Monday, June 13, 2011

AKHIRNYA AKU MENYIMPANG.........

Hajat sudah lama tertanam. Sudah berpuluh-puluh tahun. Ingin sangat menyimpang ke arah itu! 

Akhirnya, pada petang 3.6.2011 yang lalu, ikut kata hati, aku pun menyimpang! Arah ke kiri!


Insya-Allah aku akan sampai ke Kg. Sg. Samak. Nak tau, ia terletak di Mukim
Hutan Melintang, Daerah Hilir Perak. Untuk apa? Saja-saja. Memang aku suka melihat
kampung-kampung orang. Untuk tengok terutamanya depa buat apa?

Eh, ada Bagan Lalang juga kat sini, ya? (Teringat Bg. Lalang di Banting).
Yang namanya Sg.Manila pun ada? Orang kat sini berasal dari Filipinakah?
Oh, boleh tengok juga ni nanti. Cari Sg. Samak dulu. Kot ada masa 
nanti (tak suka gelap kat jalan!) bolehlah  jenguk kampung-kampung yang lain tu.

Oh, tanaman kelapa sawit rupanya di kawasan ni. Wah, wah, zaman-zaman begini pastilah
semua pemilik kebun di kawasan ni 'loaded'. Ada yang ternak lembu pula lagi.

Tanah orang-orang kat sini mestilah besar-besar, berhektar-hektar.
Tanah aku saja yang luasnya berpasu-pasu. Cuma spesialnya, tanah aku tu tanah
bakar, beradun tanah berbaja pula tu..... untuk para bungaku.

Oh, nampaknya aku 'on the right track' ni. Nampak jalan ke arah sekolah
Sg. Samak. Tapi tak payah singgahlah. Budak-budak pun cuti.

Eh, ada Kg. Sg. Bugis pula? Penduduknya keturunan orang
Bugiskah? (Tak banyak kutahu pasal orang Bugis). Banyaknya kampung kat dalam ni!
Mengapalah Pak Majlis Bandaran (diakah yang jaga?) tak letak semua nama tu
kat sign board tempat aku mula menyimpang tadi? Senang orang tahu ada
kampung-kampung lain kata dalam ni.



 Eh, eh.... Yang mana sebenarnya Kg. Sg. Samak ni? Sepanjang jalan besar inikah? 
Baru kusedari, kat kampung ini rupa-rupanya ada banyak sub-kampung. Sub-kampung ni
diipanggil 'tebuk'. Aku pernah diberitahu yang tebuk (disebut sebagai 'tebok') juga
bermaksud jalan utama di kampung yang di kanan kirinya berbaris jalan-jalan lebih kecil.

Sebenarnya, dalam aku 'menceroboh' masuk ke Sg. Samak, memang ada juga
hajat sampinganku. Kalau boleh, sambil nak locate seorang teman lama.


Tapi, alahai, besarnya Sg. Samak! Ikut congakku, ia sebesar Kuala Lumpur.
Entah-entah besar lagi. Kat tebuk mana kawan ni? Macam mana nak jejak?

Kepala pun cuba berfikir.... kena cari masjid. Masjid mesti kat tebuk utama.
Tebuk utama tu central area. Mesti boleh bertanya hal kat situ.
 

 
 
 

 Bila kutanya orang-orang  yang tinggal dekat Masjid Sg. Samak, dapatlah kuketahui
tebuk (sub-kampung) yang ingin kujejaki. Di situlah rakan yang kunyatakan
tadi. Aku pun segera ke situ.


Dan aku pun sampailah ke destinasi khusus yang sudah berpuluh-puluh tahun ingin kusinggahi.


Alahai, tak ada rezeki ketemu temanku masa tu. Dia baru keluar rewang  
di kampung berdekatan. Aku dapat berjumpa anak bujangnya.Sempatlah kuceritakan sedikit
tentang diriku dan bapanya. Dulu, kami sekelas, masa mula-mula masuk
sekolah di Telok Anson (Teluk Intan), dan sama-sama tinggal menumpang 
di rumah seorang anggota polis, berdepan dengan stesyen bas.

