Dulu-dulu, dalam tahun-tahun lima puluhan, semasa
tinggal di kampung, banyak
terdapat si pohon di bawah ni. Tumbuh sukarela dan sesuka
hati di merata kebun. Ramai yang mengenalinya, kan?
Betul, dialah si pokok kekabu. Atau kapuk. Atau, ada juga
yang memanggilnya
yang memanggilnya
pokok randu. Yang gambarnya di bawah ini tumbuh
subur di pinggir sebuah jalan berdekatan
subur di pinggir sebuah jalan berdekatan
dengan sekolah menengah tertua di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Cantik juga 'bola-bola' kekabu di celah-celah dahannya.
'Kapas' putih ini kukuh melekap sekalipun kulitnya telah memecah.
'Kapas' putih ini kukuh melekap sekalipun kulitnya telah memecah.
Tidak mudah ia diterbangkan atau digugurkan angin.
Kekabu yang terdampar ke bumi tetap
masih memperlihatkan
kekuatannya. Sekalipun
ada bijibenih yang disalutinya telah tumbuh,
ia sendiri tetap tersepadu dengan cangkerangnya,
tiada terkesan oleh bahana persekitarannya.
Si kekabu, pernah berpuluh-puluh tahun dahulu, menjadi pengisi
setia karung bantal dan
setia karung bantal dan
tilamku. Empuknya memang unik. Gerai
di Jalan Reko (Kajang-Bangi)
ini mengingatkan
di Jalan Reko (Kajang-Bangi)
ini mengingatkan
aku bahawa bantal dan tilam sedemikian telah lama tak kurasai ulitannya.
Kekabu memutih tumbuh di hutan
Rindu kasih dimamah zaman
41 comments:
assalamualaikum cikgu,
saya masih setia dengan bantal kekabu ni, walau yang lagi empuk dan mahal datang menggoda
nikmat tidur selepas bantal dijemur tidak tergambar dengan kata-kata
Dulu2 masih ingat....bila balik kampung nenek suakan bantal untuk anak cucunya....ialah letih diayak kenderaan seharian.........perjalanan memang panjang.......
bantal made in sendiri....tanpa dibuang biji kekabu.....melucukan....pada bucu bantal kedengaran......gercing kecil biji2 kekabu berlaga sesama sendiri..........
pada usia 7 tahun....petah bertanya nenek.......buah apakah dalam bantal ini......
Jangan.... kata ayah......abaikan saja......tidur...kamu kan letih...
bila dewasa ....baru mengerti...betapa teliti kawan2 ibu....mengasingkan biji kekabu....
sisa kekabu terbang....mengelilingi hidung ....saya hanya menambah angin dengan meniup sekuat hati........
Teringat masa kecik2 dulu belakang umah nenek banyak pokok ni.
Waktu nak kawin, ada nenek sedara buat kan bantal baru utk saya sebagai pengantin. Simbolik betul..
Now, bebudak dah takjumpa pokok ni kecuali bantal nya saja otw ke K Selangor..
Saya masih mengguna bantal kekabu untuk diri sendiri dirumah.
Assalamualaikum,
Sesekali terasa bagai berada di luar negara bila kekabu memutih menutup bumi bagai salji.
Assalamu'alaikum cikgu,
Dulu masa kakak kecik, embah kakak kata kat pokok tu ada pontianak. Kami memang takut dan percaya. Tapi hairannya kekabunya sentiasa ada je tak habis-habis.
Kakak masih guna bantal kekabu sehingga kini. Lebih selesa....
As salam cikgu,
Cikgu apa khbr? Pkk kekabu ni saya suka tgk bila buahnya dh mula masak(pecah dn mengelurkn kapas kekabu). Nk ambil kekabu ni pn kna kait atau pukul dgn galah, baru ia berguguran ke bumi. Mengikut kepercayaan mitos org Melayu dulu2, makhluk di alam yg satu lg suka hinggap atau singgah pada dahan pkk kekabu ni. Mgkn ramai yg tdk tahu, buah kekabu muda blh dimkn. Buah kekabu muda blh dimkn dgn cara mencicahnya bersama pencolek yg dibuat drp cuka+gula+garam+lada. Tp itu amalan org2 lama. Dahulu sumber makanan terhad dn mereka gunakn apa yg ada ketika itu. Daun jambu golok (jambu keling) pn blh dimkn.. Letak garam kasar sikit dn lipatkn daun jambu tu. Mamah je mcm mkn sirih. Sedap tu...
Saya juga begitu, satu masa dulu saya ditakutkan dengan 'pokok kekabu ada pontianak'. Tengok pula filem "PONTIANAK', pontianak bertenggek di atas pokok kekabu. Sampai sekarang saya seram, bila berjalan dekat pokok kekabu (kalau terjumpa).
