Thursday, September 26, 2013

TANPA KEHADIRAN RAKAN BUDIMAN..... TIADALAH PERTEMUAN

Tingkatan VI (1966-67) Sekolah Aminuddin Baki (SAB), Kg. Pandan, Kuala Lumpur  - Itulah Tingkatan VI pertama di SAB, juga pertama (dan terakhir) yang beraliran Inggeris. 

Itulah kami. Kelas gah seramai 32 orang yang didatangkan dari Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. (Sila Klik pada gambar untuk besarkan saiznya).
 
1966: Tingkatan VI Rendah, dgn Guru Kelas, Miss Marsden.
1967: Tingkatan VI Atas, dgn Pengetua, Guru Kelas dan 2 guru lain.
Selesai peperiksaan Higher School Certificate (HSC) berpisahlah kami. Lepas itu adalah juga yang berpeluang ketemu. Macam semasa menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi atau semasa bekerja di sana sini.

Tak mungkin kita lupa siapa mereka. InsyaAllah!
Bila dah bersara, memang adalah juga yang terserempak kawan sekelas tu. Macam di sekolah anak atau cucu, di pasaraya, atau masa kenduri kahwin sapa-sapa. Itu pun lebih di kalangan kawan-kawan yang menghuni Wilayah Persekutuan atau Selangor.

Sebab adanya rasa "ada ramai yang lama tak jumpa", Temuk memang lama berhajat mengajak kawan-kawan tu berkumpul, bertemu muka, di rumah. Memanglah, sebelum itu pun pernah juga ada perjumpaan di rumah rakan di Bukit Damansara dengan di Kota Damansara. Tapi dah lama dah. Masa itu pula, lebih susah nak trace rakan-rakan. 

Dengan izin Allah, pada 21 September 2013 yang lepas, berkumpullah rakan-rakan di rumah Temuk di Bandar Baru Bangi. Selepas lebih 45 tahun meninggalkan SAB! Kira 3rd reunion lah!


Daripada kumpulan kelas kami seramai 32 orang, lima orang telah meninggal dunia. Temuk dapat hubungi 20 orang. Yang akhirnya hadir 14 orang (Mohd. Ali, Md. Ishak, Abdullah, Mohd. Shahibi, Ahmad Zakki, Bakri, Md. Zenon, Yusof, Shaharudin, Nordin, Aziz, Noralenna, Zaharah (Ampang), Siti Zubaidah).

Jadi 15 oranglah semuanya, termasuk Temuk. Dengan suami atau isteri, anak, atau saudara yang sempat bersama,  alhamdulillah adalah seramai 26 orang jadinya.

Kalaulah Zaaba, Abd. Menon, Mohd. Pilus, Sapura, Salha dan Zaharah (Sentul) yang memang bercadang untuk datang dapat bersama, tentulah lebih meriah lagi perjumpaan itu. Tapi, yalah, "rezeki berjumpa" dari Allah nampaknya memang setakat itu saja pada hari itu.

Terutama untuk para rakan yang sempat hadir, sudi menyepertikan jemputan Temuk yang tak sepertinya itu, silalah bersantai dengan gambar-gambar pertemuan kita itu.











Puteri kepada  Shaharudin.

Lepas baca doa. Kesian rakan-rakan kena makan di khemah. Apa yang adalah, ya. Maaf, yang jelas, air-cond memang tak ada!









 

Suami Noralenna, berbaju merah. Terima kasih Hj. Jaafar, di atas kesudian datang dari lokasi terjauh.... Melaka!
Terima kasih, Bakri (berkopiah putih). Dia membacakan doa. Semoga Allah kabulkan.


Terima kasih para isteri rakan di atas sokongan dan sudi bersama.




Temuk, Isteri (berbaju merah), Zubaidah & Noralenna



Semua warga emas ini jadi Pengarah Sesi Bergambar.


15 drpd 32 bekas perintis Tgkt VI SAB.Semua kelihatan lebih cun dari dulu!



Ramai-ramai sekali..... dengan suami, isteri, anak, saudara.....yang sempat bersama.




Sekejap saja rasanya masa berlalu. Dah nak balik dah bekas murid-murid ni....!
 

SILAKAN JUGA KE BLOG RAKAN KITA, Hjh. Noralenna Abbas (SEKILAU one) di   http://sekilau1.blogspot.com/2013/09/selepas-45-tahun.html#comment-form  Terakam cantik perjumpaan kita di situ. Terima kasih, Alenna!

MAAF BANYAK-BANYAK ya para rakan, di atas segala kekurangan Temuk dan isteri dalam perjumpaan kita itu.

TERIMA KASIH tak terhingga kepada para rakan budiman. Tanpa kehadiran kalian, tiadalah pertemuan!

28 comments:

Ummi Kami said...

Assalamu'alaikum Pak Temuk... :)

Berenang si angsa basah berlima,
Menanti di arus si pipit tua;
Terkenang semasa kisah bersama,
Hati terus digamit nostalgia.

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

UMMI KAMI
Wa'alaikumussalam Ummi Kami,

Tertebat sudu dek ilmu mestika,
Ilmuan tatap kilauan nan basah;
Terubat rindu dek ketemu seketika,
Pertemuan tetap permulaan berpisah.

