Sunday, February 20, 2011

R O D A C

Lokasinya di pinggir sebatang jalan, di kawasan kilang tanpa asap, di Bandar Baru Bangi. Di situ ada sepasang pencari rezeki yang ku perhatikan hebat pulangannya. Pasangan RODAC. Pasangan  penjual ROjak DAn Cendol.

Ini dia tapak keramat penjual RODAC tu. Pagi lagi, jam 10 lebih sikit. Baru saja buka 'pintu'.Yang tahu dan mahu, belum sampai waktu itu. Tapi pasti telah bersedia untuk menyampaikan diri dan memenuhi hajat di situ.



Dah mula dah, lebihkurang jam 10.30 pagi. Yang datang paling awal, pastilah menjadi pembuka tirai. Tapi, tetaplah 'no special discount'!




Servis, memang hebat. Order saja terus dijawab. 'Siap!'. Inilah dia servis kilat.


Terutama si penjual cendol. Kalau untuk seorang, dari masa dia cedokkan air gula ke mangkuk, kemudian kisar air batu, hatta ke peringkat cendol sampai ke meja, semuanya dilaksanakan dalam tempoh tak sampai setengah minit! 


Si penjual rojak pula (dia juga menjual mee goreng) berterusan menyiapsediakan rojaknya dalam banyak pinggan (dan kotak polistrin bagi yang order bungkus). Tinggal siramkan kuah saja. Servis pantas! 

Menggoreng mee pun dia laju, 3-4 minit saja...... siap!


Jom kita congak-congak 'keuntungan' bisnes 'tukang-tukang RODAC' ni. Yang mengikut pemerhatianku, kerja menjualnya (tak masuk persediaan di rumahlah) cuma antara 4-5 jam saja sehari.

Nak congak keuntungan tukang rojak, kita intai kepingan 'gorengan tepung rojak'nya dalam almari kaca tu. Ada 100 lebih! (Maaf gambar guna hp tak jelas). Tak termasuk gorengan yang sudah siap dipotong-potong, yang dimasukkan ke dalam kotak polistrin.


Katalah semuanya ada 120 keping. Ertinya 120 pinggan rojak. Kalikan dengan  RM3.50 sepinggan. Jadilah RM420 sehari (dengan tempoh masa sebenar menjual hanya 4-5 jam saja tu). Kali 30 hari, jadilah RM12,600 sebulan. Kalau pun semua 'macam-macam' modalnya separuh (50%), dia boleh dapat keuntungan RM6,300 sebulan.

Dia tak bayar sewa kedai. Tak payah lesen. Tak payah modal air atau tenaga untuk membasuh pinggan pun, sebab pinggannya dilapik dengan plastik.

Mungkin sangat dia boleh dapat lebih dari RM6,300 nett income sebulan. Ingat, itu tak lagi masuk duit mee gorengnya! Boleh tak RM10K bersih sebulan? Ghase-ghasenye, paling koman, boleh masuk 8 ke 9 ghibu le tu!

Si penjual cendol pula. Dianggarkan dia dapat menyediakan 120 mangkuk cendol sehari (selari dengan jualan 120 pinggan rojak). Tak termasuk cendol yang dibungkus 'bawa balik' atau order-order tambahan, '... satu lagi mamak!'

Kalau 120 mangkuk (ikut caj biasa, tanpa ramuan special), sudah boleh kutip  120 x RM1.20 = RM144 sehari. Sebulan dapat RM4,320! 







Tapi, rasa-rasa sendiri, aku ni cuma pandai mengira untung orang saja. Tak tahu susah orang tu, masalah orang tu. Entah-entah ada pengutip income tax tak rasmi, sepanjangan. Entah-entah rezeki acap terkekang dek cuaca. Entah-entah, ya ya ya, bahan-bahan mentah terus meningkat harganya.

Walau apa pun, tukang RODAC pasti mampu membantuku mewarnai  'jadual warga emas'ku. Aku bukan saja seronok menikmati Rodac mereka, di bawah naungan pokok dan 'khemah' yang menyejukkan, di pinggir jalan yang tak sunyi,  bertepikan nurseri yang padat dengan tumbuhan dan bunga beraneka rupa, berbagai warna. Tetapi, aku juga amat seronok memerhatikan mereka beraksi. Juga tentunya amat teruja menonton gelagat para peminat hasil tangan mereka!

