Sunday, August 7, 2011

MELEPAK DI KELOPAK

Ada serumpun bromeliad yang memang tidak begitu dijaga di belakang rumah. Tapi, ia tetap subur dan berbunga. 


Malah rupa-rupanya, dan anehnya, ia juga boleh bertindak seperti tebing kolam.  Umpama pinggiran parit. Yang sang katak jadikan ruang istirehat, ruang memperolehi ketenangan.

Antara susunan bilah-bilah daun bromeliad itu, di sebelah pangkalnya, tergenang air. Jadilah ruang itu seperti lopak-lopak kecil pinggiran kolam atau tepian parit, di mana sang katak lega melepak.

Duri yang tajam di setiap lidah daun bromeliad itu nampaknya tidak pun mencurigakan si pelepak. Entah bagaimanalah dia mengemudi diri, menyelinap di kepitan daun-daun berduri itu.
                  

Dan entah bagaimanalah pula dia membuat evaluasi, kelopak berair mana satu yang terunggul. Yang tak akan gagal menyejukkan batang tubuhnya dalam rangkulan bahang Ramadhan ini.
 

   
Nikmatilah  rakaman yang sempat dibuat: katak melepak di satu kelopak. Andai anda tahu, cubalah beritahu, mengapalah tempat begitu si pelepak tuju?                                                                                                                           

25 comments:

musollahehsan said...

SALAM,
KATAK MELEPAK SORANG2 DI KELOPAK TUMBUHAN! KITA MELEPAK, KENA KUMPUL MEMBER2. DI MANA ? KALAU TAK DI KEDAI KOPI !

Ayah Zain said...

salam tuan

lama az tak menjengok. Begitulah indahnya ciptaan Allah

Kamsiah said...

salam
tempat tu sejuk...basah...kegemaran si katak...mungkin jugak selamat dan terlindung

Temuk said...

As-Salam MUSOLLAHEHSAN
Kalau ramai yg nak melepak, para katak kena pakat, masing-masing nak tenggek kelopak mana. Saya kekadang melepak sendirian di bawah pokok rambutan... tapi di KK (kedai kopi) dapatlah extranya... termasuk roticanaitelur & berita baru dari geng.

Temuk said...

As-Salam AYAH ZAIN
Terima kasih menjenguk. Maaf, saya pun lama tak ke laman Ayah Zain. Ya, segala ciptaan-Nya indah bagi yg mahu & tahu melihatnya. Semoga Ayah Zain sekeluarga sihat. Selamat meneruskan ibadah puasa.

Temuk said...

As-Salam KAMSIAH
Benar, persekitaran bromeliad itu sejuk, apa lagi ia sendiri dilindungi oleh pokok mata kucing. Sukalah si katak ruang yang sedemikian. Kita dah tahu ni nak kena berjaga-jaga juga, sebab bimbang kalau yg menjalar panjang tu pun tahu ada 'juadah' baginya di situ! Selamat meneruskan ibadah puasa.

Pak Zawi said...

Salam Temuk,
Selain dari suasana berair dan sejuk, tempat itu juga pastinya banyak makanan untuk dimakan oleh pelepak. Makanan datang menyerah diri dan apa yang cuma perlu ialah membuka mulut dan menjelir lidahnya untuk santapan harian. Malang sekali jika pelepak pula menjadi makanan pada yang menjalar panjang. Apa nak buat ianya lumrah hidup.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Membaca kisah bromeliad ini mengingatkan saya pada 'bromeliad'(kalau benar begitu) di suatu sudut halaman rumah saya - juga terbiar, masih tak mengeluarkan bunga. Berwarna hijau muda, tanpa belang dan duri. Suatu ketika, kelopak mudanya berwarna merah dan saya menjangkakan bunganya akan keluar. Tapi akhirnya kelopak muda bertukar hijau. Tidak semua kelopak mudanya sentiasa hijau. Sempat simpan gambarnya tapi malang terformat semula storannya.


Tanya sama pokok, apa sebab goyang. Nanti jawab pokok, angin yang kencang. Tanya sama pelepak apa sebab lepak, nanti jawab pelepak, tanyalah awan.

Awan nanti kata.........
.........
.........
memang makanan aku...
memang makanan aku.

teringin menjadi pelepak itu...hehe... (konon sang putera).

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Sang katak kecil tu melepak dicelahan daun pkk bromeliad disebabkan beberapa faktor. Yg pertama, tempat itu selesa sbb sejuk dan berair. Kedua, ia rasa selamat dr ancaman musuh krn terlindung dn terdapat duri-duri tajam.

sayangsayangibu said...

salam pakcik
dah tentunya tempat tu sejuk dan yang penting selamat daripada sang ular kot?

cantik dan unik pokok tu kan?

zul permatang badak said...

Katak,air dikelopak bromeliad,nyamuk,persekitaran ,saling berhubungan.......wujud satu ikatan....satu kediaman yang selesa...
kita boleh nampak tapi
kita tidak boleh
rasa........................

ckLah said...

Hehehe...comel.

Kalau dengar pengajian di masjid Sg Manila, saya selalu cari tiang seri masjid untuk bersandar, sebiji macam katak tu. Garu belakang pun sedap.

Temuk said...

