Thursday, December 22, 2011

KUNJUNGAN KE DUSUN..... KE TASIK.....


Hujung minggu lepas aku ke selatan Kedah.

Kampung dituju, Permatang Kerat Telunjuk. Di perkampungan ini amat terujalah mata,  melihat pelbagai pokok yang masing-masing lebat buahnya!

Saiz, rasa dan lekangnya, kalah rambutan cantum!
Di sana sini di Permatang Kerat Telunjuk, raja buah pamerkan kelebatannya.
Tujuan ke perkampungan dusun? Aril, anak saudaraku, minta kami tolong bawakan 'hidangan pembuka kata' kat bawah ni ke rumah keluarga pilihan hatinya, Nurhidayah.

Sirih Melayu dan ricihan pinang dalam cembul, fresh dari kawasan rumahku
Memang itu kali pertama aku jadi kapten, bawa tepak sirih untuk meminang. Mujur pihak di sana dah beritahu siang-siang, "Kami anak beranak saja.... Kira yang senang saja..." 

Mereka menepati kata. Mudahlah kerjaku. Walaupun begitu, dalam kepala tetap dah siap (kihkihkih) banyak butir pantun, sedia untuk diletupkan kalau perlu. Belajar dari blog puisi al-lavendari.

Yang nampak formal (sebab in black and white dari atas ke bawah!) itulah aku, menjalankan tugas yang diamanahkan.

Misi hari tu, masuk meminang, kemudian terus beri tanda.... bertunang. Insya Allah, misi terkabul.

Alahai, terlindung pula gambar bekas cincin ni! Yang penting, cincin-cincinnya dah disarungkan.
Adik iparku menyarungkan cincin tanda ke jari bakal menantunya.
Nurhidayah dengan, insya-Allah, bakal ibu mertuanya.

Kek come' lote' dari keluarga perempuan.

Nurhidayah dengan sebahagian rombongan peminang.
Kat bawah ni, saja ingin kuabadikan beberapa keping gambar lagi yang diambil pada hari bahagia tu.
Ibu, abang dan bapa Nurhidayah. Sesudah kami habis bincang, habis makan sekenyang-kenyangnya,
bapa Nurhidayah terus minta izin 'keluar sekejap'. Rupa-rupanya dia tukar baju dan bergegas
ke kebun untuk pastikan kami dapat bekalan balik yang maksimum dari dusunnya!

Maka happy amat sangatlah kami dapat bekalan buah-buahan. Ni gambar Nurhidayah, 
bapa mertua kepada bakal bapa mertuanya, bakal bapa mertua (insya-Allah), 
adik bakal ibu mertua, dan Aril (yang diperintahkan menyorok jauh semasa perbincangan).

Mujur ada ahli rombongan yang bawa pacuan 4 roda ni. Macam tau-tau saja!
Kalau tak, macam manalah nak bawa balik semua ni? Berapa hari basmi aroma raja buah?
Malamnya tu sempat juga kami rasa beberapa  (banyak!) biji raja buah bekalan keluarga
Nurhidayah di gerai makan, dengan kebenaran dan parang 'pembuka buah' si tuan gerai yang baik hati.
Sebab memahami Pakcik Kapten Rombongan bakal lenguh-lengah satu badan, walaupun tak memandu, Aril memang awal-awal dah memohon jasa baik ayahnya supaya bermalam di mana-mana selepas majlis siang tu.

Yang dipilih, Bukit Merah Laketown Resort.
Inilah kali kedua aku  'bercuti sambil bertugas' di Bukit Merah Lakeside Resort ni.
Kawasan tasik punyai kecantikan dan suasana tenangnya yang tersendiri.

Bimbang kesuntukan masa, pagi-pagi lagi aku dan isteri cepat-cepat dapatkan tiket untuk pergi melihat orang utan di Pulau Panjang (sekarang dipanggil Pulau Orang Utan). Memang sudah lama teringin nak ke situ.
Jeti menaiki feri ke Pulau Orang Utan di kawasan resort.

Mentari pagi  - menyilau tapi menyegarkan sang mata.

Dua lapis pagar demi keselamatan pengunjung. Mungkin juga, demi keselamatan yang dikunjungi?

Seronok juga bercerita dan mendengar cerita mengenai penjagaan Orang Utan.
Hebat juga usaha Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah dalam cuba mempastikan spesis ini tidak pupus.
Balik dari Pulau Orang Utan, kami dapati bilangan pemancing di Bukit Merah
Lakeside Resort semakin meningkat. Siapa tak tertarik: johan, RM20,000?
Pemancing memancing di mana sempat. Suami-isteri mencuba nasib ke kat depan tu?
Sempat nampak umpannya saja  (anak keli, cacing besar, belut, daging ayam
dan lain-lain), tapi tak sempat lihat hasil pancingan.

