktur besar & tinggi mereka tu (apa entah namanya!), dalam keadaan cuaca mendung. Kecut perut & gerun kalau-kalau si kilat menyapa mereka. Memang menakutkan bagi kita yg tak biasa.

Teringat pula Pakcik Temuk akan keberanian para pemungut madu lebah tualang di hutan. Pernah saksikan sendiri. Mereka terpaksa memanjat pokok-pokok yg sangat tinggi utk sampai ke sarang-sarang lebah. Kerja pula di waktu malam. Lebahnya pula, amatlah garang. Dan macam-macam lagilah pula bahaya hutan. Begitulah, mcm ckLah kata, dunia pekerjaan ....

Kak Nora said...

Salam Temuk,
Elakkan kerja tinggi-tinggi,bagi mereka yang BP tinggi. Begitu juga mereka yang berjawatan tinggi, awasilah BP, jangan shoot tinggi!
Eh, berapa banyak 'tinggi' ah?

Temuk said...

Salam Hjh Nora
Tak kerja. Lawatan sambil belajar saja. Kata doktor, BP ok. Yg berjawatan tinggi rasanya selalu naik BP kot. Saya ingat pernah pesan kat seorang kawan dari Kg. Ayam Johor masa kerja dulu (dia suka semua komiti!): Jgn asyik jadi jawa tan kuasa, takut BP meroket.

Bukit S & Bukit C tinggi juga, kan? Tapi alhamdulillah selesakan jiwa, stabilkan BP.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Assalamualaikum Cikgu,

Orang kerja 'tinggi' kerap kali depa lupa bahawa mereka juga 100% akan 'jatuh' di satu hari nanti. Bukan semuanya disambung kontrak. Ketika itu baru sedar langit tinggi rendah! Sepatutnya, bila sudah tinggi, mereka akan lebih insaf kerana mereka diberi peluang oleh Maha Pencipta melihat alam sekeling...Wallahualam.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam Mej
Kita takut bilaman sudah tak berjawatan pun kita fikir diri masih boleh arah orang! Walhal orang pun dah tak berapa ingin nak pandang kita. Memang kisah 'sudah tak berjawatan' ni, apa lagi dah tak berjawatan tinggi (kontrak pun tak mungkin sepanjang hayat), menakutkan juga. Terutama bagi yg tak boleh sesuaikan diri dgn duduk di rumah tak bekerja, atau tak ada orang tabik!

asnah58 said...

Kepada yang berjawatan tinggi jangan merendah kuli yang sebagai buruh tanpa mereka siapa yang nak buat kerja2 macam ni. Disini kita harus sedar kerana kita memerlukan mereka. Kepada yang berjawatan tinggi kita harus sedar kita tidak ankan terus tinggi ingat kita akan turun apabila tamat perkhidmatan nanti. Tetapi bagi yang bekerja sebagai guru jasa baik dan tunjuk ajar akan di kenang hingga ke akhir hayat.

Cj said...

salam temuk,

tinggi hanya sekadar perkataan. ertinya banyak terserah pada kita untuk menaksirnya. Kalau tinggi tempatnya sering dikait dgn status seseorang begitu juga kalau rendah. saya tabik dgn pernyataan temuk. banyak maksud yang tersirat dari tersuratnya tu...saya mahu belajar darinya.....

DrSam said...

Salam Temuk,
Duduk di tempat yang tinggi-tinggi ni kalau bukan sebarang orang boleh gayat. Bagi yang gayat, selalu diberi peringatan agar jangan pandang ke bawah. Sebab itu selalunya marhain bawahan ni terabai. Jadi untuk berada di tempat tinggi, hendaklah memperdalami ilmu mendaki dahulu agar tidak gayat bila sampai kekemuncak.

Temuk said...

Salam Pn Asnah
Si tinggi yg tak pedulikan peranan si rendah wajar belajar bahawa stratifikasi sosial itu satu realiti & satu kemestian. Kita perlu tenaga pakar, kita juga perlu tenaga buruh kasar. Hubungan saling sandar menyandar itu membolehkan masyarakat berfungsi. Siapa pun kita, semoga bial tiada, dapat meninggalkan nama yang baik. Ceria selalu!