As-Salam PAK ZAWI
Bagusnya kalau dapat mengintai caragaya si katak, dengan kuasa besi berani lidahnya, memerangkap sajiannya. Agaknya si katak berpegang kuat kepada aturan alamnya yang tersendiri, 'makanlah kamu sebelum kamu sendiri dimakan'.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI
Satu hari nanti terpacullah bunga bromeliad cikgu tu. Insya Allah.

Mengapalah si katak meng c/o kan soalan kpd awan...? Jadi panjanglah cerita apabila setiap pihak yg ditanya menjawab dengan suruhan supaya bertanya sebab kpd pihak lain pula.

Mujur dalam kerancakan soal-jawab, ada jawapan yg boleh menutup/tidak memanjangkan cerita - 'memang makanan aku, memang makanan aku'.... nak buat macam mana lagi!

Cuma cucu saya saja yang pernah cuba menyambung cerita dengan bertanya, 'Oh sememang, oh sememang....'.

Jadi pelepak ada manisnya, tapi usah lupakan pelbagai bahayanya, seperti kemungkinan datangnya si ular yg memang sentiasa memberi justifikasi kepada si katak... kamu sememangnya makanan aku!

Temuk said...

As-Salam SAYANGSAYANGIBU
Kebetulan bromeliad Pakcik tu diteduhi 3 jenis pokok lain, termasuk mata kucing. Barangkali kesejukan di persekitaran itu menarik minta para katak. Mungkin juga bromeliad menjadikan si katak berasa selamat, tetapi Pakcik rasa kalau encik ular nampak, tahulah dia cara menjadikan si katak juadahnya. Bromeliad memang cantik, dan ada berbagai-bagai jenisnya Pakcik lihat di nurseri.

Temuk said...

As-Salam ADRY
Saya fikir memang tepatlah bahawa ketiga-tiga faktor itu menyebabkan bromeliad menjadi pilihan si katak. Seronok apabila melihat banyak katak (menyorok atau berlompatan) di sekeliling rumah; cuma bimbangnya ialah kehadiran si ular yang mahu menjadikannya pengisi perut. Ceria selalu!

Temuk said...

As-Salam ZUL PERMATANG BADAK
Betullah tu. Moleknya berbagai unsur di persekitaran, termasuk yang tak kelihatan pada mata kita, berinteraksi. Malah masing-masing saling bergantungan. Ecological setting di persekitaran kecil itu sendiri tentunya kompleks. Tak semua dalam dinamiks interaksinya dapat kita lihat, apa lagi rasa. Ceria selalu!

Temuk said...

ckLah
Yang comel tu si katakkah atau si bromeliad? Dua-dualah, kan? Sikit punya bagus, masa pengajian cari tiang yg bukan kepalang hebatnya - si tiang seri! Garu belakang dgn tiang seri tu tentu lebih melegakan agaknya berbanding dgn tiang-tiang lain. Tak mengapalah, tiang seri bakal jadi saksi ckLah mengaji. Dan tak mengapalah mencarinya asalkan dapat menumpu lebih kepada pengajian. Paman nak tanya, sudah secuaca dgn sekolah baru?

cemomoi said...

tak pnah tengik pokok ni tapi katak tu cumel

sonata anak kancil said...

salam....eiiii...saya amat geli & takut dengan si katak ni...mahu luruh jantung saya kalau ternampak katak ni - mahu satu padang habis berlari!

Temuk said...

CEMOMOI
Ada macam-macam rupa pokok ni, dgn bunga yg berbagai-bagai. Bunga tak wangi tapi menjadi kegemaran semut-semut kecil. Barangkali ada manisan pada bunga itu.

Sukalah si katak puru bila cemomoi kata dia comel. Salam bahagia.

Al-Manar said...

Amat mengkagungkan. Amat kaya dan bekuasa Penciptanya. Sedarlah kita dimana letaknya keagongan yang kita bermegah.

pCL [p@kcikLie] said...

salam, terima kasih berkunjung..alhamdulilah di bln puasa thn ni cuaca di tempat sy tidak berapa panas..namun ada juga 'mereka' yg gagal mengemudi nafsu...

dlm kes ni lazimnya pemangsa akan sukar mendapatkan mangsanya..maka dia bertindak utk melepak ditmpt yg sesuai dan selamat...

*bln ramadhan , ramai 'mangsa' cari tempat tersorok...hehe.

Temuk said...

As-Salam AL-MANAR
Benar, ada orang melupai keagungan Allah, malah megahkan 'keagungan' sendiri.

Para ustaz acapkali mengingatkan, usah bermegah dengan keagungan. Memamng digalakkan kita mengejar keagungan di dunia, demi Dia. Ini lumrahnya boleh dicapai dengan mendapatkan kuasa/kedudukan dan kekayaan material. Namun, perolehilah dengan cara yang halal. Kemudian, gunakanlah kuasa dan kekayaan itu untuk menuju ke jalan-Nya. Wallahu'alam.

Selamat meneruskan ibadah puasa; semoga tuan dalam peliharaan Allah sentiasa.

Temuk said...

As-Salam pCL[p@kcikLie]
Terima kasih kembali. Baguslah jika cuaca sederhana sepanjang Ramadhan ni. Eh, eh... yg gagal mengemudi nafsu tu tak dikejar 'polis puasa' ke? Hihi, yg kuatir jadi mangsa diburu memanglah cari tempat tersorok...menyorok. Ceria selalu!