Thursday, April 4, 2013

WOTU TELU..... TUNAS TELU



السلم عليكم ورحمة الله

Cerita ini mengekori cerita ziarah Pak Temuk + isteri dengan Pak Ismail + isteri ke Lombok, kira-kira  5 bulan yang lepas.



 

Antara  tempat yang kami kunjungi di Lombok ialah  Bayan Beleq. Di situlah terletaknya Masjid Kuno, masjid lama komuniti tempatan yang menggelar diri mereka orang "Islam Wotu Telu".

Secara ringkas, Wotu Telu bermaksud sembahyang 3 waktu dalam sehari. Telu, dalam Bahasa Jawa, bermaksud tiga. (Penulisan mengenai Wotu Telu boleh dicari menggunakan google).



















 

Semasa di kawasan Masjid Kuno Bayan Beleq itu kami dipandu oleh dua orang kanak-kanak tempatan.

Kebetulan masa itu mereka memegang beberapa biji mempelam. Pak Ismail menyatakan keinginan untuk membelinya.

 














Tapi, mereka enggan menjualnya. Mungkin malu.

"Ambil sajalah, Pak," kata si anak yang perempuan.  Pak Ismail yang memang pemurah orangnya tetap menghulurkan Rupiahnya kepada mereka.

"Oooh, banyak ini, Pak! Ini untuk masjid, ya  Pak?"

"Bukan! Untuk kamu. Kongsi berdua, ya,"  Mereka kelihatan seperti terkejut!
















Di hotel, Pak Ismail memberi beberapa biji mempelamnya untuk Pak Temuk + isteri rasa. Ada jenis besar, ada jenis kecil.

Habuan yang diberikan itu habis! Pak Temuk simpan satu biji mempelam yang jenis kecil. Bijinya! Jenis kecil itu tajam baunya, manis rasanya. Tujuannya: untuk diseludup ke Malaysia, untuk disemai!

Bila disemai, alhamdulillah, ia tumbuh. Satu tunas. Tapi, tak lama tumbuh satu tunas lagi. Tak lama kemudian, satu lagi pula!



Setakat ini, dalam usia kira-kira 5 bulan, mempelam kecil Lombok dari komuniti Wotu Telu itu subur dengan tunas telunya!




Mungkinkah akan ada tunas baru lagi?

Tak mengapalah tunas telu. Lebih mengingatkan Pak Temuk kepada Wotu Telu di Lombok. Juga kebersamaan Pak Ismail + isteri semasa ke sana.


32 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam,
Suka ya, kalau lihat apa yang disemai menjadi. InsyaAllah mangga spesi Wotu Telu akan menjadi satu tarikan di laman Temuk.

Khai♥Rin : anies said...

weii boleh bw naik flight?

kasihibu said...

sejuknya tangan paman

Marina Monroe @Nanie said...

AsSalam,

Moga berbuah lebat suatu hari nanti

Temuk said...

HJH. NORALENNA ABBAS

Salam, Alenna.
InsyaAllah, jika ia subur menghijau, apa lagi jika berbuah lebat, ia akan menjadi tarikan. Untuk pelancong luar bolehlah diiklankan sebagai "3 sisters mango". Angan-angan! Sebenarnya sedang fikirkan dgn serius di mana nak tanam sebab bimbang tak terjaga. Kan tengah laksanakan projek "mudahkan hidup"!

Temuk said...

Khai♥Rin : anies
Ha tu lah, kena belajar jampi Pak Temuk, hihihi.

Macam kalau kita ke Medan, kan boleh bawa balik buah salak dengan buah pisang kaki berkotak-kotak, tak ada siapa yang marah. Tapi orang Kementerian Pertanian mungkin tak suka, sebab takut ada jangkitan kepada tanaman kita.

Temuk said...

KASIHIBU
Rahsia sejukkan tangan = selalu siram pokok. Bila tangan kerap basah kena air semasa menyiram, tangan kan jadi sejuk. Logik tak formula Paman ni? Semoga kasihibu sekeluarga sihat sejahtera selalu.

Temuk said...

MARINA MONROE @ NANIE
Wa'alaikumussalam, Marina Monroe.

Mudah-mudahan, dari 3 tunas yang membesar nanti akan ada baaanyak dahan dan ranting. Hatta..... baaanyak buahnya. Jauh lagi perjalanan si Tunas Telu. Terima kasih di atas doa.

ahmad humairi said...

السلم عليكم ورحمة الله

Ini kes seludup!!!

Tak apa lah sebab buahnya sudahpun dibayar. Nanti bolehlah disebarluaskan ke seantero Malaysia macan sejarah biji getah tu......
namakan PELAM TETELU (Pelam Temuk Telu)...hehe

ctpayong said...

السلم عليكم ورحمة الله

memang betol...pelam di sana lansung tiada rasa masamnya. sekarang kakCT dalam proses semai benih mahkota dewa. katanya in sya Allah penawar segala. nnt kalau sudah menjadi, kakCT share jugak pada Temuk.

ummuaidan said...