Wa'alaikumussalam IBUINTAN
Wow...itulah dia kalau dah setia. Yg lebih hebat menggoda pun, bo layan! Memang, dulu2, rasa panas & saum-suam bantal kekabu yg baru dijemur pun menyeronokkan. Bantal kekabu Malaysia ke kekabu Thailand, ibuintan?
As-Salam ZUL PERMATANG BADAK
Hihihi. Itulah pengalaman kita dulu2, ya? Walau pun teliti arwah ibu saya memproses kekabunya, biasanya ada juga biji2nya terselit dalam 'kapas' putih tu, yg akhirnya masuk ke karung bantal. Tapi, itu memanglah 'ramuan' bantal kekabu yg tulin! No problem. Dan cebisan kekabu yg masuk ke hidung memang menggeletek rongga sensitif ...lalu bersinlah kita bertali arus.
As-Salam YAN
Di sesetengah lokasi sepanjang jalan K.Selangor - Sabak Bernam ada juga pokok2 kekabu, kan? Anak2 kita kena tahu pokok2 berjasa tu.
Nampaknya Yan kena & boleh cari bantal kekabu kalau nak kenang balik zaman pengantin baru.... Hihihi. Ceria selalu!
As-Salam AL-MANAR
Saya kena segera cari bantal kekabu dan gunakannya macam Al-Manar. Tahniah, tuan masih setia kepada 'bantal dulu-dulu'tu! Memang dah berpuluh-puluh tahun saya tak menggunakannya. Semoga tilam-bantal kekabu akan melalui zaman kegemilangannya semula!
Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI
Keistimewaan'salji' kita tu: ia boleh terbang, melayang turun naik. Dah di bumi pun mampu naik semula. Dan ia tak cair. Ia tak menggigilakn tubuh. Teristimewa: salji ini adalah satu2nya ramuan bantal & tilam tradisional kita!
Wa'alaikumussalam KAKZAKIE
Tahniah, masih setia kakzakie kepada si kekabu, ya? Memang boleh tabik! Saya pun nak kena cari bantal kekabu ni nanti. Nak cari tilamnya...hihihi, no space pula.
Embah takutkan para cucu dulu tu mungkin sebab mereka ni suka buang2 kekabu yang jatuh sendiri yg embah nak kutip & gunakan....
As-Salam ADRY
Alhamdulillah, sihat. Terima kasih. Saya teringat juga kisah bapa sdra saya yg rajin 'mengait' kekabu. Meletup-letap kekabu gugur ke tanah macam tak berarah. Dan ada yg hinggap ke kepala dan badan! Sakit! Yg lucu tu, sang kerengga pun turut jatuh dan ramailah yg mencari betis...naik ke peha....
Adry banyak ceritakan hal buah-buah yg kita memang tak tahu, yg rupa-rupanya boleh dimakan! Terima kasih berkongsi ilmu.
HJH NORA
Seram tengok pokoknya tak mengapa. Jangan bila tengok bantal kekabu atau penjualnya pun seram. Hihihi. Zaman tu kalau pon ti anak tu lawa pun mesti kita takut. Sebab darjah keberanian kita masa tu rendah. La ni kalau seram tengok pokok kekabu, anggap itu pokok Kek Abu.... Tentu kita jadi suka. Salam bahagia & ceria selalu, Hjh!
As-Salam PARA PENGUNJUNG BUDIMAN
TERIMA KASIH SUDI BERKUNJUNG. MAAF JIKA LAMBAT MERESPON. PADA 23.4.11 INI INSYA-ALLAH TEMUK AKAN MENGERJAKAN UMRAH.
SEMOGA BERSUA SEMULA SETELAH KEMBALI DARI TANAH SUCI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI TEMUK.
Semoga cikgu slmt tiba di tanah suci dn dpt mengerjakan umrah dgn sempurna. Didoakan juga cikgu akn slmt kembali ke Malaysia ini.
Assalamualaikum,
Selamat pergi dan kembali...doakan kesejahteraan kami semua juga...moga bersua kembali.
As-Salam ADRY
TERIMA KASIH DI ATAS DOA MURNI ADRY ITU.
Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI
TERIMA KASIH DI ATAS DOA DAN UCAP SELAMAT. INSYA ALLAH, SEMOGA ALLAH MEMBERI KESEJAHTERAAN KPD KITA SEMUA. INSYA ALLAH KITA AKAN BERSUA KEMBALI.
As-Salam Pak Temuk..
Selamat berangkat ke Tanah Suci.. moga Pak Temuk suami-isteri dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan ibadah di sana...amenn
Harap saya tak terlambat mengucapkan selamat berangkat dan kembali menunaikan Umrah. Semoga dipermudahkan segala urusan, aameen.
