Sunday, August 26, 2012

TENGKUK PATAH, BUAH TERKULAI

Langkanglibut dengan penghujung puasa + dengan hari raya, tak ku sedari, rupa-rupanya, tengkuknya patah, buahnya terkulai.


Mujur melentok ke kawasan sendiri, tidak singgah ke jiran sebelah!


Buah yang terkulai tak kelihatan lawa. Manalah buah nak jadi indah, batang tubuhnya memang tak diendah.

 

 Ada yang sudah mendahului aku nampaknya. Tak mengapa!


Kalau nanti ranumnya juga tak menawan, bolehlah ku transformasikan si buah terkulai menjadi jemput-jemput.



Sambil si terkulai  ku sisir, aku sendiri terfikir, panjangnya tempoh aku, kerabat dan sahabat, berSyawal dengan hebat!

32 comments:

ckLah @xiiinam said...

Assalamualaikum paman...
Merajuk gedang tu, tuannya sibuk beraya. :-)

Pak Zawi said...

Salam,
Kalau kemarau kemungkinan ianya kerana kekurangan air dalam batang pokok pisang.

kakcik said...

Assalamu'alaikum Tuan...

Kalau buat masak lemak cili api, sedap tak? :)

LadyBird said...

kalau buat pengat sedap x?

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Itu pisang emaskah? ...ianya bukan pisang jantan.

Pisang Abu...itulah pisang jantan,
Pisang Embun....itulah pisang betina...ha, sekarang dah tahu kann??? yang mana pisang jantan dan pisang betina??(maaf...main teka-teki je...bukannya ilmiah...maafkan saya)

Temuk said...

ckLah

Wa'alaikumussalam. Hehehe, lama tak dengar perkataan "gedang" tu. Bila sebut "gedang", sah kumpulan "itu"! Kalau sebut "pisang", belum tentu. Yalah, dia pun makhluk, jadi pandai juga dia marajuk.

Temuk said...

PAK ZAWI
Orang lulusan pertanian macam Pak Zawi, pasti tepatlah jangkaannya. Pisang itu tumbuh di kawasan "slope". Tanahnya memang kering berbulan-bulan. Hujan hanya mula turun sedikit-sedikit pada minggu terakhir Ramadhan. Kesihan, daunnya pun kuning dan cepat mengering.

Temuk said...

KAKCIK

Wa'alaikumussalam, kakcik.

Zaman arwah emak masak lemak pisang, yang digunakannya pisang berangan. Bagus juga kalau dicuba-guna pisang emas tu, kakcik. Saya jangka pasti sedap juga. Insya-Allah cuba nanti.
Hehehe, kakcik belum tutup "Tuan" dengan "Temuk"....

Temuk said...

LADYBIRD
Ikut teorinya, sebab sedap-manis dibuat jemput-jemput, pisang emas yang sudah masak bolehlah digoreng. Walaupun Pak Temuk tak pernah menggorengnya! Sepatutnya ia juga sedap-manis jika dijadikan pengat. Walaupun Pak Temuk tak pernah memengatinya, hehehe.

Isteri Pak Temuk cerita dia pernah makan pisang emas goreng (tanpa disaluti tepung tapi disaluti bijan)yang disirami madu lebah di Thailand. Katanya, ayu dan manis, amat sangat!

Temuk said...

CIKGU AHMAD HUMAIRI

Wa'alaikumussalam, Cikgu. Tepat sekali, itu memang pisang emas.

Hehehe, kalau ikut "kaedah teka-teki", rasanya sesuailah tu, pisang Abu kita kira pisang jantan, pisang Embun kita kira pisang betina.
Tapi, macam mana pula hal si pisang Tanduk, Nipah, Nangka, Rastali, Berangan... juga pisang Emas tu? Mungkin ada juga pisang jantan-betina (jantina), tak?

kasihibu said...

Salam pakcik
enpakwe sya kata sekarang ni musim pokok pisabg berpenyakit salah satunya macam tulah terkulai pokoknya dan yg tragis tiba2 mati pokoknya

salam lebaran buat pakcik dan keluarga...

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Pisang emas yg terkulai tu dah cukup matang utk masak spt biasa. Ada dua sebab utama yg menyebabkan ia patah tengkuk mcm tu iaitu, kekurangan air dan buah terlalu berat tidak mampu ditampung oleh batang pkk yg kecil. Pisang nipah abu yg saya tanam selalu patah pada bhgn yg ditongkat dgn kayu besar atau terus tumbang krn buahnya yg terlalu besar dan berat. Sebiji buah pisang nipah sebesar lengan org dewasa dan setiap tandan mempunyai empat atau lima sikat.

Untuk dapatkn pisang yg lebih berkualiti, jantung pisang kena buang selepas sikat yg terakhir. Biarkan jarak antara jantung dan sikat terakhir tu antara 3 dan 4 inci dan jantung blh dipotong. Jantung pisang sedap dimakan sbg ulam atau dibuat kerabu tp tidak semua jenis pisang boleh dimakan jantungnya. Bkn mempunyai toksik tapi rasa yg kelat atau pahit.

Rohani M.U said...

Assalammualaikum wbt cikgu.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH SWT.

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Temuk said...

KASIHIBU
Salam bahagia buat kasihibu sefamili. Semoga sihat dan gembira berhari raya, semuanya.

