Saturday, December 11, 2010

MARKISA DAN MENJINAKKAN DIA YANG MELIAR

Cerita I


Antara barangan yang ku beli semasa melihat pameran MAHA 2010 di Serdang tempoh hari ialah buah markisa. Buah ini juga dipanggil buah susu, atau  passion fruit. Saiznya, lebihkurang sebesar buah oren kecil.


Buah markisa, dengan nenas dan tembikai, yang dipamerkan di sebuah gerai jualan di MAHA 2010.
Markisa yang ku beli di gerai lain, serupa seperti dalam gambar di atas.

Boleh bayangkan saiz buah markisa? Hihihi, siapa yang nampaknya lebih awet muda?
Para 'pengawet' agaknya percaya, kalau nak sepanjangan mudaterangtangtang, kenalah belajar
ilmu limau. Aku percaya kepada petua 'makan limau selalu', tapi tak amalkan!

Pada penglihatanku, ada sedikit perbezaan buah markisa kita di Malaysia berbanding dengan yang terdapat di luar negara.

Ada perbezaan bentuknya, sedikit. Taklah begitu menonjol. Pernah ku lihat ada markisa luar negara yang agak bujur. Namun, yang lebih ketara, adalah beza warna kulit buahnya, terutama apabila telah masak. Markisa Malaysia yang sudah masak berkulit kuning cerah atau kuning pinang masak. Atau kuning malap, apabila telah terlalu matang. Yang di luar negera, markisa masaknya berkulit merah-hitam, atau biru-hitam.

Apa pun warna kulitnya, isi markisa yang masak tetap kuning, penuh dengan pati jusnya yang berwarna dan berasa seperti oren (walaupun jus oren agak tajam sedikit). Untuk menyediakan jus markisa, buahnya yang telah masak kita belah dua. Kemudian, campurkan seluruh isinya dengan air dan sedikit gula. Kacau dan tapis. Terhasillah minuman markisa segar.

Ini buah yang ku beli di MAHA 2010 selepas beberapa hari di rumah. Semakin masak, semakin
buah ini mengkerekot. Dan pati jusnya menjadi semakin banyak di dalam.

Markisa dilihat dari atas. Bahagian sekitar tampuknya nampak
kemerah-merahan, terutama apabila buah telah masak.

Di sekeliling selaput yang menutupi biji hitam itulah, yang macam selasih direndam,
tempat bergenangnya pati jus markisa, yang berwarna kuning cerah.

Satu biji markisa boleh menghasilkan segelas minuman segar ni. Maksudku,
setelah dicampurkan dengan air.

Kalau minum lambat-lambat, kenalah kacau selalu. Sebab pati sebenar markisa
(merangkap pewarna aslinya) rajin mendap ke bawah bekas.

Cerita II

Semasa membeli buah markisa di MAHA, memang aku teringat sangat akan sepokok markisa yang tumbuh sendiri dan meliar di kawasan kecil depan stor, di tepi rumah. Di ruang sempit ini si markisa hidup berhimpitan dengan yang lainnya  -  sirih, keladi merayap, belimbing buluh, limau purut, jejuang, kelat laut, pinang raja, pisang mini, mengkuang hiasan, dan para rututi (rumput tumbuh tanpa izin).  Semuanya bersesak-sesak macam penghuni kawasan setinggan.

Telah lama aku berangan-angan untuk mengambil peduli akan kawasan sesak ini, dengan terutamanya 'menjinakkan' markisa yang meliar di situ. Markisa meliar itu mungkin berasal dari biji-biji markisa yang pernah ku tanam beberapa tahun dahulu, yang tercampak atau tercicir di sana sini. Atau biji-biji tinggalan binatang seperti musang, tupai atau burung. Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas, angan-angan 'mengambil peduli' terlaksana.


Gambar asal, confidential! Dah diterangkan ala kadar kawasan depan stor ini,
beranilah ku tayangkan gambarnya. Nampak tak pokok markisa yang ku cuba jinakkan?

Memang 'pukang-lintang' cabang-cabang markisa ini
menjalar serta meliliti dan menyesakkan pernafasan jenjuang merah!

