Monday, June 14, 2010

ALAHAI KENANGA

Sengaja aku tahtakan kamu di celah-celah perdu si Kelat Paya. Sebenarnya aku tumpangkan! Supaya kamu dapat berteduh dari kepanasan tropika, yang mungkin merencatkan pertumbuhanmu. Tapi, kemudian aku kuatir pula, sebab ‘terteduh’ kamu mungkin tidak jadi segar bugar. Namun, hakikatnya, kamu memang benar-benar penumpang yang sejahtera banget!

Cuma aku agak terkilan. Apakah kamu sendiri tidak segan silu kepada jiranmu di sebelah tembok itu? Ya, kenanga jiran itu! Kenanga itu juga kan penumpang! Malah begitu kepepet dia, kerana ada spesies lain yang turut menyesak di situ, kan? Tapi dia sentiasa berbunga.

                                                 Maaf ya jiran, 'nyolong momotret'!
 
Kamu kan lagi montel! Kok malas menyerbakkan dirimu sendiri? Juga lubang-lubang hidungku? Kata rakanku, mungkin fotosintesismu kurang sempurna. Kerana kamu keenakan, berpanjangan bagai berulit mimpi di sositet agung! Lalu, kerana keselesaan hidup itu, kamu berterusan mabuk ... daun!

Tak mengapa. Biar kuturunkan daun-daun dan juga ranting-ranting subur si Kelat Paya. Biar kamu kepanasan sedikit. Mungkin kamu akan jadi lebih ingat, tugas membunga!



Aku tunggu dan tunggu. Berbulan sudah ni! Si Kelat Paya pun sudah berpucuk merah. Dia sedar sendiri, selepas dipangkas, dia mesti bertunas merah untuk tatapan indah penjaga setianya. Kamu? Di mana bungamu?


Mungkin sebab masih terlalu mepet dengan 'orang' lain,  masih tetap dipayungi, masih berteduh, juga masih manja melaut, maka kamu tidak mampu mengeluarkan kembangmu.

Jadi, biar aku cuba telengkan batang tubuhmu. Agar kamu jadi terbebas sedikit dari si Kelat Paya. Nah, aku gandulkan sedikit batu pada batang tubuhmu itu. Biar kamu boleh meneleng, sambil belajar berdikari.


Bajamu nanti akan aku kurangkan, sementara waktu. Selepas itu, andai tiada juga tanda-tanda kamu akan berbunga, akan aku tanggalkan semua daun-daunmu. Biar kamu jadi seperti si Tulang-Tulang! Itu pasti akan membuat kamu malu besar. Mungkin setelah itu kamu akan berusaha lebih gigih mengeluarkan cambahan bunga-bungamu, sehingga kenanga jiran tidak aku peduli lagi!

Aku tunggu satu purnama, boleh? Kalau kamu bebal menunjukkan kemajuan (kan KPImu cuma satu saja  - keluarkan bunga!), akan aku hijrahkan kamu ke pojok taman. Anggaplah itu 'buang daerah'!

Apa adakah pakar budiman di luar sana yang sudi membantu kenangaku memenuhi KPInya?

(Ceritera kenanga pastinya juga mengundang babak-babak pahit manis mensosialisasi anak-anak tersayang, pewaris zaman mendatang).

44 comments:

DrSam said...

Si kenanga agak pemalu agaknya dan tidak perlu berteman atau mungkin agak lemah untuk bersaing. Justeru, di uzlahkan secara sendirian mungkin akan lebih subur serta cepat memenuhi KPInya.

al-lavendari said...

salam.

metafora kenanga ini amat dalam maknanya. saya sangat teruja membaca entri ini kerana ia penuh dengan kiasan dan sinis sekali.
tapi apakah mat-mat rempit dan minah tenggek di luar sana memahami dan mahu mengambil iktibar.

atau pun si penadah-penadah yang berkeliaran mencari habuan mahu peduli !

Temuk said...

Salam DrSam
Setuju dengan apa yg sdra katakan. In real life, it is also quite obvious that those who are willing to be more independent and even break away from their loved ones, tend to more successful in life. Have a nice day!

Temuk said...

