Friday, May 27, 2011

TOLONG..... TOLONG KABARKAN.

Anak benih Buluh Kuning ini (alahai, siapalah nama sebenarnya?), masa kubeli, memang kecil saiznya. Sebesar-besar ibu jari saja. Rupa-rupanya, anak cucunya yang menjengul ke permukaan bumi bersaiz besar. Malah merendang pula.


Rimbunan si Kuning memang cantik dan menyejukkan persekitaran. Tapi, aduh, aduh,  daun-daun keringnya tak sempat kering keringat!

Maka kutebanglah beberapa batang si Kuning. Dan kutolak perlahan-lahan anak cucunya yang menjengul dari tanah. Agar tak menua. Agar rimbun terkekang, daun mengurang.



Jadi terbujurlah para rebung di sana sini. Putih mulih tubuh masing-masing.

Dan terlintaslah dalam hati, mungkin boleh kumasukkan rebung-rebung ini dalam belanga, tenggelamkannya dalam santan pekat, beserta rempah ratus yang sewajarnya.







Tapi, hati juga pantas berkata, 'Nanti dulu! Nanti! Tanya yang arif! Jangan sampai si pemakan  turut  terbujur!'

Maka, aduhai para pembaca budiman, tolong..... tolong kabarkan, adakah semua jenis buluh boleh disantap rebungnya?



Dan cendawan (cendawankah itu?) yang di pangkal tunggul si Kuning juga bagaikan enak untuk dijadikan 'soup of the day'......

Tapi taklah terlintas dalam hati untuk mengaitkannya dengan rempah ratus, belanga, atau santapan .

39 comments:

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Gembira mendapat khabar yang bahawa Abang Temuk selamat dan sejahtera. Terima kasih atas doa untuk kesejahteraan saya tempohari.

Tak semua rebung serta cendawan selamat dimakan. Si cendawan dan sikuning tu kene eksperimen dulu. Kena tanya juga pakar nutrisi dan apa yang pasti saya juga belum pernah makan cendawan dan rebung buluh kuning tu. Nanti kalau bole dimakan, dapatlah saya kiriman barang sepiring dua...

ermmmm...tak bawak faiq ke cuti-cuti malaysia ni???

Yan said...

Assalam Temuk,

lama dah tak dengar khabar.

Rasanya macam tak leh makan je. Ni pokok hiasan kan.. ee tak tau lah.. tapi jgn pulak temuk masak dulu ye..bahaya.

senyumSOYA said...

huhuhu...suka rebung!! hehehe..
tapi rasanya x penah lagi org masak rebung buluh kuning ni..heheheh

Temuk said...

Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI
Tu hari buat umrah + ziarah sekejap. Dah senior ni kena lebihlah rehat & rawat selepas perjalanan. Jadi lama senyap. Hihihi, bab nak eksperimen makan si Kuning ni yg takut, Cikgu. Ada lulusan pertanian (tapi pakar orkid!) kata jangan. Jiran sebelah kata belum pernah dengar orang keracunan makan rebung. Makan cendawan, ya! Mungkin utk eksperimen, kita suruh tikus yg makan dulu. Terima kasih ingat Faiq. Kebetulan dia (mcm juga Tok Wannya) suka duduk di rumah bertemankan si komputer.

Temuk said...

As-Salam YAN
Antara sebab lama senyap, saya pergi umrah sekejap baru-baru ni. Taulah, wong tuek, balik-balik kenalah banyak rehat. Hihihi, pasal si buluh tu pokok hiasankah maka Yan agak tak boleh dimasak? Sebenarnya saya pun takut nak cuba. Bukan kaki rebung pun, tapi kalau ada di meja, memang tak tolak. Have a nice weekend!

Temuk said...

As-Salam senyumSOYA
Terima kasih singgah ke blog Pak Temuk.

Mungkin ada pakar di Serdang (UPM?) yg tahu kesesuaian rebung buluh kuning itu sebagai makanan. There must be someone in UPM who specializes in food and nutrition that we can get in touch with. Selamat berhujung minggu.

Hjh Noralenna Abbas said...

