Friday, January 28, 2011

ADA GANJARAN ....... JIKA TAHU SIAPA DIA

Saja seronok-seronok. Nak tahu, ada tak yang tahu.


Bunga apakah yang tertera di atas? Maaf gambarnya kabur. Diambil dengan handphone. Di bawah, gambar bunga yang sama.


Yang pertama menjawab dengan tepat di dalam ruang 'COMMENTS', jika sudi, akan ku hadiahkan kepadanya buku di bawah.

Tanpa ku sedari, waktu ada book sale baru-baru ini, ku beli sekali lagi buku itu! Geli hati betul. Mata pun boleh geli kalau selalu ternampak dua buku yang sama dalam simpanan!

Kalau tiada jawapan yang betul, atau tiada reaksi apa-apa dari pembaca kali ini, mungkin akan ku tanya mengenai bunga lain pula kemudian nanti.

Tapi tentulah bukan mengenai bunga 'Laki Pukul Bini', yang gambar dan maklumat mengenainya ada dalam buku hadiah itu.


*********************************************


KEPUTUSAN TEKA BUNGA ..... 30 JANUARI 2011


DIMENANGI OLEH RAKAN KITA, ZUL PERMATANG BADAK! TAHNIAH!

TERIMA KASIH KPD SEMUA YG BERSAMA SERONOK-SERONOK MENGAMBIL BAHAGIAN. LAIN KALI BERSAMA LAGI ...

53 comments:

sayangsayangibu said...

salam pakcik temuk
adakah bunga kangkung atau pun keledek ? ;p

Temuk said...

Salam bahagia sayangsayangibu

Hihihi, tak aci tanya saya balik, tau? Tak aci juga bila ada dua jawapan.

Cepat, cuba lagi. Kangkung, keledek, atau entah-entah lain jawapannya. Kalau nampak saya masa beraksi mengambil gambar, tentu boleh jawab dengan tepat.

sayangsayangibu said...

heheheh...tak aci ye...
sya teka lagi sekali ye..
pokok yg menjalar di tepi pagar tu kot ;p

Temuk said...

kihkihkih.... nampaknya tak tepat lagi. Pokok apa yang menjalar di tepi pagar tu?
Tak mengapa, fikir lagi. Tak ada had bilangan percubaan menjawab. Seronok juga Pakcik nak tau siapalah yg tajam mata.

Pak Zawi said...

Salam Temuk,
Jawapan saya bunga kangkung.

zul permatang badak said...

Salam cikgu,

Jawapan....bunga kacang bendi...

sayangsayangibu said...

mencabar minda nih..mencabar ketajaman mata..
tak boleh jadi nih.. kena cari jugak hehehehe... klu ada tak pakcik post en3 spesis ni sblm nih... ;p

Kakzakie said...

Salam cikgu,

Kakak teka bunga yg buat masak nasi kerabu. Bunga ungulah kakak tak tahu nama scientifiknya.

Kakzakie said...

Salam cikgu,

Kakak nak teka lagi. Bunga telang.
Betul tak?

Temuk said...

Salam sejahtera PAK ZAWI
Saya rasa bunga kangkung pun lebih kurang macam tu rupanya. Tapi nyata bunga tu bukan si kangkung yang empunya. Nice try. Boleh cuba lagi!

Temuk said...

As-Salam ZUL PERMATANG BADAK
Terima kasih cuba meneka. Tapi belum kena sasaran.... Masih boleh cuba lagi.

Temuk said...

SAYANGSAYANGIBU
Tak pernah masukkan gambar tu dalam entri yang lepas. Pakcik rasa, sayangsayangibu ni tajam mata .... Cepat! Cepat!

Temuk said...

Salam sejahtera KAKZAKIE
Alahai.... bunga masak nasi kerabu tu apa namanya? Kena tepat Kakzakie. Tapi sebenarnya bukan bunga tu. Juga bukan bunga telang.

Just curious, is there another name for bunga telang? Cuba kali ke 3 & seterusnya, Kakzakie!

ahmad humairi said...
This comment has been removed by the author.
ahmad humairi said...

assalamualaikum,

wahh...ada kuiz di laman ini..

Pagi-pagi pergi berkelah,
Membeli-belah di pekan sari,
Kalau saya tidak salah,
Buga Seri Pagi nama diberi.

seri pagi (morning glory) atau nama botaninya lpomoea spp.

Kakzakie said...

Salam cikgu,

Kakak surf internet sampai keluar semua bunga tapi bunga ini tak ada. Hehehe...betul la cikgu buat kakak geram.... sampai keluar gambar bunga cinta lestari pun ada gak. Hahaha....

Bunga telang is call as clitoria flower or food dye. No wonder boleh buat nasi kerabu. Gambarnya pun lain.

Kakak surrender la cikgu... Hubby kata bunga yg menjalar kat pagar sekolah anak. Tapi tak tahu nama. Hehehe....

zul permatang badak said...

PERCUBAAN KEDUA...bunga pokok kekacang...pokok penutup bumi....

Temuk said...

Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI

Manis rasanya madu beragi
Dibuat ubat pahlawan luka
Dia bukannya si Seri Pagi
Seronokkan hati teruskan teka....

Nanti nampaknya nak kena beri pembayang sikit-sikit kat semua orang ya Cikgu!

Temuk said...

Jumpa lagi KAKZAKIE

Saya pun geram ni Kakzakie. Macam mana belum ada yang jawab JELAS & TEPAT ni?

Oh bunga telang tu food dye!

Kalau dinamakan 'bunga yang menjalar di pagar sekolah anak', memang tak jelas & tak tepatlah tu. Hihihi. Please don't give up. Mana tahu mimpi namanya nanti. I'll give some tips later. Nak tunggu variasi jawapan dulu....

Temuk said...

Ketemu lagi ZUL PERMATANG BADAK

Belum berjaya juga nampaknya! Nanti, sikit-sikit tips akan diberi. Sementara tu seronok juga tonton 'aneka jawapan'. Saya tahu ada lagi 'orang-orang tumbuhan' yg belum cuba jawab. Cuba terus....

ahmad humairi said...

salam sekali lagi,

Kalau bukan seri pagi,
Bungan Pitonia....betui?

nanti saya teka lagi.

Temuk said...

RAKAN-RAKAN SEMUA

SETAKAT NI BARU ADA 5 RAKAN KITA YG SEMPAT MENCUBA. ADA YG DAH CUBA 3 KALI. BAGUS, SPORTING BETUL!BOLEH CUBA BERAPA KALI PUN. UTK SERONOK-SERONOK.

SAYA TAHU, ADA YG TAJAM MATA & INGATAN. TAPI JAWAPANNYA SAJA YG MENAMPAKKAN KETIDAKPASTIAN...KETIDAKTEPATAN...

TENGOK BEBERAPA PERCUBAAN LAGI. LEPAS TU BERI SIKIT 'TIPS', OK? SELAMAT MENCUBA & TERUS MENCUBA!

Temuk said...

Salam sejahtera CIKGU HUMAIRI

Saya setuju rupanya memang merep si bunga petonia. Tapi pasti bukan petonia. Seronok juga nak tengok, agaknya nama-nama apa pula yg cikgu bakal beri.

Pak Idrus said...

It is Morning glory, a creeper plant that grows on fence and the flower only bloom in the morning.

Temuk said...

Hi PAK IDRUS

Thanks for joining the fun. I do think that the morning glory does resemble in many ways the flower that I have posted in my entry. But it's not morning glory. Another try?

zul permatang badak said...

percubaan yang ketiga,

Bunga kangkung pagar....

Yan said...

Eee,,nak teka gak..tp tak tau.. Nampak macam bunga yang perlukan matahari banyak ni.. Cuma takleh banyak air.. Nama tak tau..

ahmad humairi said...

salam cobaan ketiga,

bunga trompet ungu

issyyy...susah beno plak rasenye....nampak gayenye kene bagi klu.

AUR said...

Salam Pakcikku..

AUR nak mencoba!!! SEROJA..
(main tembak je nih...)

sayangsayangibu said...

Salam pakcik nak teka lagi nih
orkid liar kot? ;p

Temuk said...

Salam sejahtera ZUL PERMATANG BADAK
Keputusan ke 3: Belum kena! Saya nak beri tips UNTUK SEMUA.

Temuk said...

Kabare YAN
Terima kasih mencuba. Wow, punya 'panjangnyalah' nama bunga yang Yan beri tu. Hihihi. Tak mengapa. Lihat tips UTK SEMUA di bawah.

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI

Ye le, susah beno pulak ye. Kene bagi klulah nampaknye. Yg susah tu pase banyak bunge yg seghope denganye. Klu di bawah UNTUK SEMUA. Selamat berhujung minggu.

Temuk said...

Salam bahagia AURku,
AUR ni bagi Pakcik ketawalah. Main tembak pulak. Mujur tak kata 'bunga buluh'... Jgn marah Pakcik bergurau. Pakcik bagi tips kat bawah, UNTUK SEMUA. Thanks for trying.

Temuk said...

SAYANGSAYANGIBU

Orkid liar... jawapan disahkan salah...

Kan Pakcik dah kata, sayangsayangibu ni tajam mata! Pakcik kata tak aci tanya balik (sebab sayangsayangibu yg ditanya); juga tak aci beri dua jawapan; juga tak boleh tak pasti! Hihihi. Cuba tengok balik jawapan mula-mula.... Cepat, cepat!

zul permatang badak said...

.....Kalau begitu bunga keledek...hee....heee....dak agak....

Temuk said...

kepada SEMUA

HOOOOREEEEIIII....

TAHNIAH KPD ZUL PERMATANG BADAK. TEPAT! BUNGA KELEDEK!

DGN INI TIRAI TEKAAN DITUTUP!

SAYA AKAN MASUKKAN GAMBAR BUNGA KELEDEK, DGN POKOKNYA, SEBELAH BAWAH ENTRI BERKAITAN.

Ada yg sekalikan jawapan itu dgn bunga lain.... jadi kira tak acilah, sebab jawapannya mestilah satu saja. Maaf, ya.