26 comments:

KELI OH KELI said...

RODAC...siapa yang menyangka ada "emas" pada kuali untuk menggoreng dan pada mangkuk yang dihidang.

Pada yang mahu berusaha,nescaya ada rezeki yang dikurniakan ilahi.

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

As-Salam KELI OH KELI

Jelaslah ada 'emas' dalam perniagaan, sekalipun yang berskala kecil. Dan amat benarlah pesanan Nabi kita Muhammad SAW akan melempahnya rezeki dalam perniagaan, untuk kita raih. Insya-Allah.

February 20, 2011 8:32 AM

sayangsayangibu said...

Salam pak cik
lumayan kan? rajin dan usaha tangga kejayaan
sedap dan servis bagud orang akan mencari
hatta jauh dimana pun, kalau dah teringin..mensti cari dan tuju di tempat yg macam tu
kalau sya masa duduk di Langkawi dulu selalu makan pasambor dan nasi ayam di pokok assam tu, dan sekarang ni, kalau sya ke Langkawi di situ akan dituju untuk menjamu tekak yang dah serasi dengan ramuan pasembor serta nasi ayam yang sangat sedap tu.
Tak lupa jugak van penjaja di bawah pokok ceri yang menjual rojak dan cendol di depan balai polis kuah
ermm..kalau nak di cerita banyak sangat tempat makan yang menyelerakan di kawasan bumi mahsuri tu.
apa pun semua adalah rezeki di atas usaha dan keringat penat lelah mereka.Jadi apa cerita tentang kemiskinan tegar yang di sajikan kepada kita melalui program2 di tv tu ye?
tidak ada usahakah atau sememangnya takdir mereka begitu?

Temuk said...

As-Salam SAYANGSAYANGIBU
Nampaknya kalau tersesat ke Langkawi nanti Pakcik tahulah mana nak cari makanan sedap! Teringat balik, orang utara guna istilah pasemboq untuk rojak, kan?

Ya, ada kalanya kita berasa orang-orang yang dikatakan miskin itu mungkin juga belum berusaha sepenuh daya. Hakikatnya memang kita tak tahu. Walau apa pun, semoga kita tidak menjadi orang yang rajin meminta-minta, tapi malas memerah otak membanting tulang.

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

seronok memerhati aksi...tak sedar beberapa pinggan rodac dah habis.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum Tuan Temuk..

sedapnya..harus saya menjelajahinya hehehehee

Kak Nora said...

Salam,
Sedap nampaknya rojak mamak bersama cendol bawah pokok. Terasa lapar pulak!!

Abu Aiman said...

Salam,
tiba2 rindu pada arwah abah. Kalau jalan2 dengan dia, jumpa gerai cendol mesti pekena cendol dulu =/

Siti Roffini said...

Jom kita ramai-ramai berniaga rojak dan cendol.
Yang paling best, gerai pun nampak sangat bersih.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam Cikgu Humairi

Memerhati lama tak mengapa. Tambah rojak dgn cendol, tak berapa boleh....hihihi, nanti nasi tengahari kat rumah siapa nak perabis?

Temuk said...

Wa'alaikumussalam SAHROMNASRUDIN

Insya-Allah sedap, jika Dia izinkan kita nikmat makan minum. 'Harus' jelajahi saja ke? Kot nak sungguh, paling kurang kena kata 'sunat' jelajahi! Semoga sihat sejahtera selalu.

Temuk said...

As-Salam HJH NORA

Memang ada kalanya, malah acap kalinya, yang bawah-bawah pokok itu yang menyelerakan. Mungkin sebab + ketenangan suasana. Kot terasa lapar, dan boleh menahannya sekejap, pecutkanlah kereta ke Bangi. Boleh saya bookingkan.

Temuk said...

As-Salam ABU AIMAN

....ada satu 'sesuatu' yang menyeronokkan + 'sesuatu' itu membawa kenangan indah pula, tentulah kita akan jadi menyukainya 'sesuatu' itu.

Jika begitu bolehlah kerap mencari RODAC... kerana itu lebih menjadikan diri merindu kasih arwah abah yang disayangi.

Temuk said...