Semoga pertunangan Aril-Nurhidayah berakhir ke jinjang pelamin, dan seterusnya ke babak penghidupan baharu yang bahagia. Insya-Allah.

Terima kasih banyak-banyak kepada keluarga Nurhidayah!

Dan semoga penghuni istimewa Pulau Orang Utan terus membiak dan dijaga.






















38 comments:

al-lavendari said...

tahniah bang kerana berjaya mengetuai misi bahagia.

tahniah kerana bakal mendapat anak buah ipar yang baru. insyaallah.

saya sungguh teruja melihat orang memancing.

terima kasih kerana menyeru nama saya.

* komen mula2 tadi ada typo error.

luahfikiran said...

SALAM,
ALHAMDULILLAH, TUGAS TELAH DILAKSANAKAN DGN BAIK. LAIN KALI, BOLEHLAH LF MINTAK TOLONG .... ILMU DAN PENGALAMAN YG ADA KENA DIMANFAATKAN.

BUKIT MERAH TU CANTIK .. KALAU TAK SILAP ADA SEKALI SAJE TIDUR DI SANA. TAPI TAK PULA NAIK BOT MACAM TEMUK.

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Terima kasih. Perkampungan dusun tu dekat dengan lebuhraya. Jalan batu, walau kecil, sampai ke rumah. Memang menyeronokkan. Cara 'simple' orang kampung, namun tetap dengan budi baik dan sopan santunnya, memang membuat kita selesa dan memudahkan 'kerja'.

Pantun-pantun al-lavendari boleh disimpan dulu untuk 'mana tahu, ada keperluan di masa lain'!

Chik Att said...

Salam ....

Bertuah berbesankan org ada dusun ...

Temuk said...

LUAHFIKIRAN
Salam bahagia. Alhamdulillah, satu tugasan beres, dengan izin-Nya. LF boleh tempah saya utk 'upacara' yang dah pasti 'simple'. Kalau yang kompleks mestilah saya mandi peluh, hehehe.

Maaflah, sebab 'tugasan' tu tak dapat bersama dalam perjumpaan bloggers yang begitu meriah di rumah LF.

Insya-Allah lain kali LF ke Bukit Merah bolehlah naik bot dan pergi ke Pulau Orang Utan. Orang peringkat kita ada diskaun istimewa!

Temuk said...

CHIK ATT
As-salam. Terima kasih menjenguk blog saya. Alhamdulillah, memang bertuahlah adik saya bakal berbesankan orang dusun. Masa musim buah insya-Allah besan jemput tolong rasa hasil dusunnya. Chik Att di Kedah, ya? Ada dusun tak?

Aku said...

Asssalam bang,

Memang anak orang utan dipakaikan cawat pakai-buang ke? Dah macam anak orang...

Temuk said...

AKU
Waalaikumussalam. Memang anak-anak kecil orang utan di situ dijaga seperti anak orang: dipakaikan cawat supaya tak 'buang' merata-rata dan mengotorkan katil, dan mereka diberi minuman susu dengan botol. Penyelidikan tentang orang utan di situ juga memberangsangkan dengan adanya penglibatan para saintis dari luar negara. Ada niat nak ke sana?

Aku said...

Assalamualaikum,
beberapa tahun dulu aku ada ke sana tapi ke pulau itu....cuma angan-angan yang melintas ke sana... tubuh fizikal yang besar ini amat berat untuk kesana..

satu hari nanti, mungkin aku akan ke sana...

Temuk said...

AKU
Waalaikumussalam. Insya-Allah Aku akan sampai ke pulau kecil itu nanti. Sekarang mereka sedang memperbaiki dan memanjangkan kawasan berpagar melalui mana pengunjung boleh menonton orang utan dalam persekitaran semulajadi. Kalau bukan masa cuti sekolah, saya fikir lebih baik, bagi mengelakkan kesesakan.

aeyman_syafiq301 said...
This comment has been removed by the author.
ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Bolehlah agaknya dinukilkan di sini bait-bait yang diucapkan sebagai bekalan buat kami juga.

....ermmm buah manggis tu, memang kesukaan saya, kalau mengadapnya mau sebakul habis saya seorang sahaja...heheh...sebakul yang sedikit jerr...jangan bimbang!

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI
Waalaikumussalam. Cikgu pun dah bermenantu. Mesti ada pengalaman dah jual-beli bait semasa merisik/meminang/menunang dulu, kan? Yang ada kat saya ni kena 'test' dulu bila ada peluang. Kot lulus, bolehlah dibekalkan kepada Cikgu pula, hehehe.

Saya pun hantu manggis. Isteri saya, lagilah! Tak pernah terfikir, yang bersaiz besar sekarang dah boleh jatuh 50 sen sebiji. Tak mengapa juga harganya mahal kalau pemilik dusun dapat manfaatnya, bukan si peraih buah.

insan_marhaen said...

pernah lalu di kampung ini. err... ada jumpa kat kg matahari naik?

