Monday, January 19, 2015

LABU SEMAI BERLONGGOK.... DI MANA ANAK SI PAKIS?

Sepatutnya biji labu itu disemai sebiji dua selubang. Tapi Pak Temuk 
yang sudah malas menyemainya selonggok-selonggok. Kes teruk! Bila sudah tumbuh, Pak Temuk tinggalkan dua tiga pokok saja selubang. 

Akhirnya tinggal dua pokok yang sanggup hidup gembirakan penyemai.
Pada mereka melekat 3 biji labu. Dua dieksport ke Gombak. Satu, sendiri bikin pengat. Boleh tahan juga wajah dan rasaya (lupa menggambar!).

 

 
Terlupa pula nak bakikan si labu. Untuk digemblengkan dengan daun 
asin-asin dalam tenggelaman santan kelapa! Pak Temuk pun cari pakis hijau di pasar. Lantas menyayur lemak dia dengan si bilis. Tak ada orang di dapur!

 

Mohon nak tanya: siapa tahu di mana boleh diperolehi baka pakis
(a.k.a. pucuk paku)? Di kampung dulu-dulu, di kala menebas kebun, pakis
tetap Pak Temuk pancung seperti rumput, untuk terangkan kebun. 
Walaupun, ada juga yang sambil-sambil, dipetik untuk sayuran di rumah.


20 comments:

ngasobahseliman said...

Salam Pak Temuk. Lama saya tidak mampir Saya envy Pak Temuk ada kawasan nak cucuk tanam. Saya ada sekangkang kera saje (literally). Tanam mempelam pun jiran suruh tebang sebab sampah daun yang gugur di kawasan rumahnya buat semak mata. Saya mohon maaf dan akur. Pakis saya rasa tak boleh hidup tempat bersih. Dia kena semak-semak sikit. Bukan gitu?

Unknown said...

Abang Temuk,

Pucuk labu adalah sayuran wajib untuk memasak gulai tempoyak (kuahnya pekat) selain dari petai, ikan bilis , daun kunyit dan satu dua jenis pucuk lagi (saya tidak ingat nama) di kalangan penduduk Negeri Sembilan dan Melaka Utara ( Alor Gajah, Masjid Tanah).

Ismail aka Pak Mail said...

Assalamualaikom Pak Temuk,

Sayur pucuk labu ini memang kegemaran saya. Tapi, agak sukar didapati di pasar. Begitu juga di gerai makan.

Temuk said...

ngasobahseliman,
Wa'alaikumussalam. Terima kasih kerana masih kalingan dan sudi mampir. Kawasan rumah saya juga luasnya sekangkang kera. Anehnya, pada tahap usia sekarang, kawasan yang kenit itu kita rasakan besar pula. Kerana sebenarnya kita sudah tidak begitu mampu menguruskannya! Pun ada yang boleh diupah menolong, terasa pula "pembaziran" sumber, kerana sebenarnya kita sudah tidak begitu memerlukan kawasan sedemikian. Hihi, benar pakis memerlukan persekitaran yang semak2 sikit. Cuma, jika boleh diperolehi benihnya, ingin juga dicuba di kawasan pekan ini.

Temuk said...

ngasobahseliman,
Wa'alaikumussalam. Terima kasih kerana masih kalingan dan sudi mampir. Kawasan rumah saya juga luasnya sekangkang kera. Anehnya, pada tahap usia sekarang, kawasan yang kenit itu kita rasakan besar pula. Kerana sebenarnya kita sudah tidak begitu mampu menguruskannya! Pun ada yang boleh diupah menolong, terasa pula "pembaziran" sumber, kerana sebenarnya kita sudah tidak begitu memerlukan kawasan sedemikian. Hihi, benar pakis memerlukan persekitaran yang semak2 sikit. Cuma, jika boleh diperolehi benihnya, ingin juga dicuba di kawasan pekan ini.

Temuk said...

Ujang Kutik
Saya sendiri pernah memasak sayur lemak pucuk labu. Phew! Kalau dingamkan dengan ikan masin lagilah phewnya! Tapi belum ada keyakinan hendak ikut resepi Ujang itu. Saya jangka rasanya itu tentulah berganda-ganda phew!

Temuk said...

