Sunday, May 16, 2010

HARI GURU, 2010



KEPADA PARA GURU DI SELURUH NEGARA



dengan takzimnya diaturkan ucapan

TAHNIAH!

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2010

ANDA KALIAN PEMBINA BANGSA
MEMBAKAR DIRI MENERANGI MAYA

TERIMA KASIH DAUN PALAS
JASA SUMBANGSIH TAK DAPAT DIBALAS!

10 comments:

Ayah Zain said...

Salam

selamat hari guru
Guru Pembina Negara Bangsa

Temuk said...

Salam Ayah Zain
Tentu Ayah Zain sibuk dgn pelbagai aktiviti sambutan Hari Guru tahun ni, ya. Memang tepat, guru pembina negara bangsa! Wajah para guru masa di sekolah Melayu tahun 50an dulu pun masih tersemat dalam ingatan, walaupun mereka telah tiada. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

Hjh Noralenna Abbas said...

Pretty flowers are placed in the vase,
Precious jewels are kept in a box, But teachers are always placed in my heart,
Happy teacher's day 2 u, Temuk
(Pengajar pun 'teacher', bukan?)

azieazah said...

Tidak kira di mana juga.. dulu kini dan selamanya..

Selamat Hari Guru buat semua yg bergelar pendidik.

Temuk said...

Hjh Nora
Diucapkan Selamat Hari Guru juga utk hjh. Sekarang mengajar anak-anak & cucu-cucu. Pendidik tak formal. Tak dapat duit, malah keluar duit hehehe. Projek tangga dah mula? Salam bahagia.

Temuk said...

Hi azieazah
Dlm zaman sana sini orang gunakan Key Performance Indicators yg begitu kuantitatif (yg juga jadi asas pemberian ganjaran), para cikgu kita hari ini jadi macam lebih tertekan. Kita yakin mereka akan tetap mendidik demi melahirkan insan syumul, bukan semata2 peraih A1 termaksimum, atau ganjaran diri. Salam bahagia.

ahmad humairi said...

salam,

Hari ini yang memenatkan namun minda terasa segar.....pinggang dan sendi terasa longgar. hajat hati tak nak main tapi korum tak cukup...hentam sajalah...Selamat Hari Guru...buat Abang Temuk jugak - budi dan jasamu tak terbalas dek segunung harta.

Temuk said...

Salam Cikgu Humairi

Badan penat minda segar
Pinggang sendi terasa longgar
Dapat hadiah hati pun bugar
Anak murid tersenyum lebar.

Insya Allah, Hari Guru tahun ini memberi makna yg lebih mendalam kpd Cikgu.

Unknown said...

Salam Temuk
Harap tidak terlambat saya ucapkan Selamat Hari Guru!

Temuk said...

Salam Isah
Sehingga sambutan tahun hadapan pula, semoga semua para guru terus bekerja keras. Guru2 kini lebih berkelayakan. Dulu2, di sekolah menengah pun tak ramai guru berijazah. Kini, di sekolah rendah pun guru2nya berijazah. Pasti kita boleh mengharapkan kelahiran pelajar2 yang lebih berkualiti. Insya Allah.