Saturday, June 8, 2013

DIA YANG TAK SABAR campur CERITA MADU

Dalam sebungkus, buah yang Pak Temuk beli ni, ada 3 ulas. 
Harganya, RM3.00. Kata yang menjual, namanya Nangka Madu.

 

Nampaknya benda-benda madu memang bernilai tinggi. Pasal itu banyaklah benda
yang boleh dimakan hari ini yang di"madu"kan dek penjualnya. Biasa dengar kan... mempelam madu, nangka madu, tembikai madu, jambu air madu, limau madu, beriani ayam madu.....


Yang madu betul tu, maksud Pak Temuk "madu lebah", lagilah mahal. Apa lagi madu lebah
yang susah kita nak cari, macam madu tualang, madu camuk, madu kelulut.... Atau manuka honey yang dah banyak dimasukkan ke tanah tumpah darah kita ni dari luar negara.

Pak Temuk pernah bungkus-bungkus madu jadikan buah tangan masa kendurikan anak. InsyaAllah madu tempatan-tulin. Dapat daripada satu syarikat Bumiputera terkenal di Cameron Highland.


Pak Temuk ada  nak pesan sikit. Jauhkan diri daripada madu lebah yang harganya
menarik (yang murahlah tu!). Pak Temuk pernah beli yang jenis tu. Bila dicampurkan dengan satu jenis tepung minuman "malt" segera, hasilnya cairan yang dekat-dekat rupa air kopi! Kedua-dua bahan sudah Pak Temuk buang dengan perasaan geram yang mengaum.

Balik kepada cerita Nangka Madu tadi. Sebenarnya bukan ada apa pun nak cerita.
Cuma nak kisahkan ketidaksabaran si biji nangka. Tak sabar-sabar nak tumbuh!


Dok ada dalam uleh lagi pun diya dah mola beghakaq. Melilit-lilit akar dia!

Tapi baguslah. Pak Temuk lagi seronok nak langsungkan penyemaiannya. 
Beli pun memang dengan hajat nak ambil bijinya. Insya-Allah akan lebih cepat bertunas.

Tambah-tambahlah bila sekarang ni, nampaknya cuaca setiap
petang tak beri Pak Temuk peluang nak memendekkan rumput.

Kata nak kurangkan tanam-tanam dah. Lagi pun kenapa tak beli anakbenih
cantum? Hihihi, usah tanya.Tapi kalau tanya, Pak Temuk nak kena jawab jugalah.
 

35 comments:

ummuaidan said...

Assalam Pak temuk..
Madu kat sini rsnya lebih murah lagi..madu asli lah sebotol besar botol sos tuh boleh dpt dlm $10=RM16..selalu guna wat makan ngan oats.hehe
Orang kat sini kalau pak temuk nak tahu agak pelik jgk..buah nangka jrg dijual dipasar, tp jerami nangka yg putih tuh banyak lak dijual..diorang buat masak cam kari lah tuh...
ms kecik2 dulu butir nangka tuh suka rebus..pastuh makan..sedap..:)

Al-Manar said...

Kebetulan sebiji nangka (katanya madu tapi tak sepertinya) saya petik dua hari lepas hadiah kan kepada orang. Ada lagi empat biji yang mula tua. Memang tak termakan semenjak mula berbuah.

Baru kelmarin isteri kutip okra merah untuk dimasak. Terkenang yang baik hati memberi benih. Semoga dipanjang TYuhan umurnya sekeluarga dan sehat walafiat.

Dalam hhati berkata kalaulah dapat saya dapat menguruskan halaman rumah sebagai Pak Temuk!

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam ummuaidan.

Madu tempatan biasa, dalam botol +- 450gm = +- RM20. Kalau madu kelulut (lebah kecil-liar), boleh mencecah ratusan RM. Madu+oats (+ susu rendah-lemak) memang kegemaran Pak Temuk juga.

Serupalah, biji nangka rebus juga jadi makanan Pak temuk dulu-dulu. Sekarang, nangka yang muda biasa dimasak lemak. Nangka madu tu tempoh hari banyak jeraminya, tebal-tebal. Penjual tak membuangnya. Rasanya pun macam isi nangka sebenar.

makchaq said...

