Monday, June 6, 2011

KUNING YANG MANA?

Aku gemar benda-benda kuning  -  buluh kuning, kelapa kuning,  pulut kuning, tembikai kuning, cempaka kuning, siantan kuning.... Tapi benda-benda yang dipakai, macam baju, seluar, songkok, kasut, samping, tali leher, cermin mata, jam tangan, motosikal, kereta, ataupun kapal terbang, hai... tak mahulah kuning. Taboo!

Bila balik kampung tempoh hari, amat seronok kulihat satu-satunya pokok kelapa kuning di depan rumah (yang sudah tiada penghuni!) berbuah lebat.





 Yang nak cerita tu, bila teringin 'nak makan nyoq muda', tak pasti pula tandan nyoq yang mana yang nak diturunkan. Sana sini semuanya kuning. Kalau ada beza pun sikit sangat darjah kekuningan tu. Dan 'mata-mata' si warga emas ni tak mampulah nak teropong dari jauh, yang mana satu yang benar-benar muda.

Mujur si hati sukarela pula bantu si mata-mata. Cuba tandan yang dekat dengan yang 'dok tinggai sebiji tua' tu!



Yang 'dok dekat sebiji yang tua ni la yang cun muda!'















Bila kukait sebiji dan belah, nyata yang ikut kata hati itu betul. Betul 'nyoq muda'! Lantas terfikir, dalam buat satu-satu kerja, tak selalu kita kena atau boleh pakai indikator objektif. Nak tentukan indikator objektif tu pun boleh jadi payah.

Tapi, bila guna indikator subjektif, atau mungkin relatif, atau cuma ikut rasa atau kata hati, ada pula kebimbangannya. Juga kalau cuma guna pengalaman.... bimbang juga hasilnya tak memuaskan atau jadi tak menentu. Juga tentulah susah kalau nak suruh orang lain gunakannya.
Kerana itu, ada masanya aku sendiri kurang selesa bila si pakar memasak kata, masukkan garam mengikut rasa!

31 comments:

ckLah said...

Kelapa gading ya Paman?

roha said...

Salam.
Semoga diberkati Allah swt. Air kelapa bagus untuk kesihatan. Susah sekarang ni nak jumpa pokok kelapa warna kunig/oren. Apapun, saya suka minum air kelapa yang ori. Buat serbat lagi sedap. Thanks cikgu n3 kali ini.

zul permatang badak said...

cikgu..
nyuq gading ni rendah je kan....sampai lagi galah untuk mengait.....tapi hati2 buah nyuq ni kalau tak kena cara kait boleh follow galah....boleh juga follow pelepah.....itu yg bahaya....

bahaya....pernah berselisih bahu dgn buah kelapa......menjunam terjun...

Temuk said...

As-Salam ckLah
Memang ada yang memanggilnya kelapa gading. Sebab buahnya cilik, kenalah 2, 3 biji baru cukup airnya utk membasmi kehausan... Ceria selalu.

Temuk said...

As-Salam CIKGU ROHA
Semoga cikgu sihat & di dalam peliharaan Allah juga.
Betul tu, air kelapa memang refreshing. Dan ada medicinal value. Walaupun ada yg kata, boleh sebabkan sakit sendi! Selamat bercuti.

Temuk said...

Sdr ZUL PERMATANG BADAK
Alahai, pernah 'terkena' junaman buah kelapa ya? Memang ada rasa takut tu, tapi sebab rendah dan mengidam aktiviti silam, kait jugalah. Walhal buluhnya dah reput, dan mata kaitnya tumpul dan tak kemas pula ikatannya. Teringat saya akan hidung arwah abang ipar yang dijunami mata kait yg terlepas ikatan....mujur tak serius. Dah kerjanya 'mengait kelapa', itulah risikonya. Selamat berkebun.

Kakzakie said...

Assalamualaikum cikgu,

Wah... kalau untuk mengenal "the gun" kakak expert. Tak perlu cari org lain. Mesti tepat punya. Hahaha.... kakak selalu balik kg ambik "the gun" jangan cikgu tak tahu. Pilih yg pokok rendah...

Syok kan cikgu balik kgampung :)

Temuk said...

