Tuesday, September 20, 2011

PUTU KE 7 (PUTU KEPITU) ..... BULAN CUCU

Putu ke 7 bukan bermaksud putu bambu ke 7, putu mayam ke 7, putu piring ke 7, atau apa-apa pun putu  ke 7.....

Dalam paparanku dulu, "BARISAN.......BUKAN BULAN" (26.6.2011), kuceritakan (sebenarnya, kurakamkan, lebih untuk diriku sendiri) mengenai Barisan Cucuku. Dan aku berjanji takkan berat sebelah, mengenepikan Bulan,  dan memilih Barisan saja.

Maka kali ini, kurakamkan pula tentang Bulan  - "Bulan Cucu".

Bulan Cucu merujuk kepada bulan lahirnya cucu terbaharuku. Bulan cucu termudaku datang. Bulannya = September (2011). Yang datang, cucuku yang ke 7. Atau dalam 'bahasa asli'ku,  putu kepitu atau putu ke 7. Putu = cucu, pitu = tujuh. 

Tak kiralah apa bahasanya, di kalangan pembaca budiman ni, ada yang boleh lawan ke? Maksudku dari segi 'ke'-nya, yakni bilangannya.

Pertambahan terbaru kepada keluarga Izhal, anak sulungku (isterinya, Farawahida) Belum diberi nama rasmi. Buat sementara ini lengkaplah kumpulan 'Hang Tuah' dalam familinya  - Faiq, Farish, Emir, Im, dan .... yang belum bernama.
4 drpd 5 Hang. Dari kiri: Farish, Faiq, Im (depan) dan Emir
Hang Farish dengan Abah dan Mami
 Di bawah ni pula, si Nadeem, putera Alfian, anak keduaku (isterinya, Shazwan). Sambil nak tunjukkan gambar dialah ni, juga gambar kakaknya. Itulah dua orang lagi cucuku selain daripada 5 Hang yang diceritakan tadi.

Dengar tak si Nadeem tu macam berkata, "Deemlah satu-satunya sepupu lelaki kepada "Lima Hang", putera-putera Ayah Iz tu (Pakcik Iz lah tu!).... Sebab tu Nadeemlah yang layak jadi body guard jaga baby ni!"

Deem, sayang ke jealous kat sepupu baru tu?
Farhanah kakak Nadeem pun tak mahu kalah. Nak bercakap juga. "Hanalah satu-satunya sepupu perempuan kepada "Lima Hang" tu..... Hana ni queen lah! Ha, sebab tu semua orang kena dengar cakap Hana!"

"Faham tak cakap Hana tadi?"
Semua orang kena dengar cakap Hana? Ngapa kalah dengan perintah adik?


Farhanah sambut harijadi dengan Ayah, Mama dan Nadeem, 2011
Berapalah agaknya bilangan cucu Tok Wan dengan Tok Umi ni akhir-akhirnya nanti? Tak pastilah. Allah yang menentukan dan mengurniakannya!

Tapi Tok Wan agak, semuanya PUTUIO. Berapa tu?

16 comments:

Kakzakie said...

Assalamualaikum cikgu,

Wah kumpul cucu lelaki cikgu ye. Hana dewean seng wedok. Angger bapak kakak ngomong sopo seng ono anak lanang 5 turutan urip pe penak. Anak pun turut omong mak-bapak. Mudah-mudahan... amin...

Tahniah wes ono putu pitu ...

luahfikiran said...

SALAM SYAWAL,
TAHNIAH KEPADA TOK WAN DAN TOK UMI ! TOK HADI PUN BARU MENERIMA CUCU YANG KE 4 TIGA HARI YG LALU. BERSYUKUR KITA.

Temuk said...

KAKZAKIE
Wa'alaikumussalam. Nampaknya begitulah, 6M+1F grandchildren! Semoga dijadikan 'tenan dadi' oleh Allah, bahawa yang punyai 5 anak lelaki sebaris itu senang hidupnya. Dan dipatuhi anak-anak cakapnya. Tok Wan sendiri pun senyum, bayangkan 5 lelaki, kalau betul jalan mereka, insyaAllah, memang boleh menghebatkan keluarga! Kakzakie pun insyaAllah bakal putunan.

Temuk said...

LUAHFIKIRAN
AsSalam. ALHAMDULILLAH SYUKUR...SUDAH TIBA RUPANYA CUCU YANG KEEMPAT TU!

TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH kepada Tok Hadi dan isteri!

Semoga semua cucu sihat sentiasa dan seluruh keluarga besar berpanjangan dalam peliharaan Allah.

ckLah said...

Biuh...sogeh putu yo paman!

Temuk said...

CkLah
Walah, walah.... yo bener, pamane iki sogeh putu. Keperiye meneh. Arek nggolek kebon sawit duite rak cokop. Lagi pun wes ditukoni wong Sg Manila... hihihi. Banyak seronoknya layan perangai para putu, walaupun ada kalanya kesel jugak awake. Tapi tak berpanjanganlah sebab dengan putu tu sekejap-sekejap. Ceria selalu!

Yan said...

assalam pak temuk.

wahh..akeh kok putu ne..hee betul ke tu?

Temuk said...

YAN
Assalam. Hihihi, lo kok ora pecoyo ceritane Pak Temuk. Itu tak termasuk kisah my only girl already married yang belum punyai anak. Yan boleh jangka daripada kesemua 3 orang anak, satu hari nanti berapa dozen cucu akan saya miliki.

kasihibu said...

salam pakcik
tahniah dapat cucu baru
seronok dapat pegang cucu kan?
*eh macm sya dah bercucu* ;p

Temuk said...

KASIHIBU
Assalam. Terima kasih. Banyak seronoknya. Sikit sangat tak seronoknya, macam bila 'baby' kena cuci...ada masyam-masyam sikit! Bila nak boleh bercucu, kasihibu?

al-lavendari said...

tahniah bang. sayangkah cucu tak sama dengan sayangkan anak sendiri kan ?

saya mengaku kalah. saya baru ke satu sahaja ! hehe

insyaallah tahun depan tambah satu lagi dari anak kedua yang kawin bulan jun hari tu.

Temuk said...

Terima kasih. Sayangkan cucu memang lain. Cucu kena marah, sekali; anak sendiri kena dua kali. Sekali masa dia anak, sekali lagi bila dia bapa kepada cucu Tok Wan, dan bila dia tak efisien jaga cucu Tok Wan. Hihihi. Tapi.... walau cucu, semuanya anak orang. Bapa cucu saja yang anak kita sendiri!

Semoga bilangan cucu al-lavendari terus bertambah. InsyaAllah.

Al-Manar said...

Bertuahnya cucu cucu yang mempunyai datuk yang budiman. Saya doa semoga Dia menambahkan ramai lagi semasa hayat tuan. Tak ada hadian yang lebih dari itu selain umur dan kesihatan kita sendiri.

Temuk said...

AL-MANAR
Terima kasih di atas doa tuan itu. Semoga ramai dan soleh. Maka ibubapa mereka dapatlah manfaatnya. Untuk kita, seperti yang tuan sebut, semoga Allah telah menentukan jangka hayat dan kesihatan yang membolehkan kita mengabdikan diri kepadaNya dengan secukupnya.

KhaiRin said...

alolololo...comei nyerrrr

Temuk said...

KhaiRin
Terima kasih. Suka budak-budak, ya? Ceria selalu!