Temuk,
Kalau tak pasti jangan nak cuba-cuba. Ada kawan kata pokok buluh kuning tak elok ditanam, entahlah!Sekarang pokok buluh madu popular, boleh datangkan hasil. Gantilah buluh kuning dengan buluh madu. Di tepi pagar rumah BC ada sederet pokok buluh sedang naik rimbun sebagai pelindung sinaran matahari petang. Temuk nak buat apa dengan buluh yang dah ditebang?

Temuk said...

Hjh Nora
Di Malaysia ni kita suka sangat pula dgn si madu - ayam madu, belimbing madu, jambu madu.... buluh madu... macam2 madu! Rasanya dah tak mahulah berbuluh-buluhan lagi, sebab nak elak kawasan dari 'bersemak' dan daun keringnya berselerak. Bagaimana buluh di BC dijaga dari menjadi hutan bambu? Buluh hijau, ya? Yg kuning kenapa dikata tak elok? Mungkin boleh digunakan untuk tempat kacang panjang saya berpaut & menjalar nanti.

Daddy Zuki said...

salam abg temuk..lama sy x singgah..bab2 buluh sy x fasih sgt. cuma buluh ni comel dijadikan hiasan...bila angin bertiup sepoi2 bahasa akan kedengaran bunyi gemersik dedaun buluh tu...tp di belakang umah bapa sy di kg tu ada hantu rimbun buluh..selalu tebang buluh bila lewat seja. bila sy check, x de kelibat lembaga pun? seramnya!

zukidin.blogspot.com

luahfikiran said...

SALAM,
SATU KETIKA DULU PERNAH MENANAM POKOK BULUH KUNING INI. CANTIK CUKUP CANTIK. TAPI ADA MASALAH LAIN, SPTMANA KATA TEMUK, DAUN KERINGNYA TERLALU BANYAK DAN BERTABURAN. ORANG RUMAH SELALU BISING. AKHIRNYA DITEBANG TAPI HIDUP BALIK ANAK2NYA. TIPS RAKAN2 SAYA IKUTI DAN SAYA TUANG MINYAK DISEL KE PANGKALNYA. BERAKHIRLAH RIWAYAT POKOK BULUH KUNING DI RUMAH SAYA. APAKAH TEMUK MAHU GUNAPAKAI TIPS RAKAN SAYA INI?

nor said...

salam pakcik,

http://www.earthcare.com.au/bamboo.htm


http://www.farminfo.org/othercrops/bamboo.htm



http://en.wikipedia.org/wiki/Bamboo#Culinary



http://www.bamboodirect.com/bamboo/catalog/timberctlg.html

http://crabappleherbs.com/blog/2008/05/15/spring-greens-bamboo-shoots/



yellow groove” bamboo
am by no means I bamboo expert, but as far as I understand it, most varieties of bamboo are edible, if you boil them in a couple of changes of water — until there’s no more bitterness. I have seen specific warnings about giant bamboo having toxins in its shoots, but I think boiling in several changes of water gets rid of these.

nor said...

http://www.ehow.com/about_5376063_parts-bamboo-plant.html?ref=fuel

nor said...

http://www.ehow.com/video_5361453_growing-bamboo-eating.html

http://davesgarden.com/guides/pf/go/81044/

http://www.justhungry.com/how-cook-bamboo-shoots-takenoko

http://www.justhungry.com/how-cook-bamboo-shoots-takenoko


http://www.town.nagara.chiba.jp/greentourism/takenoko.html

The reason why the bamboo shoots are cooked in the rice-washing water or with rice bran is because it helps to get rid of the bitterness in the shoots. Tess you may want to try that next tme with the fresh bamboo shoots. Bamboo shoots do have a very subtle flavor - the texture is the thing that is most enjoyable - though the fresher the shoots, the more flavor there is.

kita pun rendam dengan air basuh beras4-5 hari to draw out the toxic in the shoots, if any.
also to jeruk and kasi masam flavour.Letak asam keping 4-5 keping depends on banyak mana rebung tu..
kalau yg ada tu dia masukkan didalam air didih..
for few minutes then tos dgn air sejuk..

kalau kita risau pasal toxic pucuk ubi pun toxic juga itu sebab kita tak makan mentah, kita celur kasi toxic arsenic evaporate didalam air didih (terlarut).
kalau kita siat daun pucuk ubi, bergetah bukan?
same la rule nya.. tapi kalau rebung memang direndam air beras dan leak asam...
tukar air rendaman setiap hari... lepas tu readyu to cook

nor said...