Salam Pak Temuk
Memang la ni semuanya madu...
Pasai beriani ayam madu tu makchaq tak heran, pasai dah tau bapak ayam memang kawin banyak...jadi ayam menang dah besa dimadu dan bermadu..harga madunya pun sama macam yang tak madu..

Hat madu lain tu susah nak buat, orang hat nak buat pun jenuh berusaha, dah dimadu pun kadang2 tak berjaya, tu yang bila berjaya dimadu dan manisssss jadinya...... memang la sangat berharga...

Nangka memang x sabaq pokoknya, kalau ambik yg dah berbau wangi kat pokok selalu ada butir dia yg dah tumbuh akaq. Elok jugak pak temuk tanam.. Boleh kita tengok kalau madunya kekai berpanjangan...

Madu tualang mahai, tapi mahai lagi madu kelulut
walaupun rasanya masam..

Ummi Kami said...

Assalamu'alaikum Pak Temuk.. :)

Segenggam kecut jerami dihimpun,
Himpun berasap padi sejunjung;
Salam seraut Ummi berpantun,
Pantun mengharap sudi berkunjung.

Tumboi terjulur putih terbuka,
Kelapa tua sekantung santan;
Amboi subur benih buah nangka,
Apa petua tolong tunjukkan.

Temuk said...

AL-MANAR
Sayu pula hati mendengar ada lagi 4 biji buah "Jack" sdra al-manar yang mula tua. Bayangkan, berapa ratus ulas ada di dalamnya, sedangkan kita mahukan 3 ulas pun kena beli (pasal tu nak juga cuba tanam sendiri!). Buah nangka di tanah berpasir pasti unik rasanya.

Alhamdulillah, okra merah ada hasilnya. InsyaAllah, yang lebih menyelerakan bukanlah sangat okranya, tetapi masakan isteri.

Sebenarnya, bila sudah pencen saya pernah berangan-angan untuk berhutang-hutang cari tanah kecil di kawasan tepi laut, supaya senang dapat makanan laut segar. Kalau ada kerelaan sang isteri + dapat tanah berdekatan sdra, boleh sangatlah saya tumpang keluarkan peluh bantu uruskan halaman dan taman sdra al-manar.

alenna abbas said...

Saya tak boleh makan nangka, perut sebu, angin.....tapi suka pula gulai nangka! Di Melaka ada produk minuman kesihatan, air limau bermadu...very refreshing. Minum sikit-sikit sebab harganya, tinggi! Semoga biji nangka yang disemai akan menjadi,dan Pak Temuk pun tak sabar menunggu..hee, hee...

Temuk said...

MAKCHAQ
Wa'alaikumussalam, makchaq.

Makchaq dah silap, hihihi, beriani ayam madu yang dok ada tu ayam-ayamnya tak dan nak kawin pun! Lepaih kena enjek ubat, gemuk, teruih kena potong, masuk dalam nasik.

Pak Temuk pernah ikuti geng mencari madu tualang di Pedu, Kedah (selain di Ng Sembilan). Geng Pak Teh (sekarang dia dah pencen memanjat) di Kedah memang terkenal. Tengok depa memanjat pokok tinggi-besar, dalam gelap-malam, memang padanlah harga madunya tinggi. Menyabung nyawa! Madu masam si lebah kelulut memang mahal (rasanya itu madu tempatan termahal di Malaysia) sebab memang susah nak cari. Yang ditakuti, mahal harganya, sintetik madunya!

Adry@Daun said...

As salam Pak Temuk,

Saya antara peminat buah nangka yang pantang nampak ada orang jual nangka. Mesti nak beli.

Biji benih yang bertunas dan hampt bercambah dalam buah/isi adalah satu kebiasaan bagi hampir semua spesis nangka. Biji benih mudah bercambah tapi anak daripada biji lambat berbuah walaupun ia lebih cepat membesar. Kualiti buahnya juga tak sama dengan anak daripada cantuman mata tunas(kahwin). Saya juga ada tanam pokok nankga madu mengguna biji benih. Tak sampai setahun pokoknya dah boleh dipangkas kerana pembesaran agak cepat.

