Friday, April 1, 2011

PELABURAN YANG TERKEKANG

Gagah pemenggal si buah betik
Bersepai buahnya atas tempayan
Tanah sejengkal ilmu setitik
Takkan hasilnya berkoyan-koyan.



Namun, nak buat macam mana. Itulah pertanian bandar.
Apatah lagi di kalangan 'petani' yang sepertiku, berguru kepalang ajar.

Tak mengapalah. Sekarang, bila melihat gambar
di bawah, kalian mungkin ingin pasang niat.... 'Sahaja aku
berseronok-seronok, maka aku menekalah bahawa yang
di bawah ini adalah beri-beri ...........'.


                                 Dalam hati..... Pastilah ini bukannya....
                                    blackcurrant atau blue berries.

15 comments:

zul permatang badak said...

cikgu..
pisang tu ...walaupun beberapa biji tapi buahnya gemok2 ya.....tak lama lagi...masaklaaa tu....

terung mahal skarang.......
hai....sedap buat kari tu......

berries,,,???.......buah letup ya....

Azian Elias said...

Assalam Temuk,

pisang apa tu. Montel betul. Sure saya tak leh makan. saya selalu dapat heart burn. Yang boleh makan cuma pisang kapok tuh.. digoreng je.

beri2????

AUR said...

Assalamualaikum Pakcik ku..Ape kabo?..

Istilah 'Petani Bandar' tu...hehehe... Nak kene cari tanah lagi Pakcik ni. Dah minat bebenor bercucuk tanam gayenye...

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Wah! montelnya pisang yg 2 sikat tu. Pisang jnis apa tu ye? Lemak manis ke? Pkk terung yg cikgu tnm sy rasa diserang oleh kumbang kecil. Habis rosak daunnya tp tetap ada hasilnya. Terung dicelur dn dijadikn ulam pn sedap tu. Beri tu rasanya bkn buah letup2 tp spesis tomato kecik.

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum cikgu,

Untungnya rajin menanam pokok
kesuburannya tak bimbang dan ragu
menuai hasil bersilih ganti
walaupun kakak tak nampak pokok
jangan nak bedeklah cikgu
kakak rasa itu buah sayur meranti

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Kurang budi teraba-raba,
Ilmu tidak suluh padam,
Lidah terkalang melihat rupa,
Gubal melayang, teras terunjam



Ilmu setitik tanah sejengkal,
Kan jadi lautan budi tepian akal.



Rajinnya Abang Temuk mengumpul 'berries' tu.....boleh di 'letupkan' satu satu untuk menghasilkan jusnya.

Temuk said...

As-Salam ZUL PERMATANG BADAK

Memang, walau sikit tapi gemuk buah pisang tu. Nak tebang sehari dua ni. Pokok di tepinya (lain rumpun) berbuah 5 sikat dan saya agak memang lagi besar buahnya. Tanahnya lereng, berbatu-batu pula..... Yang terung, dengan tuaian terdahulu, memang dah balik belanja benihnya!

Temuk said...

As-Salam YAN
Kalau ikut namanya, inilah agaknya pisang termahal. Pisang emas! Rasanya pisang tulah. Biasa saya buat cekodok pisang emas ranum. Jadi saya buat kesimpulan, pisang emas juga boleh digoreng spt pisang kapuk. Jadi? Yan boleh makan (goreng) jenis yg saya paparkan tu. Cubalah, isnya Allah tak dapat heart burn, tapi dapat happy heart!

Hal 'berries', lihat komen KAKZAKIE di atas. Tekaannya tepat sekali!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam AUR

Kabo baik. Teghima kasih. Walo dah pencen, duit tak beghapa ade, Pakcik tetap kumpoi tanah, pasei suke menanam tu le. Tapi, hehehe, setakat tanah bako aje le. Tak kigha eka, kigha kampit!

Temuk said...

As-Salam ADRY

Saya pun rasa buahnya macam pisang lemak manis. Tapi, dulu saya cabut depa ni dari keluarga 'emas' di Perak. Bila dah masak nanti pasti saya boleh 'reconfirm'. Betul tak, antara ciri pisang lemak manis, buahnya mudah tertanggal daripada sikatnya bila masak?

Saya pun sedih dgn nasib si pohon terung. Yg ditanam dalam pasu lebih sihat. Dah cuba sembur bahan bukan-kimia (belajar dari internet) tapi belum berjaya. Alhamdulillah, setakat ni, dah pulang modal bayar biji benihnya!

Macam KAKZAKIE agak, sebetulnya berries tu buah sayur meranti. Saya dapati kalau disemai dalam pasu memang boleh dikutip hasil yang cantik & banyak. Kalau ditanam di tanah terbuka, habis dijadikan ulam oleh makhluk perosak!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam KAKZAKIE

Tepat, tepat, tepat! Itu memang buah sayur meranti! Tahniah!

Tentu Kakzakie pun pernah menanam atau biasa melihat sayur meranti ni. Teringat zaman kanak-kanak di kampung dulu, di kawasan kebun yang baru ditanami anak-anak kelapa, melaut si meranti tumbuh. Cuma masa tu kurang suka dengan rasanya yang agak pahit. Sekarang, merayau-rayau kat pasar minggu nak mencarinya!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI

Indahnya bahasa, dalamnya makna!

Terfikir juga diri ini, betapa sukarnya menjadi teras ke dalam.... menjadi berteras ke dalam. Dek sifat menunjuk-nunjuk!Dan alangkah benarnya keperluan ilmu. Benarlah ilmu itu suluh budiman. Ialah penzahir ciptaan, benda ataupun bukan, yang merubah kebudayaan.

Ilmu (dan kebijaksanaan)jualah yang terus menginsafkan kita bahawa hak kita, kitalah tuannya. Si asing tidaklah wajar menuntutnya, pun hak kita itu mungkin dipegang mereka. Ayuh, kita menjadi orang berbangsa. Tidaklah kita hajati, tapi ada kalanya, pun miskin, yang bangsawan itu mulia. Jadinya, tak terkalanglah lidah kita, dek apa pun rupa.

Temuk said...

Assalamu'alaikum SEMUA PENGUNJUNG BUDIMAN

Nampaknya kalian sudah tak boleh seronok-seronok memasang niat untuk meneka 'berries' yang dipaparkan itu, sebab KAKZAKIE telah menekanya dengan tepat. Itulah buah meranti - sayur meranti. Ayu juga berries meranti, ya?

Walaupun begitu, mungkin kalian ada cerita menarik mengenai meranti atau buahnya. Silakan pengkisahannya.....untuk hiburan bersama. Didahului dengan terima kasih.

Azian Elias said...

Oooo buah sayur meranti.. Baru saya beli semalam di pasar malam k selangor. suka sangat sebab beli sayur dapat harga murah. kalau di shah alam. mau makan puluh ringgit.

Temuk said...

YAN
Rasanya Yan beli sayur meranti yang belum berbunga/berbuahlah tu. Cuba belek kat celah-celah daunnya, mungkin ada buah (berries) mudanya, mana tahu. Kot ada buahnya yang telah masak terselit bolehlah disemai. Akan tumbuh insyaAllah berpuluh-puluh pokok. Apa pun, selamat menyayur!