PakMail
Wa'alaikumussalam. Kita orang2 lama memang berkemungkinan besar meminati "sayur dulu-dulu" begitu. Benar, sayur pucuk labu memang sukar kita dapati di kedai2 makan. Pucuk labunya agak mudah diperolehi di pasar2 minggu, atau juga di pasaraya. Sayur lemak pucuk paku biasa saya lihat di kedai2 makan Melayu/Indonesia. Cuma, biasanya, kuah santannya selalu saja cair. Hihi, harga santan kelapa dah naik!

Najib Ariyan Ali Basha said...

Salam Tuan...

Tahniah dapat menghidupkan labu sampai berbuah... saya tak pernah berjaya.. harap daun jer kemain melebar ke sana ke mari... bunga keluar ratusan kuntum tapi buah haram tak pernah menjadi... sudahnya... terpaksa lah dibunuh jer sebab dia terlalu banyak menghisap zat tanah sambil membunuh pokok2 lain

Al-Manar said...

Mengapa lama sangat tidak update blog? Saya kehabisan kawan lama blogger nampaknya.

Ahmad Javanese said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

NAJIB ARIYAN
Wa'alaikumussalam. Rasanya memang suburlah pokok labu sdra itu. Mungkin tidak berlaku langsung pendebungaan yang mencukupi secara semulajadi si bunga betina oleh debunga jantan. Saya pun tak pernah melakukannya secara "manual". Tapi dengan izin Allah terjadi pendebungaan, mungkin melalui agen angin atau serangga. Kalau tak berbuah, ada orang yang menggunakan kuntuman bunga muda dengan pucuknya sebagai sayur.

Temuk said...

AL-MANAR
Semoga Al-Manar sihat wal'afiat. Maaf amat lambat memberi respon. Nampaknya laman/taman blog memang sudah tak subur. Sudah ramai raka-rakan "bloggers" berhijrah ke laman facebook, twitter, instagram dll. Saya bercadang "menggantung" blog saya. Jadikan ia "dormant", dan jika berkelapangan kita masih boleh singgah ke blog rakan-rakan yang taman/laman mereka masih subur.
Jika berkelapangan, tuan saya persilakan berkomunikasi melalui fb saya "Abdul Halin Hamid". Saya juga boleh ditemui dalam fb "Malaysia Gardeners".

Unknown said...

Assalam Ayahanda Temuk...apa khabar, sebegini lama baru dapat meruangkan masa untuk bertandang menjenguk Ayahanda...terasa rindu dengan pantun terindah Ayahanda Temuk.. ^^

Temuk said...

UMMI KAMI
Wa'alaikumussalam. Terima kasih sudi menjenguk. Rumah pun dah bagai ditinggal, penuh bersawang. Alhamdulillah sihat, semoga Ummi juga begitu. Lapang2 nanti berpantunlah syahanda di pintu Ummi.

kasih ibu jua said...

Assalam paman, singgah bertanya khabar harap semuanya sihat Sejahtera hendaknya

kasih ibu jua said...

Assalam paman, singgah bertanya khabar harap semuanya sihat Sejahtera hendaknya

yanmaneee said...

yeezy boost 350
kd 12
moncler jacket
moncler jackets
golden goose
kyrie 6
jordan sneakers
supreme clothing
moncler outlet
curry 6

Duplex Malaysia said...

What an amazing post! Keep up the good work!
joint supplement malaysia Duplex® strives to be your trusted healthcare brand, a brand that will never settle for less than the best. We firmly believe your health matters. At Duplex®, we pledge to make your well being our priority. Our aim is to deliver effective, yet affordable healthcare simply because we believe good health makes living more meaningful. We are your trusted ally on the journey to attain a healthy mind, body and spirit.
anti inflammatory natural medicine
supplements for painful knee
broccoli sprout malaysia
botanical powder mix & antioxidant rich foods

ryppoo said...

dig this z2q42f1b67 buy replica bags online replica bags by joy replica zara bags click this r0s95o8w49 replica bags from china over at this website a5g71y2k77 luxury replica bags replica bags nancy l3d71r1j95

Unknown said...

replica louis vuitton e73 a5n05v4g39 Ysl replica handbags a62 v4i64l0c61 bags replica ysl y46 n8s83u2k99