Tak lupa, kudapatkan nombor telefon rumahnya sebelum beredar.


 Eh...... ada masa nak masuk ke satu kampung lagi ni  - Sg. Manila.
Sebenarnya, kenapa namanya macam tu, ya? Baguslah dapat sampai, dapat jenguk.

Alamak, ada dua pula Sg. Manila! Kepala kata, pergilah ziarah yang no. 1. Tentu itu
yang lebih established.Yang satu lagi, searah dengan Sg. Bugis tu, boleh dijengah lain kali.


Walau tak turun dari kereta, aku sempat memotret 'subjek-subjek' berikut.
Termasuklah wajah jalanraya Sg. Manila yang (aku takjub) amatlah lebar tu! 




Tengok pada zahirnya, aku yakin, macam juga di kawasan Sg. Samak tadi,
warga Sg. Manila tentu hidup mewah. (Hai, kalaulah aku juga berkebun kelapa sawit 
dan berlembu!).  Sempat aku curi tangkap gambar sebuah rumah yang mencuri hati 
(maaf ya tuan rumah....) dan menggambarkan kemewahan dan ketengangan hidup di kampung.





Dan bertebuk-tebuk jugalah Sg. Manila ni. Gedine kampung iki! Gadang bak
Kolo Lompo jugak eei.


Hari semakin menyenja. Keluar dari Sg. Manila, aku terus menuju jalan besar
Teluk Intan-Sabak Bernam untuk meneruskan perjalanan ke Bangi.

*****  


Syukur, dua tiga hari selepas singgah ke rumah tanpa menemuinya,
aku sempat menelefon teman yang 'sambil-sambil' ingin kujejaki itu.
Apalah cerita-cerita ni nanti .... begitu kata hati. Lebih 45 tahun tak jumpa!
Tapi, kemungkinan besar dia sedang sibuk masa
kutelefon itu. Dapatlah  bercakap dalam tiga empat minit.

Sambil-sambil cerita ni, hendak juga kuabadikan gambar kelas pertamaku
di Telok Anson tu (sekarang Teluk Intan).  Sudilah tengok kat bawah ni. Sekolahnya:
Anglo Chinese School. Kelasnya: Remove Class. Masih teringat aku
hingga sekarang, peri takutnya aku masa tu, masuk ke sekolah orang putih!

Manis kan class teacherku tu? Namanya Mrs. Paul Castor.

(Rakan-rakan di barisan terdepan, dari kanan - Masmuda, Malek, Temuk, Shamsudin,
Kamaruddin, Jamil, Ramli, Yang kujejaki, Muhamadiah, dan Marmono)


















(Gambar di atas: Persatuan Agama Islam, ACS Telok Anson, 1963)

Sudah bertahun-tahun juga aku telah 'tan' untuk menyimpang ke kampung-kampung lain 
sepanjang Jalan Sabak Bernam-Teluk Intan. Malah sepanjang jalan bermula dari 
Kuala Selangor lagi. Insya-Allah boleh lihat kampung dan kehidupan orang lain. 
Insya-Allah kita akan seronok hati dan belajar .

41 comments:

nyanyisunyi said...

Assalam...kira2nya ni menjejak kasih lah ye...syg tk jumpa orgnya tp dapat no telefon pun dah kira bagus sgt2...sabtu lalu sy pun baru jumpa sorg teman sekolah yg dh 30 tahun tk jumpa..seronok tak terkata..

luahfikiran said...

