Wednesday, December 7, 2011

CORET-CORET CAMERON HIGHLANDS - I

Dengan suhu ada kalanya menurun sampai 18o C tempoh hari, Cameron Highlands memang menyejukkan badan jugalah. Kira dapat jugalah 'cari sejuk' kat situ. Cara ekonomi. Sebab jika 'cari sejuk Switzerland' tentulah jauh lebih mahal!

Cadangannya tu hari, naklah menginap di Tanah Rata, di tempat 'yang gambarnya di bawah' ni. Bolehlah dapat rasa macam duduk dalam traditional cottage di England. Tentu ramai yang kepingin melapangkan jasad dan fikiran di 'boutique hotel' ni.

 

Tapi tak banyak bilik pula tempat tu! Tapi, juga, sebenarnya cadangan ke situ pun tak serius. Poket pun kata, tak mengapalah jadi tangkai jering. Yang dikatakan tempat eksklusif tu pun, 'bungalo'nya betullah England, tapi tempatnya, tanahnya,  bukan England! Hihihi.

Jadilah, walaupun dapat setakat makan angin di sekeliling taman 'design hotel', atau 'lifestyle hotel'  tu. Tanaman dan bunga-bunganya memang menarik. Menenangkan. Tersangkut hati tak bila melihat si kembang-kembang di situ macam yang kat bawah ni?

 
Bila tak dapat ruang dan peluang menginap di 'Rumah Asap' (SMOKEHOUSE) yang diidami, kenalah cari tempat lain yang sikit-sikit boleh bayangkan suasana tanah tinggi dengan cuaca sejuk.

Yang di bawah ni yang kudapati sesuai. Termasuk dari segi RMnya! Ada pokok-pokok pine sekelilingnya, pokok tanah tinggi! Lokasinya pun strategik, di kawasan pekan, dekat dengan pelbagai tempat tumpuan pelancong.



Petang sampai di Tanah Rata, kami menziarahi Kg. Sedia, 'perkampungan' orang Melayu. Nanti coret-coret sikit dalam coretan II mengenainya.

Sementara itu nak cerita sikit keterujaanku melihat si Lily (maaf kalau namanya tak tepat atau tak lengkap) di belakang tempat penginapan. Memanglah yang namanya pokok, termasuklah si pokok bunga, dan apa lagi bunganya, amat mudah menggamit mataku. 

Tengok, di bawah ni, sebahagian daripada depa yang subur makmur dan come' lote tu! 









Pasal tergamit, lusanya kubeli kerabat si Lily tu di kawasan Taman Rama-Rama. Masa itu, satu ada sekuntum bunganya yang sudah kembang (yang merah). Satu lagi berstatus 100% 'kudup' (yang merah jambu).


Dan bila dah turun ke tanah rendah, berubahlah wajah kedua-duanya. Di bawah nilah, kutayangkan paras rupa si Lily merah dan si Lily merah jambu yang mekar segar dua tiga hari selepas mereka dihijrahkan ke tanah bawah dari tanah atas.





Punya inspirasi nak berpantun pula, bila lihat para Lily yang bugar-bugar ni!




Berkudup bunga di tanah tinggi
Mekar kembang di tanah rendah
Redup rasanya hati sepagi
Hingga ke petang tidak berubah.

Sehingga Coret-Coret II, insya-Allah.

26 comments:

insan marhaen said...

IM jika ke Cameron Highland dapat tidur di rumah pekerja Ladang Teh Boh ( rumah warna hijau ).

dapat rasai denyut nadi pekerja-pekerja ladang teh yang ramah dan sederhana hidup mereka.

dapat sentuh pokok teh dan dengar siulan angin bila bertiup di celah-celah bukit

al-lavendari said...

Saya tak boleh tengok orang berpantun .. mesti nak jawab.

Berkudup bunga di tanah tinggi,
Mekar kembang di tanah rendah;
Hidup kalau tidak berbudi,
Ibarat kembang tidak berbuah.

Temuk said...

As-salam IM
Wow, seronoklah IM! Kalau ada 'member' di ladang teh tu, pasti saya juga akan mohon menumpang utk bermalam. Memang teruja dapat melawat ladang teh tu. Selesa dengan cuacanya yang dingin dan air teh serta karipapnya yang panas di kafeteria. Memang sedih jugalah melihat pemetik teh yang bekerja dalam kesejukan dan hujan nipis.

Temuk said...