Wa'alaikumussalam KAKZAKIE
Hihihi, banyak orang tak tahu kakzakie bahawa 'the gun' (istilah keraton!) tu maknanya nyoq muda! Boleh juga kot kita sebut 'degan'? Oh, lain kali kalau nak kait & jual 'degan' seluas estet, kenalah bayar kepakaran kakzakie. Kalau tak mesti supply 'the gun' tu ada yg kena reject.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Tgk gmbr pkk dn buah kelapa kuning ni teringat kat kampung lama saya. Arwah datuk tnm byk pkk kelapa jenis ni. Buahnya sgt lebat. Tandan kelapa kuning ni dh nmpk mcm buah kelubi sbb buah yg byk dlm setandan. Pkk kelkapa jnis ni lmbt membesar. Masa budak2 dulu, saya tukang panjat pkk bila ada permintaan untuk air kelapa drp keluarga. Btg kelapa biasanya tlh dibuat 'takuk' utk memudahkn kerja memanjat pkk kelapa ni. Biarpun buahnya bersaiz kecil tp airnya sgt manis dn bergas. Bagi saya, kelapa jnis ni yg tbaik utk diminum airnya berbanding kelapa jnis lain atau klon baru. Biar apa kata org kata, mengikut kajian dn fakta, air kelapa adalah sumber cecair terbaik utk pulihkn badan kita dr dehidrasi.

Satu petua utk mengenali kelapa muda dr bwh pkk ialah dengan melihat saiz buah yg berada pd tandan bhgn ats buah muda. jika ia bersaiz spt dlm foto, yg kat bawah tu mmg sesuai utk diambil/dikait atau dipulas sbg 'nyoq muda'.

Temuk said...

As-Salam ADRY
Terima kasih atas informasi tambahan, termasuk petua mengenali buah yg muda. Pokok kelapa kuning ini memang lebih mudah dipanjat sebab batangnya kecil, apa lagi kalau batang itu ditakuk-takuk. Ada orang pilih kelapa pandan utk diminum air & dinikmati isinya. Saya tanam sepokok di kampung, tapi bila berbuah, tak jadi 'pandan' pula! Mungkin benih kelentong atau ada sebab lain.

Yan said...

Assalam Temuk.

dulu depan rumah arwah atok saya banyak sangat pokok nyiur gading ni. Bersusun. Bila dia kawin lagi (mati isteri), habis ditebangnya.

Betul ke org kata nyiur ni tempat kesukaan sang bunian..hee

Temuk said...

As-Salam YAN
Lo, kok ditebang, kenapa ya? Tentu cantik kalau ditanam bersusun macam tiang bendera di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tu. Tak pernah pula dengar sang bunian meminati nyiur gading. Mungkin juga betul sebab pokoknya dan juga bentuk dan warna buahnya yang 'cute'.

ahmad humairi said...

Assalamualaiukum,

Kuning warna diraja, budaya kuning suatu gejala, kuning-kuning menawan sahaja, kuning taboo biarkan sahaja.

Kuning sigading, walau tak berpenghuni, tetap berpenunggu. Namun bisik hati memohon kebenaran menjamahnya. Alhamdulillah, lepas dahaga.

Kalau menjolok kelapa, kena pakai helmet.

hani@debumelukut said...

hahaahaaa..kalau ada pertembungan antara kelapa dan kepala..mana satu yg kemek?

Hjh Noralenna Abbas said...

Teringat lagu "nyiur ngading puncak mahligai". Gerai air kelapa sebelah rumah jual sebiji kelapa muda harga nya RM3.- Dah naik harga kelapa muda!

Al-Manar said...

Betul susah mengenali kelapa muda. Terlampau muda, tak ada isi, airnya kurang rasa. Bila tua rasa air lebih enak. Kalau nasib baik isinya lembut boleh disudu. Ini memang kerja saya, hasil menanam kelapa disekeliling rumah. Ada Sebatang pokok kelapa kuning. Buahnya besar kerana sabut, dalamnya kecil, segelas air kalau nasib baik.

Tapi kerja mengait dengan galah bukan kerja senang.

nur said...

AsSalam Pak Temuk..
Kata hati selalu nya betul.. so better ikut kata hati.. :)
..kadang teori yang ada macam2 tu, tak tentu betul tidaknya.. he he
Tapi masa kami tinggal di rumah lama dulu, ada sorang pakcik tu bagi tip camne nak kenal kelapa muda. Jika kulit kelapa di hujung tangkai masih berwarna keputeh-keputehan, itu tandanya buahnya masih muda. Jika keseluruhan buah dah jadi serata kaler samada kuning(bagi Kelapa Gading) atau hijau(bagi Kelapa Pandan), itu tandanya buah dia dah tak muda lagi. Alhamdulillah teori inilah yang sering kami guna-pakai tiapkali nak petik 'nyog muda'.. :)

Kelapa Gading kami rendah je pokoknya. Masa abang saya datang berkunjung baru-baru ini, mereka sekeluarga begitu excited bila dijamu dengan air nyog muda yang boleh pakai petik buah macam camtu je, berbeza dengan keadaan di kampung yang pokok2 nyog nya sume tinggi-tinggi.. bila dah tinggi tu rasa malas dan payah la pulak nak ambik, walaupun hati teringin sangat nak makan nyog muda.. he he

** menjawab soalan pakcik dalam n3 lepas, saya kelantanese tapi stay kat Selangor.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum tuan temuk...

indah bahasa tuan temuk..suka saya baca entri tuan temuk..gaya bahasa yang tersususun mendamaikan semua pembaca....:-)

Temuk said...