Temuk said...

UMMI KAMI
Wa'alaikumussalam, Ummi Kami

Segenggam kecut jerami dihimpun,
Himpun berasap padi sejunjung,
Di jalan raya landai ke kiri;
Salam disambut hati meruntun,
Bersantun berharap akan berkunjung,
Jalan di maya tak pandai cari!

Wargamas ini memang tak mahir simpang-siur di maya. Maaf. Ada rezeki, sampailah dia... dan petuanya:

Tambah lebur si kuntum permai,
Lerai punah mentari membahang,
Punah rupa kekeringanlah ia;
Bercambah subur sebelum disemai,
Semai di tanah dengan disayang,
Usah lupa iringilah doa.

Temuk said...

ALENNA ABBAS
Hihi, lain perut lain bolehnya, lain tak bolehnya. Patut lebih bersyukurlah perut yang apa-apa pun boleh. Rasanya, tiada perut yang apa-apa tak boleh.

Tak mengapalah tak boleh nangka masak tapi boleh gulai nangka; cuma nampaknya setiap kali kepinginkan "rasa" nangka, kenalah memasaknya. Maaf, melalut-lalut pula Pak Temuk. Memang tak sabar menunggu bijibenih yang sudah dibegkan itu bertunas!

Temuk said...

ADRY@DAUN
Wa'alaikumussalam, Adry.

Pak Temuk suka isi nangka yang tebal, kurang manis dan tak berair. Yang dibeli tempoh hari memang "nombor one". Memang teruja nak lihat tumbesaran bijibenih itu. Nak tanam sepokok di tepi rumah, untuk jadi payung (+ buahnya, mudah-mudahan!), menggantikan pauh Belalai Gajah yang sudah kesekian lama nampaknya tak memberi harapan! Pak Temuk tentunya suka nak minta berkongsi pengalaman dengan Adry berhubung pengawalseliaan sang Nangka ni.

Nizam.Ariff said...

kalau 3 ulas harganya RM3, jatuh seulas RM1. Besar2 kut ulasnya...

Aku tak dapat nak bezakan nangka madu dan yang bukan madu. Bagi aku nangka cuma ada dua jenis sahaja: nangka berbuah manis dan yang tawar.... hahaha

Temuk said...

NIZAM.ARIFF
Sepatutnya kita timbang, tengok berapa gm yang cajnya RM3 tu, kan? Tak kiralah bijinya kecil atau besar. Penjenisan Nizam tu wajar - berasaskan rasa (manis-tawar, sedap-tak sedap, dll). Bila dah hujung bulan, masa kerja dulu, Kang Temuk jeniskan semua barang berasaskan harga (mahal-murah), dan semuanya jadi jenis mahal sebab masa tu RM sudah "ilek".

azieazah said...

Lama sungguh saya tak makan Nangka. Apalagi nangka madu segala ni. Berasa lagu payah nak jumpa orang juai nangka la nih. Kot ada pun pasar malam, tapi saya tak berapa rajin plak nak pi pasar malam...

insan marhaen said...

Madu lebah takut kena kencing manis. Nangka madu takut dihinggap 'angin'

Pendekata... bab madu ni kalau tak kena gaya... penyakit belaka.

Ummi Kami said...

Assalamu'alaikum izinkan Ummi berpantun sekali lagi ya :)

Siulan kenari sayu menyapa,
Makan ceri tidak berdaun,
Pohon rendah bertanam mati,
Dahan berpapan sebiji paku;
Berbulan mencari baru berjumpa,
Tuan jauhari bijak berpantun,
Pantun terindah di dalam hati,
Akan disimpan menjadi buku.

