Monday, May 30, 2011

KALAU ASAL BENIH YANG BAIK..........

Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

Benih baik begitu pastilah benih yang hebat. Tapi agaknya, ada juga kalanya, benih yang baik pun tak menjadi pulau. Walaupun jatuh ke darat. Apatah lagi kalau jatuh ke laut!

Barangkali itulah nasib benih gooseberryku ini. Taklah aku mahu mengatakan ia telah kujatuhkan ke darat. Walaupun pada zahirnya memang 'darat'. Tapi pastilah si darat itu tidak sesuai dengannya.



Maka gooseberry Colombia itu  (yang asalnya kubeli  di sebuah pasaraya di Subang Jaya pada Disember 2010), walaupun cambahan benihnya kelihatan sihat segar, tetapi bila ditanam di pasu, apatah lagi yang 'melata' di tanah terbuka, tidaklah menghasilkan buah yang kumimpikan.



Yang kutanam di pasu agak banyak juga buahnya. Hijau ayu. Tapi kenit-kenit!



 



Walaupun kenit-kenit, ramai juga peminatnya yang tak diundang menyinggahinya. Lalu tak ketemulah aku dengan buah ranumnya. Kena berpuashatilah dengan hanya menyaksikan cangkerang-cangkerang yang terobek!

 
  

Mimpiku dan yang sepatutnya terhasil: longgokan berries yang enak, juga come' lote', seperti di bawah. Ayu kuning-oren. Juga jauh lebih besar, berbanding dengan letup-letup, gooseberry tempatan kita yang kuning-hijau itu.  Tapi, apakan daya. 'Darat'nya bermasalah.

 

'Darat' yang bermasalah dan tidak sesuai itu pastilah mempamerkan dengan amat jelas kelemahanku. Yang sebenarnya berbagai-bagai. Malah juga kedegilanku, memaksa si pendatang menyesuaikan diri!

27 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum cikgu,

Eh... dah berbuah pokok yg dulu buahnya cikgu pamer dlm N3. Kira cepat jugalah dah berbuah. Cikgu memang rajin.

Kena "berongsong" cikgu biar tak ada penceroboh masuk. Heee cikgu tahu tak makna perkataan itu?

Unknown said...

SALAM,
SEBAB BENIH ATAU SEBAB YANG MENYINGGAH ATAU KEDUA2NYA ATAUPUN YG MENANAMNYA ATAU SEMUA SEKALI? WALLAHUALAM !

Temuk said...

Wa'alaikumussalam KAKZAKIE

Wes woh! Cuma tak rekodkan tumbesaran pokok2 tu. Saja seronok2, Kakzakie. Kot tengok dlm internet gambar2 gooseberry tu memang macam pokok handal. Dan kelongsong buahnya yg asal yg saya beli tu pun tebal dan kelihatan kukuh bagaikan brown paper. Rupa2nya bila ditanam di Malaysia, dia mudah diserang. Terima kasih, terima kasih, atas saranan itu. Yg ada baki2 tu akan saya 'berongsong' (masakan tak tahu .... dulu selalu berongsong nangka di kampung!). Semoga berhasil nanti.

Temuk said...

AS-SALAM LUAHFIKIRAN
HEHEHE. BETUL JUGA TU...SESUATU YG BERLAKU ITU MUNGKIN ADA SERANGKAI SEBABNYA. MULTIPLE REASONS, KAN. CUMA SAYA RASA SAYA YG BERMASALAH. SEPATUTNYA SAYA BUAT 'RESEARCH' LEBIH SIKIT - JENIS TANAH YG SEPATUTNYA, BAJA IDEALNYA, PENYIRAMANNYA DLL. TAPI YALAH, NAK SERONOK2 SAJA, TAKKAN NAK JADI BEGITU SAINTIFIK, KAN? HAVE A NICE DAY!

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Cikgu ni tgn sejuk... Biji benih drp buah yg dibeli di pasaraya pn blh bcambah dn hidup subur. Paling penting, ia berbuah. Kumbang yg serang pkk ni jika dilihat dari cara makannya.

Pak Zawi said...

Temuk,
Semasa kecil kita diajar oleh yang lebih dewasa apa buah tumbuhan liar yang boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan. Heran juga tak ada sesiapa yang memberitahu saya buah letup-letup ini boleh dimakan. Adanya buah yang beracun yang tidak boleh dimakan membuat kita tidak berani menucba untuk makan buah-buah begini. Terima kasih kerana mengajar saya.

Temuk said...

As-Salam ADRY.
Terima kasih, utk seronok2 saja. Tapi hati memang seronok bila lihat bijibenih tumbuh subur. Saya agak saya tak tahu menjaga pembesaran pokok termasuk pembajaannya. What to do, lulusan sains sosial! Hihihi, mungkin boleh dipanggil Sang Gedembai ya Adry, supaya dia 'tegur' kumbang2 yg ganggu gooseberry saya tu biar menjadi baja!

kasihibu said...

rajin pak cik dah dapat hasil pun, berry tu boleh tanam dlm pasu macam tu, sya nak cuba tanam jugak lah.

Temuk said...