Salam al-lavendari
Terima kasih. Menumpang memang menyeronokkan & menguntungkan. Penumpang suka digaru (hehehe), tapi tak mahu menggaru. Tahu terima, tapi tak mahu memberi. Memang panjanglah cerita ini. Saya kagum dgn sikap penghijrah (khususnya yg ada logo halal!) yg sanggup 'merantau' (berjalai)untuk mengubah nasib. Kalau 'bangsa' yg jadi penenggek atau penadah, pastilah lagi hebatlah padahnya. Ceria selalu!

al-lavendari said...

saya ada buat entri khas tentang entri abang ini sebagai tambahan kepada entri saya hari ini kerana saya rasa ada kaitan.

sahromnasrudin said...

salam....sgt menyentuh perasaan dan amat bermanfaat sekali, tuan haji..alhamdulillah sy menjadi follower utk blog ini..tahniah dr sy atas entri ini...

ahmad humairi said...

salam,

fuhh...sekali Abang Temuk berlenggok,
tertegak bulu tengkukku. Mau tengok bunga perlu ada temujanji...kalau tidak, terlepas!

Temuk said...

Salam sekali lagi al-lavendari

Alahai, malulah saya ni dek promosi spesial al-lavendari tu (saya dah baca). Walau apa pun, lautan terima kasihlah. Dah takut nak memblog ni ... takut camana nak 'maintain kpi', hehehe.

Kpd yg membaca ruangan komen ni, saya dgn ikhlas juga ingin 'mengiklankan' blog al-lavendari yg memang selalu sarat dgn metafora, teka-teki, sindiran, cuitan, malah 'pukulan' yg positif. Layari http://al-lavendari.blogspot.com

Temuk said...

Salam sdra sahromnasrudin
Terima kasih. Graduan UPM, ye? Maaf jika salah agak. Walau apa pun, pertanian itu bidang yg penuh dgn excitement. Sempat lihat beberapa entri sdra (akan lihat yg lain nanti). Amat menarik, termasuk mengenai 'tempe'. Selamat ziarah-menziarahi.

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Temuk,
Saya tak pandai bahasa kias-kias ni. Saya baca 'on the surface' aje.Dengan bahasa yang indah lembah lembut, Temuk 'marah' kat kenanga. Kesian Kenanga. Berbungalah kenanga supaya tuan kamu tak campak kamu luar daerah. Atau kamu ingin tumbuh liar, tak payah dijaga, baru nak berbunga? Tapi pokok an tumbuhan, kalau kita ugut-ugut dia, nanti dia akan berbunga,atau berbuah. Kan tumbuh-tumbuhan ada perasaan juga. Tapi,Temuk, kenanga ni nama manis dan asli untuk wanita. Saya juga ada tanam pokok kenanga di rumah BC,wangi bunganya. Salam kenanga!!!

Temuk said...

Salam Cikgu Humairi
Mujur berlenggok. Kalau menangkis seraya memangkas, habislah bulu tengkuk tertebas. Tapi, kalau bulu tengkuk, kenalah berseni cara tebasnya, dibimbangi tengkuk terluka! Guna pisau cukur bermata tiga pakai-buang? Nampaknya tak dan melihat si kembang naga. Kalaulah dan mencicipi buahnya ....

Temuk said...

Salam Hjh Nora
Tak marah pada si manis, cuma terkilan sikit saja. Nak hantar ke pojokan pun ugutan kecil saja. Yg liar, atau tumbuh sendiri lagikan disayang, inikan pula yg kita tanam. Memang kena tegur sapa dia selalu. Juga berdoa. Kalau boleh tu hjh, ingin selalu merakamkan sesuatu yg punya isi tersurat & tersirat. Tak semestinya berjaya. Mungkinkah kenanga BC sudi telefon kenanga BBB, beri petua?

ckLah @xiiinam said...

Salam..
Indahnya gaya bahasa dan pemilihan diksi yang digunakan untuk menyampaikan mesej...

ikan emas said...

salam,

sy dtg bertandang ni kerana terpengarauh dgn promosi en lavendari...

wah ! hebat kiasan ...penuh makna .I like it !!!

jemput la ke kolam saya pulak !!
pun byk yg kenen-kenen -sinis-sinis !!!

Unknown said...

Salam Temuk
Tahniah atas tulisanmu Temuk ! Di sebalik cerita bunga-bunga, ada mesej di sebaliknya ! Jangan dibuang daerah kerana kalau ia berbunga amat mewangi baunya !

Bukan sebab menumpang agaknya! Kan kita jugak menumpang di alam sementara ini.

Kata orang pokok ada perasaan. Ia boleh mendengar percakapan kita ! Maka elok juga dicuba bercakap dengannya ! Dengan keizinan Yang Maha Esa, apa sahaja boleh berlaku.

Pak Idrus said...