Temuk said...

Salam Cikgu Jay
Ada ahli kaji masyarakat mengaitkan kedudukan jawatan tinggi dengan pendapatan tinggi. Pendapatan tinggi (satu faktor ekonomi) menentukan pemilik jawatan berada di dalam 'kelas' yang tinggi dlm susunlapis masyarakatnya. Tapi, 'statusnya' tak semestinya tinggi. Berasaskan faktor bukan-ekonomi (misalnya faktor nilai masyarakat), dia mungkin ditanggap berstatus rendah. Dia mungkin tidak dihormati orang, oleh kerana, misalnya, dia pelanggar norma-norma agama yang tegar! Saya sendiri amat banyak belajar dari entri rakan-rakan pemblog. Dan saya menghargai kesempatan itu. Ceria selalu!

Temuk said...

Salam DrSam
Menarik juga pandangan tu! Kalau tak pandang ke bawah sebab gayat memang kena belajar macam mana nak atasi masalah kegayatan. Kalau tak, selama-lamanya nanti tak mahu & tak boleh pandang yang di bawah. Jangan hal gayat dijadikan alasan. Nanti lama-lama orang di bawah pula gawatkan kita. Dan kita jatuh juga! Have a nice day!

sahromnasrudin said...

salam TEMUK..org dh kjer atas, takkan padang staf di bawahannya...sesekali TIDAK..pengalaman telah menjadi pengajaran..hanya org bawah tahu mslh org bawah spt Tuan Hj Omar Osman

Temuk said...

Salam sahromnasrudin
Sedih jugalah kita dgn mereka yg mengalami keadaan tidak dipedulikan oleh orang atas mereka. Tapi kita gembira dgn keadaan di mana ketua begitu prihatin dengan keadaan anak buahnya. Insya Allah, keadaan demikian ada. Tentulah bergembira anak buah yg mengalaminya.

sahromnasrudin said...

salam tuan temuk..melalui iras wajah di gambar tuan Temuk sy rasa tuan temuk adalah bekas pensyarah saya di FEM, UPM..Tuan Temuk ajar saya subjek Penelitian Sosial sekitar tahun 2000?? adakah benar tekaan saya ini???

Temuk said...

Salam sahromnasrudin
Cerita dulu tu. Buat apa sebenarnya sekarang? Ceritalah kat saya - abhalin48@yahoo.com

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..benar tekaan saya..saya masih ingat wajah doktor kerana doktor bagi saya A dalam subjek SOS 2004 itu..saya masih ingat kelasnya pada jam 7.00 pg setiap Isnin, Rabu dan Khamis ( 4 kredit) klu tak silap saya..kelasnya di panggung percubaan...walau mengantuk, sy tekun mendengar kuliah doktor kerana cara doktor begitu berbeda sekali..trime kasih byk2..maknanya, doktor dah pencen ya????

Temuk said...

sahromnasrudin
Yg dapat A pasti yg bagus! Terima kasih. Kisah dulu semua tu. Sekarang kisah sekarang. Kat pentas dunia ni (sekarang pentas maya!), kot kita sempat jadi macam-macam pelakon, baguslah. Tapi pelakon yg eloklah, jangan yang kruk! Saya bersara tanpa pencen. EPFlah tu. You haven't told me what you're doing at the moment. Yg penting kita perolehi rezeki halal & diberkati. Take care and be happy always!

al-lavendari said...

salam.

kerja tinggi-tinggi ni kalau ribut, dia paling teruk terasa.

kerja tinggi-tinggi ni kalau jatuh, dia paling teruk terasa.

kerja tinggi-tinggi ni kalau silap, ramai orang teruk terasa.

Temuk said...

Salam al-lavendari
Benarlah tu. Kesihan si penjawat kerja tinggi-tinggi. Selalunya, dia mesti kena punya! Cuma, heeh, bila dia buat silap orang lain pula yg kena (walaupun biasanya dia kena juga). Untungnya orang yg kerja tinggi, yg dapat menguntungkan diri & masyarakatnya.