Sunday, September 11, 2011

PINANGKU DAN PINANGMU

Tugas primer barisan pinang sirih di kawasan rumahku adalah menghiasi persekitaran.  Masing-masing juga befungsi sebagai pemayung. Tukang beri keteduhan. Itulah tugas sekundernya.


 

Cantikkah barisan pinang sirih ini menghiasi kawasan?

"Cantik," kata hatiku yang seronok sendiri. Pokok-pokok itu sendiri, pada mataku, sememangnya indah. Begitulah, bagi yang mahu mengendahkannya. Bukan pokoknya sahaja. Buahnya pun. Siang dan malam.


















Upihnya juga ayu. Malah cukup kukuh untuk dijadikan kenderaan mainan.  Jadikan 'lanca',  atau 'kereta bertarik' tanpa roda. Ia mampu menggelungsur laju. Juga menggelungsuri kenangan silam!



Barisan pinang sememangnya berjasa besar sebagai penyeri halaman. Juga penyejuk suasana. Tapi, bilamana sampai masa para pinang kelihatan 'tidak begitu menghiasi', malah berpotensi memberi bahaya, mungkin kerana ketinggiannya yang telah melangit, maka dengan maaf, kenalah diberadukan batang-batangnya ke bumi.




Sememangnya, adalah ketikanya, penghias yang dikasihi, yang segar dan sayup ketinggian pucuknya, kehilangan status. Melurut kemuliaannya, menurun harga dirinya. Hatta..... terlebur tubuh batangnya.



Penglupusan penghias yang pernah berjasa, memanglah menyentuh rasa. Apa lagi bila kulihat gambar di bawah ini. Hebatnya nilai si batang pinang!

Mohon izin meminjam gambar , ya Ustaz Mohd. Zamerey. Usaha kumpulan tuan
dalam 'memertabatkan kemanusiaan' di Kemboja amatlah mulia dan disanjung.
Didoakan kejayaan selalu!

Saksikanlah, hebatnya mertabat batang-batang pinang di pedesaan Kemboja itu. Masing-masing boleh berdiri gagah, sebagai barisan tiang seri, tiang perdana. Setia memikul bumbung yang memayungi kehidupan, yang sedia dhaif, dari pelbagai ancaman. 
(Tatapi kisah di sebalik gambar di atas di http://www.facebook.com/AkademiImamSyafie)

Dan aku tetap mengingati, suatu ketika..... suatu masa yang telah jauh berlalu .... sebahagian dapur ibu juga pernah berlantaikan belahan batang pinang. Di situ ibu mengerat-ngerat sayur kampungnya, membersihkan pinggan mangkuknya, membasuh beras patahnya... dan mengendali rencaman urusan yang berkait dengan makan-minum famili. Penuh santai, dalam keredhaan yang melaut!

Sememangnya pernah di persekitaran belahan batang pinang, sebenarnya ramai warga desa meniti zaman. Mengemudi kehidupan cara mereka, dengan kebahagiaan tersendiri.

23 comments:

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

"Buat baik di balas jahat"

Begitulah bunyinya frasa yang saya dengar dalam cerita Sang Kancil Dengan Buaya. Ianya digunapakai oleh Sang Buaya bila membaham kaki Sang Kerbau. Kata-kata itu diperkukuhkan lagi apabila Sang Buaya bertanya hal yang sama pada benda-benda hanyut di hadapannya....buat baik di balas jahat....

Kerbau yang baik hati terpaksa pula menjadi makanan Sang Buaya.

Akan tetapi kebijaksanaan Sang Kancil telah menafikannya.

Kita perlu sebijak Kancil.

al-lavendari said...

memang orang2 seusia kita, amat dekat dengan batang pinang. banyak juga titi dari batang pinang yang telah saya lalu semasa kecil2 dulu.

kisah batang pinang itu menginsafkan diri yang sudah bersara ini !

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI
Wa'alaikumussalam. Alahai.... camne nak jadi macam Sang Kancil ni? Boleh tak saya katakan, memang kepercyaan si pokok pinang, bila dia tiada, kena pastikan dia menjadi abu, dengan apa cara pun, di mana-mana pun. Atau, boleh tak saya katakan, si pinang selalu berpesan, bila dia tiada, pastikan dia ditukar menjadi baja, tak kira cara, tak kira jadi atau tak jadi. Dengan itu tak nampaklah 'buat baik dibalas jahat'.