Temuk, I love the Kenanga flower for it soothing aroma, so more then twenty years ago I planted a tree in front of my house and it has grown well all the years and the flowers blooms all the years round.

Kenanga sebenarnya tidak hendak berteduh. Ia hendak tegak bersendirian dan memberi naungan kepada tumbuhan yang lain.

Since the plant is outside my gate I have wakaf the flowers to anyone who wanted it. By doing it those folks who plug the flowers could do so without guilt and I am too happy to give if folks ask for the flowers.

To me it is one traditional flowers that provide the surrounding area with a soothing fragrant that is a good therapy for the whole house.

I have post this flower in my Facebook http://www.facebook.com/profile.php?id=100000359845603&ref=name#!/photo.php?pid=224168&id=100000359845603.

Temuk thanks for the writeup and do have a nice day.

Pak Idrus said...

Temuk, this is the image of the flower http://www.facebook.com/photo.php?pid=224168&id=100000359845603

Frodo Baggins said...

>>___<<


perghh ... best sioot!
terbaix dr ladang ...
bahasa tingkat tinggi
wa kagum!

se ri us!


thanks pakcik al-l !!
hahahhaha ...
dpt lg satu blog tuk wa blaja
mcm mana nak menulis. woohaaa!

Temuk said...

Salam Pn. ckLah
Kesewun! Manalah coretan morat-marit bergaya bahasanya. Atau berpilih diksinya. Sekadar melontarkan rasa, mengikut rasa! Walau apa pun, terima kasihlah sudi mampir. Kisah embok gagah di Kg Manila yg puan paparkan memang memikat & menghiburkan!

Temuk said...

Salam bahagia ikan emas,
Terima kasih sudi bertandang. Kuat pengaruh promosi al-lavendari ni. Sogan den dibueknyo! Tak dapat nak halang niat ikhlas sukarelanya. Macam disebut pada depan laman, entri-entri saya adalah 'cerita serta gambar biasa' saja. Hope you are not disappointed. Ada entri ikan emas yg telah sempat saya tatap. Memang menarik. Insya Allah akan menyelusuri yang lainnya kemudian.

Temuk said...

Salam Dato' luahfikiran,
Terima kasih. Saya baru sedar, rupanya daun kuning kenanga yg gugur juga ada wanginya sedikit. Insya Allah, saya akan selalu tegur sapa dia. Keputusan buang daerah bakal dibatalkan, terutama sebab telah dijelaskan oleh seorang pencinta kenanga lain bahawa si kenanga sepatutnya ditanam bersendirian. Itu lebih menjamin dia berbunga.

Temuk said...

Hi Pak Idrus
Wow, so you too own a kenanga! Certainly I will act on your adice. But, may be I will give my kenanga a few more weeks to prove its worth. Like you, I really love the sweet smell of the kenanga flower. So, I must try hard to make the plant produce lots and lots of flowers, insya Allah. Thank you too for your Facebook address. I will definitely not miss your kenanga posting there. Have a nice day!

Temuk said...

Salam Frodo Baggins
Terima kasih singgah ke blog Pak Cik. Entri terbaru Frodo mengenai 'satu keinsafan diri' itu amat baik sekali. Pak Cik faham jiwa anak muda. Memang kita harus waspada, agar hati orang tidak kita jadikan mainan. Sekali kita mengguris hati orang, sewajarnya terasa seribu kali hati kita terguris, oleh tingkahlaku sendiri! Semoga sejahtera selalu.

Aida Ali said...

Terlalu tinggi dan lunak kias penceritaannya. Tabik tuan!

Pak Idrus said...

Temuk, this is my posting of Kenanga in my blog http://idrus.blogspot.com/2006/12/kenanga.html

Hjh Noralenna Abbas said...

Temuk,
Sahaja nak menambah, gaya, lenggang lenggok penulisan macam Wak Joko sedang meluahkan perasaan kepada tanaman.Habis keluar perkataan unik. Cg Hussein Mahmud tentu beri A++ kepada penulisan ini. Salam.

Temuk said...

Salam bahagia Cikgu Aida
Terima kasih. Taklah! Seronok-seronokkan hati saja, supaya dia tak bersara macam pemiliknya! Tabik cikgu dibalas dgn tabik spring. Nampak tak dari Kota Warisan tu? Ceria selalu!

Temuk said...

Hi Pak Idrus
Thank you very much. I'll certainly visit that posting. You have made a lot of beautiful postings on flowers & plants, I know. Thanks again. Salam.

Temuk said...

