Selepas aku membuka entri adrydaud.blogspot.com yang memaparkan informasi mengenai Periuk Kera, aku jadi lebih teringat kepadamu. Dan aku masih tak senang hati!
Wahai Keraku, di mana periuk-periukmu? Kan cantik kalau kamu tunjukkan periuk-periuk itu. Apa lagi jika banyak! Telah lama sepatutnya kamu pamerkan!
Rasanya sudah setahun lebih kamu di sini. Sudah acap kali aku pindah-randahkan kamu. Ke tempat lebih panas. Yang lebih sejuk. Lebih ternaung. Juga yang lebih terdedah. Sama saja prestasimu. Sifar!
Wahai Keraku, di mana periuk-periukmu? Kan cantik kalau kamu tunjukkan periuk-periuk itu. Apa lagi jika banyak! Telah lama sepatutnya kamu pamerkan!
Rasanya sudah setahun lebih kamu di sini. Sudah acap kali aku pindah-randahkan kamu. Ke tempat lebih panas. Yang lebih sejuk. Lebih ternaung. Juga yang lebih terdedah. Sama saja prestasimu. Sifar!
Kamu telah mengeluarkan bunga (panjang-panjang!) tak kurang dari lima 'belalai' selama ini. Sekarang ini pun aku nampak dua bunga belalaimu itu, sekalipun yang satu itu agak pendek.
Tapi, aku bukan berminat pada bunga belalaimu! Aku mahu melihat periuk-periukmu. Itu yang melayakkan kamu dipanggil Periuk Kera!
Takkan nak tunjukkan 'tali-tali' panjang di hujung daun-daunmu itu saja, bertahun-tahun. Tengok, di hujung tali-tali itu, yang ada cuma 'cacing-cacing berkerekot'! Mengapa bukan periuk-periuk besar? Yang lengkap dengan tutupnya. Juga siap dengan isi bahan kimia 'pepsin' di dalamnya. Yang bakal menghadam segala serangga yang terperangkap dalam perut periukmu itu, untuk menjadi makanan sekujur tubuh badanmu!
Cuba lihat pasumu yang bergaris pusat lebihkurang 5 inci dan setinggi 6 inci itu. Tak cukup besarkah? Lihat tanahnya yang berjenis ringan dan cepat kering (tetapi selalu aku siram), yang kemas memeluk akar malarmu. Tak memadaikah untuk akarmu terus menjalar? Baja N:P:K yang kamu serapkan ke jasadmu itu, tak sesuaikah jenisnya, juga nisbahnya?
Dalam aku membebel, riuh bunyi salakan si Murai di atas pucuk Kelat Payaku. Ia bagaikan berkata dengan nyaring kepada aku,
'Apa punya manusialah kamu ini! Takkan kamu tak tahu. Kalau belum Tuhan mengizinkan, takkan keluar periuk-periuk itu! Nak buat macam mana?!'
'Aku tahu. Aku tahu!'
'Habis tu? Dulu kamu tak seronok dengan kerenah Kenanga!'
'Yalah. Aku sedar. Aku kan manusia biasa. Aku boleh jadi tak senang hati. Juga terkilan!'
'Dah tu?'
'Aku memang alpa. Bila sudah buat itu ini, itu ini, itu ini, aku fikirkan hasilnyalah. Walhal izin Tuhan mungkin setakat 'aku berbuat itu ini' saja!'
(Penghargaan : Kepada DEDAUN ALAM, http://www.adrydaud.blogspot.com/ kerana maklumat mengenai Periuk Kera. Juga kepada putera sulungku, Dr. Izhal, kerana meminjamkan gambar pokok-pokok Periuk Keranya yang telah berperiuk di tamannya seperti tertera di atas).
23 comments:
salam,
Spesis yang ini dari jenis vegetarian kot? Tak makan serangga. Ataupun jantan yang tak masak menggunakan periuk?
Kat kawasan saya nephentes spp ini banyak yang tumbuh meliar dan sukar dipasukan.