IM sempat juga merasa membuat bantal dari kekabu ni semasa di kampung ulu slim..
budak2 zaman sekarang cakap bantal kekabu ni keras, tak suka...tak biasa lah tu.
Saya masih suka bantak kekabu ni..
masa sya duduk di langkawi dulu, beterbangan kekabu kalau musimnya
sbb memang banyak jugak pokok tu disana, lagi satu pokok petai yg kecik2 tu pun banyak juga disana
pakcik hendak pergi umrah ye
semoga di permudahkan segalanya.
Assalamualaikum cikgu,
Agaknya dah pergi Umrah masa kakak tulis nie....
Selamat pergi dan kembali moga mendapat Umrah yg mabrur....
As-Salam NUR
Terima kasih. Alhamdulillah sihat sepanjang tempoh menjalani ibadah umrah itu. Juga alhamdulillah kami selamat pergi & balik. Geli hati dengan kisah balik, entah di mana silapnya beg-beg & air zamzam satu kapal tak sama sampai. Sistem 'check-in' di terminal haji boleh dikatakan tidak teratur.
As-Salam HJH NORA
Terima kasih. Alhamdulillah selamat pergi balik (3Mei) & dapat menjalani umrah tanpa halangan-halangan besar. Pada tahap umur begini terasa jugalah masalah keterbatasan tenaga & peningkatan anxiety level! Dan hati pun tak beranilah nak buat macam-macam atau lebih-lebih. Semoga sihat sejahtera selalu!
As-Salam IM
Rasanya tak mungkin kita alami lagi 'membuat bantal sendiri dengan kekabu' tu, kan? Namun, bagusnya, masih ada juga peluang membeli bantal kekabu. Semoga sihat sejahtera.
As-Salam HANI
Begitulah, sebab mereka telah biasa dengan bantal-bantal lain yang dirasakan lebih empuk. Saya rasa, bantal kapas (cotton) pun tak akan mereka sukai. Tahniah, Hani tetap setia dengan bantal kekabu. Ceria selalu!
As-Salam SAYANGSAYANGIBU
Tak perasan pula pokok kekabu ada di Langkawi. Elok juga ditanam dengan lebih banyak di sesuatu lokasi di sana untuk pelancong (dengan maklumat & pameran kegunaan berkaitan yang lengkap).
Pokok petai kecil juga unik. Buahnya juga enak. Pakcik pernah lihat buahnya dijual untuk makanan di Filipina (disukat dengan tin susu). Daunnya pula digunakan untuk makanan ternakan.
Alahamdulillah, umrah dapat dijalani tanpa sebarang masalah besar. Terima kasih.
Wa'alaikumussalam KAKZAKIE
Terima kasih. Alhamdulillah semuanya berlangsung baik. Berkat doa semua saudara-mara dan rakan-rakan spt Kakzakie.
Salam,
Tumpang tinggal catatan.
Pokok kekabu ini semasa ia berbunga menarik minat burung kluang diwaktu malam ketika bulan mengambang. Burung kluang ni besar dan bersayap lebar.
Saya masih ingat seronoknya melastik burung kluang ini sewaktu ia terbang. Kuat burung ini tak jatuh kena lastik peluru batu sebesar guli!
Salam Temuk
Setua isah ini belum pernah tengok pokok kekabu ni secara didepan mata. Terima kasih sebab membuat entri ini.
Tapi, bila tidur hanya bantal kekabu saja dapat melena kan mata isah he he...
Semoga ceria selalu
bantal kekabu plg sedap dipeluk.. susah nak jumpa org jual bantal tu skrg..
As-Salam YSA
Terima kasih singgah. Oh...Pak Temuk tak berapa pasti macam mana rupa burung keluang tu dan tak menyedari hal burung yang menziarahi pokok kekabu pada waktu malam. Thanks for the info. Jadi masa main-main lestik tu waktu malamkah? Maaf lambat respon. Ketemu lagi.
As-Salam ISAH
Maaf sangat lambat respon. Oh, yakah baru pertama kali lihat gambar pokok kekabu? Nampaknya tilam-bantal kekabu mula dikenali ramai. Pastinya ia lebih selesa berbanding sponge!
As-Salam HEIDI SHAFIQ
Pak Temuk ucapkan terima kasih kerana singgah. Maaf lambat respon. Tilam-bantal kekabu, kalau betul cara membuatnya, memang lebih mantap. Yang Pak Temuk tahu, di kawasan Sabak Bernam, Selangor, biasa juga orang menjual bantal kekabu di pinggir jalan besar Sabak-Teluk Intan.
aslm,
cikgu,
pokok kekabu ni kt area mn?
lokasi?
tq
jordan shoes
kyrie 6
off white clothing
yeezy
retro jordans
balenciaga shoes
kyrie 5 spongebob
moncler outlet
lebron 15 shoes
curry 6
Post a Comment