INSYA-ALLAH ADA LAGI MAIN TEKA-TEKA LAIN KALI. TERIMA KASIH KPD YG SUDI BERSAMA. MAAF KPD YG KURANG BERNASIB BAIK. NANTI CUBA LAGI....

Temuk said...

Salam sejahtera ZUL PERMATANG BADAK

Tahniah!

Mohon lihat emel sdra. Terima kasih sudi bersama.

School Of Tots said...

Assalamualaikum Tn Temuk, hijau itu menawan. Namun tumbuhan itu penuh warna warni. Allah Maha Pencipta. Ada rahsia pada segala ciptaan-Nya bagi yang berfikir. Species okid je beribu-ribu, species ubi pun banyak, hebat..hebat.

ahmad humairi said...

salam,

tahniah zul permatang badak.


lain kali Abang Temuk buat kuiz lagi...xyah bagi hadiah pun xpe...saje-saje mencabar minda, terima kasih.

Adry@Daun said...

As Salam cikgu,
Nmpknya saya terlepas peluang utk beri jawapan. Smlm adalah hr tnpa internet bg saya. Pkk keledek ni saya ada tnm kat blkg rmh dn ia mmg mgeluarkn bnga yg cantik. Apapn, tahniah utk en zul kita.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam Tn SCHOOL OF TOTS

Terima kasih singgah. Jauh sekali tuan pergi, hingga ke kisah kewujudan pelbagai jenis kejadian, termasuklah si ubi .... yang sebenarnya, pada penghujungnya, menuding kpd hebatnya Allah Maha Pencipta, yang Maha Kaya dengan pelbagai ciptaan.

Semoga dengan izin-Nya jua kita mampu menyelak rahsia segala kejadian-Nya dan mencelikkan lagi mata hati kita untuk mengenali-Nya.

Temuk said...

Ketemu lagi CIKGU HUMAIRI
Terima kasih. Insya-Allah, bila ada modal nak menguji, Temuk akan buat entri tekaan lagi.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam, ADRY

Sedih juga Adry tak sempat libat diri awal-awal tu. Saya memang agak, kalau Adry jawab, insya-Allah terus kena sasaran, sebab Adry punyai ilmu dan pengalaman yg banyak mengenai tumbuh-tumbuhan. Insya-Allah lain kali pula. Ketemu lagi.

zul permatang badak said...

....Salam cikgu....saya pun satu hari menunnggu Adry....mana Adry pergi.....buka laman dedaun alam....komen tak jawab.......sepatut Adry turut berentap hee hee....., dimasa akan datang harap cikgu adakan lagi segmen teka teki.....biar kita berlumba...jawab.......

sayangsayangibu said...

heheheheh..seronok baca semua komen dlm list nih...
sya cuma mampu gelak tp tak berbunyi..tahniah pada en zul.. ;p

sayangsayangibu said...

betul jugak tu mana adry ye? mesti tepat kalau meneka

pak cik, kalau buat lagi teka teka ni taak ada hadiah pun kami sanggup meneka, sbb belajar mengenal benda yang ada di sekeliling, tapi kebanyakan kita memang tak kenal... ;)

Temuk said...

Salam bahagia ZULPERMATANG BADAK

Yalah, adry ada menanam keledek & keledeknya berbunga. Dia amat tahu bunga yg dipaparkan tu. Tapi, sebab tak ada internet, dia terhalang dari mengambil bahagian. Itulah rezeki....

Sesiapa pun boleh buka 'gelanggang teka' utk kita semua sama-sama, seronok-seronok, bersilat meneka di dalamnya. Insya-Allah.

Temuk said...

SAYANGSAYANGIBU

Kita sama-sama tunggu Adry. Rupa-rupanya dia tak boleh membuka 'alam mayanya'! Tapi, pakcik pun sedih juga, sebab dalam respon pertama sayangsayangibu memang sudah ada jawapannya. Cuma diberikan dalam bentuk yang 'tak aci' dan tak spesifik/tepat. Insya-Allah lain kali. Macam mana kalau sayangsayangibu pula buka kedai tekateki? Pakcik pula ikut serta menjawab, walaupun mungkin jawapan hantam keromo sahaja. Ceria selalu!

sahromnasrudin said...

assalamualaikum tuan temuk..saya terlepas kontest ini...rugi rasanya huhuhuh

Temuk said...

Wa'alaikumussalam SAHROMNASRUDIN

Sahrom ke mana sampai terlepas keretapi? Tak mengapa. Lain kali, bila ada modal idea, saya buka lagi kedai teka. Ceria selalu!

AUR said...

Ish...Bunga Keledek rupanya...Yang tu la yang saya nak teka haritu...Tersilap tembak daaa....

(ayat di atas biasanya digunakan untuk cover line selepas tembakan tersasar...kekekeh)

TAHNIAH la diucapkan kepada Abg Zul Permatang Badak..

Temuk said...

AUR
Tulah, AUR... Teka lain, tembak lain. Mungkin senapangnya dibuat dari buluh, tak? Try again next time, ok?