Wa'alaikumusalam CIKGU HUMAIRI

Nampaknya kena berhati-hati kita dengan yang kuning-kuning, ya? Ada yg sesuai & ada yg tidak. Yg kita lakukan, usah sampai melanggar adat, atau menjadikan budaya sendiri ternoda. Hihihi, diwajibkan berhelmet pengait kelapa, pengeluar helmet pastilah gembira.

Temuk said...

As-Salam HANI@DEBUMELUKUT

Terima kasih sudi singgah. Hihihi, payah juga Pak Temuk nak jawab soalan Hani tu. Kalau maksudnya kepala orang, logiknya kepala itulah yg kemek bila bertembung dgn kelapa. Pak Temuk terfikir juga adanya kepala-kepala lain - kepala air, kepala bendul, kepala kereta api, kepala tangga, kepala paip .... Ketemu lagi!

Temuk said...

Hjh NORA
Alahai...jadi teringat pula kat kisah Lancang Kuning ...Latifah Omar menyanyi dgn Nordin Ahmad...

Nyiur gading puncak mahligai
Buat ketupat berisi inti
Hancur daging tulang berkecai
Kasih sayang sampai ke mati...

Temuk said...

AL-MANAR
Oh, pakar kelapa muda rupanya tuan ni. Bilalah agaknya si kuning tu nak dicarikan geng? Kecilnya si kuning, kata orang, 'just nice' utk disajikan di atas meja. Bagaimana cara menurunkan buah kelapa kat situ?

Temuk said...

As-Salam NUR
Bagus juga petua yg Nur berikan tu. Lain kali, bila balik kg, Pakcik akan cuba guna petua tu. Itulah kelebihan si nyiur gading, kecil buahnya tapi mudah dipetik. Tanda si gading pokok pemurah!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam SAHROMNASRUDIN
Alahai sahrom, lambung-lambung macam tu parah saya bila terjatuh... Mujur saya bukan lulusan Kesusasteraan. Kalau saya orang 'literature', mesti sahrom tak fahami saya dgn bahasa simbolik & kabur. Ceria selalu!

AUR said...

Salam PakCik...Lama sungguh AUR tak mai singgah.. Datang2 ada nyoq muda pulak..Ni yg buat meleleh ni...hehehe..

Kdg2 kata hati ada betulnya..kadang2 kena berganding jugak dgn kata minda..

Alang2 dah melawat Pakcik kat sini, nak ajak pi tgk Solo Exhibition saya kat NSTP Jln Riong kalau ada kelapangan. 6-30 jun 2011 ni...

Temuk said...

As-Salam AUR
Semoga sihat & sukses dgn Pameran Solo AUR tu. Wow, hebatlah tu buat solo exhibition. Tahniah! Terima kasih atas jemputan itu. Insya-Allah kalau ke KL, pakcik singgah. Tentu teringin juga nak menikmati barangan yang dipamerkan.

Mutiara Bernilai said...

sy juga suka kuning!

tembikai kuning, mangga, mempeam masak, kuini,,ke|apa mawar!

*uhh,rindu kg tiba2

sayangsayangibu said...

assalamualaikum pakcik
sedapnya dapat minum air kelapa muda.
klau sya balik kampung memang jadi korbanlah kelapa muda depan rumah

Temuk said...

As-Salam MUTIARA BERNILAI
Terima kasih singgah ke rumah Pak Temuk.

Kekadang, ada sesuatu yang dgn begitu pantas mengingatkan kita kpd kampung halaman. Bila hati sudah teringat, 'start' enjin, baliklah cepat.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam SAYANGSAYANGIBU
Kot selalu korbankan kelapa muda, diri sendiri kan awet muda. Baguslah tu, kan? Pakcik pun nak tumpang nasihati SSI, sementara badan masih sihat, selalulah kunjungi kampung.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum tuan temuk...

saya datang singgah sini di tengahari isnin...