Saturday, March 5, 2011

PASTI ADA KALI PERTAMANYA ..........

Tak ku sedari pun selama ni. Masa cuci rumput di kawasan belakang tadi, ternampak si dia. Dah menguntum!


Selepas entah berapa tahun, itulah kali pertama pokok Kantanku mengeluarkan bunganya. Kali pertama, satu kuntum. Jadilah.


Kata rakan 'blogger tumbuh-tumbuhan', Sdra. Adry (http://adrydaud.blogspot.com/), pokok Kantan memerlukan tanah yang lembab. Kesihan jugalah pokok Kantanku, menderita bersesak-sesak dengan anak pinaknya (juga tumbuhan-tumbuhan lain) di lereng tanah yang gersang, yang kaya dengan batu dan pasir.

Kalaulah ada tanah yang luas, dengan kawasan yang macam-macam keadaannya, yang sesuai dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan (seronoknya tontoni  kawasan Sdra. Zulbahri , http://zulbahrihussin.blogspot.com/), tentulah tak akan merasa jemu untuk bercucuk tanam.

Memang tak sampai hati nak memarahi pokok Kantan walaupun tak berbunga, atau berbunga hanya sekuntum selepas begitu lama, sebab keadaan persekitarannya yang begitu dhaif.

Dulu, Periuk Keraku memang ku marahi di khalayak ramai, sebab lama ditanam tapi tak berperiuk. Nampaknya selepas kali pertama dia berperiuk, sampai sekarang tak tahu pula dia nak berhenti.


Tapi, dia memang dimuliakan di buaian teduh. Bukan dipaksa melata di bumi dangkal.

33 comments:

ckLah said...

Ingatkan tulip tadi...

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Pabia dah ada kali pertama, pasti ada kedua, ketiga dan serterusnya sampau 'pencen'.

Lepas ni kalau masak laksa, atau asam pedas...xyah beli lagi bunga kantan tu....leh petik kat situ je.

Temuk said...

As-Salam ckLah
Tulip Malaysialah tu. Pokoknya jauh lebih tinggi dari bunganya! Biasa masukkan bunga kantan dalam masakan?

Temuk said...

Wa'alaikumussalam Cikgu HUMAIRI

Kalaulah rumpunan Kantan saya ni nanti menampakkan yg kali kedua, yg kali ketiga, dan seterusnya, memang seronoklah. Bunga Kantan pun tak selalu ada di pasar; harganya pun dah naik. Memang sekerabat bunga ni dgn laksa dan asam pedas ya Cikgu... dan dia juga menghebatkan rasa & aroma.

Abu Aiman said...

Salaam,
agaknya pokok2 ni pun ada tempoh matang. Bila dah matang berhasil lah dia...

Puan Isah said...

Salam Temuk
Wah besar bunga Kantan tu...teringat Isah nak masak Laksa Penang pulak he he..

Periuk Kera pun ada...

Salam Ceria

zul permatang badak said...

Cikgu...
pokok kantan tak perlukan tanah yg luas...tepi2 pagar pun boleh....tepi dapur..persekitaran yg sejuk......

Sekarang musim kemarau.....air basuhan ikan elok dicurah kat pangkal pokok tu....mmmm...tengoklah nanti...hijau berkilat daun......

Temuk said...

As-Salam ABU AIMAN
Saya pun beranggapan begitu. Cuma Kantan saya itu rasanya mengambil masa yang terlalu panjang untuk berbunga. Mungkin selepas ini, setelah pernah keluar bunganya, akan lebih kerap bunga-bunga yang lainnya menyusul.

Temuk said...

As-Salam ISAH

Baguslah masak laksa Penang pula. Tentu selama ini Isah telah lebih kerap memasak laksa Sarawak, kan? Tak masukkan laksakah dalam senarai makanan di gerai Isah tu? Adakah famili di Sarawak menyukai bunga Kantan? Periuk Kera banyakkah di situ?

Temuk said...

As-Salam ZUL PERMATANG BADAK

Terima kasih atas nasihat menyiram pokok Kantan dengan air basuhan ikan itu. Memang belum pernah cuba dan tak tahu mengenainya. Kawasan saya memang panas. Maklumlah bukan kawasan kebun yang biasanya lebih sejuk dengan adanya pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan di dalamnya.

nor said...

pakcik, asmkm

nor said...

komputer ada demam sikit.
pakcik ambik papan buat support di bahagian lereng supaya tanah tidak lari atau jatuh.

macam takung.. supported dgn kayu.
lepastu, pakcik amik tanah bakar, gaul dengan tanah biasa atau laterite ke tanah liat ke takde hal.tinggikan sikit tanahnya
kalau pakcik ada kompos heap yg dari sampah dapur dan dan potongan rumput tu, lepas 4-5 bulan ia dah reput dan hitam pakcik gaulkan dengan tanah yg pakcik boleh dapati seperti tanah liat ke apa ..
kemudian pakcik tambahkan ke existing tanah , gaulkan di kelilig..
kalau naikkan sikit tanah tu punya level tak apa lagi elok biarkan akar didalam lagi tak apa banyak moists and nutrient utk akar absorb.. so make sure akar tenggelam dalam dalam.jadi banyak makanan dan minuman untuk menghasilkan pucuk dan pokok dan bunga baru...
kemudian pakcik ambil pebble atau batu besar genggaman anak kecil, letak rata on the surfaces and keliling.. pangkal. kalau pucuk baru pokok nak tumbuh ia akan menolak pebbles tadi dengan mudah dimasa yang sama permukaan bawah batu tadi masih lembap walau panas macamana sekali pun..serta cacing pun tumpang duduk bawah lembapan batu tadi.


compost heap tu pakcik baca la yg saya komen di blog sekilau 1.wasalam

Temuk said...