Mungkin cuaca panas sebelum hari raya ada kaitan dengan keuzuran para pisang di sana sini. Pakcik tak perasan pula, agaknya harga kerepek pisang kebelakangan ini menaik, ya?

Temuk said...

ADRY@DAUN
Wa'alaikumussalam, Adry.
Wow, saya dapat gambarkan tentulah pisang Nipah Abu Adr itu jenis yang sangat besar. Nanti kalau sesat ke Langkawi saya carilah Adry untuk intai & mengorat bakanya tu, hehehe. Petua supaya dapat pisang bersaiz lebih besar itu amatlah berguna. Insya Allah untuk masa akan datang saya akan praktikkan. Cerita "berulam jantung" Adry itu membuat saya tersenyum, sebab itu bukan kes "makan hati berulam jantung" yang mendukacitakan itu, kan?

Adry@Daun said...

Piosang nipah mmg jenis besar buahnya. Ia tak blh dimkn segar. Org tua2 kata, tak blh mkn pisang yg patah tengkuk mcm dlm gmbr ni. Nanti sakit leher. Itu antara pantang larang nenek moyang kita dulu. Pisang kembar pn mereka tak bagi makan. Pisang 'mengandar' pn tak blh mkn.

Temuk said...

CIKGU ROHANI M.U.
Wa'alaikumussalam wbrkt. Semoga Cikgu dan keluarga gembira menyambut hari raya. Selamat bertugas semula, dengan doa segala tindakan kita diberkati Allah hendaknya.

Temuk said...

OUTBOUND DI MALANG
Terima kasih sudi mampir. Insya-Allah saya akan mengunjungi blog saudara nanti, yang pastinya menarik kerana saya jangka ada kaitannya dengan pelbagai aktiviti luar. Ketemu lagi!

Temuk said...

ADRY
Menarik juga kepercayaan orang2 tua kita dahulu, ya? Dulu saya sendiri memang tak berani makan pisang kembar. Sekarang tak kira, dah, terutama sebab harga pisang tinggi. Kalau terbeli buah yang kembar, hehehe, kena buang 2 biji pula nanti! Yang namanya pisang mengandar itu saya kurang faham pisang yang macam mana.

Adry@Daun said...

Pisang mengandar tu istilah dlm dialek Kelantan. Pisang mengandar ni biasanya berlaku pada pisang rastali. Jika jantung pisang tak dipotong, buah akan terhasil selepas sikat yg terakhir pada jarak tertentu.

Amie said...

Assalamulaikum Ayah,
pisang tu nampak montel, tentu sudah habis ye Ayah...dibuat jugakah jemput-jemput pisangnya?

Temuk said...

ADRY
Oh.... itu rupanya pisang mengandar! Kira buah hujung-hujunglah tu, kan? Apalah agaknya yang sebabkan tok nenek kita tak beri kita makan pisang mengandar tu, ya? Tak mengapa, kita pulun nasi kandar. Terima kasih beri penjelasan.

Temuk said...

AMIE
Semoga hari raya Amie sekeluarga "best" tahun ni! Balik ke Jeram ke? Ayah jangka walau di mana Amie beraya, tentu banyak juadah yang disediakan.

Pisang emas tu pendek-pendek. Juga kurang "cute", tapi bila masak, "extra" manis pula rasanya, sekalipun belum ranum! Tak sempat nak dijemput-jemput, habis dijemput si perut, hehehe.

Al-Manar said...

Maaflah saya nak tanya apa itu langkanglibut?

Temuk said...

AL-MANAR
Dengan pohonan maaf (sebab bermain-main dengan bahasa) saya mahu menyatakan, hajat di hati, mahu memaksudkannya sebagai kelam-kabut. Malah, kelam-kabut yang amat tinggi darjahnya, sehingga tercetus dalam kepala, istilah yang tak mungkin diberi kepedulian itu. Semoga hari-hari tuan menceriakan.

sudipVSsenduk said...

tak pernah tau nama pisang kecuali pisang tanduk, pisang emas, pisang udang dan pisang berangan

Kakzakie said...

Kelihatannya dah cukup tua tu cikgu. Kalau masuk kotak tutup kain sekejap je masak. Kalau bapak kakak di tempat disisir dibubuh garam sikit sebelum simpan.

Hasil org rajin.

Temuk said...

sudipVSsenduk
Memang banyak jenis pisang. Buka saja google... Yang geli hati tu, ada orang kaitkan pisang yang kita suka makan dengan kita boleh jadi macam apa. Jadi, saya sukakan diri dengan pisang emas, supaya jadi tauke emas. Tak juga jadi begitu!

Temuk said...

Kakzakie
Semoga bapa kakzakie segera pulih dari kecederaannya.
Hehe, dah langsai dah pisang tu, kakzakie. Memang cukup tua. Semalam saja di atas para, sudah mula meranum. Lain kali boleh dicuba petua bapa kakzakie tu, terutama untuk pisang yang liat nak masak.

Mak Wardah said...

Salam, Cikgu selalu jaga singgah tanpa suara, tak apalah terkulai boleh sedekah kat jiran2 tetangga & saudara mara. Berkongsi rezeki...

Temuk said...

MAK WARDAH
Salam. Terima kasih. Yang terkulai tu tak sempat pun nak beri jiran.... Pengisi rumah sendiri yang menghabiskannya. Ceria selalu!