Entah dengan siapa, entah macam mana, dan entah bila, mereka datang menziarahiku baru-baru ini.
Bila TT berada di pekarangan rumah sekarang ini, di perdaerahan bandar ini, bererti aku diminta mengingati akarku........ dan daerah asalku, perkampungan kecil yang terpencil.
37 comments:
SALAM,
BELUM PERNAH, MAHU JUGAK MENCUBA ! BOLEH TAK TIKUS INI DATANG ?
SALAM LUAHFIKIRAN
Untuk tujuan penggambaran, dah habis dituai buah TT tu. Jangan terus jadi tikus.... Lagi pun, hihihi, tak semua orang betah menjadi tikus. Yang asalnya dari PEKAN Bg Datoh digalakkan menjadi kucing, walaupun tak ada timunnya.
Assalamualaikum cikgu,
Nostalgia kampung menggamit kembali. Hari itu masa kakak gali pokok lempoyang kakak pun ada TT ini menjalar. Kakak makan (tak cuci pun) membuat anak kakak menjerit. Pokok tak berbaja dan beracun apa nak takut. Tapi anak sekarang kata kotor ada habuk.
Betul juga... tapi kerana teringat masa anak-anak dulu kakak lakukan...:)
Assalamualaikum,
"Timun Tikus" yang ini dari spesis yang lain namun tetap dari family yang sama.
...Selamat kembali ke lubuk serta menggambarkannya semula mengikut teknik terkini.
Wa'alaikumussalam KAKZAKIE
Hihihi. Memang kita ni jadi automatik macam tu lah dalam situasi demikian. Mat Salleh pun rajin makan sayur, atau kunyah buah tanpa membasuhnya, apatah lagi jika diketahui tak ada penggunaan baja kimia atau racun kimia.
Maklumat mengenai timun tikus yg Cikgu Humairi berikan melalui komennya itu menarik & bermanfaat sekali. Silalah intai.
Wah, KAKZAKIE guna lempoyang utk apalah tu agaknya. Tentu utk kesihatan. Ceria selalu!
Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK ATAS MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI TIMUN TIKUS SPESIS LAIN ITU. MEMANG MENARIK. SATU CERITA BARU! SAYA RASA, KALAU DIGUNAKAN DENGAN BANYAK SEBAGAI BAHAN SALAD, MACAM JUGA TOMATO KECIL (CHERRY TOMATOES), TENTU SALAD KITA MENJADI LEBIH MENARIK. BERBUNYI KRUP-KRUPLAH SEMASA DIKUNYAH!
MENGENANG MASA DAHULU DENGAN APA CARA PUN .....TERIMA KASIH SEKALI LAGI.
salam bang.
harap2 cucu cicitnya datang bukannya untuk menuntut bela atau membalas dendam. hehe
kerana kecil dipanggil timun tikus....kat kg tikus tak makan pun......kalau makan pun sikit sangat dan tak luak pun......
Salam AL-LAVENDARI
InsyaAllah cucu cicit tu berasa bangga yang kita dulu-dulu sukakan datuk nenek mereka. Juga bangga menunjukkan kemampuan mereka bermigrasi ke bandar. Negara nak jadi majulah, katakan. Semua tinggalkan kampung & semua kampung membandar.
As-Salam ZUL PERMATANG BADAK
Betullah tu, semasa kecil di kampung dulu memang tak pernah saya terserempak tikus makan timun tikus. Yang memakannya geng hero kecil macam sayalah, sebab masa itu, apa saja yang ada di kebun (itulah ruang permainan kami) tanpa mengira tikus, musang atau sapa punya pun, masuk ke perut!
Salam Tuan Temuk, semoga berbahagia selalu. TQ kerana perkongsian pasal TT ni. Dari tak tau jadi tau.
Parit Mati belum mati
Kenangan dulu tetap di hati
Timun Tikus ciptaan Illahi
Buat kita mengenal diri
As-Salam Tuan SCHOOL OF TOTS
Terima kasih sudi singgah ke blog saya.
Kenangan dulu tetap di hati
Manakan hilang dari ingatan
Buat kita mengenal diri
Kepada Pencipta tunduk sepanjangan
assalamualaikum pakcik
sya tak perasan pokok dan buah ni
tak kenal dan tak tahu nama
baru hari ni tahu namanya
Wa'alaikumussalam SAYANGSAYANGIBU
Kenal TT ni sejak zaman cilik di kampng dulu. Ni dia datang pula menjelma dengan sendirinya. Kita rekodkanlah dlm entri, boleh juga pembaca spt sayangsayangibu mengenalinya, kan? Lihat komen Cikgu Humairi dlm entri ini yg melampirkan maklumat timun tikus spesis lain.
assalamualaikum Cikgu,
timun tikus versi tempat saya juga lain.. buahnya memang serupa betul macam timun tapi bersaiz sebesar jari kelingking ... rasa pahit sedikit
insyallah... jumpa nanti saya masukkan gambarnya
Wa'alaikumussalam IBUINTAN
Alhamdulillah, keluar sedikit cerita, dapat tambahan cerita-cerita lain mengenai si TT tu. Saya terfikir, TT sebesar jari kelingking begitu mungkin enak dibuat jeruk. Tapi kenalah biakkan pokoknya dulu. Ceria selalu!