Wa'alaikumussalam NOR

Wau, baguslah Nor beri Pakcik banyak tips ni. Pakcik pun tak pernah fikirkan rhizom yg timbul-timbul tu patut ditutupi, tebal-tebal, dengan tanah berbaja yang selalu basah. Nampaknya Nor dapat melihat akar Kantan yang menderita pada gambar tu, ya. You are very observant! Insya-Allah Pakcik akan cuba buat. Rumput, buangan dapur dll yang Nor sebut tu Pakcik akan cuba gunakan sepenuhnya. Rumput kering memang banyak terlonggok selepas dimesin rumput keliling rumah.

Sebut pasal cacing, Pakcik sendiri sangat suka lihat cacing tanah menggeliat dalam tanah yang kita korek. Petanda tanah kita elok, kan? Paling tak suka, bila korek tanah, keluar bunyi dan rupa batu yang ditujah pengorek! Thanks again!

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum cikgu,

Pokok bunga kantan kalau dibiar atas tanah boleh sekebun jadinya. Beranak-pinak dan sentiasa berbunga tak henti walau tak berbaja. Rumah kampung kakak merebak sampai kena bakar, tapi tak lama tumbuh lagi. Tapi kita di bandar kena beli. Kat JB 1 kuntum RM1/-

wa khairul onggon said...

Salam perkenalan cikgu Temuk @ Wa Temuk.. Terima kasih kerana singgah blog saya. Saya pun minat fotografi sebagai hobi sahaja dan saya bukanlah bro, sifu atau masta tapi klu ada apa2 yg saya boleh bantu silakan bertanya apa2 pasal fotografi. Tips pertama saya nak bagi kalau cikgu nak impak yg lebih menarik utk foto2 di taman ialah dengan menggunakan lens macro seperti Canon 100mm f2.8 mahal (mahal) atau Tamron SP AF90mm f2.8 macro (RM1300++) atau apa2 lens macro f2.8 yang jaraknya kurang dari 100mm seperti 50mm, 60mm dan sebagainya. Saya sangat rekomenkan 50mm.

"f2.8" akan memberikan bokeh dan DOF yg cantik pada gambar taman terutamanya bunga-bungaan dan serangga, dengan fokus yg sangat tajam di depan dan bokeh yg cantik dan lembut dibelakang. Wlu bagaimanapun, kitlens sahaja sudah cukup seperti gambar2 yg cikgu ambil sebab di dlm fotografi, sebenarnya tiada yg salah dan tiada yg betul. Hanya si penangkap gambar yg faham apa yg cuba disampaikannya. Itu sekadar pendapat saya sebagai jurufoto amatur..

Temuk said...

As-Salam KHAIRUL

Wa Temuk ucapkan terima kasih di atas tips itu semua. Insya Allah belajar sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Wa mungkin tak mampu tambah aksesori buat masa ini. Lensa 18-55mm, f/3.5-5.6 (yg asal diberi sekali dgn Canon 600D) dikira termasuk dalam kategori lensa makrokah? Adakah sesuatu dalam kamera yang menjadikan kita boleh mengambil gambar makro, dengan lensa 55mm itu? Wa Temuk juga amat lemah dalam bab photo editing...dan guna komputer umumnya...wow, banyak kena belajar!

I would certainly welcome your advice and commnets through emails - abhalin48@yahoo.com
My sincere thanks, again, for your willingness to help.

Adry@Daun said...

As Salam cikgu,
Dh berbunga pn kantan yg cikgu tnm tu. Pertama kali bila saya lihat foto bunga kantan tu, tertanya2 juga adakah ia pokok kantan putih yg sukar didapati? Atau bunganya menjadi pudar krn kekurangan air dn nutrien? Rumpun kantan tersebut tpaksa meneruskan kelangsungan hidup dgn penuh kepayahan krn terpaksa hidup di lereng cerun. Suatu yg tidak digemari oleh si kantan sebenarnya. Spt kata en zul, ia lebih gemar kawasan yg lembab dan plg baik jika ada sumber air berdekatan dgn rumpunnya. Jika kwsn yg agk kering dn jauh dr sumber air, ia blh hidup dgn subur tp bunganya mgkn akn merosot drp yg sepatutnya. Bkn bunganya shj yg berguna utk kita, daunnya juga blh digunakan utk membalut batu tungku dan buahnya(jika menjadi) blh dimakan segar.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam KAKZAKIE

Oh, boleh membiak sampai begitu, ya? Saya cuma ada pengalaman dengan lengkuas semasa di kampung dulu. Kalau begitu kena pantaulah nampaknya. Tapi sementara ini nak biarkan rumpun itu menyubur dulu sebab nak lihat, insya-Allah, kalau-kalau boleh berbunga banyak. Selalu guna bunga kantankah? Ceria selalu!