SALAM,
MEMBACA N3 INI MENGINGATKAN KEMBALI KISAH2 LAMA SEMASA LF TINGGAL DI BAGAN DATOH DAN SEKOLAH DI SG SUMUN.TEMUK ORANG HEBAT - TAK MACAM LF, BELAJAR DI TELUK INTAN (TELUK ANSON MASA TU). KESEMUA KAMPUNG YG DISEBUT INI TERLETAK DALAM SATU DAERAH (HILIR PERAK). BAGAIMANAPUN, MALU NAK CERITA DI SINI, LF TAK PERNAH SAMPAI KE SG SAMAK DAN SG MANILA ! LAIN KALI, KALAU PERGI LAGI, AJAKLAH LF SAMA. BOLEH KITA BERSANTAI DI JETI BAGAN DATOH !

al-lavendari said...

assalamualaikum bang.

seronok dapat melancong sambil di pandu dengan cerita berkaitan. memang mendamaikan bila tengok gambar2 tersebut.

harap penduduknya juga damai .. tidak berpuak atau berpecah angkara politik sempit dsb.

tahun 1960 saya masih belum bersekolah lagi.

maiyah said...

assalam..

mmg sronok, bila sy bleh kluar sndri skrg ni sy mula cr kwn

ckLah said...

Kampung Sungai Manilaaaaaaa?


Wah paman, dah sampai mesjid...300 meter lagi smpailah rumah bapak ckLah tu!!!


Raya nanti datang lagi ya paman, singgah rumah kami pulak.


rumah kuning tu, kedua-dua tuannya sudah meninggal dunia. sekarang anaknya duduk, berulang dari Pasir Salak, kerana menantunya mengajar di MRSM sana,

ckLah said...

Paman;
cikgu MasMuDa dah pencen sebagai pengetua sekolah belakang rumah cklah. tahun lepas pergi rumah dia di Kg Bahagia, anak dia kawin. Isterinya pernah sesekolah ckLah mengajar.

Aida Ali said...

Perjalanan yang nostalgik gitu..

Temuk said...

As-Salam IDA
Kira-kira begitulah...jejak kasih, dan tentunya bila masuk tempat orang, kita sebenarnya 'jejak kisah'.

Berjumpa kawan lama memang menyeronokkan. Begitulah selalunya. Namun, kita juga harus bersedia dengan pertemuan yang boleh mengagetkan. Maklumlah, dah berusia-usia ni, kita sendiri pun mungkin sudah berubah. Ceria selalu!

Temuk said...

As-Salam LUAHFIKIRAN
Sekolah Sg Sumun juga hebat. Pada tahun-tahun 60-an, sangat kecil bilangan pelajar Melayu dari kampung memasuki sekolah orang putih. Memang bingung masuk Remove Class tanpa belajar Bh. Inggeris di sekolah Melayu! Samapi sekarang pun, apa lagi pasal tak amalkan, tersengguk-sengguk nak menulis atau bercakap Mat Salleh.

Bagan Datoh tetap dikenang, tetap disayang. Kalau makan angin seorang diri satu hari nanti, insya-Allah boleh ajak LF, dengan syarat 'tidak beradu, rajin bertitah' dalam perjalanan!

zul permatang badak said...

masa tu saya belum lahir...

Temuk said...

Wa'alaikumussalam AL-LAVENDARI
Memang seronok dapat melihat kampung halaman orang. Lagilah kalau dapat lihat kampung-kampung di negara lain.

Sungguh tu, kita harap orang-orang kg di Malaysia ni tetap bersatupadu walaupun ada perbezaan politik. Kalau 'kepala-kepala' mereka, terutama yg di bandar-bandar selalu tekankan pentingnya hidup rukun damai, baiklah hasilnya. Insya-Allah.

Temuk said...

As-Salam MAIYAH
Terima kasih singgah. Memang terasa bahagia bila kita bebas pegang & putar steering....menghala ke mana kita suka...dan jejaki rakan-rakan lama yang sudi dan teruja diziarahi.
Alhamdulillah mendapat rezeki ruang, peluang dan masa yang sedemikian dari Allah.

Temuk said...

ckLah
Ooooh, Sg Manila tu kg ckLah rupanya! Baru teringat, rasanya mungkin Paman ada terbaca entri yg perihalkan famili dan kg tu dulu. Memang besar, damai dan lapang Kg Sg Manila tu.