http://www.ehow.com/video_5361453_growing-bamboo-eating.html

http://davesgarden.com/guides/pf/go/81044/

http://www.justhungry.com/how-cook-bamboo-shoots-takenoko

http://www.justhungry.com/how-cook-bamboo-shoots-takenoko


http://www.town.nagara.chiba.jp/greentourism/takenoko.html

The reason why the bamboo shoots are cooked in the rice-washing water or with rice bran is because it helps to get rid of the bitterness in the shoots. Tess you may want to try that next tme with the fresh bamboo shoots. Bamboo shoots do have a very subtle flavor - the texture is the thing that is most enjoyable - though the fresher the shoots, the more flavor there is.

kita pun rendam dengan air basuh beras4-5 hari to draw out the toxic in the shoots, if any.
also to jeruk and kasi masam flavour.Letak asam keping 4-5 keping depends on banyak mana rebung tu..
kalau yg ada tu dia masukkan didalam air didih..
for few minutes then tos dgn air sejuk..

kalau kita risau pasal toxic pucuk ubi pun toxic juga itu sebab kita tak makan mentah, kita celur kasi toxic arsenic evaporate didalam air didih (terlarut).
kalau kita siat daun pucuk ubi, bergetah bukan?
same la rule nya.. tapi kalau rebung memang direndam air beras dan leak asam...
tukar air rendaman setiap hari... lepas tu readyu to cook

nor said...
This comment has been removed by the author.
nor said...

http://factoidz.com/the-stalk-vegetable-bamboo-shoot-culinary-uses-and-nutritional-value/

http://factoidz.com/bamboo-the-miracle-crop-from-the-past-and-a-hope-for-the-future/


http://www.newengbamboo.com/nebc/container.htm


http://www.newengbamboo.com/nebc/care.htm

http://www.pyroenergen.com/articles/bamboo-healthy-food.htm



http://www.bamboo.org/GeneralInfoPages/BarnhartIntro.html

nor said...

http://waynesword.palomar.edu/ecoph39.htm

http://www.bamboocraft.net/forums/showthread.php?t=2812


"haven't tried eating the shoots of Bambusa multiplex species but they are supposedly edible, though I've been told, bitter if they are not blanched by covering them with straw or some other means so that they are not exposed to sunlight as they emerge.
In this way if shoots can grow several inches above the soil the harvest is greater - but at the expense of bitterness if exposed to sun.
With smaller shoots, after the majority of sheaths are peeled off, there's not much left for the table."

http://www.bamboofarmingusa.com/shoots.html


Pakcik if yours according to the pic jenis BAMBUSA MULTIPLEX alphonse KARR THEN ianya boleh makan. Please tengok di midatlanticbamboo uses. edible shoots small. meaning it is edible but smallish the size of the culm/rebung. (All bamboo shoots are edible; some are better than others in taste and some cultures prefer a sweet shoot while others prefer a bitter shoot. Some shoots are not worth the time to harvest.

Our use table is primarly based on the size of the shoots.

Excellent is for a bamboo with good diameter and usually sweet taste.

Good is for bamboos that have moderate diameter with good tasting shoots.

Small is for bamboo that have good taste but about 50% usable flesh.

Too small means don't waste your time because the usable flesh is so small in relation to the time spent harvesting and extracting.)

http://www.midatlanticbamboo.com/bamboo-frames/bamboo-0141.htm
http://www.midatlanticbamboo.com/bamboo-frames/bamboo-0141.htm

yg di jepun yellow bamboo culm/rebung is edible too..

nor said...

pakcik email la gambar ni kat forum... dan juga di research stesen mardi...

kalau was was.tapi kalau tahu nama species senang nak tahu secara muktamad. tapi dari gamba ciri2 spt aplh karr. tapi kalau type yellow bamboo species banyak i nfor ok. cendawan tu tak yah la..

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Kalau tgk bentuk btg dn warnanya, rasanya ini pokok buluh gading. Buluh kuning lain skt. Saya pn tak brpa tahu mgenai buluh ni tp kbanyakn jnis buluh blh dimkn rebungnya. Rebung buluh kuning dikatakn blh dijadikn ubt.

nor said...