Ummi sebenar memang peminat pantun no one, blog Ummi pun masih baru dan di blog yang baru inilah Ummi mula menapak untuk mengarang pantun..sebelum ini Ummi memang sentiasa mencari rakan-rakan pemantun seperti Pak Temuk yang kiranya orang lama yang sangat Ummi hormati dan juga beberapa orang rakan orang lama yang Ummi dah jumpa dan baru kenal seperti Pakngah Lavendri dan lain-lain...Ummi sangat teruja dan berbesar hati dapat berkenalan dengan orang lama seperti Pak Temuk dan ramai lagi...harap sudi dapat kiranya Pak Temuk beri pandangan tentang blog dan pantun-pantun Ummi...terimakasih Pak Temuk kerana sudi membalas pantun Ummi...ya :D

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
dah cukup tualah tu biji nangka sampai melilit-lilit akarnya.
Masa kecil-kecil dulu, kalau batuk ayahanda suapkan kami dengan satu sudu madu.Tapi rasanya sangat berbeza dengan apa juga jenis madu yang pernah Amie beli sekarang ni. Entah madu tulin atau madu campuran atau juga madu buatan... Amie pernah makan cebisan sarang lebah, sedapnya!

Temuk said...

AZIEAZAH
Kalau dah lama tak makan, kena cepat cari, Azieazah. Nanti jadi "tak lalu" pula memakan buah istimewa tu. Di Kawasan Pak Temuk, ada 3,4 "stesyen" nangka di pinggir jalan. Semua menjual nangka madu yang berulas besar-besar tu. Selalu saja teragak-agak nak berhenti membeli. Lain kali, teringat saja nak beli, kena terus berhenti dan beli. Pak Temuk biasa juga tengok ada dijual nangka madu + yang bukan-madu di pasaraya Giant dengan Jaya Jusco.

Temuk said...

IM
Ya, madu = gula. Orang yang diabetik kenalah berhati-hati bila mengambil madu. Tapi kalau organ yang memproses gula dalam badan kita ok, insyaAllah tiada masalah. Yang madu ber4 itu pun, kata yang pakar, kalau bijak mengurus-tadbir, ok juga akhirnya. Bukan tujuan nak galakkan... hihihi.

Ada orang yang memang tak makan nangka kerana takut perut jadi berangin. Tapi ada juga jenis yang bila perut berangin, boleh + banyak pula mereka "melepas"kan angin dan lega. Jadi, dapat makan buah + selesakan perut. Yang bermasalah, angin masuk, angin tak keluar. Ceria selalu!

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam, Amie.
Sampai sekarang Ayah sendiri pun gunakan madu sebagai ubat batuk, atau campuran kepada ubat batuk yang doktor beri. Doktor punya tak cukup bagus, hihi. Dalam tulisan mengenai Vermont Folk Medicines, madu + perahan lemon dianggap penawar batuk yang jempolan!

Memang ada madu buatan. Pernah ada dokumentari dalam TV mengenainya. Madu tempatan (lebah liar atau ternakan) boleh kita percayai kalau kita tahu pengeluarnya. Madu begitu biasa juga dijual di farmasi, dipakejkan dengan cantik, atas nama syarikat rasmi. Ayah suka madu dari kawasan kelapa, juga kelapa sawit yang kemerah-merahan itu. Juga madu bunga manuka, dari New Zealand atau Australia.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Baru dapat peluang 'merayau' lagi.

Nampaknya takde canle nak merase 'buah tangan' kenduri tu....huuu...

ermmmmm....madu...memang enak!
...madu kelulut - saya pernah colek sket suatu masa dulu sebab dia bersarang kat lubang kunci pintu stor sekolah, fuhhh! bersiul weh manehnye!!!!

ermmmm....skali lagi. Bermadu agaknye maneh jugakla ye????hehe.

(....maaf kerana tidak menerima respon dari saya di Blog saya yang satu lagi tu...ia membisu beribu makna....maafkan saya.)

sudipVSsenduk said...

Assalamualaikum cikgu :)

Saya tak setuju kalau org kata makan biji nangka rebus, nnti kentut berbau busuk. Eleh, kalau tak makan pun, kentut mmg selalunya berbau kan...

Perihal nangka:

org lain makan nangka,
org lain terkena getahnya :)

dr cempedak baiklah nangka,
drp tidak baiklah ada.

hendak gugur-gugurlah nangka,
usah menimpa si dahan pauh,
hendak tidur-tidurlah mata;
jgn dikenang org yg jauh.

Wassalam.

Azian Elias said...