Pangkal markisa dengan tiga cabang besarnya, yang kemudiannya mengeluarkan beberapa
sub-cabang lagi di atas. Akar pelbagai pokok bercakaran di bumi yang sempit ini untuk mendapatkan makanan.

Untuk 'menjinakkan' si markisa, buat sementara waktu, ku terangkan kawasan di sekelilingnya. Ada pokok-pokok yang terpaksa ku cantas, kurangkan, malah hapuskan seperti pokok belimbing buluh dan mengkuang hiasan.

Dengan lebihan dawai kecil yang ada dalam simpanan, ku buatkan 'ampaian' untuk dililiti dahan-dahan si markisa, supaya masing-masing tak mengganggu pokok-pokok lain. Memang ada keperluan 'dianyamkan' ampaian dawai yang lebih kemas supaya si markisa mempunyai 'para' yang lebih kukuh dan selesa untuk mengembang dan menghasilkan buah dengan baiknya.
  
Nampaknya banyak pokok senjuang merah yang terpaksa dikorbankan dan pokok
sirih dikurangkan rimbunannya demi memberi ruang lebih kepada markisa.
Insya-Allah pada batang-batang kecil yang menjalar ini nanti akan bergantungan
dengan lebatnya buah-buah markisa yang cantik dan sihat.

Semoga seronok menjalar dan meliliti ampaian. Usah ditutupi tingkap stor dengan rimbunanmu, ya!

Kerja menyediakan ampaian dawai 'beranyam' itu akan ku lakukan kemudian. Tapi, dalam sehari dua ini, pada pangkal si markisa, mesti segera ku curahkan baja yang sesuai.

34 comments:

a said...

org tua tua kata pokok ini disebabkan ia berbau wangi, ianya empat orang halus/bunian menyinggah /hinggap.
Mak saya dulu ada tanam. lebat buah nya, tapi malam malam dia asik dengar belakang rumah macam macam bunyi. Tapi dia mula mula tak perasaan sehinggalah dia bercerita pada org tua ni. ORG TUA NI TANYA ADA TANAM POKOK APA APA dibelakang rumah dalam kawasan rumah? sIAP DESCRIBE LAGI POKOK POKOK YG disebut tadi..dia cakap dibelakang rumah ada tanam pokok ni. So dia cabut lah pokok tadi.. takde bunyi segala bunyi malam malam ...
Lagi satu pinang raja....

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) said...

Assalamualaikum Cikgu,

Ketika berkhidmat di Labuan, KM ketika itu, Dato' Harris Salleh, beri hampir setengah cabin Nuri penuh dengan buah markisa apabila membawa beliau ke Tenom.

Temuk said...

Salam ANNA

Terima kasih singgah. Oh, ada cerita begitu, ya? Insya-Allah selama ni tiada apa-apa gangguan. Kadang-kadang mungkin juga ada hidupan/makhluk tertentu yg gemar & singgah ke pokok-pokok tu sambil mengeluarkan bunyi. Tak apalah, diharap yg singgah tak kacau kita sebab kita pun tak kacau sesiapa.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam Mej. Nor

Wah, sampai begitu banyak sekali! Berat tu. Agaknya dibuat apalah oleh anggota kabin dengan buah yang amat besar 'volume'nya tu? Dato' Harris ada ladang markisa agaknya, ya? Have a nice day.

Kakzakie Purvit said...

Salam cikgu,

Kalau kakak makan markisa tak sempat buat jus. Masuk mulut, kemam dan lepas tu telan. Tak macam makan buah delima kena semburkan bijinya. Cuma markisa ada rasa maung sikit.

Selalu kakak perhati taman sekeliling rumah cikgu ni ada saja pokok yg susah nak dapat. Mesti luas tanah keliling rumah cikgu ye.

Adry@Daun said...

Salam cikgu,
Markisa ni dulu mmg arwah ayah saya tnm kat kg dn dibiarkn melilit pada pokok teh pagar. Buahnya sgt lbt dn kami selalu buat jus segar drp buah markisa ni. Biarpn masam tp sdp dn segar. Bunganya juga sangat cantik dn berbau wangi. Skrg semua tu dh jd kenangan.
Foto pkk markisa melilit pada pkk jenjuang merah(dracanea sp) tu saya rasa ianya dlm bentuk landscape bkn potrait. Teleng kepala saya nk menegok foto tu..hehe..