PCL said...

assalamualaikum...sementara isteri memandu disebelah, pcl berkunjung balas yg mana sempat, ..pasal kapten majlis tu..nak jg pcl berguru..haha mana tau ada bakatnya...terima kasih berkunjung blog pcl.

wa khairul onggon said...

Wa.. Tahniah kerana berjaya menjadi kapten hehehe.. tahniah kepada pasangan tunang.. Jalan2 lagi tu.. Best! :)

@xiiinam said...

Yok ke dusun ckLah...

LadyBird said...

tahniah... sg dipermudahkan sgl urusan.. insyaAllah..

p/s : dh lama x pergi bukit merah..

kasihibu said...

PAK CIK SAMA DGN AYAH SYA
SELALU JADI WAKIL BAGI URUSAN ANAK BUAH PINANG PINANG ANAK DARA ORANG ATAU PUN WAKIL JURUCAKAP NAK TERIMA ANAK BUAH BARU

Temuk said...

IM
Oh, IM tinggal di utara, tentu seronok selalu dapat lalu lalang kampung2 dusun (juga tentunya sawah padi. Maaf, adakah IM bertanya sama ada saya menjumpai matahari naik di Permatang Kerat Telunjuk? Kalau itu maksudnya, jawapannya tiada. Tak sempat. Masa di Bukit merah, juga tak lihat.

Temuk said...

PCL
Waalaikumussalam. Untunglah bila berkereta ke sana sini, isteri rajin membantu menjadi tukang bawa. Isteri saya pun membantu juga, tapi khas utk perjalanan dua tiga kilometer saja!

Pasal jadi kapten tu boleh juga berguru kepada pengalaman sendiri mengikuti rombongan-rombongan berkenaan. Sampai masa nanti, insya-Allah, tahulah apa nak buat. Bila dah jadi 'orang tua-tua' kepada kitalah anak buah menaruh harapan. Hehehe, ramai anak buah, 'ramai'lah letih kita! Kalau lapang, sekali sekala cuba lihat u-tube mengenai pinang meminang & akad nikah. Banyak juga yang menggelikan hati! Ceria selalu.

Temuk said...

KHAIRUL ONGGON
Seronok juga kerja 'kapten' tu, sebab memang boleh sambil jalan-jalan & lihat-lihat & tentunya makan-makan di tempat lain. Cuma badan boleh jadi letihlah, kalau jauh-jauh tempatnya. Kalau cuaca baik, ahli pasukan ok, kesihatan ok, pihak yang didatangi ok, memang terasa berbaloi menyempurnakan tugasan tu.

Temuk said...

ckLah
Kabare? Yok! Paman mahu saja ke dusun ckLah tu. Di Selabak, Behrang, Bidor? Mengutip durian, manggis, rambutan... lebih menguja daripada memakannya, sebab (memang rasa rugi!), ada kekangan dalam memenuhi keinginan 'makan banyak'!

Temuk said...

LadyBird
Terima kasih. Kalau dah lama tak ke Bukit Merah, jangan lupa buat temujanji dengannya pada cuti semester akan datang. Dan kalau belum ke Pulau Orang Utannya, pastikan sampai ke sana juga. Jangan lupa tanya, kalau-kalau ada diskaun istimewa untuk 'students'. Kawasan tasik ada keunikannya, tapi Pakcik lebih gemar kawasan laut.

Temuk said...

KASIHIBU
Dah sampai masanya kami mainkan rol itu. Dulu, orang buatkan untuk kita, untuk anak-anak kita. Kali ini kita pula ambil giliran. Semoga diberkati Allah segala usaha kita itu. Pakcik doakan kasihibu dan famili ceria selalu!

Al-Manar said...

Kali pertama yang sukar. Selepas ini boleh berlagak pakar!

Azian Elias said...

Assalam Pak Temuk..

lama tak sembagn dengar - dengar dah sampai pergi meminang pulak..Tahniah buat bakal. Cantik pulak tu orgnya..

Saya pergi ke Lake Town Rsort ni lebih kurang 9 tahun dulu..hee.. macam teringin pulak...

Temuk said...

AL-MANAR
Assalamualaikum tuan. Betul tu, kali pertama memang sukarlah sikit. Tapi tak juga pasti kali kedua dan seterusnya, 'kacang'. Sebab mungkin ada pihak-pihak yang cerewet, yang hebat pula dengan adat istiadat mereka. Aduuuh, cerita adat istiadat ni memang seronok, tapi tak seronoknya banyak juga! Ada kalanya sampai boleh menyusahkan hidup!

Temuk said...