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Lantai batang pinang, titi batang pinang... pernahkah letupkan meriam batang pinang, pakai karbaid?

Seusia kita sekarang kena pula ingat akan kerja 'tukang pinang', sebab mereka yg muda-muda harapkan kitalah utk pinangkan pasangan hidup. Nampaknya kita kena hafal banyak pantun dalam kerja berkait dengan 'pinang' ni. Ceria selalu!

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Sedihnya tgk pkk2 pinang yg selama ini menghiasi landskap alam di rumah cikgu terpaksa ditebang. Bkn saja jasanya sbg peneduh dan penghias tp ia juga berbakti kpd serangga (yg mencari madu) dan burung (yg membuat sarang). Pokok pinang yg tinggi menjadi pilihan burung ciak utk membuat sarang. Umbut pinang juga blh dimakan..

Temuk said...

AsSalam ADRY
Yg 5 di depan rumah masih belum diusik, walau selalu saya takuti, ada yg menumbangi wayar telefon jiran (bisnes jiran amat sinonim dgn connection telefonnya!). Yg dah dikorbankan tu yg di belakang-belakang dan di tepi-tepi. Saya jangka memang serangga dan burung tak gembira dgn tindakan saya dulu-dulu tu.

Cerita umbut pinang boleh dimakan ini cerita baru bagi saya. Tak pernah tahu. Umbut pinang sirih, sedapkah?

zul permatang badak said...

lantai batang pinang...sukar untuk menegakkan gelas minuman.....bila gelas senget air pun tumpah....

tapi atuk tetap tersenyum, mententeramkan keadaan....cucu pun merajuk atuk tetap memujuk......

hidup zaman dulu penuh kesabaran walau pun bertiang batang pinang, hati senang.....kita bebas dari hutang keliling pinggang........

bersila atuk menumbuk ubi kayu rebus berlapik upih pinang.....
itulah sarapan.........

sahromnasrudin said...

assalamualaikum tuan temuk..

mak saya kalau buat rendang daging, selalu dia carik batang pinang...

yg pasti daging tue takde kaitan dengan batang pinang dlm entri ini kan

p/s: komen tiada kaitan dengan entri kan :-)

Temuk said...

ZUL PERMATANG BADAK
Kata orang putih, apa yang tuan kisahkan itu 'sounds familiar'. Tempat berlainan, pengalaman serupa.

Amat benar, yang berlantai pinang, tiada hutang keliling pinggang. Hati senang, perasaan tenang. Walau bila ditanya duit, jawabnya adalah barang sekupang.

Temuk said...

SAHROMNASRUDIN
Wa'alaikumussalam. Yg rumah berlantai batang pinang, walau biasa melihat sang lembu, tidaklah akan mampu menikmati batang pinangnya. Bila ke kenduri orang, mungkinlah ketemu gulai atau rendangnya. Yang di Kemboja, berbatang pinanglah hidangan juadah mereka, bila ramai dari Malaysia yang sudi 'berkorban' di sana. Andai tidak..... rumah sahajalah yang berbatang pinang.

Anonymous said...

salam pakcik, kalau nak tangkap ikan ditepi pantai letak kan ia di gigi air batang pinang tu. Kdian bila air surut, ada ikan terlupa nak keluar...

Temuk said...

ANONYMOUS
Oh, gitu ya? Pakcik tak pernah buat begitu kerana tak tinggal di tepi pantai. Tentulah seronok kutip ikan-ikan yang meminati batang pinang sehingga lupa balik ke laut, ketika air dah mula surut.

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Cikgu,

Sekarang susah nak jumpa pokok pinang.

Besan saya di Taiping menanam berbaris pokok pinang di keliling rumahnya dan buah-buah pinang tu menjadi sumber rezeki yang agak lumayan pada dia sekeluarga.

Selain hiasan jadi sumber rezeki, Alhamdulillah.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Hampir semua umbut drp tumbuhan jenis palma blh dimakan. Plg popular, umbut kelapa yg dijadikan hidangan semasa kenduri kahwin. Skrg org lebih memilih umbut kelapa sawit yg lebih sedap dn manis berbanding umbut kelapa. Umbut kelapa sawit berskala besar. 1 umbut kelapa sawit = 4 umbut kelapa. Selain dimasak bersama gulai daging, umbut juga dijadikan acar. Saya biasa makan umbut kelapa, kelapa sawit, pinang tp belum pernah merasa umbut bayas..