Asssalam pak temuk...semoga sihat sejahtera hendaknya...
pak temuk ke lombok tidak intai2 kah..gadis malaysia kat sana mana tahu ade yg dilarikan dek pemuda lombok berkelana disana...heheh
bagusnya dapat mangga wotu telu tuh..nanti bila dah berbuah simpan benihnya yer pak temuk ..mana tau balik dr fiji hendak jg merasa mangga wotu telu...heheheh

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam Cikgu Humairi

Buahnya budak-budak tu beri. Tapi Pak Mail kawan Pak Temuk beri depa tips. So, buah dah halal. Tentulah termasuk bijinya. Yang tak sah statusnya ialah membawa masuk biji itu ke Malaysia. Tapi tak niat nak seludup, sebenarnya. Cuma niat nak bawa balik. Macam satu masa dulu, bawa balik pakai kotak buah pisang kaki dari Medan. Satu rombongan beli. Kastam kita pun tak ada masalah.

Bagus nama Pelam tetelu tu. Jangan salah tafsir sudahlah. Dah tahu calon yang bakal dipangkah ke, Cikgu?

Temuk said...

CTPAYONG
Wa'alaikumussalam. Pak Temuk ada singgah satu pasar yang penuh sesak dengan bakul-bakul + kotak-kotak besar berisi mempelam yang bakal dihantar ke Pulau Jawa. Rasanya, jenis "harum manis". Packing mereka simple saja. Tak samalah dengan kotak buah FAMA kita, hihi.

Semoga mahkota dewa ctpayong tumbuh subur. Buahnya kan yang "magical" tu? Elok juga kalau dengan memakannya nanti jadi lebih sihat + boleh jadi lebih produktif memblog.

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam. Nampaknya ummuaidan kena kira betul-betul tahun bila nak balik ke Malaysia supaya masa tu boleh dijangka mempelam Telu Pak Temuk tu dah berbuah. Ni tengah pening juga, nak tanam kat mana. Projek "mudahkan hidup" sedang "on". Maknanya menanam pokok baru di kawasan rumah tak digalakkan. Mungkin bawa balik ke kampung nanti sebab tengok yang lepas-lepas ni, mempelam boleh juga hidup subur di sana.

Pak Temuk tak berani nak mengintip kalau-kalau ada wanita Malaysia yang dilarikan para Lombokians masa tu, hihihi. Takut mereka patahkan tangan Pak Temuk. Juga takut kalau si cantik yang diselamatkan minta Pak Temuk $$$ tambang balik, kihkih. Juga takut lain kali Lombokians tak beri Pak Temuk visa ziarahi pulau indah mereka lagi.

Al-Manar said...

Saya tak pernah kesana. Tetapi banyak mendengar nama ini disebut tentang gadis Melayu lari kesana. Sembahyang 3 kali dan sebagainya memberi saya satu perasaan aneh tentang tempat ini yang tentu banyak sejarah tentang orang asli dan ugama yang dianuti. Bolehlah Pak Temuk ringkaskan sedikit untuk tatapan yang kurang ilmu sejarah.

Temuk said...

AL-MANAR
Minta banyak2 maaf sdra al-manar sebab Pak Temuk tak berani mahu bercerita tentang masyarakat Lombok dengan agama mereka itu. Sebenarnya tak punyai ilmu mengenainya!

Memang kadangkala kita tak benar2 menyedari (atau menerima hakikat) akan kepelbagaian cara Islam difahami dan dipraktiskan oleh bermacam2 kelompok manusia di dunia ini. Walaupun dalam sebuah negara yang sama, pemahaman, pengamatan dan penghayatan Islam di kalangan penganutnya boleh jadi berbeza. Malahan, perbezaan itu boleh jadi amat menonjol. Hal begini, rasanya, agak ketara di Indonesia.

Pak Temuk pernah dimaklumkan akan adanya buku yang ditulis oleh antrolologis (pengkaji budaya) Sweden berikut mengenai kumpulan orang Sasak di Lombok yang mengamalkan wotu telu:
Sven Cederroth (1981), The Spell of the Ancestors and the Power of Mekkah: A Sasak Community on Lombok. Terbitan Acta Universitatis Gothoburgensis.

Satu lagi buku (karya antropologis lain) memperihalkan tiga kumpulan orang Jawa (Abangan, Santri,dan Priyai)di Pulau Jawa yang menampakkan penghayatan dan pengamalan Islam yang berbeza darjah "purity"nya: Clifford Geertz (1976), The Religion of Java. Terbitan University of Chicago Press.

Maklumat mengenai buku2 di atas, termasuk "reviews" dan pemesanan, boleh dilihat melalui "google search".

insan marhaen said...

ibu_suri selalu ajak IM pi Indonesia tapi IM selalu tolah. IM tak minat jalan-jalan tanpa tujuan!

Temuk said...

IM
Semoga IM dan ibu_suri sihat-sihat selalu.

