Sunday, July 26, 2009

TERKENANG 3 : PENERBIT LAMA





Semasa di kampung mengemas satu daripada beberapa almari lama, terjumpa aku buku-buku lama. Yang pernah aku, abangku & adikku gunakan. Semasa di Remove Class sehingga ke Tingkatan 6 & universiti.




Beberapa jodol buku sekitar 50an & 60an kupaparkan di sini. Juga contoh-contoh penerbit pada masa itu.
Bukan sekadar "terkenang" tetapi sebenarnya juga bagi mengingati kembali sumbangan karya-karya & penerbit lama dalam dunia pendidikan negara suatu masa dahulu.

Kusendiri teringat & sempat melihat catatan lama penerbit-penerbit dahulu. Aktif sehingga tahun-tahun 60an & 70an, walaupun ada yang telah tidak beroperasi lebih awal.

Namun "jasamu sepanjangan dikenang". Terima kasih Pustaka Antara Kuala Lumpur, Abbas Bandong Melaka, Qalam Singapura, Sinaran Bros Pulau Pinang, Pustaka Melayu Baru Kuala Lumpur, Pustaka Nasional Singapura, Pustaka Pendidikan Sdn Bhd. Kluang, Pustaka Gunung Tahan Kuala Lumpur, Balai Penerbitan Nusa Kuala Lumpur, Usaha Remaja Kuala Lumpur, Dinas Penerbitan Pustaka Sekolah Alor Setar, Pustaka Maha Alor Setar, Pustaka Hang Tuah Kuala Pilah, dan yang lain-lain yang tak tersenarai di sini.


Menarik juga bila disusuri, dari zaman 50an, matematik (ilmu hisab) & sains telah diajar dalam Bahasa Melayu. Kemampuan bahasa itu, sedihnya, sehingga kini masih diperdebatkan.



Antara yang juga menarik bila dilihat pada buku-buku lama dahulu ialah harganya yang rendah. Tapi tentulah masa itu kalau pun 0.50 sen sudah dianggap mahal.


Di sebalik kisah penerbit lama di sini, tidak dapat kusuratkan kisah jatuh-bangun mereka. Di sebalik ketiadaan mereka hari ini, pasti tersirat pelbagai cerita sukaduka. Cerita orang kita bertatih dalam bisnes puluhan tahun dulu. Itulah juga antara kisah nasib bangsa. Nasib ekonominya. Politiknya. Bahasanya. Juga keseluruhan budayanya.

Dalam paparan ringkas ini juga kuingin berkongsi dengan pembaca budiman, beberapa rangkap pantun Melayu (8 & 4 kerat) yang kugambar dari buku-buku lama. Hayatilah kesenian rasa para pengarangnya, dan kedalaman maksud kata-kata bukan-prosa mereka.

Juga amatilah, dari segi ejaan dan istilah, kita telah banyak berubah.
















Apa pun, jangan sampai luka di hati. Pun tak ketara darahnya, raut wajah kita dilihati orang.

Sampai ketemu lagi.

10 comments:

MY HOMESTAY said...

Buku-buku lama tu berharga, simpan sebagai kenangan. Eh..apa salahnya buleh minum teh rumah sayo bila mari melawat Kelate nanti. Insya Allah!

. said...

Salam. Kita sezaman dan kita tidak melupakan yang lama-lama (yang tersimpan dalam almari, terletak di luar almari atau berada di sebelah kita). Semoga anak-anak kita, cucu-cicit kita juga tahu menghargai yang lama -- maksud saya benda/perkara yang baik-baik. Tak ada yang lama, mana ada yang baru (drpd LuahFikiran)

Kak Nora said...

Salam,
Bagusnya anda masih simpan buku-buku kenangan lama.

Temuk said...

Sdr LuahFikiran
Terima kasih. Benar, yg lama penting. Yg. lama itu tradisi. Wajar dipastikan kelestariannya. Dunia yang mengglobal menjadikan semua bangsa menuju ke satu rupa yg serupa, dari segi makan pakainya, pasarayanya, hiburannya, muziknya, bahasanya, dsb. Yg lamalah yg meunikkan kita. Salam.

Temuk said...

Pn Hjh @ Kak Nora
Salam. Pasal buku2 lama ni abang sayalah yg paling strict. Yg dah rosak pun tak beri buang. Bayangkan, buku2 rampaian sekolah dia & nota2 universitinya (dah 40 tahun lebih) masih ada. Balik kampung sesekali, kenalah bersihkan. Dalam banyak2 publishers lama tu, yang mana satu favourite?

Temuk said...

Sdr Deen @ My Homestay
Terima kasih. Mana tahu, ada rezeki, sampai saya ke Pasir Mas. Bukan saja dapat minum teh. Dapat nanti menikmati keindahan rumah merangkap galeri tu! Insya Allah. Salam bahagia.

Kak Nora said...

Sudah tentu favourite saya PAB!

Temuk said...

Pn Hjh (Kak Nora)
Silap masa tanya, tak minta sebab pilihan. Walau apa pun, saya turut setuju.

Pak Idrus said...

BTW, this the blog of Abas Bandong's daughter Nazli a retired teacher http://puterihanglipoh.blogspot.com/

Temuk said...

Salam Pak Idrus
Alahai ... maaf sangat-sangat sebab amat sangat lambat respon. Terima kasih mengenalkan blogger itu. Insya Allah akan menziarahinya.