Salam Hjh Nora
Kihkihkih. Terim kasih. Wak Joko tu mesti a non-Javanese, kan? Bila interaksi pada tahap umur begini lebih dengan tanaman, maka pada tanamanlah nampaknya banyak diluahkan rasa. Ye? Tapi memang satu terapi yg baik. Memang acap terkenang Cikgu Hussein, Bahrom, Halim, Norainon, Rubiah, Miss Marsden & ramai lagi. SABnya lagilah!

kasihibu said...

Salam ziarah
sya terus masuk link ni selepas baca en3 pakngah memang sangat bagus dan berguna dan berpeluang untuk menggunakan akal fikiran bila membaca en3 dalam blog nih
terima kasih kerana setiap en3 ada kisah pengajaran dan tauladan sempadanya
sya tak habis selak lagi en3 lama dlm blog ni
akan sya selongkar
kerana adalah menarik dan berguna.

Kalau tidak keberatan selangor lokasi dimana tu ye cikgu?

Temuk said...

Salam bahagia sayangsayang ibu,
Terima kasih menziarahi & menjadi pengikut. Nukilan & gambar-gambar biasa saja. Semoga ada yg boleh dijadikan teladan. Harap tidak hampa bila ketemu paparan yg dangkal. Lokasi: Bdr Baru Bangi. Pernah sampai? Ceria selalu!

Temuk said...

Salam semua PENGIKUT baru berkaitan,
Mohon maaf jika saya tak menziarahi sdr. Maknanya saya belum berjaya mencari rumah sdr. Maklumlah warga emas, tak punyai 'GPS' atau kemahiran mencari. Yang jelas lokasinya, mudahlah saya singgahi. Walau apa pun, terima kasih.

Idalara said...

Assalamualaikum..
terimaksih kerana berjaya menjejaki rumah saya..sungguh berbesar hati..dari rumah Al Lavendari saya ke sini...insyaallah akan singgah di sini bila berkesempatan untuk menghayati apa yg tersurat di sebalik yang tersirat...

Pak Idrus said...
This comment has been removed by the author.
Pak Idrus said...

Temuk, since I could not find your email address I am doing it here. Is there any ways to reproduce the Kenanga plant other than bud grafting. I did a few bud grafting, some was successful but some not. Appreciate to get some info as to how to reproduce the plants.

This is not for posting, appreciate if you could reply to my email. Thanks.

Temuk said...

Salam Pak Idrus
It appears to me that you are a keen 'horticulturist'. I love doing crown-budding. The failure rate is always very, very high! Bukan orang pertanianlah, katakan. Will email you later. TQ.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam Idalara
Terima kasih. Silakan, silakan. Singgahlah bila berkesempatan.

Othman Juliana said...

lenggok bahasa yang sangat dirindui~ sangat suka dan sangat gembira!!
oh, depa dok kata, kadang-kadang kenanga tidak dapat memenuhi KPI nya sebab kenanga merajuk dengan persekitarannya. Atau, elaun baja tidak memenuhi impian?

Temuk said...

Salam Othman Juliana
Terima kasih sudi singgah.
Alahai, manalah ada lenggok bahasa. Seronok-seronokkan hati saja. Betullah juga tu. Kenanga mungkin merasa persekitarannya tak kondusif & ganjaran yg diterimanya tak setimpal dgn output. Tapi kalau berbondong-bondonglah bunganya, pasti penjaga setianya akan menggunungkan baja pada perdunya. Ceria selalu!

Adry@Daun said...

Salam en. Temuk, sy mmg suka dan kagum cara en. Temuk menulis. Utk pokok kenanga, benar spt kata Pak Idrus, ia tidak suka dinaungi oleh pokok2 lain. Kenanga memerlukan cahaya matahari yg optimum utk mengeluarkan bunga.

Temuk said...

Salam AdryDaud
Terima kasih dan maaf lambat merespon. Panggil saya Temuk saja. Insya Allah pokok kenanga itu akan saya lentokkan lagi jauh dari pemayungnya. Biar dapat lebih banyak cahaya matahari. Saya memang menunggu2 bunganya.

yanmaneee said...

nike off white
golden goose
longchamp
jordan retro
golden goose sneakers
nike air max 2018
nike foamposite
air jordan
yeezy shoes
off white nike

smatha said...

buy replica bags d70 f9u68p7s28 gucci replica bags c26 a8f34o3y98 replica gucci handbags u69 j7w22g4h80

Anonymous said...

jordan travis scott
hermes outlet
off white jordan
palm angels
nike sb dunks
off white nike
supreme outlet
kyrie shoes
supreme
ggdb