Wednesday, July 22, 2009

230709: ALHAMDULILLAH

23bulan7kosong9. Alhamdulillah, hari ini kulafazkan kesyukuran yg tak terukur kepada Allah, kerana mengizinkan umurku melangkah ke "tahun satu lagi" dalam pengembaraannya. Kutahu, "tahun satu lagi" tidak bererti "satu tahun lagi". Ertinya boleh jadi apa saja. Mengikut kehendakNya.
Hakikatnya, dari segi fizikal & fisiologi, berlaku penuaan. Namun, kusetujui walau tidak sepenuhnya, umur itu hanya angka sahaja. Para gerontologis pun selalu bincang, tiada masalah menua. (Aduuuh, confidentnya mereka!) Mereka kata, yang penting, productive ageing. "Angka" umur meningkat, tapi biarlah kita masih boleh menyumbang sesuatu kepada orang lain. Mudah2an ini dapat terus dilakukan.

Pagi tadi seperti biasa saban tahun, isterikulah yang pertama mengucapkan selamat harijadi padaku. Antara yang tercatat dalam kad ayunya .... and hoping that you know ... you'll always mean the world to me, because I love you ... Happy Birthday, With my love always ... and thanks for coming into my life, protecting me, caring for me, and loving me. MAY ALLAH'S BLESSINGS BE ALWAYS ON YOU.

Dapat kad kayak gitu ya enggak perlu hadiah apa2 lagi, dong! Tapi malam nanti, insya Allah ada! Ada Special dinner! Tapi (tapi lagi!) aku sudah tidak teruja ke tempat2 "elok". Walau tempat2 elok boleh beri birthday cake on the house. Kukata kepada isteriku, nanti intip lokasi & hidangan sederhana. Rasakan kesyukuran. Sederhanakan keraian. Ya Allah, redhailah setiap gerak langkah kami!



2 comments:

. said...

SALAM. TAHNIAH DAN SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN. SEMOGA DIPNJANGKAN USIA DAN TERBAIK SEGALA-GALANYA. KITA SAMA-SAMA BERDOA SEMOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI DAN MEMBIMBING KITA. MATLAMAT KITA UNTUK MENJADI ORANG YANG BERTAKWA KEPADA NYA. Ucapan isteri itu cukup hebat bunyinya.

Temuk said...

Sdr (maaf, tak tahu nak taip nama tu),
Salam kembali. Terima kasih di atas ucap selamat dan doa. Amiin! Semoga Allah juga melindungi sdr & keluarga.