Saturday, September 22, 2012

ALAHAI.... BUAH KECUT NI, APA PENAWARNYA?

Memang masalah  ni. Malu pun ya.

Buahku asyik kecut saja ni.  Kenapalah agaknya. Apa penawarnya?

Sebetulnya, buahku saja yang kecut. Sekujur diriku sihat. 
Paling tidak, nampak macam sihat!


Apa yang ku pertontonkan kepada tuanku pada awalnya 
pun bukan buah kecut. Hingga tuanku jadi berkemampuan 
pula membayang-bayangkan "ada harapan..... ada harapan"!

Tapi, tengoklah di bawah ni .............. yang tuanku bayang-bayangkan, 
berkali-kali, setakat ini, sana sini, semuanya betul-betul jadi bayang-bayang.

 


















Kalau ikut kepercayaan orang tua-tua, mesti ada sesuatu 
yang tak kena pada aku. Hingga buah-buahku sentiasa jadi kecut. 

Aku kena tukar nama, nampaknya. Supaya boleh "ong".

Tak apalah,  aku tukar satu huruf hujung saja. Aku Labi, sekarang!

Jangan lupa beritahu Labi, yang tetap menjangka akan terus kecut
buah-buahnya, apakah penawar yang amat tinggi darjah efikasinya.

30 comments:

Nizam.Ariff said...

Salam Kang,
kenapa jadi macam tu?
kalau cili padi, biasanya ada kumbang yang cucuk pentilnya...

Temuk said...

NIZAM.ARIFF
Salam Nizam.Ariff,
Hehehe, kenapanya itulah yang Kang Temuk tengah cari. Mungkin ada pembaca yang boleh agakkan sebabnya. Kalaulah tak kecut + semuanya lekat, wow, setahun Kang Temuk tak payah beli Labu-Labi di pasar.

ummuaidan said...

salam pak temuk...rs ummuaidan mcm manusia jgk kan labu, tak semua akan menjadi buah sempurna, ada yg gugur ditengah jalan, kecut,dsbnya..pun begitu yg telah ditlus menjadi rezeki pak temuk pasti akan dtg pd pak temuk jgk..

PakMail said...

Salam Cikgu,

Barangkali si 'Labu' ini tak cukup vitamin D. Maka itu diserang oleh jangkitan kuman bawah tanah.

Vit D - Vitamin Defensive

Temuk said...

UMMUAIDAN
Salam bahagia. Amat benarlah apa yang ummuaidan katakan itu. Mudah-mudahan ada tertulis rezeki yang bakal mendatang itu. Labi pun, dengan izin-Nya pasti mahu menggembirakan tuannya.

Temuk said...

PAKMAIL
Salam, PakMail.
Mungkin ada musuh-musuh pokok di dalam tanah yang tak kelihatan. Mungkin juga pendebungaannya tak sempurna. Main agak-agak sajalah saya ni.... ini juga contoh beramal tanpa ilmu, barangkali. Tapi seronok juga melihat pokoknya agak subur. Paling tidak nanti, pucuknya boleh disayur lemak! Have a nice day, PakMail.

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
biasanya tumbuhan seperti labu dikaitkan dengan tumbuhan mandiri (pandai hidup sendiri tanpa dipeduli, dan akhirnya menghasilkan buah). Terlebih air dan baja juga boleh menyebabkan daunnya kuning, bunga rontok sebelum sempat berputik... putik gugur tu memang dikira sudah dapat penyakit tu, wallahuaklam.

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam, Amie. Ayah pun ingat semasa di kampung dulu, macam liar saja pokok-pokok labu yang ditanam dalam kebun kelapa. Bergelimpangan buahnya di sana sini. Tak payah jaga. Rasanya memang labu Ayah punyai penyakit walaupun pokoknya kelihatan sihat.

DrSam said...

Salam temuk. harapan tidak kesampaian :) Lumrah kehidupan begitu. Alam semulajadi mengikut hukum keseimbangan. 'Abortion' mungkin kerana keadaan fisiologi tidak betul (penyakit, input agronomi yang tidak betul dsb).

makchaq said...

