Wednesday, October 27, 2010

APA GERANGAN NAMANYA ?


Tentu ramai yang pernah lihat pokok di bawah ini, kan? Namanya apa?



Bila rujuk dalam internet, rupa-rupanya ia punyai banyak nama. Termasuklah Goldenberry, Husk cherry, Peruvian ground cherry, Peruvian golden berry, Cape gooseberry, dan Inca berry. Ada nama-nama yang membayangkan kepada kita, pokok ini hanya terdapat di negara-negara tropika.

Semasa zaman kanak-kanak di kampung, dulu-dulu, kami panggil pokok liar ini 'ciplokan'. Nama itu lebih merujuk kepada buahnya, yang bila dipecahkan atas dahi, akan berbunyi 'ciplok'  - bunyi meletup!

Bila perasan ada ciplokan tumbuh sendiri di kawasan rumah beberapa minggu lalu, aku berusaha menjaganya. Kerana mahu ku lihat ia berbuah, dan rasa buahnya. Walaupun dulu-dulu memang dah pernah rasa. Dan memang aku tak gemar masam-masam manisnya!

Lihatlah di bawah ini gambar-gambar buah ciplokan masak yang ku petik kelmarin. Buahnya lebihkurang sebesar duit 50 sen kita. Tapi isi yang boleh dimakan di dalamnya adalah sebesar kacang kuda. Macam rupa guli! Kulit buah ciplokan yang sudah masak tak ubah seperti kertas.


Di negara-negara lain, ada yang memakan buah ini begitu sahaja, atau dijadikannya sebagai ramuan dalam membuat salad atau jem. Kita kalau makan pun, untuk rasa-rasa saja, kan?

Bila dibelah buah ciplokan, nampaklah kita peri halusnya biji-biji yang ada di dalamnya. Lebih kecil dari biji selasih! Aku jadi amat kagum, bagaimana satu biji sehalus begitu boleh bercambah dan membesar di pinggir tembok, dan kemudian berbuah lebat. Itulah kebesaran Allah!


Hampir terlupa nak sebut. Sebenarnya beberapa bulan yang lalu, ada ku terjumpa buah ini dijual di sebuah pasaraya besar di KL. Di paketkan dalam kotak kecil. Rasanya RM6-7 untuk lebihkurang 10 biji ciplokan. Memang diimportlah, tapi tak ingat pula dari negara mana.

Kalau anda berminat membaca lebih lanjut mengenai ciplokan, anda boleh merujuk antara lain di http://www.crfg.org/pubs/ff/cape-gooseberry.html.   Juga di http://www.incaberry.com.au/ .

Jangan lupa beritahu nama-nama lain ciplokan, buah eksotik ini. Nama dalam bahasa ibunda kita. Ciplokan itu 'boso Jowo', kok!

32 comments:

ZR said...

pertama kali nmpk buah nie..

ckLah @xiiinam said...

Pernah, tatkala mengayuh basikal pulang dari sekolah di sepanjang jalan gambut tak beraspal, kami berhenti di pinggiran jalan tepi parit.


....dan buah-buah ceplokan yang manis harum (bagi kami masa itulah) inilah menjadi santapan penghilang dahaga.....nak beli ais kepal, duit 20 sen dah habis buat belanja di kantin.




Uwwwenak loh rasane!

ckLah @xiiinam said...

Betullah...mahal harga buah ni sekarang. Pernah terjumpa menjadi hiasan kek jenama terkenal yang berharga RM7 sehiris itu.

Ann @ DN said...

Salam Temuk,

Klu x silap mase kecik2 kat kg dlu mcm pernah malah selalu jumpe pokok ni tika ngikut nenek pg cari kayu api kat ladang getah....buahnye rase masam2 manis kan...

Kami pggil buah letop2 sbb bile pecahkan utk d makan tu die berbunyi 'top' mcm 'pop' lbh kurg...wallahulm

...sume tu kenangan...

hentian said...

IM pun biasa main masa kecil dulu. letupkan di dahi...

Pak Zawi said...

Temuk,
Di Kelantan juga dipangil letop2. Tak sangka ianya boleh dimakan. Nak try makan nanti kalau ianya kini dah pasti tidak merbahaya.

sahromnasrudin said...

salam..tuan temuk org jawa ke??? kabare, iki deno temuk wes mangan urung???
kalau org jawa, pasti mendambakan nasi ambeng kan..sungguh sedap makan ramai2 dlm talam time kenduri kat kampong huhuhuhuhuh

Temuk said...

Salam KAZAZTAN TEAM
Terima kasih sudi singgah. Kalau ke pasaraya macam Jaya Jusco atau Cold Storage, cuba intai kat bahagian buah-buahan. Mungkin ada dijual buah itu.

Pak Idrus said...

