Wednesday, January 20, 2010

MEREKA PRO, KOK!

Telah berdekad, yang namanya ibu-bapa, isteri (juga suami), saudara mara, rakan-rakan, hatta kerajaan, menasihati, menegur, merayu, malah malarang terang-terang orang-orang yang mereka kasihi, yang bergelar PEROKOK, supaya meninggalkan kebiasaan menghisap rokok.


Namun, perokok tetap terus dengan habit yang telah berakar umbi. Ada yang ekstrim. Yang rendah (tiada?) kepedulian kepada undang-undang - norma masyarakat yang tertinggi darjatnya! Mereka menukar kawasan dilarang merokok kepada kawasan bebas merokok – kawasan sekolah, hospital, restoran, rumah ibadat, pejabat, dan tempat-tempat awam lain yang telah dikenal pasti.

Sudah banyak diperkatakan mengenai sikap perokok tegar. Ku hanya ingin menghidangkan saoalan, mungkinkah perubahan melalui budaya (cara hidup) Islam boleh membantu mereka atau menyelesaikan masalah ini. Metodologi “culture-bound change” ini rasanya tidak begitu diperhebatkan di negara kita. Orang-orang agama (berbanding orang-orang sains kesihatan & perubatan) kurang sekali dinampakkan rol mereka. Mungkin teralpa, atau terlepas, tetapi kurasa amat jarang tajuk ini dikupas dalam kuliah maghrib atau kuliah subuh, atau juga dalam ceramah ringkas sebelum Jumaat atau dalam khutbah Jumaat. Juga dalam akhbar, majalah, rancangan-rancangan tv dan radio berkaitan.

Kalau pun ada, kita dinampakkan masalah itu sebagai masalah kesihatan semata-mata. Yang libatkan orang-orang atau agensi-agensi kesihatan. Tidak ditonjolkan dengan mantap, itu adalah juga masalah kerohanian, hatta masalah penghayatan ajaran agama - yang sewajarnya juga ditangani orang-orang agama; juga ilmu-ilmu agama itu sendiri. Kalau ada kempen-kempen pilihanraya yang memetik ayat-ayat Quran tertentu bagi menjustifikasi sesuatu, pasti ada juga ayat-ayat lain dalam Quran yang boleh dipaparkan dalam kempen anti-rokok di sana sini, di dalam itu dan di dalam ini.

Pun amat cetek dalam ilmu agama, aku agak yakin, jika setiap peluang dan ruang penyampaian ajaran agama digunakan untuk memerangi tabiat merokok, termasuklah contohnya semasa pengajaran membaca al-Quran, lambat laun akan ada juga hasilnya, sekalipun diperolehi sedikit demi sedikit (Aku terfikir, guru Quran boleh berkata, kalau mahu sedap bacaan, badan dan kerongkong kena sihat..... Kalau kita merokok, batuk-batuk, nafas pendek, tercungap-cungap, tentulah tak boleh baca dengan sedap dan baik!).
Tidak semestinya dengan kuliah panjang, yang khusus mengenai bahaya merokok, oleh orang kesihatan & perubatan, kita boleh memenangi hati perokok.

Kuperturunkan beberapa catatan/persoalan berasaskan apa yang termuat dalam Utusan Malaysia, 20 & 21 Januari '10, berkaitan dengan permasalahan yang diperkatakan, dan sebuah gambar yang pernah kuambil yang relevan dengan tajuk. Untuk anda fikirkan atau beri reaksi.
Kalaulah yang arif dalam pelbagai ilmu berkaitan dengan agama Islam dapat memberi respon, lebih holistik dan meriahlah idea-idea kita dalam usahasama mencari keredhaan dan kebahagiaan dari Allah.