As salam cikgu,
Kat tmpt sy tinggal skrg ni, timun tikus buahnya kecil dn berbentuk seakan bola ragbi. Hijau ketika muda dn merah apabila masak. Daunnya sama bentuk dgn timun batang. Timun tikus yg cikgu paparkan ni, kali pertama saya tengok.
assalam temuk,
perasan takat anak cucu je.. ingatkan anak cucu temuk.. heee
harap temuk sihat sahaja..
As-Salam ADRY
Wow, kalau kita kumpul-kumpulkan spesis TT yg berbagai-bagai, pasti menarik. Nampaknya si tikuslah yang miliki banyak jenis timun, ya? Yg saya tahu, timun untuk manusia, macam yg ada di pasar, cuma timun batang dgn timun Jepun saja nampaknya.
As-Salam YAN
Yg namanya anak cucu betul, pun biasalah menziarahi Temuk. Bila TT yang ziarah kita, kita makan TT tu. Bila anak cucu yg ziarah, kita kena bagi depa makan! Hehehe.
Salam singgah. Tuan dah sihat? Info dan gambar yang menarik...
As-Salam CIKGU AIDA
Alhamdulillah sihat. Terima kasih. Semoga Cikgu dan famili juga sihat. Mungkin (diharap begitulah) tak kena pergi Putrajaya lagi, kan Cikgu? Bolehlah lebih fokus kpd hal-hal sekolah yang semakin banyak tu.
April 7, 2011 6:39 PM
Assalamualaikum:)
baru kenal timun tikus!:)
tksh yaa utk gambar TT tuu:)
Wa'alaikumussalam Pn KARTINI
Terima kasih singgah. Gembira entri mengenai TT itu ada juga manfaatnya kepada pn. Saya juga berterima kasih kpd rakan blogger Cikgu Humairi & Adry. Komen mereka di atas telah menambah lagi ilmu kita mengenai TT. Ketemu lagi.
haiii.... rupanya banyak lagi jenis timun yang IM tak pernah tahu...
salam kenal tuan rumah
timun tikus..tak pernah tgk..
namun fikiran cepat2 mengimbas zaman kecil dulu..harumnya timun yg baru keluardari bunga..baru berputik..segar di kebun sekangkang kera..dimakan begitu aja..
Timun Tikus? hehe.. Tak pernah tgk buah ni..
* saya dah send email pasal lens nanti Wa sila cek k. :)
Salam Pak Temuk,
Sihat kah? Lama duk tunggu n3 baru Pak Temuk..
Pasal TT tu, sekali pandang cam baby tomato kan..
As-Salam IM
Sesuatu yg kita baru kenali pun kadangkala banyak jenis atau spesisnya.
As-Salam KAMSIAH
Terima kasih sudi singgah. Benar, ada kala sekeping gambar pun boleh mengimbau kisah lalu.
Cuba buka link dalam komen Cikgu Humairi di atas mengenai spesis lain TT. Ketemu lagi.
As-Salam WA KHAIRUL
Terima kasih banyak-banyak. Saya telah balas emel Wa Khairul tu. You are so obliging and kind! TQ again.
As-Salam NUR
Alhamdulilah sihat. Terima kasih. Insya-Allah entri baru akan datang.... tunggu, ya?
Tulah, Pak Temuk pun terfikir, kalau ada banyak TT bolehlah dijadikan bahan salad, macam juga baby tomatoes, kan? Ceria selalu!
salam tuan ...zaman kecik2 dulu timun tikus menjadi makanan kami kanak2 waktu petang selepas pulang dari sekolah agama... setelah selesai membantu org tua menguruskan tanaman...mulalah mengutipnya... pokok ni mudah tumbuh meliar dikebun..sekarang hanya tinggal kenangan..nak melihat benda ni pun susah apa lagi nak merasanya..
As-Salam orang muo
Terima kasih berkongsi pengalaman. Lama tak ketemu. Semoga sihat sejahtera selalu.
kobe basketball shoes
retro jordans
supreme clothing
adidsas yeezy
yeezy boost 350 v2
yeezys
yeezys
stephen curry shoes
lebron 17
hermes online
Post a Comment