Salam Cikgu Humairi
Pernah saya lihat di Gunung Jerai gerombolan periuk kera subur menenggek kat pohon lain dengan periuk masing2 bergantungan cantik. Rasanya memang depa benci pasu & 'tanah'. Nak kena cuba, ikat kat batang pokok hidup lain.
Salam Temuk,
Sekali lagi Temuk ber'telepathy' dengan pokoknya. Merayu-rayu.'Periuk Kera' specie unik. Saya tertarik dengan 'periuk'nya yang tergantung di hujung 'talian'.Pernah saya tanam 'periuk kera' juga dalam pasu. Tak berhasil..layu dan mati.
Salam,
Pkk nepenthes yg ditanam oleh Temuk sgt subur dn bbunga. Bunga pokok periuk jarang dpt dilihat oleh kita krn sifatnya yg hidup di hutan atau paya. Kiranya Temuk btuah biarpn 'kera' tdk berperiuk tetapi blh lihat bunganya yg unik. Spt namanya, periuk 'kera', mungkinkah ia juga ingin hidup bebas dn liar dgn memakan zat2 dr tnh bkn dr dlm kongkongan yg terbatas. Apa kata minta saja tip utk jaga pokok nepenthes ni drp dr. Izhal? Pkk2 yg beliau tnm begitu subur dn berperiuk gemuk. Atau pkk2 itu br dibeli dr nurseri?
Trma ksh krn memapar blog sy dlm Nukilan yg hebat ni.
Salam Hjh Nora
Macam dlm hidup kitalah kan, Hjh. Kadang2 tak semestinya kita perolehi apa yg kita harapkan dari orang. "Apa diharap padi seberang, entahkan masak entahkan tidak ..." kan? Ini pula dari si kera. Mujur ustaz ingatkan, yg memberi itu DIA! Tapi seronok pula saya bila adrydaud kata saya sebenarnya beruntung dapat lihat bunganya, walaupun tiada periuknya. Kena bersyukurlah juga, kan?
Salam Adry@Daun
Entri2 sdra memang informatif dan gambar2nya menarik. Saya suka! Oh, tak pula saya tahu orang jarang berpeluang melihat bunga PK. Kalau begitu memang bertuahlah saya sebab banyak kali dah PK saya berbunga. Saya bercadang nak tenggekkan dia atas dahan pokok Kelat Paya saya, walaupuin saya bimbang juga kalau2 dia mati pula. Izhal beli semua PKnya di nurseri, siap berperiuk! Dia pun tak pandai pasal pokok. Bidangnya electrical & electronic engineering.
lalu jap.
penah tgok dokumentari pasal makanan, nasi dimasak dalam periuk kera. mcm sedap je.
salam.
maaf sikit sampai. tercari-cari masa untuk masuk sebenarnya.
ada dua pengajaran dari entri ini yang saya dapat.
1. kekuasaan tuhan mencipta pelbagai flora dan fauna sehingga tak terfikirkan oleh akal kita. macam pokok periuk kera ini. sejenis tumbuhan memakan haiwan.
2. kita yang mampu merancang dan berusaha. hasilnya bukan dapat kehendak hati kita.
Salam cikgu
periuk kera ni
masa kecik kecik sya takut
sbb ditakutkan konon tempat tinggal pontianak
heheheh lawak tui.
Salam Jejari Halus
Silakan. Yg dikatakan periuk kera tu mcm yg dlm gambar2 saya atau sejenis periuk betul? Walau apa pun, pasti dokunemtari itu menarik.
Salam al-lavendari
Benarlah segala ciptaan Allah itu menkjubkan bagi yg mahu berfikir. Selalunya haiwan yg memakan tumbuhan; ini kita lihat kes sebaliknya!
Dan amat benarlah, kita hanya mampu merancang (dan itu pun dgn izin-Nya), tetapi hasil perancangan adalah ketetapan DIA.
Selamat berhujung minggu.
