Tuesday, September 14, 2010

KALAU ADA LEBIH .....

SELAMAT MENERUSKAN CUTI RAYA DI MANA-MANA
SELAMAT PULANG KE RUMAH SENDIRI DAN MULA MELAYANI TETAMU 
SELAMAT MENGUNJUNGI RAKAN SETAMAN, JUGA SEPEJABAT 
SELAMAT MEMENUHI JEMPUTAN PARA PEMBUKA RUMAH 
DAN, SELAMAT KEMBALI BERTUGAS.


Kalau selasih condong ke kanan
Ikatkan ia ke batang pulai
Kalau terlebih kurma Ramadhan
Gorenglah seperti si pisang salai.



Rasanya, gorengan kurma kering lebih cun daripada gorengan kurma madu.

16 comments:

al-lavendari said...

Salam bang.

Kalau selasih condong ke kanan
Ikatkan ia mengelak rebah
Bolehkah abang tolong nyatakan
Bahan apa perlu di tambah ?

* teringin juga nak cuba!

Temuk said...

Salam al-lavendari

Ikatkan ia mengelak rebah
Hanyut terapung dek air pasang
Tiada bahan perlu ditambah
Gunakan tepung menggoreng pisang

al-lavendari selalukah gunakan bahagian dapur?

ikan emas said...

salam raya.

sedap pulak menu ni..

cari pisang salai yg tak ada bau asap ..baru best

ckLah@xiiinam said...

Sorong papan tarik papan,
Tidak sedar, jatuh terduduk.
Kalau berbaki kurma ramadan,
Diramas-ramas buat cekodok....


...sedap juga!



Saya dan anak-anak yang bersekolah di Convent sudah mulai bersekolah hari ni. Cuma anak yag di SBP masih bercuti...

ahmad humairi said...

salam,

selasih dengan padi,
ke barat condong daun,
ramadan tetap di hati,
kurma sepanjang tahun.

tak susah cari tamar walau tak berbaki lagi di rumah...leh cuba kurma goreng ni....buat juadah berbuka nanti..

Temuk said...

Salam IKAN EMAS
Kalau dapat yg tak berbau asap langsung memang baik. Kata orang, bau tak bau, bergantung kpd kayu yg digunakan. Di sebelah-belah Melaka atau Johor, saya biasa temui gerai-gerai menjual pisang salai yg bagus. Kalau cantik, tak sempat goreng dah ghaib!

Temuk said...

Salam ckLah

Tidak sedar, jatuh terduduk
Terdera pinggang kaki terlipat
Diramas-ramas buat cekodok
Ada terkenang, belum dibuat.

Kalau ckLah kata enak, Pamane' akan segera ke dapur lagi, kapan 'nobody is around'! Selamat kembali bertugas.

Temuk said...

Salam Cikgu Humairi

Ke barat condong daun
Ke utara larinya landak
Kurmanya sepanjang tahun
Puasanya tentulah tidak.

Cikgu dah berpuasa 6 nampaknya. Kot tak berlebih kurma Ramadhan, bolehlah cari kurma Syawal. Cepat mula puasa, cepat raya balik. InsyaAllah.

Idalara said...

Insyallah nk try buat..
samalah macam dodol
kalau lebih ...
goreng mcmni pun sedap...

Temuk said...

Salam IDALARA
Selamat mencuba. Try kurma yg jenis kering dgn yg madu. Pastikan mana yg lebih uummmp. Yg pasti kedua-duanya manis!
Ceria selalu.

sahromnasrudin said...

salam..tahun nie temuk beraya dimana??? dimana2 pun meriah kan...

Temuk said...

Salam sahromnasrudin
Beraya di BBBangi. Hari kedua ke Perak, ziarah 2 kakak & sdra mara. Meriah. Tapi (sbb dah pangkat Wargatu) senanglah kepenatan!Semoga raya Sahrom sekeluarga juga meriah dan bermakna.

Kak Nora said...

Salam,
Goreng kurma lebihan Ramadhan,
Buat cengkodok boleh juga.
Wargatu(a) senang kepenatan
Ambilah vitamin boleh segar semula.

Happy Hari Raya, Temuk!

Temuk said...

Salam Hjh Nora
Buat cengkodok boleh juga
Cicah si air gula yang pekat
Ambil vitamin segar semula
Terlebih segar, apalah nak buat.

Pastinya Hjh dan kerabat seronok beraya di rumah baru. Juga di Johor & Pahang. Mudah-mudahan.

luahfikiran said...

SALAM,
TAK PERNAH LF MENCUBA. KALAU LF DATANG BERAYA NANTI, TOLONG GORENGKAN ! KALAU TAK ADA KURMA, LF BOLEH BAWA NANTI MASA DATANG

Temuk said...

SALAM
BILA NAK DATANG? KURMA BELI BARU TAK JADI. KENA KURMA LEBIHAN RAMADHAN.
AGAK-AGAK BOLEH BAWA TEPUNG DGN MINYAK SEKALI, TAK? HEHEHE. SILALKAN, KAPAN-KAPAN SAJA, BUNG!