Tak sangka pula dah menerobos hampiri rumah bapa ckLah! Apik tenan 'ponakan' paman iki. Mana tahu, kalau sampai lagi ke situ paman kan ampirilah rumah tu. Hihihi, rayanya jauh lagi, kok. Kesewun, terima kasih, tq di atas jemputan.

Oh, Paman ni tak tahu pun Masmuda tinggal di kawasan tu, walaupun tahu dia jadi cikgu. Semoga dia & famili sihat. Memang tak pernah ketemu semenjak habis Form V (1965). Kalau terjumpa, mohon sampaikan salam (kalau dia masih ingatlah).

Temuk said...

As-Salam CIKGU AIDA
Jauh berkereta, macam-macam ketara. Masalahnya satu, badan tak lalu.

Nak mutar-mutar di lembah Kelang sekarang takut. Jalan baru, jejambat baru, muncul tiba-tiba, di sini sana. Have a nice day, Cikgu.

Temuk said...

As-Salam ZUL PERMATANG BADAK
Ada untungnya Zul belum dilahirkan masa tu.... Kalau tak dapat menumpang di rumah orang di bandar masa tu, kenalah saya berjalan kaki sejauh 2 batu dari kampung mulai jam 5 pagi, untuk ke jalan batu, supaya boleh naik bas untuk ke Telok Anson. Kemudian jalan kaki dari stesyen bas ke sekolah. Sekarang, sekolah menengah sudah amat banyak di kawasan luar-bandar.

Aku said...

As-salam bang,
kalau akulah yang masuk ke sana, sampai besuk pagi baru aku jumpa jalan keluar... gede temen..

Temuk said...

As-Salam AKU
Masuk kampung pun kena berhati-hati sekarang ni. Pernah kenduri kat rumah sdra di Sungai Tengar dan bingung dengan banyaknya 'Tebuk' dan 'Parit' yang merupakan sub-kampung di kawasan itu. Sana sini kelapa sawit dan semua kawasan nampak serupa saja pula. Memang ndase dadi mumet.

Pak Zawi said...

Salam,
Seronok melalui 'off the beaten path'. Banyak pemandangan baru yang boleh dilihat.

ibuintan said...

assalamualaikum cikgu,

seronokmya bila jalan2 sambil cuba menyingkap kenangan lama tambah seronok jika kita temui yang kita hajati

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Temuk,
"Leisure drive" terokai kampung, menarik sekali. Nyaman, aman dan damai, sunyi di kampung. Manalah tahu kan satu hari nanti, kampung-kampung yang Temuk 'discover'itu akan menjadi pekan pula.

Temuk said...

Salam bahagia PAK ZAWI
You are right. Remote places can be fun to visit. Sometimes we just want to keep ourselves away from the busy towns and cities - so crowded and polluted. Tempat baru sememangnya banyak pemandangan baru. And these far-away places aren't that far anymore now because of the good roads linking them to other places. Have a nice day.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam IBUINTAN
Memang seronok jalan-jalan, lihat tempat dan orang, juga rasa makanannya. Lagi seronok bila tak dijangka ketemu sesuatu yg kita ingini atau seseorang yang telah lama hilang di situ....

Temuk said...

As-Salam HJH NORA
Nyatalah benarnya, leisure drive itu amat hebat keseronokannya berbanding dengan driving to work dlm keadaan tergesa-gesa, sesak jalan, persekitaran tercemar dan kepala berserabut dengan hal kerja. Jika gomen buat satu projek besar di kampung, boleh jadi pekanlah kampung itu. Apa lagi kalau kawasan itu memang pekan, akan jadi pekan besar atau bandarlah ia. Tengah tunggu sebuah universiti nak dibangunkan di pekan Bg. Datoh ni.... Pilihanraya umum semakin dekat, bangunan belum ketara...

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Sebut Telok Anson, teringat fun-fair kat Padang Temberang...tengok orang meniti tali, naik moto dalam raga...pusing-pusing, tak eksiden pun.

....sungguh nostalgik!

(saya berhibernasi sementara)

Temuk said...

Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI
Hihihi. Padang Temberang mengingatkan saya kpd mee Mastan Gani dan Wak Malaya. TA pun sudah penuh dgn bangunan sekarang, terutama kawasan bandar barunya. Enam tahun tinggal & sekolah di situ, saya dapat merasakan ia sebahagian daripada kehidupan lampau yg penuh makna.

Mutiara Bernilai said...

salam alaik, saudara..

wah, mutiara pun teringin nak berjalan-jalan melihat tempat orang,,saja, tengok dan sedut udara kampung orang lain kan?

hu, nostalgia juga ya entri ini, Terima kasih ya!

sayangsayangibu said...

assalamualaikum pakcik

sya kalau balik utara atau pantai timur, atau kemana2 je memang cari masa berjalan di siang hari
boleh jamu mata, tengok kampung2, rumah, pokok2 alam semulajadi
sangat terpesona
yang kelakar tu bila tengok rumah cantik2 ke kereta cantik ke berebut2 dgn anak anak itu ibu punya
itu ayong punya,
semua nak mengaku kepunyaan sendiri

memang seronok

Temuk said...

As-Salam MUTIARA BERNILAI
Silakan...dan pastikan keinginan itu dipenuhi. Mencuci mata dengan pemandangan kampung & menyegarkan hidung dengan udaranya, memang mententeramkan hati. Green environment memang menggamit. Percuma pulak tu!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam SAYANGSAYANGIBU
Alahai, bertahun-tahun dah tak ke utara (isteri saya dari Alor Setar) & pantai Timur. Sepanjang jalan ke situ, apa lagi kalau ikut jalan lama, memang banyaklah yg boleh dilihat. Tapi, tak dapatlah main rebut-rebut kecuali Tok Umi di sebelah ajak main rebut-rebut! Sementara anak-anak masih dlm lingkungan umur main rebut-rebut, janganlah buang peluang tu. Lagi pun keriuhan membantu pemandu supaya tak terlelap mata.

Al-Manar said...

Temuk,

Banyak sungguh kenanan lama kembali bila membaca posting ini. Gambar gambar awal tahun 60 di Telon ANSON. Sewaktu mogok keretapi tahun 63 (? lebih kurang) saya dihantar bertugas di T Anson dan tinggal selama 4 clan di Rest House, tengah bandar. Tengah hari makan di waron nasi kandar bawah pokok besar dipdang dihadapn. Selalu melawat rumah saudara Kampong Terengganu di tepi singai dan selalulah mkan udang galah.

Sekaran nama bandar bertukar. Rest House kayu dihadapan padang sudah berganti ditempat lain. Tiada golf course. Saya rasa kedai makan India dibabdar (entah apa nama) munkin masih ada nama. Did-sebelah nya kedai satay- satay yang berbiza dari satay pantai timur, daging dihiris nipis.Kalau ke Ipoh melalui jnlan berliku dan melalui kampong cina Mambang Di Awang , satu nma yang tal akan luut dari ingatan.

Kalau tuan kenal atau pernah kenal seorang guru bernama Abdul Aziz Abd Rahman, juga pemain rugby mewakili negeri Perak, sila email saya - almanar@pd.jaring.my.

Munkin banyak kenagan lama ditempat lama yang tetap dalam keangan.

Salaam

Kakzakie said...

Assalamualikum CIkgu,

Kakak pula yg rasa teruja. Tambahan bila ckLah kata dah dekat rumah org tua dia. Wah... kampung gedi tapi orak ngerti sopa seng dituju....

Rajin betul cikgu menyusur-gali mencari teman-teman lama.

Tengok gambar yg kakak dapat rasakan kakak belum lahir masih jelas gambarnya... baguslah cikgu simpan lagi. Montel lagi masa itu cikgu ye :)

Temuk said...

