Pucuk cekur dimasak santan
Dibeli kelapa di Bukit Cina
Terkenang yang lalu hatiku sarat
Wajar kuakur ketentuan Tuhan
Babak lama melaut hikmahnya.
Sengaja kutahtakan di sini, beberapa gambar lama yang amat kuhargai. Yang sentiasa mengajakku menoleh ke belakang. Pun diri sentiasa mahu terus menapak ke depan. Mungkin ada yang turut menghargai.
Kepada yang telah pergi dahulu, semoga Allah memberi keampunan dan mencucuri rahmat ke atas roh kalian. Al-Fatihah.
8 comments:
Salam Temuk,
Mujur ada gambar-gambar lama, boleh mengimbau zaman sekolah. Saya ingat lagi Pn Nurainun, Pn Rubiah, Ms Marsden, En Halim, En Hussein, Pn Hashimah Rose. Saya senyum sendiri meihat wajah-wajah zaman 60'an yang sekarang berusia 60 puluhan. Those were the days.Sungguh menggamit jiwa, sedih ada, suka pun ada. Kepada yang telah pergi dahulu, Al-Fatihah. Bagi yang masih meneruskan 'perjuangan', jaga diri, keluarga dan kesihatan. Thanks for sharing, Temuk.
Yang lama tu, besar nilainya. Banyak cerita di sebaliknya. Saya cuba2 mencari kalau2 ada muka yang saya kenal. Tak ada terutama orang Ipoh (kawan mengusik jiwa) drpd luahfikiran
Terlupa saya. Harap dapat Temuk sampaikan salam saya kpd kawan-kawan sekelas kalau jumpa mereka. Terima kasih.
Terima kasih Kak Nora kerana turut menghargai foto-foto itu. Sangat pasti nampaknya akan wajah-wajah siapa, di mana & bila. Nak uji, Kak Nora yakinkah siapa si Temuk ni? Entah2 dia tiada di mana2 foto itu. Walau apa pun, insyaAllah salam akan disampaikan. Temuk tunggu sms/call, bukti orang kenalpasti dia. Salam bahagia.
Terima kasih LuahFikiran. Maaflah, ye. Sekolah "teman mengusik jiwa" LF tu lain lokasinya. Temuk akan paparkan bila sampai musimnya. Salam.
Dari gaya anda menulis, dari foto-foto, saya yakin pasti siapa Temuk!
Temuk,
Nostalgia betul tengok gambar2 lama masa persekolahan.
Pak Zawi
Thanks for dropping by. Benar, nostalgia. Gambar2 lama mengusik (tak kurang menusuk!) jiwa. Salam.
Post a Comment