Assalamualaikum tuan tanah..

Labu kecut.. kalau labi pun dijangka kecut, nampaknya Hj Bakhil kena keluar belanja beli labu/labi di pasar la....

erm erm erm erm... Labu.. Labu.. habis... la duit aku kalau begini...

(Jangan marah ah...)

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Ini mungkin Labi bertaraf potuti pada asalnya?

....tanam aje yang lain....biar dia jeles pada saingannya.

Temuk said...

DrSam
Salam DrSam.

Walau tak pandai ilmu tanam-menanam, saya setuju adanya kemungkinan terdapat masalah fisiologi pokok sehingga putik-putiknya gugur tak sempat membesar. Dan memang saya sempat beri pokok itu baja yang amat terbatas. Nanti nak cuba beri baja tambahan dan buang rumput-rumpai sekitarnya. Semoga hasilnya menyeronokkan.

Temuk said...

makchaq

Wa'alaikumussalam. Nampaknya memang Tuan Tanah kena cari labu-labi di pasar. Kebetulan saya memang sukakan sayur labu + pengat labu. Saya seorang saja di rumah yang sukakannya.Tengah angan-angan ni, bila orang tak ada di dapur, nak gril labu, ambil isinya, blend, + air dan susu, dll, untuk sediakan gourd soup, sup gaya orang putih, hehehe.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI

Wa'alaikumussalam Cikgu Humairi,

Bukan, bukan, bukan kerurunan potuti! Dia potudi. Tumbuh dengan izin. Manakan tak dengan izin, tangan sendiri yang menanam bijinya. Tapi mungkin benihnya memang bukan jenis yang jatuh ke laut menjadi pulau. Yang ni, nampaknya, jatuh ke darat pun tak jadi apa. Kihkihkih.

Rasanya dah merajuk ni, tak mengapalah tak payah tanam pesaing. Yang ada ni, kerat-kerat pucuknya, disayurlemakkan depa!

Kakzakie said...

Kalau bapak dulu labu baru nak berputik dia tutup dengan belarak (hahaha... tahu tak cikgu) daun kelapa keringlah. Nanti bila tangkai dah kuat baru buang belaraknya.

Pucuk labu masak lemak putih sedap juga. Tapi jgn bunuh pokoknya dulu cikgu, cuba biarkan lama-lama mesti ada yg sangkut satu jadilah..

Temuk said...

KAKZAKIE
Tutup dengan belarak? Mesti sebagai pengadang daripada segala anasir jahat luar tu, kakzakie. Entah-entah itu juga amaran kepada si pokok, kalau tak melekat buah, nyawanya juga akan belarak ancam.... hehehe. Tapi manalah nak cari belarak kat sini ni. Memang nak "wait and see" lagi, kalau-kalau ada putik yang tak rontok dari tangkainya.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Rasanya labu ni perlukan pendebungaan secara manual. Buah labu tak akan menjadi jika tiada pendebungaan dr bunga jantan. Biasa kerja pendebungaan dibuat secara semula jadi oleh serangga tapi kekurangan ejen pembawa debunga menyebabkan bunga betina tidak mendapat debunga drp bunga jantan. Setiap kali berbunga, ia akan gugur kerana buah yg tak sempurna. Bunga jantan pokok labu sama dgn bunga betina tapi ia tidak mempunyai buah. Potong bhgn debunga dlm bunga jantan dan letakkan dalam bunga betina yg mekar. Ikat dgn tali supaya tiada gangguan. InsyaAllah buah labu akan menjadi.

Pucuk labu sedap dimasak lemak putih..

Al-Manar said...

Mengikut kata orang tanah berpasir (tak jauh dari pantai) elok tanaman labu dan tembikai. Bila saya cuba tumbuh sekejap dan mati. Yang tumbuh sendiri menjalar hingga ada yang berbuah. Tak tahulah pasal 'ong' atau jari tak 'hijau'. Jadi tak tahulah kendak jawab soalan tuan.