Buluh minyak atau juga dikenali sebagi buluh gading, buluh aro, buluh temalang dan nama sainsnya Bambusa vulgaris ialah salah satu spesies pokok buluh berumpun-rumpun dalam genus Bambusa. Pokok ini besar, dengan banyak cabang yang tumbuh dari sesuatu buku. Biasanya satu atau dua daripada cabang-cabang ini adalah lebih besar daripada yang lain. Buluh gading biasanya bertumbuh di kawasan-kawasan tropika dan subtropika Asia, khususnya di kawasan tropika monsun dan lembap.

Spesies ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan. Nama botaninya Bambusa vulgaris var. striata. Ia juga sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan batang pengepit makanan, pencungkil gigi, atau pencucuk makanan. Rebungnya boleh diambil untuk dimakan


http://mosa24.tripod.com/id1.html

mosabdullah@yahoo.com

pakcik hubungi email diatas utk pertanyaan detail kalau pakcik masih was was...
laman mosa24 tripod tu dia punya..

nor said...
This comment has been removed by the author.
nor said...
This comment has been removed by the author.
nor said...
This comment has been removed by the author.
sahromnasrudin said...

assalamualaikum tuan temuk...

kabare ??? pokok buluh tue kalau bagi pada pemahirnya, macam2 akan jadi kan sampai tak terjangkau del akal saya yang bukan peminatnya

Temuk said...

As-Salam DADDY ZUKY
Terima kasih Abang Temuk ucapkan kerana mampir & menjenguk buluh kuning tu. Geli hati juga dgn kisah hantu buluh tu. Memang seram pun ada! Adakah bekas tebangan 'dia'? (Entah-entah ramai!) Nampaknya kena pasang CCTV+doa. Tapi ustaz2 ada juga berpesan, lebih baik kita tak lihat para makhluk halus tu, kalau kelihatan kita sendiri yg jadi tak keruan.

Temuk said...

As-Salam LUAH FIKIRAN
Saya pernah gunakan campuran disel dgn racun rumpai (kelas III) utk membunuh pokok2 yg saya dah tak mahu. Berkesan. Belum pernah cuba pakai disel semata2. Ada juga 'unwanted tress' yg saya siat2 saja kulitnya dan mereka k.o! Rasanya saya tak mahu buang buluh kuning saya sepenuhnya. Ada sebatang dua yg tinggi sekarang. Selagi saya tak berhajatkan tambahan, anak2nya yg muncul akan saya patahkan saja.

Temuk said...

As-Salam NOR
Terima kasih banyak-banyak. Wow, banyaknya rujukan yg NOR beri tu. InsyaAllah ikut kesempatan Pakcik akan cari seberapa yg dapat. Kalau tengok rupa rebung Pakcik tu, memang terasa ia boleh dimakan. Boleh ikut rasa hati?

Seronok pula dgn analogi daun ubi NOR tu. Pakcik masa di kampung dulu2 memang banyak makan pucuk ubi masak lemak. Sebelum disayur, tak direbus dulu pun!! Hijau kuah santannya! Mungkin ada properties santan yg menyelamatkan Pakcik & famili dari racunnya!?

Nanti Pakcik cuba cari maklumat mengenai buluh yg ada pada MARDI dan lain2nya. Tapi rujukan dari NOR tu pun akan ambil masa Pakcik berminggu2. Thanks again!

Temuk said...

As-Salam ADRY
Terima kasih di atas respon Adry tu. Buluh gading, ya? Nampaknya pandangan Adry sama dgn pandangan jiran saya - kebanyakan buluh boleh dimakan rebungnya.Tengok pada rupa cantik dan putih melepak rebung tu, saya rasa memang boleh dimakan. Tapi itu ikut rasa hatilah. Mungkin nanti cuba SIKIT, makan SENDIRI. Mungkin boleh dirasa sikit rebung yg mentah. Dan saya yakin, kalau manis macam umbut kelapa, PASTI boleh dimasak! Setuju? Dan kalau boleh dimakan + boleh dijadikan ubat, akan berubah besarlah persepsi saya terhadap si buluh gading tu!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam SAHROMNASRUDIN
Kabare waras. Kabare 'lujeng'. Betullah tu. Bagi yg menyukai buluh, pasti kreativitinya akan mentransformasikannya kepada artifek2 yang mengagumkan dan menguja setiap mata yg memandangnya. Cuba tanam sebatang. Akan membuhul nanti, kasih sayang kepadanya!