PakMail said...

Pak Temuk,

Assalamualaikom. 45 tahun satu jangka waktu yang agak lama berbanding usia kita, Pak Temuk. Alhamdulillah, Allah pertemukan Pak Temuk dan rakan2 sekelas dahulu. Semuga pertemuan diberkati Allah dan Allah pasti memberi balasan baik kepada sesiapa yang suka menjalinkan tali silaturahim. Lebih2 lagi dengan mereka yang lama tidak bertemu. In syaa Allah.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Tak nyanyike lagu "Auld Lang Syne"?
Pasti menitiskan airmata bila bertemu dan berpisa....

Temuk said...

PAK MAIL
Wa'alaikumussalam PakMail. Lama kita tak bersua. Amat-amat benarlah, Pak Mail, 45 tahun itu satu tempoh yg lama. Hampir setengah abad! Memang seronok hati Pak Temuk dapat, dengan izin Allah, menyempurnakan hajat lama utk mengumpulkan rakan-rakan itu. Semoga Allah meredhai pertemuan itu dan ada ekoran-ekoran baik darinya. InsyaAllah lain kali lebih ramai yang dapat hadir bersama.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam Cikgu Humairi,

Nampaknya tak nyanyikan lagu tu pun ada yang basah pipi. Pak Temuk pun sediakan dalam kepala nak sebut macam-macam masa beri ucapan "selamat datang". Tapi, bila ucap dua tiga ayat awal pun rengkung mula rasa serak-sesak, dada semak-sebak, kelopak mata nak pecah ampangannya... hihi, tak jadi cakap panjang....

ngasobahseliman said...

Salam Pak Temuk. Seronok ye jumpa macam tu. Agaknya apa yang dibualkan yang menjadi asas pelan tindakan seterusnya. Maaf kalau macam busy-body Pak Temuk. sebab saya ada jumpa kawan-kawan lama walau pun tidak sebesar itu dan tidak menyorot sejauh itu. Saya dapati susah nak dapat suatu yang saya cari-cari. Kami bual-bual biasa.Saya cuba bawa tajuk our regrets in life and what do we do now to make good all our regrets, if any. At least try. I hope you know what I mean. Sikit-sikit adalah kawan yang faham saya. Saya pun buat biasa-biasa. Saya bermasaalah mendefinasikan silaturrahim untuk menjadikannya asas membentuk tindakan yang lebih konkrit dalam usaha mengisi ruang-ruang yang belum kita isi dalam pengabdian. Pak temuk boleh tolong saya?

Kakzakie said...

Masya-Allah... kakak terpegun dan kagum dgn kegigihan semua teman-teman Pak Temuk utk bersatu di majlis re-union ini. 45 tahun bukan jangkamasa yg pendik. Rasa kakaklah rata-rata sudah bercucu - meriah dan tentu banyak cerita. Apa yg kakak pasti semuanya mesti telah bersara dari jawatan yg bukan calang-calang sebelum ini...

Wak Gelas said...

siap ada gmbr hitam putih tuu.,tahun tu wak baru je lahir ke dunia.,uHuuu nmpk sunguh meriahnyerr..alhamdulillahh

Temuk said...

NGASOBAHSELIMAN
Salam, ngasobahseliman. Memang seronok berkumpul begitu, apatah lagi ada di kalangan kami yang tak pernah berjumpa sepanjang 45 tahun selepas meninggalkan sekolah! Temuk amat seronok sebenarnya bila melihat rakan-rakan seronok!

Baguslah kalau dalam pertemuan sedemikian kita boleh soroti bersama rakan2 "our regrets in life and what do we do now to make good all our regrets" macam yg ngasobahseliman katakan itu, dan bincang pula pelan tindakan. Tapi pada masa itu Temuk sndiri teruja dengan keceriaan rakan-rakan yang lama saling tak ketemu. Temuk rasa bahagia & bersyukur dapat, dengan izin Allah, menyambungkan tali silaturrahim yg terputus, atau yg terlonggar ikatannya. Kalaulah sbg kesan sampingan dari perjumpaan itu para rakan dapat lebih acap bertemu, mendukung kemuliaan silaturrahim, jadi amat indahlah natijah pertemuan itu. Kalau tidak pun, amatlah Temuk fahami komitmen & kesibukan para rakan masing-masing.

Temuk said...

KAKZAKIE
Benar, kakzakie. 45 tahun itu hampirlah dengan 0.5 abad! Memang, bukan calang-calang jawatan masing2 dulu (tak masuk Pak Temuk, tau!). Kebanyakannya kini memang berpangkat Datuk @ Embah atau yg setara dengannya! Yg "best" tu kan, kakzakie, walau sudah bertaraf emas, bila bertemu macam tu, gaya "budak2" Form VI masing-masing boleh kita lihat.... boleh kita dengar..... hidu dan rasai balik!

Temuk said...