AL-MANAR
1963, Temuk baru Form 3. Tinggal di depan stesyen bas yg di tepinya ada satu pokok besar tempat seorang mamak berniaga nasi. Tepi 'kedai' mamak tu padang majlis bandaran. Rest house lama juga mengadap padang ini. Sekarang Rest housenya jauh lebih besar, di kawasan baru Teluk Intan (nama baru Telok Anson). TA memang terkenal dgn udang galah sungainya, dulu! Kedai mamak terkenal di bandar masa tu Yusofia Restaurant. Masih ada tapi tak popular. Wow, tuan tinggal di Rest House masa tu pasti mahal sewanya. Kalau masa tu ada blogging, kungkin kita telah saling mengenali. Rasanya saya tak pernah jumpa Cikgu Abdul Aziz tu. Di sekolah mana beliau mengajar? Salam bahagia.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Assalamualaikum Cikgu,

Ngapa tak teruskan perjalanan ke Lekir (Lekio)? Kan ke orang kata Lekir ni sempena nama Hang Lekir yang berhijrah dari Melaka ke Perak. Betu atau tidak...Wallahualam.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam KAKZAKIE
Apike lah ckLah iki. Wes ngekon dolan royo, puoso ne pun orong, hihihi!

Sebab tak jumpa bersemuka dgn kawan lama tu (telahan saya dia masih di kampung, tepat), saya telefon dia dari Bangi. Cakap pendek, rupa-rupanya dia sibuk pagi tu. Kakzakie tahu, lepas berhenti kerja gomen, dia jadi dukun! Kelmarin dia pula telefon dan sembang panjang. Siap dengan bahasa Jerman lagi!

Gambar2 lama ada yg melucukan. Ada yg boleh menitiskan airmata! Ceria selalu!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam Mej.
Sebenonye saye ni tak sempat pun lagi femiliarkan dighi dgn belah-belah Kuale Kangso, Lekio, Kg. Gajah, Pasir (tak pulak depe kate Pasio!) Salak semue tu. Kene pegi ronde2 jugak satu ahgi nanti. (Mej mungkin dah pakai dialek utara la ni....). I'm still reading your book. I must say that I've been enjoying every page of the book. That piece of work by you is indeed invaluable. Tahniah!

Hashim Kamal said...

Asalamualaikum,

I believe you are an old student of ACS in the 50s and HMS in the 60s. We welcome you to visit us at "The Ansonian" where we believe we could reconnect the beautiful and memorable past.

Thank you and warm regards,
Hashim Kamal A Samad

Temuk said...

HASHIM KAMAL
Wa'alaikumussalam. Thanks for dropping by. So sorry that I've taken so long to respond to your comment. Shame on me, I don't have that gadget that tells me so and so has just paid a visit... You are right. I was there 1960-1965. Are you in any way associated with Samad's Book Store? Jumpa lagi!

Dee'Z Collection said...

Assalamualaikum. Tumpang tanyer. Saya mencari pakcik saya. Last yang saya tahu, dia tinggal di kampung sg samak. Nama nyer Zainal Bin Kamarudin@Arifin. Nama mak nyer Maznah. Kalau2 saudara penulis ade contact org saner, sudi la kiranyer membantu.
Tima kasih in advance...
Azura Sulaiman

Fareed Karim said...

oh,ya... tuan curi gambar rumah saya ni. hohoho..

kamilz said...
This comment has been removed by the author.
kamilz said...

Assalamualaikum. Terima kasih tuan kerana sudi singgah ke Kampungku Kg Sungai Manila.. walau 3 tahun telah berlalu. Masjid Sg Manila & Klinik Desa Sungai Manila juga telah bertukar wajah.

Untuk pengetahuan, penduduk sungai Manila bukan berketurunan filifina.. tetapi hampir 100% Melayu beretnik Jawa. Kampung Sg Bugis pula Majoriti adalah beretnik Banjar.

Nama manila diambil daripada sebatang anak sungi yang warnanya jernih kebiruan seakan warna nila..

Sejarah ringkas kampung ada di web keluargaku http://hjzailani.net/web/web.php?laman=pengenalan#kampung

-Anak Sungai Manila-