Temuk, thanks for the image and the narrative of this wonderful flower/fruits of my childhood. We used to pick and makan the buah that grows wild on the roadside.

It has been long that I had seen it and wished that they sell the seedling for planting in my little garden.

Have a nice day.

Temuk said...

Salam ckLah
Zaman dulu-dulu tu memang macam-macam di kampung yg kita gunakan & makan + minum. Rupa-rupanya ada yang sebenarnya punyai nilai tinggi hari ini, apa lagi di bandar-bandar. Teringat saya, makan sayur pucuk paku yg tumbuh meliar dulu terasa 'koman' juga. Tapi kini, di pekan kecil pun seikat yg mengandungi lima pucuk dah berharga RM1. Itu pun tua keras macam paku besi!

Kalau ciplokan dulu dirasa manis harum ... uuweeenak rosone ... hari ini pastilah lebih lagi manis-harum & enaknya, sebab ia sukar diperolehi. Dan orang dah tahu, ia juga jenis buah yg berstatus tinggi, diimport & digemblengkan dgn makanan mahal-mahal.

Temuk said...

Salam N
Saya rasa betullah itu buah yg kita perkatakan. Memang rasanya masam-masam manis. Pokoknya memang mudah tumbuh di kawasan panas - kawasan getah, kelapa sawit, kelapa dan lain-lain. Hairan juga ya, ada negara yg eksport buah itu ke tempat kita, utk dijual di pasaraya-pasaraya besar, tapi kita anggapnya sebagai buah liar.

Alhamdulillah, kisah & gambar ciplokan @ letup-letup dapat menayang episod zaman yg telah lama berlalu.

Temuk said...

Salam IM
Macama-macam permainan 'meletup' dulu, ya. Buah boleh diletupkan. Senapang buluh kecil guna peluru kertas basah/terung pipit pun meletup. Meriam buluh karbad lagilah meletup! Permainan elektronik hari ini pun meletup, tapi si pemain duduk terconggok dgn alatnya, tak gunakan seluruh kawasan kampung macam sesetengah kita dahulu.

Ceria selalu!

Temuk said...

Salam Pak Zawi

Well, I've eaten the fruit. Insya Allah, no problem. Lagi ranum lagi lebih terasa manisnya, walaupun taklah macam manis rambutan atau laici.

Kalau kita boleh makan tomato jenis kecil (yg juga lebih mahal!) utk salad, rasanya kita boleh tanam & popularkan buah letup-letup utk ramuan salad. Atau utk hiasan atas kek, macam yg blogger ckLah sebut.

Temuk said...

Salam SAHROMNASRUDIN

Kabare lujeng. Enggih, kulo empun nedi. Amacam? Layak tak dikatakan saya keturunan kumpulan tu? Ok tak 'broken Javanese' tu? Ni (sungguh!), saya belum keluar broken Banjarese dgn broken Minang lagi!

Ambeng ke tak ambeng, insyaAllah boleh belaka. Saya dengar nasi ambeng semasa kenduri kendara di Daerah Sabak Bernam (Selangor)masih asli. Yg di jual di kedai-kedai sekarang, di mana-mana pun, ambengnya lebih merep 'nasi campur'. Setuju?

Temuk said...

Hi Pak Idrus

Thank you. I'm glad that you like the pictures and narrative on that Cape Gooseberry/Inca Berry. I was also touched by the 'sudden' appearance of the plant in my compound. I believe it is Allah's way of telling me to always remember the past, to remember what life was before, so that we can always be thankful to Him for all the good things that He has given us today.

Have a nice day & salam bahagia.

sahromnasrudin said...

salam Tuan Temuk...boleh saja tuan masuk javanese..memang ya..kalau nak nasi ambeng asli, kita kena turun daerah Sabak Bernam..kalau area bandar, memang dah tiada produk keasliannya...ayam gorengnya dan sambal tempe tersangatla sedap..itu belum lagi mee gorengnya..aduhhh..tak leh saya nak bayangkan..tetapi, area Meru ( Klang) pun ada..kena pandai cari...
p/s: boleh tuan temuk komen kat entri terbaru saya tajuk Mentor..nak dengar cikit penangan " orang lama" nie..hehehe...

Kakzakie Purvit said...

Salam cikgu,

Nampak jer gambar buah ini kakak terus senyum. Terkenang masa kakak kanak-kanak main kebun. Sepanjang jalan mesti ada at least 3-4 pokok ini. Keluarga kakak panggil buah ini cimploan (cha-ya-mim-pa-lam-wau- hamzah-nun). Masih ingat lagi rasanya manis-langu (langu bahasa jawa - kena belajar kalau tak tahu. He...3x)

Sekarang dah tak ada lagi kat kebun kakak walau kebun yang sama.
Hebat la cikgu. Memang eksotik buah ni.