Assalam Pak Temuk...


suami saya siap bagi tau.. ada petai madu lagi.. saya kata, u ni kan meleih2 betull.. sibuk sangat dengan madu madu bagai ni..

saya until now masih makan madu dari Kashmir. my kashmiri fren bagi 5 botol ari tu. 1 bagi org. tinggal lagi 3 sebab dah habis sebotol .. now pepagi i breakfast bread butter and honey.. sedap gak...

ckLah @xiiinam said...

Syarikat bumiputera di Cameron tu Al Bukhari ya paman?

Masa umur 3+ tahun, suatu hari anak saya Bin melalak-lalak menangis. Katanya 'binatang madu' gigit dia. Rupanya kena sengat lebah...

Temuk said...

UMMI KAMI
Wa’alaikumussalam, Ummi. Amat dipersilakan untuk menghiasi laman Pak Temuk yang gersang dengan pantun-pantun subur Ummi. Bila-bila saja!

Menimba di laman di kali berhimpun,
Berpeluhlah diri dibakar mentari,
Siatkan buluh buatkan saliran,
Isi tempayan dengan airnya;
Hamba bertaman sesekali berpantun,
Jauhlah dari bergelar jauhari,
Keringatkan tubuh giatkan fikiran,
Mengisi perjalanan diri menua.

Alhamdulillah, ada pemantun gigih seperti Ummi dan juga yang lain-lain. Yang beriltizam tinggi, berusaha penuh dedikasi, mempertahan dan memperkembangkan pantun melalui media elektronik yang hebat ini. Ikhlas dan benar, Pak Temuk tidak setangga dengan kalian. Hanya sesekali memantun, pun bukanlah bersantun hasilnya. Sekadar memenuhi ruang ‘keinginan’ pada kala-kala tertentu. Teruskan usaha murni Ummi itu, insya-Allah pendukung-pendukung pantun gagah yang lain akan bersama. Pak Temuk tetap akan mengintai-ngintai, turut menyanyi, pun pincang bahasa dan bunyi.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam Cikgu Humairi,

Minta maaflah, Cikgu. Dah habis pula peluang nak buat kenduri kawin lagi. Maksudnya kahwinkan anak... hihihi. Nak buat camne, nampaknye memang tak upaye le nak bagi cikgu mengahse buah tangan kendughi yang dah betaun tu....

Semua jenis madu, manis. Tapi, tetap ada yang punyai rasa masam atau pahitnya, sedikit. Yang berasa masin, belum pernah pula didengar atau rasa. Yang manis-pedas-panas pun ada, kan? Teringat pula kisah Madu3 PRamlee.... Ceria selalu, Cikgu!

Temuk said...

sudipVSsenduk
Wa'alaikumussalam, sVSs.

Pak Temuk setujulah dengan apa yang sVSs kata tu. Tapi mungkin betul juga, kalau kita makan biji nangka rebus, yang "dilepaskan" tu lebih tinggi darjah keharumannya berbanding dengan "lepasan" yang biasa-biasa, hihihi.

Reaksi Pak Temuk mengenai perihal nangka (dalam kandungan):

org lain makan nangka (tokoh makan!), org lain terkena getahnya (kesian, tak pakai sarung tangan ke dia?);

dr cempedak baiklah nangka,
drp tidak baiklah ada. (Ada pula yang nakal-rajin mengusik orang, berkata, kalau mahu berumahtangga, daripada budak baiklah ....);

hendak gugur-gugurlah nangka,
usah menimpa si dahan pauh,
hendak tidur-tidurlah mata;
jgn dikenang org yg jauh.
(kalau pun tak boleh tidur, baiklah ditenung yang tidur di sebelah tu!).

Ceria selalu, sVSs!

Temuk said...

AZIAN ELIAS
Wa'alaikumussalam, Yan.

Sibuk dengan hal petai madu, malah tempe madu pun, tak menagapalah tu. Berani setakat tu lah tu, hihihi.

Wow, madu dari Kashmir tu mesti jempolan! Tak pernah lihat di pasaraya tempatan. Pak Temuk jangka mungkin madu dari bunga-bunga rendah. Dari macam-macam jenis bungakah 5 botol tu? Roti bakar bersapu mentega + madu (apa lagi jenis unik, tulen tu) mestilah menyelerakan. Kalau jemu masa botol ke 4, untuk memanfaati yang baki tu tahulah Yan nak hubungi siapa.