Kakzakie said...

Assalamualaikum cikgu,

Alhamdulillah selamat dah cikgu menunaikan ibadah umrah.

Embah kakak kata dulu rebung buluh kuning ini tak boleh makanlah cikgu. Tapi tak tahulah kalau dia mainkan kami sebab masa tu dia ambil buluhnya ditebuk-tebuk buat simpan senduk-sudu didapur.

Baik janganlah cikgu. Cendawan itu pun sama kot tak pernah kakak makan.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam KAKZAKIE
Terima kasih. Alhamdulillah, bab umrah tu selesai buat sementara waktu ini. Mudah-mudahan eneng rezekine, lain kali pergi lagi. Hihihi, kalau embah dah pesan, baik turuti. Tambah-tambah cendawannya itu, memang putih cantik, tapi mengembang menakutkan. Cari rebung dgn cendawan kat pasar sajalah, ya!

Al-Manar said...

I am glad you have posted for help. I have some yellow bamboo, a thinner variety. Responses are good especially Nor's.

Temuk said...

As-Salam AL_MANAR
Have you tried cooking the young shoots of that thinner variety? Yes, Nor has given me loads and loads of references. However, it might be safer for us to keep ourselves away from those rebungs for the time being.

sayangsayangibu said...

Assalamualaikum pakcik

kalau tengok dari rebung tu, memang nampak sedap je kan?

pak cik apa kata kalau tak mahu buluh tu tinggi sangat, selalu di cantas kalau sedang berpucuk tu?
kalau boleh lah kan?
nanti mana tahu boleh jadi pokok buluh bonsai pulak.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam SAYANGSAYANGIBU

Setuju! Kalau dilihat pada paras rupanya, memang rebung itu macam jenis yang boleh dimakan. Malah, tanpa dimasak! Pakcik setuju dan memang sedang Pakcik lakukan: Pakcik tinggalkan beberapa batang saja dan cantas pucuknya supaya tak meninggi. Cabang-cabangnya juga Pakcik pangkas. Walaupun jadi 'bonsai', tapi sebab atas tanah, dia tetap jadi bonsai raksasa. Ceria selalu!

ibuintan said...

assalamualaikum cikgu,

moga sihat

cantik sangat pokok buluh tu, suka nengok kalernya.. tapi suami saya tak beri saya tanam, bila kembang biak susah nak jaga katanya

ada org tua kampung saya dulu tabur garam kasar untuk mengurangkan buluh/rebung tumbuh.. lama2 pokok buluhnya pupus

Temuk said...

Wa'alaikumussalam IBUINTAN
Alhamdulillah sihat. Diharap ibuintan & famili juga demikian. Saya memang suka lihat warna kuning buluh itu dan palitan garisan-garisan hijau sepanjang batang. Lain-lain pula pola & ketebalan garisan-garisan hijau itu. Tapi memang kena kawal rimbunannya. Takut juga tahu-tahu ada anak-anaknya muncul di kawasan jiran sebelah atau retak-retakkan longkangnya!

Oh, halang pembiakannya dgn garam, ya? Pasti buluh allergic kpd garam.

lutsinar said...

Saya telah menggunakan gambar daripada blog tuan dan saya letakkan kat satu post. saya harap tuan membenarkannya.

Kredit blog tuan saya letakkan apabila kursor digerakkan ke gambar tersebut.

Jika tuan tidak membenarkannya saya akan keluarkannya daripada post tersebut.

Terima kasih.

noris noris said...

Assalam..
Biarpun entri ini sudah bertahun..tapi br ketemu..
Sekadar berkongsi info..
Saya memang makan rebung buluh gading ini..
Rasanya x banyak berbeza dengan rebung lain..
Cuma pesan arwah ayah saya masa hayatnya...
Rebung ni berbeza sikit dari rebung lain
Pilih rebung yang sudah agak tinggi anggaran paras pinggang orang dewasa..
Bukan apapun..cuma yang tinggi rebungnya lebih lembut berbanding yang pendek baru tumbuh..
Berbeza dgn rebung lain..lebih sedap yang masih pendek muda..
So..rebung ni selamat dumakan..in sha Allah..

Rebung buluh gading ni elok biar agak tinggi