Temuk said...

Salam KAKZAKIE

Saya pula tergelak sendiri bila nampak perkataan 'langu' tu. Apa pula perkataan Melayunya, ya? Arwah ibu & bapa saya yg sukakan makanan pedas kata cili api lebih sedap drpd cabai besar sebab cabai besar berasa langu. Sukar nak jelaskan rasa langunya itu di mana & bagaimana.

Sayang seribu kali sayang, bila ekologi berubah, ada pula tumbuh-tumbuhan asal yang hilang. Tapi insyaAllah, pokok buah eksotik yg diperkatakan itu masih ada di sana sini di Malaysia.

Temuk said...

Bertemu kembali SAHROMNASRUDIN

Kebetulan saya telah turut memberi respon kpd entri sahrom itu, sebelum membuka balasan sahrom yg ini. Terima kasih kerana saya diluluskan menjadi wong Jowo. Eneng ke sijil pengesahan ne?

zurena said...

salam temuk...

10 tahun lalu masa di U saya pernah buat kajian tentang pokok ni.... pokok letup2... byk khasiatnya.. boleh buat ubat mengurangkan demam panas..

Temuk said...

Salam ZURENA
Terima kasih sudi berkongsi maklumat. Jika ada pembaca yg ingin mengetahu tentang buah itu, mungkin mereka boleh menghubungi Zurena.

Kajian utk tesiskah? Agaknya wajarkan letup-letup ditanam dgn sistematik dan digunakan buahnya utk makanan harian kita?

Al-Manar said...

Saya tak tahulah, tak ingat, apa ciplokan dipanggil to tempat saya. Masa kecil kecil dahulu pernah pecahkan buat letupan atas lengan dan dahi. Semuanya dimasa yang silam. Sekarang semua mainan datang dari alam sedia jadi dan buatan sendiri.

Saya nampak budak budak sekolah membawa laptop kecil yang diberi percuma - nampaknya untuk mainan saja! Sekarang musim hujan dah tiba. Entah berapa banyak yang akan rosak bawa naik basikal tengah hujan . Terfikir dihati, kalaulah saya dapat'contract' membaik-pulih yang rosak adalah rezeki sedikit, kalau tak jadi jutawan pun!

Azian Elias said...

pokok kat semak2 kan.. Rasa macam penah makan masa kecik2 dulu. tapi tak sure betul ke tidak.. Bukan buah seletop??

Temuk said...

Salam AL-MANAR
Kisah silam si buah ciplokan/cimplokan/seletup/letup-letup... ramai ingatkan letupkannya di dahi & di tangan!

Kisah laptop tu menyedihkan juga. Barang percuma mungkin jadi kurang dihargai. Wajarlah diberi nasihat kpd kanak-kanak sekolah itu, kan? Kalau Al-Manar boleh buka kedai memperbaiki laptop yg rosak bagus juga. Boleh diiklankan perkhidmatan di sekolah-sekolah melalui Guru Besar. Kuatir, kalau tidak, mereka buang/simpan saja laptop bila rosak.

Temuk said...

Salam YAN
Saya jangka betullah tu, buah seletup - nama tempatan di kawasan Yan. Di tempat-tempat lain pun nampaknya buah itu dipanggil dgn nama yg seakan-akan sama dengannya. Ceria selalu!

Aida Ali said...

Dah lama tak jumpa buah ni

Temuk said...

Salam Cikgu AIDA
Tenunglah gambarnya sebagai pengganti. Mana tahu, ada yg menumpang tumbuh di padang sekolah.

Siti Roffini said...

Salam Cikgu,
Tak pernah tengok buah ni seumur hidup. Nampak macam buah letup sikit tapi buah letup ada kulit yang berbulu (hairy epicarp). Banyak juga species berry di Malaysia!! Fascinating.

Temuk said...

Salam Siti Roffini

Oh, nampaknya ada buah lain pula yang namanya buah letup, ya? Saya agak pokok buah yang diperkatakan itu jenis menjalar, dan isi buahnya seperti selasih yang kembang setelah direndam. Rasa isinya masam (dengan rasa manis yg amat sedikit) walaupun telah masak. Betul tak?

Semoga Siti Roffini dan XNuripilot sihat dan ceria selalu.

Gojiu said...

Kami pangil buah leletup lain dia 1 family dgn buah markisa. Buah ciplokan ni kt kampong pangil buah lempang. Xtau pulak leh mkn.

Gojiu said...

Kami pangil buah leletup lain dia 1 family dgn buah markisa. Buah ciplokan ni kt kampong pangil buah lempang. Xtau pulak leh mkn.

yanmaneee said...

golden goose
supreme t shirt
hermes birkin
balenciaga shoes
golden goose sneakers
yeezys
off white x jordan 1
ggdb
stone island
kyrie 6