Temuk said...

Adry@Daun
Wa'alaikumussalam, ADRY
Ada juga terfikir hal pendebungaan tu. Tapi dalam kepala saya (maklumlah bukan orang pertanian), bila sudah ada putik buah, tentulah masalahnya bukan berkaitan pendebungaan. Insya-Allah saya akan lakukan apa yang Adry beritahu itu. Mudah-mudahan ada hasilnya.

Memang seronok kalau usaha kita ada hasilnya. Boleh cari labu di pasar, tapi takkan sama buah sendiri, kan Adry? Terima kasih banyak di atas tip dari Adry.

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

AL-MANAR
Semoga sdra sihat sejahtera.

Yang tumbuh sendiri itu barangkali sangat percaya hal "survival of the fittest". Lalu ia pastikan dirinya "fit" untuk terus hidup. Maknanya juga, pastikan berbuah supaya darinya ada bijibenih untuk lahirkan "next generation". Tapi, yang kita tanam sendiri, jenis manja. U tada jaga, gua tak mau hidup, gua tak mau buah....

Walau apa pun, saya amat yakin, faktor pendebungaan (pollination) amat penting, seperti yang blogger adry@daun nyatakan di atas. Dan apa pun hasil akhir dari sesuatu tumbuhan, yang kita tanam sendiri atau yang tumbuh sendiri, pastilah dengan izin dan kehendak-Nya jua.

Kunang-Kunang said...

Salam Cikgu Temuk,

Sayangnya buah-buah tu kecut. Ada serangga yang sengat dia agaknya.

insan marhaen said...

no idea. IM bukan reti sangat bab buah dan pokok.

pasal elektronik tau le...

❤Kamsiah❤ said...

salam
masa saya kecik2 dulu,mak larang saya pegang/sentuh bauh labu yg baru berputik mcm tu...dia kata nanti gugur/tak menjadi..entahlah..kut2 saja larang saya main2...

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Salam, KK. Macam-macama teori buah kecut - tanah tak elok, baja tak cukup, pendebungaan tak sempurna, penyakit pokok, dan juga serangan penjahat, dll. Allah jua yang lebih tahu & yang menentukan. Tapi memang wajarlah kita manusia yang diberi-Nya akal cuba memikirkan "possible causes" bagi buah yang mengecut dan gugur. Dan lebih kayalah kita dengan ilmu. Ketemu lagi.

Temuk said...

IM
Yang pakar pokok pun barangkali sukar mahu mempastikan sebab kejadian tanpa melakukan eksperimen. Apa lagi kita yang di luar bidang. Bagus juga IM mahir dalam elektronik. Tentu barang-barang elektronik yang rosak di rumah boleh diperbaiki sendiri. Saya ni setakat tukar mentol lampu bolehlah.

Temuk said...

KAMSIAH
Salam. Saya agak pasti itu pesanan yang memang biasa orang tua-tua kita berikan kepada anak cucu mereka. Memang wajar. Bagi mempastikan putik buah tak terganggu, sebab masih kecil. Dan mudah gugur bila terusik. Malahan, tegur putik pun mereka tak beri, sebab itu pun kata mereka akan sebabkan putik gugur. Lebih yakinlah kita untuk tidak menyentuh putik, sebab ditegur pun ia boleh gugur! Begitu bijak orang tua-tua kita mengasuh kita dulu-dulu.

ckLah @xiiinam said...

Assalamualaikum paman...
Tanam tepi rumah ke paman? Tanah tak sesuai kot. Labu ni elok tanah gambut, tak?

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

ckLah
Wa'alaikumussalam. Paman tanam di belakang rumah. Kalau ada "paceran" mungkin bagus ditanam di situ. Ni dah tak ada paceran... Memang tanah keras berbatu-batu. Benihnya pun bukannya yang terpilih - dari belahan buah yang dibeli di pasar. Sg manila bertanah gambutkah, ckLah?