AL-LAVENDARI
As-salam. Orang ada 'ladang pantun', pastilah akan selalu menanam pantun. Itu amat menyeronokkan, sebenarnya.

Mekar kembang di tanah rendah,
Panasnya terik layulah ia;
Ibarat kembang tidak berbuah,
Rupanya cantik manfaatnya tiada.

Azian Elias said...

Assalam Pak Temukk..



wahhh.. dolan2 yo.. semoga Pak Temuk happy with the family..


i oso have bunga yang macam kat bawah sekali tu.. berbunga jarang sangat. tapi boleh tahan sampai 2 minggu.. suka sangat.

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum cikgu... kakak yg melihat gambar-gambar ditip pun rasa bagai digamit, apa lagi cikgu dah sampai sana. Cantik sungguh bunga-bunga dia.

Kalau cikgu nak tahu kakak nie jenis 'tangan panas' kata org tua, tanam pokok bunga yg jenis berbunga susah betul nak keluar bunga walaupun dibaja bunga. Yg lebat selalu daunnya saja. Geram tau....

Al-Manar said...

Memang sudah lama tak sampai krCH. Dulu dulu masa anak anak masih belasan rahun (sekarang semuanya udah mempunyai anak) kami pernah kesana menginap disebuah rumah dengn pandangan luas kebawah, termasuklah padang golf. Bila lagi kesana entahlah. Yang tinggal ialah gambar gambar menghiasi dinding yang ramai sangka ambil di England.

Anonymous said...

Assalamualaikum Cikgu Temuk,

Bila ke CH saya juga suka ke kampong Sedia. Singgah di kebuh strawberry orang melayu.

Pokok Lily tu ada saya tanam di rumah, berbunga juga. Sayangnya saya kurang jaganya sekarang, pokoknya subur cuma jarang2 berbunga.

Temuk said...

YAN
Waalaikumussalam, Yan. Yo dolan-dolane wong tuwek. Limited puter-puternya. Memang Pak Temuk belum tahu perangai bunga tanah tinggi tu. Nanti nak pindahkan ke tanah dan lihat kesihatannya dan kerajinannya berbunga. Terima kasih di atas doa.

Temuk said...

KAKZAKIE
Waalaikumussalam, Kakzakie. Oklah tu kakzakie tanam boleh keluar daun subur, walaupun susah nak keluar bunga. Setengah orang, bila tanam pokok, pokoknya mati! Yg itu betullah 'tangan panas'. Yg saya punya tu mudah berbunga sebab masa beli, pokok sudah sememangnya mempunyai kudup.

Temuk said...

AL-MANAR
As-salam. Sampailah sudah waktunya tuan ke sana. Kali ini, kalau boleh diatur, dengan cucu-cucu. Tapi mungkin tak ada apa2 sangat utk kanak-kanak kecil. Yang sudah besar mungkin boleh menghargai tanam-tanaman dan cuaca di sana, spt juga kita yg sudah jadi wargamas ni. Gambar2 di dinding tuan mestilah orang sangka gambar2 Inggelan, sebab tuan lama di sana dulu. Saya suka bandar2 di UK. Agak kecil2 & mudah dilawati.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Waalaikumussalam. Semoga sihat. Benar, saya pun teruja dengan bisnes orang2 Melayu kita di Kg Sedia. Masa kahwinkan anak terkahir saya dulu, saya beli gifts madu dalam botol kecil dari situ. Harga & kualiti memuaskan. Nanti insya Allah saya akan tulis sedikit mengenai Kg Sedia dlm entri akan datang. Pasal bunga lily itu saya jangka mungkin ia memang kurang berbunga. Tapi kalau banyak pokok yang kita punyai, peluang melihat sepokok dua berbunga, saya agak, adalah lebih cerah. Ceria selalu!

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
Wah! Baru balik dari tanah tinggi ye, bila pula nak berkunjung ke Kundasang?
Terbaca pantun di atas, teringin pula Amie nak menyampuk:

Pohon lili condong ke kiri,
Gugur daunnya di tengah laman,
Indahnya budi hiasan diri,
Indahnya bunga penyeri taman.

Temuk said...

AMIE
Walaikumussalam, Amie.
Mana lebih tinggi, tanah tinggi di Semenanjung atau Gunung Kinabalu? Dekat setahun yang lalu, ada singgah sekejap di pinggir jalan besar kawasan Kundasan. Masa cuti singkat ke KK. Cantik persekitaran kebun sayur di situ. Adalah juga membeli sejenis dua buah, hasil bumi Sabah, untuk dirasa. Kalau ada rezeki ingin ke sebelah timur Sabah satu hari nanti.