WAK GELAS
Terima kasih mampir ke rumah Pak Temuk. Alhamdulillah kami dapat berkumpul walau sekejap. Memang amat besar maknanya pertemuan itu. Gambar hitam putih juga amat besar sejarah dan maknanya.... Wak gelas sebagai jaguh fotografi tentulah amat faham. Eh, nak kena intai2 balik foto2 Wak Gelas yang lepas2 tu, yg memang menarik & mengujakan...

insan marhaen said...

terasa cepatnya masa berlalu...

makchaq said...

Salam Pak Temuk

Teruja makahcaq tengok gambaq2 yang Pak Temuk bubuh ni.. Jelas nampak kegembiraan semua tetamu termasuk tuan rumah..
tuan rumah pun nampak senyum dalam gambaq ni... selalu serius..

Mesti semua seronok dengan inisiatif Pak Temuk untuk bergather2 selepas 45 tahun...walaupun tak semua dapat hadir, yg hadir mesti sangat seronok..

Temuk said...

IM
Semoga IM dan ibu suri sihat sejahtera.

Semakin kita menua, memang benar terasa, semakin laju berlalunya masa. Semakin singkat rasanya malam dan siang. Semakin banyak pula rasanya tugas yang belum dapat diselesaikan. Bersara tak bererti tak ada kerja, tapi lebih banyak kerja rupanya!

Temuk said...

MAKCHAQ
Lama tak dengaq habaq makchaq. Mintak-mintak sihat semuanya. Memang seghonoq jumpa depa-depa tu. Tekilan jugaklah sebab ada yg nak mai, last minute tak dapat mai. Nak buat camna. Rezeki dah lagu tu. Tuan ghumah tak ketahuan masa tu. Pikiaq balik, dok teghingat ghasa macam tak becakap banyak pun dgn kawan-kawan. Tapi takpa, depa sesama depa tak renti cakap sampai balik, hihi. Makchaq dapat jugak dok tengok Pak Temuk senyum no...

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
waduh... puas menatap foto demi foto yang panjang tersusun!

Bersua kembali rakan yang lama,
Pasti dikenang dikala gundah,
Sudah resam adat dunia,
Bertemu berpisah rezeki Allah.

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam Amie.
Puas menatap tak mengapa, jangan bosan ya Amie. Adalah elemen "tak rajin memilih gambar" tu. Pakai masuk saja. Lagi pun tak selektif semasa mengambil gambar. Jadi banyaklah yang walaupun lain tapi serupa!

Sesama kawan berkumpul lagi,
Dikenang kala ceria dan gundah,
Sesekali nanti ketemu lagi,
Di sana sini ketentuan Allah.

Al-Manar said...

Masih diizinkan Tuhan ramai dapat bertemu. Yang saya 1956 sudah tidak dapat lagi membuat perjumpaan. Ramai yang sudah pergi dan yang adapun ramai uzur. Inilah erti hidup - kalau kita memahami hakikatnya.

Temuk said...

AL-MANAR
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah atas keizinan-Nya itu. Dari yang 1966-67 itu pun, setakat ini +- 15% sudah tiada. Ada juga yg uzur. Biasa orang sebut, selepas 60, hayat yang ada pada kita = subsidi. Hakikatnya, dari asal dijadikan, kita sudah mula menerima subsidi. Salam bahagia.

sudipVSsenduk said...

Assalamualaikum cikgu..
Nampaknya tali silaturahim kembali erat setelah 45 tahun tinggalkan SAB. Pasti rasa sebak bila tiba masanya utk pulang kan. Agaknya bilakah dapat bersua kembali?

Aida Ali said...

Assalam Pak Temuk,
Boleh masuk Malaysia Books of Records tu. Tahniah atas kejelekitan kalian!

Temuk said...

sudipVSsenduk
Wa'alaikumussalam sVSs, semoga sihat ahli keluarga. Benarlah tu, kenangan lama boleh menyebakkan dada. Dah sampai tahap umur begini, berjumpa rakan-rakan lama juga menjadi satu terapi kerinduan dan kesunyian. InsyaAllah akan ketemu lagi... dalam kenduri-kendara.... atau satu lagi perjumpaan "rasmi". Jodoh dan "pertemuan" Allah penentunya....

Temuk said...

AIDA ALI
Wa'alaikumussalam Cikgu Aida.
Terima kasih. Semuanya berlaku dengan kehendak dan izin Allah jua.

MamaTim said...

Assalam Pakcik..

45years? MasyaAllah, that's my age hehe.. Friendship to stand this long a separation and still remaining as buddy-buddy as it once used to be is priceless to say the least.

Temuk said...

MAMA TIM
Wa'alaikumussalam MamaTim.
True friendship indeed is priceless. Apa pun, apa yang berlaku ke atas kita atau yang kita lakukan adalah dengan kehendak dan izin Allah juga. Semoga semuanya adalah yang membahagiakan kita. Have a nice day, MamaTim.

Temuk said...

MAMA TIM
Wa'alaikumussalam MamaTim.
True friendship indeed is priceless. Apa pun, apa yang berlaku ke atas kita atau yang kita lakukan adalah dengan kehendak dan izin Allah juga. Semoga semuanya adalah yang membahagiakan kita. Have a nice day, MamaTim.