Catatan .... dan Gambar

01. Paling kurang ada 20 kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok di negara ini, tetapi nampaknya para perokok bebas merokok di situ.
02. Para pekerja di hospital dan pusat perubatan pun merokok di kawasan dilarangan merokok .
03. Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Datuk Nooh Gadut) ada berkata, lebih baik perokok tabung wang rokok untuk pergi haji.
04. Jika disabitkan kesalahan, perokok yang merokok di kawasan larangan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 2 tahun. Pernah dengar ada perokok yang dihukum?
05. Yakah perokok boleh dianggap membunuh diri sendiri secara senyap-senyap dan perlahan-lahan?
06. Perokok boleh menyebabkan orang yang selalu rapat dengan mereka juga mendapat penyakit, dan kerana itu dianggap melakukan dosa.
07. Mengeluarkan fatwa mengaharamkan tabiat merokok itu radikal. Mencukupi jika dikatakan perbuatan itu makruh.
08. Jika rokok terus dijual, orang akan membeli dan menghisapnya, termasuk ‘orang baru’!
09. Kementerian sedang mengkaji kemungkinan dinaikkan harga rokok, 20 batang RM50?!
10. Pedulikan perokok; mereka degil; mereka sendiri yang buat, merekalah yang tanggung. Jangan buang masa, tenanga, fikiran dan wang ringgit lagi untuk mereka! Tapi di mana kepedulian masyarakat?

(Gambar ini diambil di persekitaran sebuah masjid di Kuala Lumpur. Apakah maksud dan implikasi sebenar papan tanda ini?)

Para perokok biasa kata, mereka ada hak merokok. Namanya 'hak kemanusiaan'! Adakah yang menerima asap rokok mereka atau yang menderita hidup ditinggalkan mereka juga ada hak?

Apa para perokok pro atau anti iklan "teruskan, nikmati rokok"? Mereka PRO, KOK! Kan industri rokok juga menyumbang kepada ekonomi negara! Gimana ya?

16 comments:

ahmad humairi said...

Salam Temuk,

Saya setuju dengan apa yang anda fikirkan :
(Aku terfikir, guru Quran boleh berkata, kalau mahu sedap bacaan, badan dan kerongkong kena sihat..... Kalau kita merokok, batuk-batuk, nafas pendek, tercungap-cungap, tentulah tak boleh baca dengan sedap dan baik!).

Ianya berkaitan dengan maksud Al Quran :
"Janganlah kamu binasakan diri kamu dengan tangan kamu sendiri" - Al Baqarah, ayat 195.
...samalah maksudnya dengan membunuh diri sendiri! Jika nak dikaitkan pula dengan pembaziran.. maksud Al Quran dengan jelas menyatakan :
" Sesungguhnya perbuatan membazir itu adalah saudara syaitan"

Terjemahan Hadis Riwayat Ahmad Ibnu Majah juga berkaitan : "Tidak memudaratkan (orang lain) dan tidak saling memudaratkan (antara satu sama lain).

Berhentilah merokok. Kerajaan jangan jual rokok! (nanti ada rokok seludup pulak!) Tiada rokok, tiada penghisap...macam tiada aedes, tiada denggi...

Jelas dalam gambar yang dipaparkan, keputusan muzakarah Jawatan Kuasa Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu; "Merokok adalah haram dari pandangan islam kerana padanya terdapat kemudaratan".

Begitu juga dengan Jawatankuasa Fatwa negeri - Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Selangor serta Sarawak yang sependapat.

Kini tiba masanya kerajaan mewartakan Fatwa Haram Merokok ini seperti yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu.

Wallahualam...hanya sekadar pendapat sendiri yang kurang arif dengan pentadbiran sesebuah kerajaan majmuk seperti Malaysia yang kita cintai ini...

Temuk said...

Salam Cikgu Humairi
Terima kasih sangat-sangat di atas tambahan maklumat dan pandangan ikhlas cikgu. Petikan dari Al-Quran & Hadith itu memang cocok & kukuh. Malah = panduan umum hidup yg amat murni & praktikal. Banyaknya RM orang Islam Malaysia terselamat jika fatwa itu diwartakan & ada penguatkuasaan. Macam mana agaknya bila orang Islam di Malaysia tak dibenarkan beli rokok?! Memang ada pihak-pihak yang akan mengelat, pengguna atau penjual & tak mungkin fatwa 100% diakuri. But we have to start somewhere.

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Temuk,
Well, as the proverb goes "You can lead a horse to water but you can't make it drink." As for me, smoke from cigarettes will make me sneeze.....