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Syarikat tu bernama al-Mashoor. Lupa ejaan dan nama penuh sebenar. Pemiliknya juga punyai homestay dan hotel selain daripada ladang stroberi. Pernah jumpa dia semasa buat pesanan di masjid UPM, kebetulan masa itu dia turun ke KL. Pasal nama kita pun ada dalam buku resitnya (hihihi), pernah dapat jemputan kenduri di rumahnya di CH. Rugi betul tak dapat pergi. Kalau tak, mungkin dapat "berkat" sebakul stroberi + jem.

Kesian si Bin, kecil-kecil lagi dah disengat tawon. Mujur tawon madu. Kalau tawon ndas, memang bahaya. ckLah ke yang cabut sengatnya?

Kakzakie said...

Kakak ni pun sebenarnya kalau beli benda depan ada bunyi madu terus teruja walau entah betul entahkan tidak. Benih dah cambah sebelum tanam macam dah bertuah betullah ni Pak Temuk.

Sunnah Rasullullah dijadikan cenderahati berapa banyak dah fadhilatnya tu Allah sajalah yg tahu. Syukur alhamdulillah bagi idea cantik buat kakak - in the future hihi... berangan dulu tak apa kan...kan..

Rohani M.U said...

Assalammualaikum wbt Cikgu.

Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt. Menarik juga makanan Rasulullah SAW ini dijadikan cenderahati pada majlis-majlis tertentu Cikgu. Idea yang menarik yang mungkin tidak pernah difikirkan selama ini.Ada rezeki saya nak cuba idea cikgu ni.
Lebah adalah antara nama binatang yang disebut dengan terperinci kerjayanya di dalam al-Quran. Hal ini boleh didapati di dalam al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya."
Terima kasih Cikgu berkongsi cerita. :)

Temuk said...

KAKZAKIE
Memang perkataan madu orang gunakan sewenang-wenangnya hari ni utk memahalkan barangan mereka. Perkhidmatan saja nampaknya orang tak labelkan sebagai bermadu: belum ada rasanya Latihan Fotografi Madu, Kursus Menanam Pisang Madu, Kursus Menjahit Madu, atau seumpamanya.

Sampai sekarang saya tak percaya Ayam Goreng Madu diadun dalam madu sebelum digoreng, apa lagi madu tulen. Kalau betul, tentu amat mahal harga gorengan itu!

Bila sampai masanya kakzakie boleh buka internet, cari Syarikat al-mashoor di Cameron Highland tu (bukanlah nak promo); tapi tentu dah banyak syarikat-syarikat lain masa ni. Agak-agak berapa tahun lagi, kakzakie? Hihihi.

Temuk said...

ROHANI M.U.
Wa'alaikumussalam wbkt., Cikgu Rohani. Aameen, InsyaAllah.

Terima kasih mengingatkan saya balik kepada surah al-Nahl itu. Sememangnya, lebah adalah antara pilihan Allah untuk berbakti kepada manusia. Teringat pula saya akan berhati-hatinya pengambil madu tualang supaya tidak banyak lebah yang mati dalam proses madu diambil. Mereka tinggalkan sarang berisi anak agar generasinya boleh berterusan. Allah telah sebut awal-awal lagi rupanya, supaya lebah bersarang juga di tempat-tempat yang manusia buat. Hari ini, industri madu amat pesat berkembang di merata dunia, melalui ternakan lebah, dan ekoran ketaatan lebah kepada perintah Allah agar mereka bersarang di kotak-kotak lebah yang manusia sediakan. Ketemu lagi.

sot said...

Madu Lebah berkhasiat buat penawar. Tapi madu lebah yg tak asli tak gerenti la kot. Kalu nangka madu dan pelbagai buah lain yng dinisbah kpd madu ni dpt jadi penawar jugak kah? atau bisa jadi racun? atau pembawa penyakit? Apapun rasanya setakat makan sikit2 takde masalah.