Abu Aiman said...

salaam,
makan dengan ais krim pun sedapp.. slurpp...
Semoga membuahkan hasil yg lebat.

ckLah @xiiinam said...

Salam Paman Temuk..
Pengetua saya ada tanam di Taman Herba kat sekolah. Kalau ada yang masak, dia petik dan mencicipnya bersama kami....



(Cikgu-cikgu lain kata sedap. Tapi, cklah rasa, rasanya lebih kurang buuah letupan aje kan...:D)

aidah said...

Salam En Temuk,
haritu gi pasar malam, china tu dok promote kata buah tu rasanya manis, sekali beli punyalah masam. Tapi sy suka minum jusnya memang sedap.

Temuk said...

Salam KAKZAKIE
Saya pun ada cuba buat begitu sesudu dua. Betu-betul tulin, segar dan pati! Tergelak hati kecil kalau-kalau para biji tumbuh dalam usus! Kawasan kecil saja Kakzakie. Setakat utk jadi 'padang permainan' orang bersara.

Temuk said...

Salam ADRY

Tak 'tanam semula'? Saya juga sukakan bunga markisa. Memang tunggu 'yg dijinakkan' tu mengeluarkan bunga satu hari nanti.

Hihihi, Adry memang amat tajam penglihatan. Banyak yg saya tak tahu berkait dgn memasukkan foto dlm blog. Pada hal mungkin mudah cara-caranya. Yg tu, gambar asalnya memang dah potret, entah mengapa bila masuk jadi lanskap. Ada panduan?

Temuk said...

Salam ABU AIMAN

Saya akan ingat utk mencampurkan jus segar markisa dgn aiskrim, bila ada peluang nanti. Ya, semoga banyak buah si markisa yg dijinakkan itu nanti. Terima kasih & ceria selalu.

Temuk said...

Salam ckLah

Oh, boleh hidup dgn baik si markisa di pekarangan Convent, ya? Tanya gang yg kata sedap tu, rasanya macam rasa apa. Kayane yo ora koyo roso letup-letup lo... Paman rasa dekat dgn rasa oren.

Temuk said...

Salam AIDAH

Saya belum ketemu buah markisa yg manis. Tapi, boleh saja ditambah gula, atau madu lebah. Ceria selalu!

mamawana said...

Assalamualaikum

Saya suka minum jus markisa yg readymade. Tak pandai nak membeli buah markisa, jarang jumpa.

sahromnasrudin said...

as salam ziarah temuk..mcm buah delima la isi dia..banyak khasiatnya emsti mcm delima jugak kan...

ahmad humairi said...

salam,

pernah ada seorang murid saya bernama Markisa.

Markisa, apa khabarmu?, andai ada ketentuan, isyaratkanlah kehadiranmu..

terasa nak minum jus markisa lak..

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam,
Markisa, bunyi nama Jawa kan? Manis nama, semanis rasa buahnya. Bukan saja ada jus markisa, teh perasa markisa pun ada di pasaran.Saya rasa buah markisa dari seberang. Kalau dah ada di laman Temuk, bolehlah pos laju saya buahnya ye.

Temuk said...

Salam sahromnasrudin
Kedua-dua buah ini lazimnya diproses utk minuman biasa. Tapi, buah delima biasa juga diproses sebagai minuman kesihatan. Isi delima tidak berlendir-lendir seperti selasih direndam. Tapi isi markisa (yang masak), begitu.

Temuk said...

Salam CIKGU HUMAIRI
Entah-entah nama ibunya Mar dan bapanya Isa.... Gabung-gabung dan pinjam huruf K dari bank, dapatlah nama anak, Markisa.

Semoga Cikgu akan ketemu dgn Markisa bekas murid, dan markisa buah utk penuhi rasa teringin memakan buah itu. Semoga hajat termakbul.

Temuk said...

Salam HJH NORA

Bunyi macam Jawa ya? Macam Minang, tak?