Temuk said...

As-Salam ADRY

Saya jangka, sebab tak pernah dengar dan lihat, pokok kantan putih tentulah berbunga putih. Wow, memang unik, ya? Bolehkah dimakan bunga kantan putih itu?

Jelaslah yang saya tanam itu bukan jenis putih! Bunganya memang pink pucat, yang memang mungkin kerana pokoknya yang kekurangan air.

Saya pun baru dengar dari pembantu rumah mengenai buah kantan. Di Sumatera, katanya, buahnya digunakan sebagai ganti asam jawa, untuk memasamkan masakan.

Bercerita mengenai pokok-pokok dengan ADRY dan ZUL PERMATANG BADAK memang menyeronokkan sekali. Terima kasih banyak-banyak!

Insan Marhaen said...

IM pernah beli periuk kera dan nak tanam di rumah tapi tak menjadi...
tangan tak cukup sejuk agaknya.

tak macam bapa IM, apa dipacaknya semua menjadi hatta bunga orkid...

Temuk said...

As-Salam IM
Periuk kera saya yg sepokok itu dulu pun makan masa yg sangat panjang baru berperiuk (selepas berbunga!). Sekarang tak berhenti dia berperiuk. Tak pula keluarkan bunga lagi! Arwah bapa saya tak suka menanam pokok, tetapi ibu saya sangat suka, dan memang apa yang ditanamnya di kampung dulu sangat menjadi, khususnya pokok hiasan.

sayangsayangibu said...

assalamualaikum pakcik
sya tanam pokok tu, terus layu tak segar
dan terus mati

mana tak tanah berbatu dan kering, harapkan hujan je

http://aniesandyou.blogspot.com said...

uiihhhh da bau laksa ni...uihhh lapaq ni...uihhhh ;-)

Temuk said...

anies

Tengok gambaq bunga kantan dah bau laksa? Lapaq pula? Kot tengok laksa sebenaqnya tehidang...camnalah agaknya? Ceria selalu!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam sayangsayangibu

Pokok layu & mati? Agaknya terlalu kering dan berterusan kering tanahnya. Kalau tidak, rhizom pokok kantan tu sepatutnya boleh juga bertahan, kecuali keadaan tanah memang langsung tak berair. Pakcik pesan: Cuba lagi!

Aida Ali said...

Selamat makan laksa! Tapi jangan lasak-lasak sangat berkebun tu, cikgu.

Temuk said...

As-Salam Cikgu AIDA
Tak jadilah buat laksa dengan sekuntum Kantan tu. Pembantu rumah buat nasi goreng 'berherba' dengannya! Terima kasih di atas peringatan tu. Keterujaan bersama para pokok kekadang melupakan, yang diri ada keuzuran. Trip terakhir ke Hospital Putrajaya ke minggu depan ni, Cikgu?

Al-Manar said...

Dah banyak kali cuba tak berhasil. Saya percayalah tanah berpasir kawasan pantai tidak sesuai. Tuan lebih alim

Temuk said...

As-Salam Al-Manar

Saya pun 'mengaji' dari blogger ADRY & ZUL PERMATANG BADAK serta 'seorang anak muda', NOR, methodology menanam Kantan ni. Nak perbaikilah cara hantam keromo saya tu. Tanah berpasir Al-Manar itu bukankah amat sesuai utk pokok gajus?

Yan said...

Assalam Temuk.

dah lama tak jenguk sini. APa khabar? Sihat? Harap sihat.

Saya suka pokok kantan ni. Buat laksa johor pun sedap. Bau nya sedap. Saya pun ada tanam as pokok hiasan. Until now masih tak pernah menguntum. Saya teringin nak tanam yg warna merah. ada tu rasanya warna pink...Temuk ada yg warna merah??? kalau ada teringin nak benihnya. Boleh ke??? heee..

Temuk said...

As-Salam YAN
Alhamdulillah sihat. Semoga Yan dan famili juga demikian. Kata kawan2 tu, kalau tanahnya tak jenis lembab, macam tanah saya tu, memang takkan menguntumlah si Kantan tu. Bacalah komen Nor, Adry dan zul permatang badak di atas, insya-Allah dapat panduan untuk memujuk Kantan Yan tu supaya berbunga. Saya pun sedang melakukan apa yang mereka nasihati. Malangnya yang saya ada cuma yang berbunga merah jambu itulah. Mana tahu, kalau terjumpa yang merah, saya akan beritahu. Ceria selalu!

Yan said...

Assalam Temuk.. dah baca sikit info dari the rest.. Mcm tu ye, INSYALLAH kalau saya rajin, akan saya kerjakan tanah. biarkan air agak banyak bila disiram...

Temuk said...

As-Salam YAN

Good luck to you. Janji dikerjani tanahe, yo? Dah ketemu kantan merah? Semoga Yan sekeluarga sihat sentiasa.