AZIAN ELIAS
As-salam YAN. Terima kasih. Dah jadi 'wong tuwek' ni kenalah tolong kerabat muda yang berhajat, kan? Ha, nampaknya Yan kenalah ke Bukit Merah tu sebab dah dekat satu dekad nampaknya tak ke sana. Tapi, Yan dan keluarga memang pelancong tegar.... no problem, tahu-tahu dah ke sana sini, dan seronoknya (!) makan itu ini pula. Ceria selalu!

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..

tuan sudah ada tugas baru..jika dahulu memberi kami ilmu, sekarang mengkomunikasikannya untuk menyunting sekuntum bunga di taman kedah..

kami doakan semoga semua urusan ke jinjang pelamin dipermudahkan dan tuan serta sekeluarga senantiasa mendapat rahmat Allah SWT..

sesungguhnya jasa tuan menyampaikan ilmu kepada saya sangat2 saya hargai..terima kasih tuan atas segunung ilmu yang tuan tumpahkan..saya tidak akan lupa sampai bila2...

Temuk said...

SAHROMNASRUDIN
Terima kasih di atas semua doa itu. Saya yakin, sahrom amat memahami bahawa, dalam hidup kita, sebenarnya amat ramai orang yang mendidik kita. Kita sebenarnya 'belajar' dari sesiapa pun yang darinya kita dapat memberi makna kepada apa yang mereka sampaikan atau lakukan. Baguslah jika yang kita pelajari boleh diamalkan (sekiranya wajar), dan akhirnya dipanjangkan pula untuk manfaat orang lain. Saya tidak pernah alpa bahawa orang yang pernah belajar dengan saya adalah juga pengajar saya, dengan cara langsung atau tidak langsung mereka. Bayangkan, ramainya pengajar saya di tempat saya pernah bekerja!

Bagi saya, malahan, apa juga yang ada di sekeliling kita adalah juga guru hebat kita jika kewujudan, sifat wajah, atau telatah kesemua itu punyai makna yang bernilai bagi kita. Ketemu lagi.

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,

wah! jadi kapten ye...tapi zaman sekarang taklah sesukar zaman dulu yang terpaksa pantun memantun sampai berpelu-peluh, jadinya visi & misinya mudah tercapai!

Seronok betul tengok buah-buahan segar dari dusun. Memang kali ini boleh dikatakan banyak buah menjadi, sampai tak termakan!

DrSam said...

Assalamualaikum. Alhamdulillah kerana majlis pertunangan berlangsung dengan sempurna dan tahniah kepada Kapten kerana telah menjalankan tugas dengan cemerlang sekali. Jarang dapat balasan penuh bonet raja buah di dalam majlis pertunangan ni. Itu tanda yang baik tu. Insyaallah.

Temuk said...

AMIE
Waalaikumussalam, Amie.

Alhamdulillah, tempoh hari Ayah tak payah peluhkan badan, sebab memang pihak sana janji nak buat 'senang-senang' saja. Zaman sekarang ni masih ada juga pantun-memantun tu. Tengok tempat dan status keluarga yang terlibat. Beberapa tahun dulu ayah ada ikuti rombongan kawan meminang anak orang ternama di KL. Hebatlah berlawan-lawan pantun, selain dari hebatnya hantaran yang berdulang-dulang dan mahal-mahal. Rupa-rupanya kawan Ayah yang jadi kapten sudah pakat-pakat dengan wakil keluarga perempuan apa nak dipantunkann dan dilakonkan. Patutlah hebat dan licin saja perjalanan majlis tu. Dalam hati Ayah (cakap seoranganlah), itu macam mana aci!

Nanti ke tempat Amie boleh minta durian merah. Ada?

Temuk said...

DR SAM
Waalaikumussalam. Alhamdulillah, majlisnya 'simple' tapi menggembirakan. Kami yang berkunjung dapat benar-benar merasakan kemesraan dan keikhlasan orang yang dikunjungi.

Sepanjang hidup saya, sebenarnya, memang tak pernah pergi meminang dapat bekalan buah-buahan segar. Banyak pula tu! Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, orang bersopan kita muliakan.

sitiroffini said...

Well done, Cikgu. You did a splendid job as "captain" of the team. The nephew made a wise choice, too. She's pretty. Have never heard of this kampung before though I'm in Jitra for 10 years! Would love to sneak around....mainly for the fruits!
SELAMAT TAHUN BARU.

Temuk said...

As-salam SITIROFFINI
Selamat Tahun Baru 2012. Lama tak jumpa di alam maya ni.

Thank you for your compliments. I wasn't too sure however whether the way I imitated the local slang was ok that day. I should have learnt the trick from my Aloq Setaq wife, who until today, anywhere and anytime, still speaks the Kedah dialect without fail or "pelat". I must say that I enjoyed the trip to Permatang Kerat Telunjuk very much. Certainly you should visit the place especially during the fruit season. Sambil ziarah memborong buah!

Bassist Tak Sengaja said...

My hometown!