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Di kampung pun susah nak jumpa pokok pinang. Mungkin sebab pemakan sirih sudah tiada. Masa kecil di kampung dulu, biasa saya mengutip pinang utk dibelah, diambil isinya, dan kemudian dijemur sebelum dijual.Wah, baguslah besan tanam banyak pokok pinang dan ada pula hasil darinya. Buah pinang saya sekarang ni melambak & mereput di atas tanah.

Temuk said...

ADRY
Assalam. Saya cuma pernah makan umbut kelapa dgn kelapa sawit. Masak lemak umbut memang hebat. Kalau ada juadah itu dalam kenduri, memang cepat habis. Acar umbut, saya belum pernah rasa. Macam manalah pula agaknya rasa umbut pinang dan bayas? Malangnya, umbut tak boleh dihasilkan seperti kita keluarkan kacang panjang! Kalau boleh, mudahlah kita membelinya hari-hari di pasar.

Kunang-Kunang said...

Bertemu lagi cikgu,

Saya tertarik dengan cerita umbut kelapa masak lemak. Memang sedap. Umbut pinang boleh makan ker, maksud saya tak pening ker.

Saya pernah menghadiri kenduri kawin di Temerloh, salah satu lauknya ialah gulai lemak umbut kelapa. Menurut orang Temerloh (dekat tempat kenduri tulah), lauk ni memang satu kemestian.

Katanya kalau ada tanah lapang mereka akan tanam pokok kelapa. Bukan nak tunggu berbuah tapi sekadar nak tunggu sehingga ada umbutnya untuk dibuat lauk kenduri kawin. Wallahuwa'lam.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Terima kasih sambung cerita umbut. Kata blogger ADRY, umbut palma apa pun boleh dimakan. Memang saya fikir umbut pinang boleh memabukkan. Tapi, nampaknya tidaklah.

Oh, bagi saya cerita orang Temerloh menanam kelapa untuk umbutnya masa kenduri kahwin itu satu cerita baru. Nampaknya, bila kenduri, mereka sembelih lembu, atau ayam, atau kambing + sembelih pokok kelapalah, ya? Pokok berumur berapa tahunlah agaknya baru boleh diambil umbutnya. Amalan di Temerloh ini pastilah satu tradisi yang menyelerakan!

ckLah said...

Kecik-kecik dulu selalu kutip buah pinang untuk Embah SIah....seorang bidan kampung (yang juga 'teman rapat') yang 'nginang'. Seronok tengok dia kacip pinang. Kadang-kadang, cuba juga kunyah.....hehehe (nasib tak menurun ilmu perbidanannya tu....)

Temuk said...

ckLah
Mujur cuba-cuba ngunyah tak jadi ketagih. Bayangkan ckLah senyum kalau jadi penginang tegar! Hihihi.
Geng dengan bidan kampung? Mestilah dapat jagaan spesial selepas 'mbayi', kan? Kesihan juga bidan kampung hari ni dah berubah rol, dari penyambut (bayi) kepada pengurut. Tak mengapalah. Kita mengalami 'modernization in maternal & child health care', kok!

Al-Manar said...

Hairan kemana pergi comment saya.

Isteri saya terkenangkan pokok pinang. Entah dimana dapat anak kecil yang sekarang daun nya dah dua kaki tinggi. Saya terkenang main berlomba tarik upih masa kanak kanak.

Temuk said...

AL-MANAR
Maaf banyak2 tuan. Sesekali entri lama saya jenguk juga. Baru ternampak komen tuan. Komen awal tuan mungkin hilang entah di mana. Saya kadangkala rasa cuak dgn gelagat teknologi maya ni, bimbang tersalah tekan, picit.... Masalahnya, tak pandai & too lazy to learn!

Kalau dekatlah rumah tuan, bolehlah saya hantarkan anak pinang. Banyak tumbuh merata-rata. Ada yg saya begkan & beri kawan2 yg berminat. Ketemu lagi!(27.9.11).

KhaiRin said...

tgk pelepah pinang tu otomatik tringat main upih dulu waaaarrrgghhhh nostalgia tu