As-Salam PAK ZAWI
Ramai rakan2 yg respon kpd entri saya mengenai letup-letup dulu tu ingat & pernah merasa buah itu. Gooseberry/Inca berry (dll nama) yg saya pernah beli itu, bila saya kira, jatuh 50sen sebiji! Sebab itu juga saya jadi 'geram' utk cuba menanamnya, sambil nak fikirkan kalau2 letup-letup kita boleh di'besar'kan saiznya, jadi macam gooseberry. I know I need to rely on knowledge from various related sciences, and not do things in hentam kromo way. Sayang, tak cukup masa & tenagalah kita ni sekarang.

ibuintan said...

cuba tanam sekali lagi cikgu... mana tahu percubaan kali ini akan membuahkan hasil yang lebih baik, mungkin cuba tukar jenis tanah dan jenis bajanya ataupun tempatnya mungkin pokok ini jenis perlukan naungan

Azian Elias said...

Buah ni cantik for cake decorating lah temuk.. tapi tak pernah lah merasanya.. yg pasti sure manis kan..

Al-Manar said...

Memang cerita tuan tentang pokok pokok ini amat menarit. Kadang kadang selalu lihat tapi tak terfikir hinggalah datang cerita seperti ini

Temuk said...

IBUINTAN
Terima kasih. Kalau ada 'mood' nanti bolehlah cuba second season! Tapi entah bilalah itu akan berlaku. Kalau dibuat ulangan, memang macam-macam perubahan boleh dilakukan supaya boleh dijangkakan hasil yg lebih baik. Salam bahagia.

Temuk said...

SAYANGSAYANGIBU
Amat Pakcik galakkan. Tanam dlm pasu sebagai permulaan sepatutnya memudahkan kita kawal pokok. Ha, nanti tengok hasil sayangsayangibu macam mana. Boleh Pakcik belajar sama. Bila nak cari buah gooseberry segar tu? Salam bahagia!

Temuk said...

As-Salam YAN
Setahu Pak Temuk, di negara-negara orang putih, gooseberries memang digunakan juga utk cake decoration. Yang dibeli dulu tu rasanya masam-masam manis. Tapi memang lebih 'manis' drpd letup-letup (ciplokan) kita.

Temuk said...

As-Salam AL-MANAR
Terima kasih. Cerita-cerita tuan mengenai jatuh bangun para pelajar al-Manar, atau juga mengenai laut dan rezeki di Pantai Timur, lagilah hebat & mendalam kesannya kpd para pembaca. Walau apa pun, sama-samalah kita menyungkil erti kehidupan dan memberi makna kepadanya.

nor said...

salam pakcik,
maaf nak beritau.. nama buah ni adalah physallis.
negara cina banyak tanam pokok ni jugak. hi in vit c and anti oxsidant. Elok makan terutama org ada gout dan arthritis.

http://en.wikipedia.org/wiki/Physalis

lain nama dibgooseberry eri gelaran cape gooseberry..
tapi real gooseberry adalah seperti berikut:
http://en.wikipedia.org/wiki/Gooseberry

pasal arsenic didalam pucuk ubi tu..verrry miniscule amount dan akan terlarut bila dididihkan panas..so bila buat kuah gulai ianya evaporate bila dididih.. tak kesah celur atau masak gulai.. bila dididih arsenic yg sedikit akan turut terlarut dan evaporate bersama larutan yg terpeluwap..
begitu jenis jenis makanan yg berubi dan berakar dimana larutan toxic yg kecil akan terlarut dan larut jika direndam didalam air atau di rebus etc..


semoga pakcik sehat sentiasa..


wasalam

Temuk said...

As-Salam NOR
Terima kasih banyak-banyak atas maklumat dari Nor. Sangat informatif. Hihihi, sekarang baru Pakcik sedar kenapa masak lemak pucuk ubi masa di kampung dulu, walaupun santannya jadi kehijauan, tidak memabukkan. Rupa-rupanya 'racun'nya terlarut akibat didihan! Masa dulu-dulu tu, dan mungkin ramai lagi peminat pucuk ubi sekarang, sekalipun yg educated, tak sedar mengenai 'racun' tu, yg kebetulan pula telah 'terlepas'ke angkasa raya bila dimasak. Pakcik teringat juga dulu-dulu adanya kambing yang cirit bila terlebih makan daun ubi. Kami kata panas! Mungkin keracunan sikit, kan?

ckLah @xiiinam said...

Sedara buah Ceplukan ....

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

ckLah
Memang sekeluarga besarlah si ciplukan dgn gooseberry tu. Cuma gooseberry tu nampaknya datang dari sub-keluarga kelas atasan sikit.

Hairan juga, siapalah di Malaysia ni yg rajin makan gooseberry sehingga ada juga pasaraya yg sanggup mengimportnya utk dijual. Mungkin ia boleh ditanam di Cameron Highland. Dan mungkin telah ada orang menanamnya di sana tapi kita tak tahu. Ceria selalu!

nor said...

salam pakcik,
kaum tionghua buat masakan..

Temuk said...

As-Salam NOR
Oh begitukah? Masak lauk paukkah, atau sayur? Thanks for the info.

yanmaneee said...

longchamp
kyrie 3
stone island
supreme new york
golden goose sale
cheap jordans
yeezy 500
air yeezy
kevin durant shoes
kyrie 5

shatot said...

replica bags delhi best replica bags online 2018 replica bags wholesale mumbai

sateaur said...

f3b53t1l13 j7e80a3o85 k4p73b9s34 m7r26c5z91 l1m41o1t44 y4v21m9w63

Anonymous said...

paul george
hermes outlet
off white hoodie outlet
fear of god
hermes outlet online