Salam sayangsayangibu
Mesti banyak periuk kera di persekitaran masa tu, ya? Kalau sekarang kita ditakut-takutkan, tentu tak ada kesan. Sebab kalau pun betul ada pontianaknya, mestilah dari jenis yang kecil, yang boleh muat masuk ke dalam periuk kera. Ceria selalu!
Saya puji gambar-gambar kat blog tuan Temuk ni. Segar dan sharp. Info tn sangat berguna. Tq
Aslmkm.
Aziz kirim salam & minta nama sebenar sama sp semasa di UM dulu ... 'mesti tau, mesti kenal!' katanya. Beliau juga bertanya, dulu PTD juger ke?
Hmmm, mengenai pokok ini: saya yakin sbb utama ialah 'bukan habitatnya,' ya kan? Pokok contoh baik tu kelihatannya sp baru dipasukan saja.
:) Selepas buat komen, baru lihat tercatit 'Bekas Pengajar' di catitan profil.
Salam Pak Temuk...
Kalau di sana menunggu terbitnye periuk-periuk...
Saya di sini menunggu munculnya buah-nuah naga...
Pokok dragon fruit di belakang rumah saya begitu juga. Mengeluarkan bunga besar dan gah, sudah acap kali, membuatkan hati turut gah. Tapi, sebaik kelopak gugur...putik pun 'keguguran' sama...
...Tuhan belum mengizinkan. Ya, betul
Salam DDrfauziah
Mungkin tengok gambar dlm profil tu Dato' tak cam saya. Maklumlah. Tapi bila tengok gambar Dato' dgn DDrfauziah, saya terus cam (sekalipun namanya tak disebut & hanya kemudian saya lihat ada seorang pengomen yg menyebut namanya). He has not changed much. Nanti satu hari saya buat posting tunjuk gambar lama, mungkin Dato' boleh 'lagi' ingat. Saya pernah juga PTD di Foreign Affairs (tak sampai setahun). Kemudian masuk jadi pengajar di Kolej Pertanian Malaysia (kemudian jadi UPM). Sampai bersaralah kat situ. Kot tak salah (ingat-ingat lupa)Dato' pun ada brother mengajar kat situ?
Salam DDrfauziah
Nampaknya saya kena komen balas dua kali juga. Maaf, terlupa tadi. Periuk Kera yg cantik-cantik dlm pasu itu anak saya beli dari nurseri. Mungkin orang nurseri pasukan pokok semasa telah berperiuk! Betullah tu, kalau persekitaran baru tak sama dgn tempat asal, pokok tentulah tak gembira.
Salam ckLah
Kata orang naga yg berdarah merah lagi kedekut nak berbuah. ckLah punya naga jenis putih atau merah? Kalau tak banyak pokok, boleh juga cuba selalu ngomong dgn pokok (kata pakar psikologi pokok!). Kot banyak, letihlah. Mudah-mudahan datang juga si buah yg dinanti-nantikan. Insya Allah.
Salam bahagia Cikgu Aida
Terima kasih. Manalah hebatnya gambar-gambar orang amatur! Pulak tu kamera compact saja. Jadilah, kata orang, asalkan ada.
Bila tengok gambar-gambar orang lain cemerlang, kepingin juga nak cari kamera baik sikit. DSLR ke!Tapi RM pesara tahu sajalah! Lagi pula (cari alasan!) kamera hari ni cepat sangat jadi kuno! Selepas kamera kompak diberi ciri HD, dah dibayangkan bakal keluar kamera 3D pula. Tunggu yg tu lah (sambil simpan-curi duit sayur & angan-angan terusan!). Ceria selalu!
Assalamu'alaikum.
Saya ada terbaca dalam artikel bahawa kita jangan beri baja kepada pokok periuk kera sebab nutrien boleh diperoleh daripada serangga. Apabila kita baja, pokok dah bergantung harap kepada baja tu, terus tak menghasilkan periuk.
paul george
hermes outlet
off white hoodie outlet
fear of god
hermes outlet online
Post a Comment