Wednesday, November 9, 2011

POTUTI GOLONGAN ATASAN

Bila baca cerita Raja Satong yang Adry@Daun paparkan pada 3 November tempoh hari (http://adrydaud.blogspot.com),  teringat aku akan si POTUTI (pokok tumbuh tanpa izin @ pokok tumpang tanpa izin) di belakang rumahku. 

Yang mana satu dalam gambar ni?


Kat bawah ni mungkin lebih jelas. Yang berdaun panjang, menumpang pada pokok teh pagar aku itulah! Entah siapa namanya, binnya, atau bintinya, aku pun tak tahu. 


Segar bugar kan si dia tu?

Aku memang pernah berjanji paparkan wajahnya, supaya Adry boleh tolong kenalpasti siapa dia. Juga ceritakan, kalau-kalau ada gunanya.  Aku memang seronok membaca cerita tumbuh-tumbuhan dalam blog Adry. Sungguh informatif. Yang kusukai, aku jadi tahu banyak jenis pokok yang kusangka racun, rupa-rupanyanya penawar!

Entah-entah nanti Adry kata, si dia tu boleh dijadikan pil 'penggembira hati', untuk ubati hati yang resah!?


Lihat si POTUTI tu di bawah, dari sudut lain. Nampak tak dia miliki satu 'tapak bulat', yang melekapkan dirinya dengan kukuh pada batang pokok yang ditumpangi?


Selayaknya si dia dipanggil POTUTI golongan atasan. Sebab dia menempel erat di sebelah atas batang pokok lain. 

Dia bukan POTUTI yang melata di atas tanah, di celah-celah pokok atau rumput, bagaikan si jembel atau si gelandang. Dilihat pada tapak bulatnya, dia jenis pegang tak lepas!

21 comments:

KhaiRin said...

golongan atasan? = pokok VIP? wow!

@xiiinam said...

POTOTI pulak...hehehe. Macam-macam nama baru tumbuhan rekaan Paman ni!

@xiiinam said...

POTUTI...kan dah salah eja. :D

Temuk said...

KhaiRin
VIP, tapi sebenarnya penumpang. Pun kadang-kadang tu dia lupa daratan, lupa lautan, lupa bukitan, lupa langitan!

Teringat kawan saya kata, VIP boleh jadi = Very Irritating Person.

Adooooh! Ceria selalu.

Temuk said...

ckLah
Bukan nama baru. Nama pendek je. Malas taip panjang-panjanglah tu.

Biasa dengan pokok penumpang tu tak? Paman nak tunggu blogger Adry cerita apa mengenai pokok tu. Kalau dia buka entri Pamanlah.

Kakzakie said...

Cikgu ini bukan pokok dedalu ke? Tapi daunya agak sihat betul. Kalau boleh ubat org berduka-nestapa hihi... kakak arek wahe tuku karo cikgu sekilo piro rego ne?...

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Betul spt kata Kakzakie, potuti kelas atasan adalah pokok dedalu. Dedalu atau nama botaninya, salix tetrasperma drp famili salicaceae. Terdapat lbh 350 spesis dedalu di seluruh dunia. Daunnya tebal dan rapuh. Pokok ini mempunyai getah pada keseluruhan bghn. Dedalu membiak melalui biji benih. Buahnya sgt digemari oleh burung. Dedalu ni jenis pokok parasit. Ia menumpang tp mencuri makanan drp pokok yg ditumpanginya. Perhatikan ranting pokok duranta tu kering dan mati. Bila pokok dedalu tumbuh dalam jumlah byk pada pokok tumpangannya, lama kelamaan ia akan membunuh pemberi makan dan nutrien untuknya. itulah parasit yg sebenarnya. Apa jenis pokok tidak lepas dari sifat parasit dedalu ni. Ia lebh baik dibuang drpo terus dibiarkan menjadi potuti kelas atasan jika kita sayang pokok yg ditumpangi.

Walaupun parasit, ia juga berguna dlm perubatan herba tetapi tiada sebarang kajian saintifik mengenai keberkesanannya dlm merawat merawat kanser payudara peringkat awal.

Temuk said...

KAKZAKIE
Kesewun. Nama dedalu (kenal juga kakzakie, ya!) dah disahkan oleh ADRY. Nampaknya tak disebut penumpang tu boleh digunakan utk mengubati hati yg berduka nestapa, walaupun dikatakannya ada yg menganggap ia boleh digunakan sebagai perawat kanser payu dara peringkat awal. Dah berangan-angan juga asalnya, kalau-kalau boleh jadi pembekal. Esok lusa kena turunkan POTUTI kelas atasan itu ke bumi, supaya pokok teh saya 'gumbira' di hati.

LadyBird said...

nanti pokok yg ditumpangi mati.. spesis dedalu kan? mujur pokok.. kalau manusia.. isk..

Temuk said...

ADRY@DAUN
As-salam Adry. Terima kasih di atas maklumat lanjut mengenai potuti itu. Parasit rupanya dia.

Banyaknya spesies dedalu, sampai 350 lebih! Yg ada kat rumah saya tu mungkin akan saya buang secepat mungkin.

Jika Adry ada maklumat berkaitan lain yg saya ingin tahu ini harap sudi berikan. Saya ingin tahu, agaknya kalau pokok yang ditumpangi mati dan punah, adakah dedalu akan jatuh dan terus hidup di atas tanah? Juga, adakah halus bijibenihnya sehingga boleh tersangkut pada batang yang agak kecil dan bertunas? Didahului dgn terima kasih.

Temuk said...