As-Salam SITI ROFFINI

Jom.... ayuh, let's do it.... Tapi nak bukak gerai tang mana? Kot belah utagha, mana nak lawan pasemboq dengan cendoi depa? Kot belah tengah ni, tak bleh compete dengan macam yang kat Bangi tu kot! Belah selatan dengan timoq, depa tak beghapa makan pulak.... Kena mseyuarat dulu! Have a nice day!

Aida Ali said...

As-Salam. Nampak sedap sangat rojak dan cendol tu. Lama dah tak makan cendol bawah pokok

ckLah said...

Salam Pak Temuk...
Mesti sedap tu ya...
Saya pernah membuat entri tentang RODAC ini (tapi di depan masjid Tambun), ilham hasil memerhatikan gelagat peminat RODAC saat Azan zohor sedang berkumandang di tengah rembang Hari Jumaat (Entri http://xiiinam751.blogspot.com/2010/01/kerana-semangkuk-cendoltengahari.html)

Temuk said...

As-Salam Cikgu AIDA

Nampak sedap & rasanya pun memang sedap. Tapi mestilah kena waktunya - waktu mengarah ke tengahari, ketika sang perut mula menyanyi lagu 'rindu santapan'.

Temuk said...

As-Salam ckLah

Nanti nak carilah ckLah punya entri tu. Nak tahu kisah RODAC Perak. Di Bangi ni memang ramai orang berniaga macam-macam (termasuk makanan & minuman) di sekeliling masjid pada hari Jumaat. Pihak masjid sentiasa mengingatkan mereka supaya berhenti berniaga apabila azan dikumandangkan. Tak tahulah darjah kepatuhannya, kerana masa tu kita dah berada dalam masjid.

مسافر_اسلام said...

Assalammualaikom wtb tuan. Khaifahaluka? Allhamdullah ana berkesempatan kembali ke blog tuan. Peniaga ada macam-macam dugaan, waktu senang adalah waktu berigat. Itu pasal bila dikira dengan mata kasar dan akal fikiran ia memang beruntungan berlipat-lipat ganda.

Masa ana belajar dulu, kami ada buat kajian tentang penjaja tepi jln, peniaga cafe dan peniaga restoren. Tak kurang hebatnya mereka yang berniaga menumpang.

Rekezi milik Allah.

JazakaAllah

Temuk said...

Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh MUSAFIR_ISLAM

Alhamdulillah sihat. Semoga tuan juga sihat.

Bagusnya berkesempatan membuat kajian mengenai mereka. Tentulah dapat lebih memahami susah payah mereka berniaga, di samping dapat mengetahui keuntungan & kesenangan yg mereka rasai. Ya, kita berusaha. Rezeki itu milik Allah. Terpulang sama ada Dia mahu memberi kita atau tidak.

al-lavendari said...

saya memang menggemari rodac .. tapi cendol tu kadang2 membuat perut saya meragam. mungkin kerana santan perut saya bisa2.

memang pendapatan mereka lumayan, mungkin kalah gaji prof madya. tapi orang kita tak ramai yang berminat menceburinya kerana tak glemer .. kita terlalu mengejar glemer walaupun poket kosong.

Yan said...

Assalam Temuk,

makanan yg sinonim dgn mamak dan kami sekeluarga. Selalu kat S alam ni, Rojak Karim. Best nya...

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

al-lavendari

Makanan pinggir-jalan merangkap bawah-pokok ni memang kadangkala kita was-was juga kebersihannya. Yang pasti habuk+asap memang selalu ada di sekelilingnya. Santan cendol tu, sama ada dibeli dari pasar, apa lagi kalau diperah di rumah, memang tak pastilah tahap kebersihannya. Cuma si perut kata, 'Aku dah kebal.' Hehehe, kalau orang kita jual RODAC (terbukti di sebelah gerai RODAC kegemaran saya), tak berapa dikunjungi oranglah nampaknya.... Selamat berhujung minggu!

Temuk said...

As-Salam YAN

Betullah tu, RODAC sinonim dengan Mamak. Yg kat Shah Alam tu Kareem ke Karim? Walau apa pun, saya jangka, pasti dianya mamak (sensitif ke istilah ni...)? Belum jumpa novel yg guna istilah ni... sebab dah tak baca.

Sebut cerita makanan, memang seronok tatapi blog Yan, yang selalunya mesti mengenai atau ada kait mengait dengan 'panganan'. Have a nice weekend!