Abam Kie said...

hari tu ada pelajar pompuan sy di tingkatan 5 tanya saya kenapa seorang guru senior tu merokok di bilik guru di hadapan para pelajar, terutama pd waktu rehat? terkedu sy nak jawab. jadi sy kata dia tu dah nak pencen n x makan diajar. lagipun sy ni masih muda lagi...x kan la nak nasihat org yg lebih tua. so, sendiri mahu ingat lah. Wallahualam.

Temuk said...

Hjh Nora
How can we make the water attractive to make the horse drink it? Apa pun, kuda memang degil!Alah 'bisa' rokok dek 'biasa' merokok memang dirasakan betul pulak tu oleh para perokok. Ada kawan cerita, ada jenis 'rokok' (tobaccoless) yg boleh lawan bersin, malah resdung. Kurang caya la. Salam bahagia.

Temuk said...

Salam Cikgu Daddy Zuki,
Adoooi. Pelanggar norma macam tu macam manalah nak dipertahan? Berat! Guru kanan tentu menggunung jasanya. Tapi, sayanglah, orang selalu lebih suka ingati nila setitik yg punahkan susu sebelanga, bukan susu sebelanganya.

Aida Ali said...

Kita cuma boleh menasihati sahaja anak-anak supaya jangan merokok. Namun terpulanglah kepada kehidupan seharian mereka dan contoh-contoh yang mereka lihat dari bapa dan orang dewasa lain di sekitar mereka.

Hjh Noralenna Abbas said...

Betapa attractive air tersebut, kalau tak mau minum, tak maulah. Buatlah apa kempen pun...Degil betul "As stubborn as a mule'. Untuk berhenti merokok perlu motivasi diri, tak boleh 'selfish'. You can changed if you want to! Saya juga tak percaya rawatan resdung guna asap :C

Temuk said...

Salam Cikgu Aida Ali
Benar kata cikgu tu. Masalah pelajar merokok ni memang kompleks. Semoga segala usaha oleh lebih banyak pihak dapat diteruskan bagi memantau keadaan.

Temuk said...

Hjh Nora
Mungkin perlu juga terus cuba dicantikkan air. Sambil diserang kuda degil dari segala penjuru oleh lebih ramai penyerang, dgn kaedah yg lebih pelbagai serta lebih meninggi efisiensinya. Selepas bertahun-tahun mungkin hasilnya masih menjengkelkan, tapi tak apalah daripada kita menyerah. Nampaknya, berabad-abad masalah sikap tak dapat diatasi sepenuhnya di mana-mana pun. Have a nice day!

DrSam said...

Masalah undang-undang dan penguatkuasaan memang isu yang serius, terutama di negara kita. Masalah utama ialah ketidakseriusan di dalam perlaksanaan. Undang-undang tidak tertegak jika tidak dilaksanakan dengan serius. Jika cikgu merokok, ustaz merokok, doktor merokok, polis merokok, hakim merokok, ibubapa merokok, penggubal undang-undang sendiri merokok, apa lagi tinggal untuk ditidak 'merokokkan'?

Conclussion - seriously we are not serious!

Temuk said...

Hi DrSam
Thanks for dropping by. You are right. Many different groups of people in M'ysia will continue to smoke: a "many times obligatory ritual" daily. Then, our existing laws with regard to smoking have not really been effectively implemented, as you have correctly pointed out. Dilemma? If we are too serious about it, or introduce more stringent laws, the tobacco growers, cigarette manufacturers, wholesalers & retailers, as well as those ardent smokers, will surely make a lot noise. The government knows too well about the economics & politics of cigarette production - jadi kena lembut sikitlah (atau banyak-banyak?). Have a nice day!

Ayah Zain said...

Salam Abang Temuk,

terima kasih melawat blog saya. Semoga kita boleh bersilatulrahim.

Temuk said...

Sdr Zain
Terima kasih kembali. Insya Allah dapat terus bertukar-tukar cerita & pengalaman. Salam bahagia.

yanmaneee said...

goyard bags
hermes birkin bag
balenciaga trainers
stephen curry shoes
curry 6
adidas gazelle sale
air max 95
supreme new york
kyrie 6
jordan 6

yanmaneee said...

longchamp outlet
hermes belt
curry 7 shoes
jordan shoes
kevin durant shoes
balenciaga speed
moncler
supreme
curry 6 shoes
kd shoes