Gugur daun jatuh ke laman,
Lily ditanam di tengah-tengah;
Budi untuk diri, bunga untuk taman,
Demi keindahan usah dipisah.

sudipVSsenduk said...

Kali terakhir ke sana 5 tahun dulu.. masih sejuk lagikah Cameron Highland?

Temuk said...

sudipVSsenduk
As-salam. Dengan kemampuan 'menyejuk' sehingga ada kalanya 18 darjah cel, barangkali boleh diagak kesejukan tanah tinggi itu kini berbanding 5 tahun lalu. Nampaknya dah boleh merencana untuk melawatinya setelah agak lama tak ke sana. Mungkin boleh dinilai juga nanti sejauh mana CH sudah 'membangun' sebagai sebuah destinasi pelancongan.

Nizam.Ariff said...

Assalam, bang.

aku pernah pergi ke CH tahun 1983, naik bas rombongan sekolah rendah. aku masih ingat lagi, masa tengahari bila bercakap mulut keluar kabus. tahun lepas aku pergi lagi, dah tak ada kabus siang hari...

nak pantun jugalah.....


burung ciak si burung nuri,
habis huma dimakan kuda,
kalaulah tidak kerana budi,
masakan hamba datang segera.



.

Temuk said...

AKU
Waalaikumussalam. Tentu Aku dapat lihat keadaan 'membangun' atau 'tak membangun' Tanah Tinggi itu kali kedua Aku ke situ.

Kerana nuri enggang ke sana,
Merak mengigal menyerlah kelibat;
Kerana budi badan merana,
Panjangkan akal timbanglah akibat.

Ceria selalu!

ckLah @xiiinam said...

Paman tengok tak tanaman sayur di belakang surau Taman Sedia tu. Nyaman sunggu...

Kami baru nak memulakan cuti...

Unknown said...

teringin nak pergi ke cameron lagi...rindu suasana sejuk kat sano..:)

ih said...

kalo gi CH kenalah bawak fishing rod, sebab sana ada ikan large mouth bass macam kat USA. dulu mat saleh zaman dia memerintah malaya bawak dan Alhamdulillah masih ada yang sesuai hidup di sana...

Temuk said...

ckLah
Memang Paman tengok puas-puas kebun sayur dekat surau tu. Kalaulah datangnya "Sambil tengok-tengok kebun sayurku....!" Makan aiskrim lagi pula, dekat situ. Seronoknya lihat orang kita pandai berkebun sayur dan stroberi.

Selamat bercuti diucapkan kepada ckLah dan famili!

Temuk said...

PAPA MIFZ
Assalam. Sejuk CH memang menggamit. Terasa kenyamannya, tak seperti sejuk si "ais" yang jadikan tingkap tersekat seperti yang pernah dialami di US. Memang boleh juga selalu ke CH, kalau tidak kerana lenguh badan dan fikiran bila terkenang dan kena lalui jalan yang amat berliku-liku dan bercerun. Ceria selalu!

Temuk said...

ih
Ada juga teringat nak bawa joran tu. Tapi tak pasti nak ke mana di CH tu utk tenggelamkan mata kail. Memang seronok memancing bass masa di US dulu, dan teringatlah wajah bass yang seakan-akan tilapia, tapi putih! Kalau betul ada keturunan bass tu di CH sekarang, barangkali itu bass dari Inggelan yang 'penjajah' kita bawa! Oh, ih ni kaki pancing, ya? Jumpa lagi.

fairus said...

AS SALAM PAK TEMUK.. TERIMA KASIHLAH KERANA SINGGAH BLOG SAYA.. C.H NI RASANYA BIASA-BIASA SAJA.. KALAU ADA PELUANG UNTUK BERCUTI LAGI, C.H SAYA AKAN FIKIR MASAK-MASAK TERLEBIH DAHULU..

Temuk said...

FAIRUS
As-salam. CH bagi saya ada keistimewaannya yang tersendiri. Terutama cuaca sejuknya walau tak sesejuk di UK atau USA. Jadilah.... kata orang, sejuk negara tropika. Tanam-tanamannya juga menarik. Tapi adalah juga perkara-perkara tertentu di CH yang mungkin ada yang tak menyenanginya seperti kesesakan.