LADYBIRD
Ya, pakar pokok Adry@Daun dah sahkan itu spesis dedalu. Juga dah dikatakannya, pokok penumpang itu parasit yang boleh menghapuskan pokok yang ditumpanginya.

LadyBird kata,"...kalau manusia, isk...'? Terkenang saya, banyak juga negara di dunia ini yg terganggu-gugat dek kehadiran penumpang! Terkenang saya semasa di UK awal 70an, terasa itu memang negara Orang Putih (bukanlah tak ada orang luar langsung). Tapi hari ini, kalau kita ke sana, perasaan itu dah berlainan... Salam bahagia.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Salah satu kekurangan dedalu parasit ini ialah ia tidak akan mampu hidup jika pokok yg ditumpangi mati. Ini kerana ia hanya tahu mencuri hasil titik peluh pokok tumpangannya sahaja. Jika ranting atau dahan yang dijadikan tempat ia bertenggek, mati dan seterusnya bila tak dpt menampung berat pokok dedalu, ia akan patah. Jatuhlah si parasit ini bersama-sama tumpangannya yg telah mati. Ia akan hidup beberapa lama dgn menggunakan nutrien dlm bahagian pokoknya dan kekringan selepas itu. Itulah penamat utk parasit ini. Buah dedalu ni bersaiz kecil, biji benihnya sgt halus tp yg lebh istimewa, biji benih dedalu bersekali dgn 'gam' iaitu getah dalam buahnya. Apabila dimakan oleh burung, biji benih akan melekat pd ranting atau dahan apabila sang burung melepaskan hajatnya. Satu lagi pokok parasit iaitu beringin akan terus hidup bila pokok yg ditumpanginya mati. Akar2 pokok beringin akan mencengkam ke dalam tanah sblm pokok tumpangannya mati. ia akan terus membesar dan merimbun.

Temuk said...

ADRY
Waalaikumussalam. Terima kasih di atas maklumat tambahan mengenai pokok parasit dedalu itu. Pastinya ia amat bermanfaat dan saya harap pembaca lain juga akan dapat faedah menambah ilmu mereka. Bagi saya, amat menarik benar maklumat mengenai bijibenih halus dan bergam dedalu itu. Memang saya sangat musykil bagaimana tiba-tiba (tiba-tiba cuih!) boleh tumbuh dia di atas batang pokok lain sekalipun batang itu berdiri tegak! Geli hati pula saya dengan cerita bila pokok ditumpangi mati, si dedalu juga setia ikut mati.

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
Apa khabarnya hari Jumaat ini? Nampak Ayah suka sangat dengan tumbuh-tumbuhan. Minggu lepas 4-6 November Amie dan rombongan pelajar Tingkatan 5 pergi ke hutan Lembah Danum, hutan hujan tropika tertua di dunia....masya-Allah, macam-macam pokok ada di sana, dengan segala haiwannya, serangganya, burung dan tak tinggal tentulah pacat! 3 hari2 malam kami dibawa mengelilingi kawasan hutan untuk mengenali pelbagai spesies tumbuhan, termasuklah mengenali segala spesies hidupan sungai. Dalam perjalanan masuk ke hutan, kami terserempak dengan 2 ekor gajah pigmi.Ramai penyelidik dari luar negara datang ke situ. Amie belum sempat masukkan pengalaman Amie dalam blog. Agaknya kalau Ayah ada peluang, tentu Ayah pun berminat untuk datang ke Lemah Danum... atau Ayah mungkin sudah sampai ke sini.....

sudipVSsenduk said...

Cikgu mengingatkan pd ayah saya yg juga seorang pendidik yg amat sukakan pd tumbuh-tumbuhan dan juga penulisan... setiap apa yg ditanam pasti menjadi... tak macam saya huhuhu

Al-Manar said...

'POTUTI golongan atasan' Bila saya baca keratan ayat seperti ini saya rasa macam ada sesuatu yang tuan katakan secara tersirat. Sudah banyat Potuti golongan atasan yang muncul kebelakangan ini

Temuk said...

AMIE
Waalaikumussalam. Alhamdulillah, khabar baik. Hendaknya demikian jugalah Amie.

Wow! Seronoklah dapat pergi ke Lembah Danum begitu lama. Pelbagai spesies tumbuhan dan hidupan liar di situ tentu amat menarik. Suasana hutan dan sungainya juga tentulah menakjubkan. Ayah belum ada rezeki ke situ. Mudah-mudahan sampai satu hari nanti, insya-Allah.

Pastilah seronok jika dapat membaca pengalaman Amie itu dan melihat gambar-gambar cantik Lembah Danum yang sempat dirakamkan. Lebih takutkan pacat atau gajah pigmi?

Temuk said...

sudipVSsenduk
Terima kasih singgah ke blog Pak Temuk. Oh, genglah saya dengan ayahanda sudipVSsenduk dari segi minat. Dia ada blog, tak?

Tak mengapalah kalau kurang rasi tanam-menanam. Yang pasti sudipVSsenduk pandai memasak. Jumpa lagi!

Temuk said...

AL-MANAR
Amat mendalamlah bacaan tuan itu.

Apabila yang ditumpangi dan yang menumpang sama keikhlasannya, cantik dan berlabalah mereka bekerjasama. Malanglah apabila si penumpang menang, yang ditumpangi dikalah dan dipunahkan.

blog-tips-kurus said...

unik namanya.. :)

Temuk said...

BLOG-TIPS-KURUS
Terima kasih singgah. Nama 'dedalu' memang unik. Mujur tak 'dedulu', ya? Terima kasih singgah.