Saya belum jumpa yang betul-betul manis. Mungkin kalau diperam sampai kulitnya kerepot seribu, jus dalamnya jadi manis macam madu.
Atau yg dari seberang memang selalunya manis?

Hihihi, boleh poslaju, asal tahu alamat nak tuju. Have a nice day!

Azian Elias said...

Salam Temuk,

saya kenal Markisa ni masa memula ke Bali.

Then masa ke medan sekali lagi minum air markisa. Siap bawak balik jus nya.

Kat sini tak penah lak saya jumpa.

Unknown said...

SALAM,
SUKA MINUM JUS MAKISA. BILA POKOK KAT RUMAH TU BERBUAH NANTI, TOLONGLAH BERITAHU. NAK RASA JUS BUATAN BANGI

terokai seni said...

err tak sama dengan buah susu yang biasa saya tengok masa kenit dulu... buah susu tu pon barangkali dah pupus

Temuk said...

Salam MAMAWANA

Terima kasih singgah.

Jus markisa yg ready-made pun sedap juga, asalkan dibuat daripada buah segar. Tapi kalau sef-made lagilah menyeronokkan. Yg ada dijual di pasaraya biasanya merupakan bancuhan pati buah. Saya pernah jumpa buah markisa segar yg diimport, kalau tak salah di Pasaraya Cold Storage.

Temuk said...

Salam YAN

La, kok di Indonesia ketemu dia!

Saya mula mengenali buah markisa dalam awal-awal tahun 70-an di kawasan Banting. Pekebun-pekebun kecil berketurunan Jawa di sana menanamnya. Tak tahu ada lagi tak sekarang. MARDI di Serdang juga pernah mengeluarkan minuman jus markisa dalam tin dalam tahun-tahun 80-an. Sekarang tak tahulah. Saya agak pokok markisa mudah di tanam di mana-mana dan anak benihnya juga ada di nurseri-nurseri tertentu di tempat kita.

Temuk said...

Salam LUAHFIKIRAN
Memang seronok minum air buah, tak kira buah apa. Tapi yg segarlah. Masalahnya, mahal. Pasal tu tanam sendiri, atau jinakkan yg tumbuh liar utk dapatkan hasil. Kot betul berbuah nanti, bolehlah diposlajukan sebiji dua. Masalahnya, hihihi, pada tahap umur begini, selalu lupa!

Temuk said...

Salam CEMOMOI
Hai, agaknya macam manalah rupa buah susu yg cemomoi pernah rasa dulu tu? Mungkin itu buah yang sememangnya berbeza daripada markisa dan punyai nama lain di tempat-tempat lain. Bagusnya jika cemomoi ada gambarnya utk dipaparkan. Ceria selalu!

Al-Manar said...

'makan limau selalu' eloklah. Agaknya kalau limau limau langkap dan sebagainya yang licin kulitnya! Kalau limau bewarna kuning dan datang dari luar munkin isinya banyak khasiat - tidaklah untuk kulit kut. Mat Saleh percaya 'an apple a day keeps the doctors away'.

Salaam cikgu

Temuk said...

Salam Al-Manar
Masa buat lawatan sambil belajar ke Cyprus (1974), saya perhatikan orang-orangnya punyai kulit putih kemerah-merahan yg licin & bersih. Diberitahu masa itu, mereka memang banyak minum jus 100% perahan oren segar (& makan salad yg gunakan minyak zaitun). Fresh orange kita di restoran, itu pun sesekali, hanyalah oren yg kecil, sebiji, & bercampur air. But, we can certainly be proud of our own tropical fruits, so varied and easy to find. We only have to know the ones that are more nutritious, so that we can also keep the doctors away. Semoga sejahtera selalu!

Anonymous said...

Markisa : Jus Segar / Buah Segar / Anak Benih. Sila hubungi 012-4448234 (Pembekal di Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia) 12-1-2013

yanmaneee said...

off white jordan 1
supreme clothing
supreme clothing
stone island outlet
golden goose sneakers
off white nike
kobe shoes
balenciaga sneakers
cheap jordans
yeezy

Anonymous said...

replica bags dubai replica bags pakistan 9a replica bags

theleson said...

imp source see this Home Page pop over to this website see anonymous