InsyaAllah, satu hari nanti sampailah IM dengan ibu_suri ke Indonesia. Kira tujuan melanconglah.... sambil memenuhi hajat ibu_suri. Saya dgn famili rasa puas hati juga semasa menziarahi Medan, Bandung, Jogja & Lombok. Kalau tempah AirAsia awal biasanya boleh dapat tiket harga rendah sikit. Hotel boleh ditempah on-line. Kalau dapat pemandu pelancong yang baik, insyaAllah ziarah kita akan menyeronokkkan.

al- lavendari said...

sungguh jujur jawapan remaja tersebut .. kalau mereka duduk di Jakarta mungkin berbeza pembawaan mereka.

saya perhatikan kanak2 perempuan itu kalau tak silap saya hanya berkaki ayam.

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Kalau di Jakarta mungkin kami akan "dipaksa" membeli mempelam mereka. Desakan hidup di Jakarta dengan di Lombok boleh membentuk personaliti orang yang berbeza-beza agaknya.

Tajam penglihatan orang lama. Memang benar, si anak perempuan itu tidak berlapik apa-apa kakinya.

Kakzakie said...

Alhamdulillah tangan sejuk ni. Tapi kakak rasa pasal dari Wotu Telu jadi tiga ajelah tunas tu. Itu pun kalau menjadi tiga pokok dah beruntung...

makchaq said...

Salam Pak Temuk

Memang dah sebati jiwa petani ke pekebun? dalam diri Pak Temuk ni..

Walaupun berusaha untuk memudahkan hidup tapi ada jugak benih baru yang disemai..

Harap2 yg ni tak mengikut jejak belalai gajah.. makchaq doakan biaq dia cepat berbuah.. kot2 makchaq boleh rasa.. he he

Temuk said...

KAKZAKIE
Alhamdulillah. Ada kemungkinan besar Tunas Telu akan ditanam di kampung. InsyaAllah, kalau tunas-tunas yang telu itu baik keadaannya. Semoga menjadi + benar-benar beruntung.

Temuk said...

MAKCHAQ
Dah suka pokok, sampai bila pun pantang jumpa pokok. Tapi memang nak kena kuat disiplin la ni, makchaq. Disiplin "mudahkan hidup". Anakbenih dari Lombok tu rasanya akan dimigrasikan ke kampung. Kat sana, dia nak membesar macam mana pun tak ngapa.

Ingat pula makchaq kat si Belalai Gajah. Dia tu suka mabuk daun. Baru saja kena pangkas dahan-dahan dia. Tak mai pun bunga dia. Dalam pelan, Belalai nak kena "go" juga nampaknya. Sehari buang sedahan, lama-lama habis sepokok - itu cara kerja terbaik bagi warga emas.

Anonymous said...

I'm really loving the theme/design of your weblog. Do you ever run into any browser compatibility problems? A handful of my blog audience have complained about my site not working correctly in Explorer but looks great in Opera. Do you have any ideas to help fix this problem?

Review my blog post: premature ejaculation pills

sudipVSsenduk said...

Assalamualaikum.
Masa ke MATA Fair hari tu, ada 1 agensi ni memujuk saya supaya melancung ke Lombok. Tetiba saya teringatkan cikgu, hahaha.

Apa yg ditanam cikgu semuanya menjadi... cemburunya saya.

Temuk said...

ANONYMOUS
Thanks for dropping by. Fortunately I've never run into any browser compatibility problem. Sorry that I wouldn't be able to assist you in any way to fix the problem you've mentioned. Frankly, my knowledge of the computer is very limited. Have a nice day!

Temuk said...

sudipVSsenduk
Wa'alaikumussalam. Semoga sVSs dan keluarga sihat sejahtera selalu.

InsyaAllah, satu hari nanti sampailah ke Lombok. Fesyen kita melancong lain sedikit. Saya jumpa Mat & Mak Salleh di pantai-pantai Lombok. Mereka fokas ziarah utk sesuatu aktiviti khusus berhari-hari, spt tinggal di kawasan pantai & menyelam + snokeling. Kita ni suka lihat sebanyak tempat yang mungkin, jadi macam touch & go.

InsyaAllah tanaman semua orang boleh menjadi kalau penanamnya memang berminat. Jadi tak jadi (walaupun kita perlu berusaha) semuanya pastilah dengan kehendak Allah jua. Ceria selalu!

ckLah @xiiinam said...

Paman...kalau berbuah nanti, buahnya dikira buah seludup tak? Hehe...

Njaluk telu yo pelem eh...

Temuk said...

ckLah@xiinam
Hihi, biji mempelam yang diseludup. Pokoknya warganegara, begitu juga buahnya. Yo piro-piro angger woh.

Rohani M.U said...

Assalammualaikum wbt Cikgu.
seronok makan angin :)

Temuk said...

ROHANI M.U.
Wa'alaikumussalam Cikgu Rohani. Semoga sihat sejahtera. Seronok ke negara orang, sebab berpeluang melihat keadaan fizikal dan budaya masyarakat tempat lain. Dan mengatasi segala-galanya, dapat melihat semuanya itu sebagai aturan dan ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa.