Wednesday, September 22, 2010

ORKID PENAWAR RINDU

Dengan izin Allah, sebelum raya, orkid yang kubeli mula menampakkan 'tiang bunganya'. Pada tiang itulah para kudupnya melekap berbaris.

Telah lebihkurang setahun orkidku itu kujaga. Dengan kesungguhan,  dan juga kealpaan.



Batang kudup memanjang. Melentok dengan kudup-kudupnya yang menonjolkan diri satu persatu. Sembilan beradik!


Nah, ini wajah barisan kudup, mengembang satu persatu. Dari kuntum pertama, hinggalah kuntum kelapan. Kupaparkan di sini, tanpa menunggu kudup kesembilan mengembangkan sayap-sayapnya. Tak sabarnya aku. Mungkin sebab sudah menunggu berminggu-minggu!





Bila kudup terakhir mengembang nanti, kesabaran menunggu taklah teruji lagi. Cuma selepas itu pula nanti, akan bersedihlah hati melihat sekuntum demi sekuntum layu dan gugur, kapan telah sampai waktunya. 

28 comments:

sahromnasrudin said...

salam tuan temuk..ari ahad aritue sy ada turun putrajaya raye uma kekawan..teringat kat temuk duk BBB tapi lupe bgtau temuk..kalau tak, leh singgah beraya uma temuk..jasa temuk pada saya tidak pernah saya lupakan cume saya janggal bile bahasakan diri temuk kerana temuk adalah sifu saya..klu temuk selesa, saya rasa tenang...

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

salam tuan, semoga tuan sekeluarga sihat selalu...

kita umpama orkid itu... kita datang dan masanya akan tiba jua untuk pergi meninggalkan kudup-kudup lain yang masih melekat pada tiang bunga...

tiang bunga juga jangan lupa... dia juga akan menyusul selepas itu...

Pak Zawi said...

Temuk,
Alhamdulillah penantian tuan dengan penuh sabar telah memberikan hasil. Saya juga telah mula bermanja dengan orkid. Post tuan amat memberangsangkan saya.

Adry@Daun said...

Salam cikgu,
Masa tinggal di Kelantan, saya juga tnm pkk orkid ni. Siap buat rmh orkid utk letak orkid yg pelbagai spesis. Kata org yg biasa tnm pkk orkid, kita kena 'berbual/sembang' dgn pkk2 orkid ni supaya ia rajin bbunga. Tak tahulah betul ke tdk tp orkid yg saya tnm rajin bbunga. Tp semua itu tinggal kenangan sbb setelah berpindah ke sini, tiada lg rumah orkid dn pkk orkid pn ada dua tiga pkk saja.

DrSam said...

salam. apa-apa pun jika dijaga dengan kasih sayang dan disiram dengan cinta akan membuahkan hasil yang cantik. orkid tuan nampaknya mendapat semua baja tersebut.

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Temuk,
Ini tentu kes peminat lagu Penawar Rindu nyanyian Datin Orkid Abdullah, saya teringat...beliau menyanyi lagu ini semasa satu show di DTC.

ahmad humairi said...

salam,

...penantian itu sungguh menyeksakan, namun kepastian itu merupakan suatu penawar dalam suka dan duka penantian.

Berbaloi penat dan lelah bila melihat kembangnya...pasti takkan layu dalam galeri maya ini....jangan sedih, ceria selalu!

Temuk said...

Salam sahromnasrudin
Terima kasih banyak di atas segala ingatan. InsyaAllah satu hari kita berjumpa. Amat-amat selesa sekali saya kalau sahrom lupakan 'sifu' tu. Bila lapang nanti saya buat entri "Temuk". Amacam?

Temuk said...

Salam Sdr Abi-AlBaihaqi
Terima kasih di atas doa. Benarlah yg dikatakan itu. Sedihnyalah jika kita jadi kuntum terakhir yang pergi. Pasti terasa kerinduan & kesunyian, terkenangkan semua yg telah mendahului.

Semoga sdr sekeluarga juga sihat sejahtera sentiasa. Panggil saya Temuk saja, ye.

Temuk said...

Salam Pak Zawi
Terima kasih. Ada beberapa lagi pasu orkid yg saya teduhkan di bawah pohon mata kucing, belum berbunga. Nak beli yg sudah berbunga, tak ada thrill pula. Harap-harap bila orkid Pak Zawi dipamerkan, saya pun punyai sesuatu utk diperagakan. Have a nice day!

Temuk said...

Salam Adry
Alahai, pilu juga teringatkan para orkid yg ditanam di Kelantan dulu tu ya. Macam-macam spesis pula.

Kata orang, memang kita kena bercakap dgn semua pokok yg kita tanam supaya pokok jadi lebih subur, rajin berbunga, dan tak lupa berbuah bagi jenis yg berbuah. Tapi mestilah kita tak lupa beri mereka makan minum sepatutnya.

Saya dengar di Kelantan terdapat banyak orkid cantik. Di tempat sekarang pun, sebab Adry suka pokok, bolehlah slow & steady buat pondok orkid lagi & padatkannnya dgn orkid.

Temuk said...

Salam DrSam
Terima kasih. Sebab saya mengaji bab bukan-pertanian, cara menjaga pokok pun kira lebihkurang + hentam keromo sajalah. Syukurlah ada yg membuahkan hasil. Tapi ramuan 'sayang' pada pokok, wajib ada dalam hati penanam. Have a nice day!

Temuk said...

Hjh Nora

Betullah tu. Pasal tu tajuknya begitu. Boleh baca, ya?

Tentu ramai yg segolongan dgn kita yg ingat & sukakan 'Penawar Rindu' yg dgn lunak telah dighazalkan oleh Datin Orkid Abdullah. Alahai, sayu bila mendengar lagu tu.

Saya ingat-ingat lupa lagu itu dialunkannya di DTC. Yg dlm U-Tube memang selalu dibuka! Salam & ceria selalu!

Temuk said...

Salam Cikgu Humairi
Memang penantian itu menyeksa. Tapi kepastian bahawa yg dinanti bakal datang, boleh menjadi penawarnya. Macam mananti gajilah tu, Cikgu. Pasti datang hujung bulan!

Benar kata Cikgu. Pun layu kembang di pasu, wajahnya dalam galeri maya tetap kekal segar.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) said...

Assalamualaikum Cikgu,

Memang cantik bunga okid. Saya tabik cikgu kerana minat menanam pokok bunga. Bahagian ini yang tak ada pada saya.

Abam Kie said...

selamat menjaga orkid2 yg cantik tu, abg temuk....cantik dibuat hiasan taman umah sy ni..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam Temuk,

wow!! sungguh cantikk...dulu2 saya ada rumah okid...siap segala variety saya beli...now, i have one only!!! bila teringat, buka album tgk gmbr2 jer :))

Temuk said...

Salam Mej Nor Ibrahim
Tak banyak, Mej. Adalah sebatang dua, supaya ada 'benda nak buat'. Yg saya tahu kat rumah Mej ada pokok-pokok buah, termasuk buah nona. Itu pun bagus: menyejukkan & membuahkan hasil.

Temuk said...

Salam Daddy Zuki
Terima kasih. Bila dah berbunga tak ada tension tunggu nak tengok rupa bunganya. Betullah kata Daddy tu. Sekarang kena jaga. Nak cuba pastikan bunga-bunganya bertahan dlm sekurang-kurangnya sebulan. Lama kita tak jumpa, ya? Ceria selalu!

Temuk said...

Salam Hjh Zainab
Kalau rumahnya masih ada, tentu boleh cari penghuni-penghuni baru pula. Kesian yg tinggal sepokok tu.

Atau sudah tukar selera ke bunga-bunga lain? Bila tengok gambar-gambar lama, kadangkala kita terkejut juga, "Oh bunga ni pun ada dulu?"

Semoga sihat & ceria selalu!

Unknown said...

SALAM,
SUKA TENGOK ORKID - WARNANYA DAN BENTUKNYA. TAPI TAK TAHU MENGAPA TAK PILIH TANAMAN ORKID INI.

Azian Elias said...

Salam Temuk,

cantik nya orkid tu... Tp saya ni jenis tak berapa pandai bergardening. Bila dah tengok orkid Temuk ni, rasa esok nak operate balik taman yang dah tak semengah kat bawah tu..

Kakzakie Purvit said...

Salam cikgu,

kakak pun suka tanam bunga okid. tapi hari raya nie tak nak berbunga pulak. selalunya tak henti berbunga.....

hujan lebat selalu di Johor sekarang nie kena lebih sikit jaganya sebab kakak guna sabut kelapa lebih dari arang jadi air meresap banyak di sabut tu.

Temuk said...

Salam LUAHFIKIRAN
Hehehe. Gitulah kita ni. Ada benda yg kita suka tapi kita tak pilih. Ada yg kita tak suka, tapi kita pilih. Yang kita suka dan kita pilih pun, kemudiannya mungkin pula kita pinggirkan. Apalah kita ni, ya?

Temuk said...

Salam YAN
InsyaAllah akan lebih menjadi nanti tu.

Nanti satu hari Yan paparkanlah hasil renovasi taman kat bawah tu, ya? Happy gardening!

Temuk said...

Salam KAKZAKIE

Terima kasih singgah. Oh, waktu raya pula pokok orkid tu mogok, ya? Insya Allah akan berbunga juga nanti.

Guna sabut pastilah lebih mesra- alam berbanding gunakan arang. Semoga akan dapat tatapi di dalam blog wajah-wajah orkid yang mogok apabila telah berbunga suatu hari nanti.

Unknown said...

Homepagefind click sitego to the website see it hereread here

loche said...

son explication réplique dolabuy naviguer vers ce site Web dolabuy leur site Web sacs répliques hautes